Rawat Tiroid Dengan Kalam Allah s.w.t

10

Click here to load reader

Transcript of Rawat Tiroid Dengan Kalam Allah s.w.t

Page 1: Rawat Tiroid Dengan Kalam Allah s.w.t

Rawat Tiroid Dengan Kalam Allah s.w.t.

Pada zaman sekarang, manusia banyak menghidap penyakit kelenjar dan tiroid.

Pada peringkat usia kanak-kanak dan remaja jarang dijangkiti penyakit tiroid,

sebaliknya mereka lebih terdedah dengan penyakit kelenjar.

Pelbagai pendapat pakar perubatan tentang penyakit kelenjar dan tiriod ini.

Sebahagian mereka mengatakan bahawa tiriod dan kelenjar adalah penyakit

yang sama. Sebahagian pakar lain pula mengatakan bahawa tiriod bukan

kelenjar, kelenjar bukan tiriod. Cuma yang ada persamaan ialah disebabkan

kelebihan hormon.

Penulis tidak mempersoalkan perbezaan pendapat kerana yang lebih penting

adalah cara mencegahnya dan mengubatinya. Walaupun pakar berlainan

pendapat tentang penyakit itu, niat dan tujuan mereka tetap baik iaitu

bersungguh-sungguh untuk mengetahui dan mengubati penghidap penyakit

tiroid dan bengkak kelenjar.

Bagaimana pula menurut keterangan al-Quran dan Hadis tentang kedua-dua

penyakit itu dan apa pula cara mengatasi dan mengubatinya?

Untuk jawapannya, dalam artikel ini penulis dahulukan rawatan pernyakit tiroid

dan cara mengubati dan merawat sendiri penyakit berkenaan dengan

menggunakan herba pilihan yang sesuai dengan dibacakan ayat-ayat Allah.

Tiroid lazimnya tumbuh di bahagian leher dan di dalam perut. Penyakit itu ada

beberapa jenis dan bentuk, ada berupa padat dan keras seperti daging otot, dan

ada pula yang lembek seperti mengandungi cecair dan ada juga mengandungi

buih separuh lemak.

Page 2: Rawat Tiroid Dengan Kalam Allah s.w.t

Menurut pengalaman para doktor dalam merawat penghidap tiroid, penyakit itu

berupa ketulan lembut mengandungi cecair putih yang diselaputi lemak tetapi

tidak sampai membeku.

Cecair kental diselaputi lemak

Tiroid yang berupa padat dan keras pula mengandungi cecair kental seperti

bubur nasi, ada kalanya diselaputi lemak yang agak membeku. Kebanyakan

doktor merawat kedua-dua jenis tiroid melaiui dengan pembedahan, atau disedut

untuk mengeluarkan cecair tersebut. Apabila tiroid tersebut tumbuh berserta atau

bercampur urat-urat saraf penting seperti di leher, maka apabila dibedah,

dikhuatiri urat saraf terganggu dan boleh menimbulkan risiko lain.

Lazimnya, doktor pakar akan memulakan rawatan dengan memberi ubat

berbentuk pil atau kapsul untuk mengecutkan tiroid tersebut. Sekiranya ubat-

ubatan berupa pil atau kapsul itu tidak mujarab malah bengkak tiroid semakin

membesar, maka doktor akan mengubatinya dengan melakukan penyedutan

cecair di dalam tiroid atau terus melakukan pembedahan. Berdasarkan

kandungan ayat-ayat aI-Quran, sebab dan musabab terbentuknya penyakit tiroid

tersebut adalah seperti berikut:

Sebab pertama: Kelemahan organ usus dan buah pinggang dalam menghadam

makanan dan minuman. Apabila seseorang makan makanan dengan tidak

mengunyahnya sehingga lumat dan terus ditelan, maka ia akan membebankan

organ usus untuk menghadam dan memproses makanan tersebut.

Sebab kedua: Lazimnya, makanan dan minuman banyak mengandungi bahan

kimia, dan pada masa yang sama kita lupa atau melupakan Allah dalam setiap

memulakan makan dan minum. Ketika mengunyah, meneguk dan menelannya

serta melanggar peraturan sukatan makan dan minum yang telah digariskan

Page 3: Rawat Tiroid Dengan Kalam Allah s.w.t

Allah dan RasulNya untuk kesihatan manusia. Kalau membaca "Bismillah" pun

hanya sebagai adat dan ucapan sahaja, bukan mengharapkan perlindungan Allah

daripada bahaya sekiranya makanan dan minuman itu mengandungi bahan

bahaya yang boleh menyebabkan penyakit.

Sebab ketiga: Kelengahan manusia untuk menggerakkan tubuh badan, atau

menggerakkan protein makanan tersebut. Mereka untuk membangkitkan tenaga

dan menghidupkan organ otot-otot tubuh, menyebabkan tahap kepanasan darah

dalam badan tidak mencukupi untuk membakar penyakit. Zat arang atau zat

pembakar kurang berfungsi dalam darah, maka hampas kolesterol dalam darah

masih tetap di tahap mentah sehingga ia menjadi tiroid. Apabila hampas

kolesterol yang masih mentah berkumpul di sekitar pertemuan ruas dan sendi

anggota badan seperti lutut, pergelangan kaki, dan pergelangan tangan, maka dia

disebut penyakit gout, dan ia boleh membawa penghidap menjadi lumpuh.

Apabila hampas mentah tersebut berkumpul di bahagian leher atau di sekitar

bahagian dalam perut, maka dia disebut penyakit tiroid.

Page 4: Rawat Tiroid Dengan Kalam Allah s.w.t

Tiga cara rawatan untuk mengubati penyakit tiroid sila amalkan kaedah yang

diterangkan di bawah ini:

PERTAMA: Terlebih dahulu bersihkan perut dengan minum pencuci perut

(pencahar) atau disebut julap, yakni satu sudu teh serbuk daun Sana direndam

dengan segelas air panas mendidih, setelah suam-suam kuku atau setelah sejuk,

maka tapis ambil airnya lalu minum tatkala mahu tidur malam, pada keesokan

paginya minumlah air suam tiga gelas, dan insyaAllah akan buang air besar

hingga tiga atau empat kali. Selepas itu alas perut dengan makan yang lembut-

lembut dan tidak pedas.

KEDUA: Ambil sepotong halia tua sekira-kira sebesar ibu jari diblender (kisar)

dengan segelas air lalu direbus sampai mendidih, dan dimasukkan tujuh ketul

garam kasar yang kecilnya, dan setelah suam-suam kuku, tapis ambil airnya, dan

bacakan padanya Surah Fatihah (sekali), Surah Ikhlas (tiga kali), Surah al-Falak

(sekali), Surah An-Nas (sekali), dan Surah Al-Hasyr, ayat 22 (21 kall), lalu

minum air tersebut. Amalkan dua kali sehari selama 21 hari.

Bagi ubat bahagian luarnya, yakni ubat untuk disapukan pada bahagian luar

tiroid yang membengkak, ambil 21 biji garam kasar lalu rendamkan pada

segelas air suam atau air paip, dan bacakan padanya surah dan ayat tersebut di

atas.

Setelah itu sapukan air garam tersebut tiga kali sapu pada tiroid setiap lewat

petang sebelum matahari terbenam. Amalkan selama 21 hari serentak dengan

minum air halia di atas. Sekiranya tiroid tersebut berada di bahagian dalam

perut, maka sapukan saja air garam di bahagian luar perut bertentangan dengan

tiroid.

Page 5: Rawat Tiroid Dengan Kalam Allah s.w.t

KETIGA: Semasa mengamalkan ubat di atas, hendaklah setiap malam dalam

sepertiga malam sekitar pukul dua pagi, lakukan solat taubat dua rakaat. Selepas

itu lakukan pula solat sunat tahajud dua rakaat. Selepas salam, baca Surah

Fatihah sekali, dan Surah al-Ikhlas (tiga kali), lalu hadiahkan kepada Rasulullah

SAW kepada ahli keluarganya, serta sekalian para sahabat.

Setelah itu bertafakur dengan menumpukan perhatian anda ke dalam lubuk

hati/jantung anda yang berada di bawah susu kiri renggang/jarak dua jari

daripada tengah-tengah dada, yakni ternpat terbitnya mata "Bashirah". Setelah

bulat konsentrasi di situ, lalu anda salurkan pandangan mata hati/mata Bashirah

tersebut ke tiroid sehingga tepat, lalu dalam keadaan demikian anda bacakan

surah-surah dan ayat yang disebutkan pada cara kedua di atas.

Setelah selesai membaca bacaan tersebut, sebelum mengakhirinya maka akhiri

dengan bacaan 'Laa ilaha illallah, AllahuAkbar sebanyak 100 kali. Lakukan

amalan ini selama 21 hari setiap malam, InsyaAllah anda akan melihat hasilnya

yang ajaib. Kesimpulan cara ubat ketiga ini, yakni "berwirid dan berzikir pada

tiroid itu."

Cara perubatan ketiga agak rumit untuk melakukan dan mengamalkannya,

melainkan bagi orang yang telah membiasakan dirinya "berzikirullah" dengan

aturan tata tertib zikir yang dipimpin oleh seorang guru mursyid yang

berpandukan Kitab Usuluddin.

Perlu kita ketahui, bahawa berubat penyakit dengan mendahulukan minta ampun

dan taubat kepada Allah daripada segala dosa amat berkesan dan bermanfaat

kerana kebanyakan penyakit yang ditimpakan Allah kepada manusia adalah

kerana dosanya.

Page 6: Rawat Tiroid Dengan Kalam Allah s.w.t

Ia juga bertujuan untuk mengingatkan manusia supaya menyedari kesalahan dan

dosanya, ada kalanya untuk membersihkan dosa seseorang hamba jika hamba itu

mendahului dengan reda sebelum dia berikhtiar mengubati penyakit tersebut.

Langkah pencegahan

Cegah sebelum dijangkiti tiroid dengan amalan seperti berikut:

1. Membiasakan mengisi perut dengan makanan dan minuman dengan secara

sederhana, yakni tidak sampai padat.

2. Setiap kali makan hendaklah dikunyah sampai lumat terlebih sebelum ditelan.

3. Sebelum makan jangan lupa membaca 'Bismillah' dan sebaik-baiknya terus

membaca 'Alhamdulillah' setiap kali menelan makanan tersebut.

4. Membiasakan diri bekerja dengan membangkitkan orot-otot tubuh, bersenam,

berjoging dan sebagainya sehingga badan berpeluh. Lakukan kira-kira 20 minit

dalam sehari.

5. Biasakan beristighfar dengan minta ampun kepada Allah SWT, dan minta

maaf dengan ibu bapa. Bagi isteri, biasakan meminta maaf daripada segala

kesalahan kepada suami, begitu juga sebaliknya kerana kebanyakan sumber

penyakit adalah daripada dosa yang bersangkut-paut sesama manusia.

Wallahuaklam

Artikel oleh Raflis Sabirin (MILINEA Muslim)