RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren

85
MODUL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

description

m

Transcript of RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren

  • MODUL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

    RBT 3103

    KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

    MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

    INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

    IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

  • i

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

    Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

    Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • ii

    Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

    MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Falsafah Pendidikan Guru

    i

    Panduan Pelajar ii

    Agihan Tajuk

    iv

    Pengenalan viii

    Tajuk Pembelajaran

    Tajuk 1 : Pengenalan kepada kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Sipnosis

    Hasil Pembelajaran

    Kerangka Tajuk 1

    1.1 Definisi kurikulum 1.2 Konsep dan jenis kurikulum 1.3 Kurikulum dan pendidikan

    1.4 Latar belakang falsafah dan liputan kurikulum.

    Tajuk 2 : Teori dan model kurikulum dalam konteks Kemahiran hidup sekolah hidup sekolah rendah

    Sipnosis Hasil Pembelajaran

    Kerangka Tajuk 2

    2.1Teori-teori kurikulum - Teori disiplin mental - Teori kurikulum saintifik - Teori fungsi - Teori konflik - Model-model kurikulum - Model Tyler (1949) - Model Kurikulum Kebangsaan

    1

    1

    1

    1

    2

    5

    5

    9

    11

    11

    11

    11

    12

    16

    KANDUNGAN MUKA SURAT

  • ii

    Tajuk 3 : Perancangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

    Sinopsis

    Hasil Pembelajaran

    Kerangka Tajuk 3

    3.1 Membuat keputusan dalam perancangan

    kurikulum

    3.2 Mengumpul dan mentaksir data berkaitan sekolah

    3.3 Mengumpul dan mentaksir data berkaitan komuniti

    Tajuk 4 : Reka bentuk kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Sinopsis

    Hasil Pembelajaran

    Kerangka Tajuk 4

    4.1 Menentukan kandungan kurikulum

    4.2 Membuat keputusan kandungan kurikulum

    4.3 Menyediakan matlamat dan objektif kurikulum

    4.4 Pendekatan dacum dan analisis tugas

    Tajuk 5 : Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

    Sinopsis

    Hasil Pembelajaran

    Kerangka Tajuk 5

    5.1 Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan kurikulum

    5.2 Membangunkan bahan kurikulum 5.3 Pembangunan kurikulum untuk peralihan

    Sekolah ke kerjaya

    25

    25

    26

    28

    29

    30

    38

    38

    38

    38

    39

    40

    42

    45

    47

    50

    51

    52

    55

    57

  • iii

    Tajuk 6 : Penilaian kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Sinopsis

    Hasil Pembelajaran

    Kerangka Tajuk 6

    6.1 Model-model penilaian kurikulum 6.2 Tujuan dan jenis penilaian kurikulum

    Tajuk 7 : Pengurusan kurikulum Sinopsis

    Hasil Pembelajaran

    Kerangka Tajuk 7

    7.1 Konsep dan definisi pengurusan kurikulum 7.2 Pengurusan dalam proses perkembangan 7.3 Melantik atau membentuk jawatan kuasa 7.5 Konsep pengurusan terlibat dalam aktiviti

    kurikulum 7.6 Pengurus dan pendekatan pengurusan

    Kurikulum.

    Tajuk 8 : Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

    Sinopsis

    Hasil Pembelajaran

    Kerangka Tajuk 8

    8.1 Teori perubahan, teori inovasi dan konsep Inovas dalam kurikulum

    8.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi Pembentukan dan perubahan kurikulum

    8.4 Prinsip pengembangan dan inovasi kurikulum 8.5 Teknik dan konteks inovasi kurikulum

    8.6 Membuat keputusan dalam inovasi kurikulum 8.7 Pembangunan dan pemupukan pemikiran

    58

    59

    62

    65

    66

    66

    66

    66

    67

    67

    68

    68

    69

    72

    75

    76

    79

    79

    83

    83

  • iv

    dalam inovasi kurikulum 8.8 Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah

    Rendah. - Perlaksanaan inovasi kurikulum Kemahiran

    Hidup Sekolah Rendah

    Tajuk 9 : Analisis kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

    Sinopsis

    Hasil Pembelajaran

    Kerangka Tajuk 9

    9.1 Analisis Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    9.2 Analisis Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    - Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah - Organisasi Kandungan - Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran - Pengendalian aktiviti dan Penilaian - Keselamatan - Pemetaan dan Kesinambungan Kandungan

    - Format Huraian (Bidang/Unit/ Tajuk; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti)

    9.3 Analisis pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Tajuk 10 : Isu-isu semasa perkembangan Kurikulum di Malaysia

    Sinopsis

    Hasil Pembelajaran

    Kerangka Tajuk 10

    10.1 Perkembangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    10.2 Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dalam era teknologi

    Maklumat dan komunikasi

    10.3 Cabaran dan trend baru dalam kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    84

    92

    100

    100

    100

    100

    101

    101

    102

  • v

    Bibliografi 104

    Panel Penulis Modul 108

    Ikon Modul

  • ii

    Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

    1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

    2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

    pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

    3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira

    sasaran pembelajaran anda.

    4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

    PANDUAN PELAJAR

  • iii

    5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.

    Teliti maklumat yang diterima.

    6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

    7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

  • viii

    RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Pengenalan :

    Modul ini memberi penekanan kepada tajuk-tajuk dalam Kursus RBT3103

    Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Ia meliputi tajuk Pengenalan kepada kurikulum; Reka bentuk Kurikulum; Pelaksanaan dan

    Penilaian Kurikulum serta Analisis kurikulum dan Isu-isu semasa kurikulum..

    Tajuk ini diambil daripada proforma mulai dari Tajuk 1 hingga 10.

    Rangka Isi Pelajaran:

    Modul ini terbahagi kepada sepuluh tajuk berikut;

    Tajuk 1: Pengenalan kepada kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tajuk 2: Teori dan model kurikulum dalam konteks Kemahiran Hidup Sekolah

    Rendah

    Tajuk 3: Perancangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Tajuk 4: Reka bentuk kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Tajuk 5: Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tajuk 6: Penilaian kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tajuk 7: Pengurusan kurikulum Tajuk 8: Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tajuk 9: Analisis kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tajuk 10: Isu-isu semasa perkembangan kurikulum di Malaysia

  • ix

    SINOPSIS

    Tajuk 1: Menjelaskan pengenalan kepada kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang meliputi definisi, konsep dan jenis kurikulum berserta

    dengan latar belakang falsafah dan liputan kurikulum..

    Tajuk 2: Mengimbas kembali teori dan model kurikulum dalam konteks Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang merangkumi teori-teori kurikulum yakni

    teori disiplin mental, teori kurikulum saintifik, teori fungsi serta Model Tyler dan

    Model Kurikulum Kebangsaan.

    Tajuk 3: Membincangkan perancangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang mana menjelaskan bagaimana membuat keputusan dalam

    perancangan kurikulum serta mengumpul dan mentaksir data berkaitan komuniti..

    Tajuk 4: Membincangkan mengenai reka bentuk kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang meliputi penentuan kandungan

    kurikulum, penyediaan matlamat dan objektif kurikulum serta pendekatan dacum.

    Tajuk 5: Tajuk ini menjelaskan tentang pelaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dimana secara khusus dapat mengenal pasti dan

    memilih bahan-bahan kurikulum serta memahami pembangunan kurikulum untuk

    peralihan sekolah ke kerjaya.

    Tajuk 6: Tajuk ini akan membincangkan mengenai penilaian kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang menitikberatkan kepada model-model

    penilaian serta jenis penilaian kurikulum.

    Tajuk 7: Tajuk ini akan membincangkan mengenai pengurusan kurikulum dari aspek konsep dan definisi pengurusan kurikulum, pengurusan dalam proses

  • x

    perkembangan, melantik atau membentuk jawatan kuasa serta pendekatan

    kearah pengurusan kurikulum.

    Tajuk 8: Membincangkan mengenai inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dari aspek teori perubahan, teori inovasi dan konsep inovasi.

    Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perubahan kurikulum serta

    pemupukan pemikiran dalam inovasi kurikulum.

    Tajuk 9: Membincangkan mengenai analisis kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang mana akan menyentuh tentang analisis Huraian Sukatan

    Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Tajuk 10: Tajuk ini akan membincangkan mengenai isu-isu semasa perkembangan Kurikulum di Malaysia yang menyentuh tentang perkembangan,

    pelaksanaan dan cabaran serta trend baru dalam Kurikulum Kemahiran Hidup

    Sekolah Rendah.

  • iv

    AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna

    Kandungan modul ini akan menggantikan tiga puloh lima jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proform)

    Int

    Tajuk/Topik

    Interaksi Bersemuka

    (jam) Modul (jam)

    Jum. Jam

    1 Teori Pengenalan kepada kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Definisi kurikulum Konsep dan jenis kurikulum Kurikulum dan pendidikan Latar belakang falsafah dan liputan kurikulum.

    3

    3

    Teori dan model kurikulum dalam konteks Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Teori-teori kurikulum - Teori disiplin mental - Teori kurikulum saintifik - Teori fungsi - Teori konflik - Model-model kurikulum - Model Tyler (1949) - Model Kurikulum Kebangsaan

    5

    5

    3 Perancangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Membuat keputusan dalam perancangan kurikulum Mengumpul dan mentaksir data berkaitan sekolah Mengumpul dan mentaksir data berkaitan komuniti

    4

    4

  • v

    Int

    Tajuk/Topik

    Interaksi Bersemuka

    (jam) Modul (jam)

    Jum. Jam

    Reka bentuk kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Menentukan kandungan kurikulum Membuat keputusan kandungan Kurikulum Menyediakan matlamat dan objektif Kurikulum Pendekatan dacum dan analisis tugas

    4 4

    Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan kurikulum

    Membangunkan bahan kurikulum Pembangunan kurikulum untuk

    peralihan sekolah ke kerjaya

    4

    4

    Penilaian kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Model-model penilaian kurikulum Tujuan dan jenis penilaian kurikulum

    4

    4

    Pengurusan kurikulum Konsep dan definisi pengurusan

    kurikulum

    Pengurusan dalam proses perkembangan kurikulum

    Melantik atau membentuk jawatan kuasa

    Konsep pengurusan terlibat dalam aktiviti kurikulum

    Pengurus dan pendekatan pengurusan kurikulum

    4 4

  • vi

    Int

    Tajuk/Topik

    Interaksi Bersemuka

    (jam) Modul (jam)

    Jum. Jam

    Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Teori perubahan, teori inovasi dan konsep inovasi dalam kurikulum

    Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan

    dan perubahan kurikulum

    Prinsip pengembangan dan inovasi kurikulum

    Teknik dan konteks inovasi kurikulum Membuat keputusan dalam inovasi

    kurikulum

    Pembangunan dan pemupukan pemikiran dalam inovasi kurikulum

    Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    - Perlaksanaan inovasi kurikulum Kemahiran

    Hidup Sekolah Rendah

    7

    7

  • vii

    Int

    Tajuk/Topik

    Interaksi Bersemuka

    (jam) Modul (jam)

    Jum. Jam

    Analisis kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Analisis Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah - Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah - Organisasi Kandungan - Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran - Pengendalian aktiviti dan Penilaian - Keselamatan - Pemetaan dan Kesinambungan Kandungan

    - Format Huraian (Bidang/Unit/ Tajuk; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti)

    Analisis pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    6

    6

    Isu-isu semasa perkembangan kurikulum di Malaysia

    Perkembangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dalam era teknologi maklumat dan komunikasi

    Cabaran dan trend baru dalam kurikulum

    Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    4

    4

    JUMLAH

    10

    35

    45

  • viii

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    TAJUK 1 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Sinopsis

    Menjelaskan pengenalan kepada Kajian Kurikulum KHSR yang meliputi definisi

    kurikulum, konsep dan jenis kurikulum, kurikulum dan pendidikan, latar belakang

    falsafah dan liputan kurikulum. Hasil Pembelajaran:

    1. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk menjelaskan dan

    mendefinisi kurikulum;

    2. Menghuraikan konsep dan jenis kurikulum;

    3. Menjelaskan hubungan antara kurikulum dan pendidikan;

    4. Menghuraikan latar belakang falsafah dan liputan kurikulum. Kerangka Konsep Tajuk 1

    Kajian kurikulum KHSR

    Definasi kurikulum

    Kurikulum dan pendidikan

    Konsep dan jenis kurikulum

    Latar belakang falsafah dan liputan kurikulum

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    1.1 Definasi Kurikulum

    Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum? Mari kita teliti

    maksud terminologi di bawah; Mari kita lihat asal perkataan kurikulum dulu

    Perkataan kurikulum dalam bahasa Latin mempunyai kata akar curere yang

    maksud Lalauan atau jejakdan membawa maksudnya jurusan seperti dalam

    rangkaian kata jurusan peperangan. Jika kita lihat dari perkataan kurikulum

    dalam bahasa Inggeris memngandungi pergertian jelmaan atau metamorfosis

    Mari kita lihat maksud berikutnya;

    Kurikulum bermaksud; dalam perbendaharaan kata pendidikan Inggeris sebagai jurusan pengajian yang diikuti di sekolah.

    (Kliebard, 1982 )

    Kurikulum ialah..

    semua pengalaman yang dipelajari di bawah panduan guru.

    (Caswell & Campbell, 1993)

    Kurikulum ialah........... proses pembinaan semula pengetahuan dan pengelaman, dibina secara sistematik di bawah penyeliaan sekolah atau unversiti, untuk membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka

    (Tanner & Tanner, 1980)

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Kurikulum ialah .

    mengandungi pengalaman kanak-kanak yang berterusan di bawahpanduan

    sekolah .

    (Shepherd dan Ragan, 1992)

    Kurikulum bermaksud; mengandungi program yang terancang dan seluruh pengalaman yang dipelajari oleh kanak-kanak.

    (Eisner, 1993)

    Apakah yang anda boleh simpulkan tentang maksud kurikulum yang telah dibincangkan tadi ?

    Jika kita amati kefahaman tentang perkataan kurikulum dalam bahasa

    Melayu ianya dipengaruhi oleh maksud perkataan tersebut melalui

    bahasa Inggeris dimana ketika itu banyak penulis Inggeris yang

    mengemukakan definisi kurikulum sebagai istilah pendidikan. Cuba kita

    fikirkan maksud kurikulum dalam istilah pendidikan.

    Kurikulum sebagai pengelaman;

    semua pengelaman yang dirancangkan dan dikemukakan oleh pihak

    sekolah di mana pengelaman tersebut diutarakan untuk membimbing murid

    memperolehi hasil pembelajaran yang ditetapkan terlebih dahulu menurut

    kadar keupayaan masing-masing

    dengan keadaan yang paling baik sekali.

    (Neagley & Evans, 1967)

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Kurikulum sebagai usaha; Usaha meyeluruh yang dirancangkan oleh pihak sekolah untuk membimbing murid memperolehi hasil pembelajaran yang telah ditentukan.

    (Inlow, 1966)

    menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul pendidikan dalam keaaan yang terbuka kepada penilitian kritis dan boleh dikemukakan dengan berkesan secara praktik.

    (Stenhouse, 1975)

    Kurikulum sebagai rancangan;

    rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperoleh

    berbagai- bagai tujuan menyeluruh dan objektif spsifik yang berkaitan

    dengannya.

    (Sayloy & Alexander, 1974)

    Kurikulum sebagai objektif; kurikulum tidak berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh murid dalam situasi pembelajaran tetapi ia menitikberatkan perkara yang akan dipelajari atau dapat dilakukan oleh mereka sebagai kesan yang dilakukan oleh mereka.

    (Johnson, 1967 )

    Kurikulum sebagai isi mata pelajaran; dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yang akan diajarkan dan pada hakikatnya apa-apa sahaja yang di ajar di sekolah merupakan kandungan matapelajaran yang diajarkan menerusi berbagai matapelajaran, berbagai pilihan disiplin ilmu pengetahuan.

    ( Beauchamp, 1968 )

    4

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Kurikulum sebagai unsur kebudayaan; pilihan daripada berbagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri segajat, nilai am dan aspek khusus sesuatu budaya.

    ( Burtonwood, 1961 )

    Kurikulum sebagai pembinaan insan;

    pengetahuan dan pengalaman yang dibina semula oleh pelajar dibentuk

    dengan bersistem di bawah naungan sekolah untuk mempertingkatkan

    kemajuan pelajar mengawal pengetahuan dan pengalaman sendiri dimana

    realitinya kurikulum mengaitkan proses pembinaan pengetahuan dan

    pengalaman pelajar dengan kebolehannya memperbaiki kawalan terhadap

    pengetahuan dan pengalaman sendiri.

    ( Tanner & Tanner 1980 )

    Bagaimana pula dengan maksud Kurikulum Kebangsaan kita ? Istilah ini

    tidak asing kepada setiap para guru. Cuba fikirkan sejenak kepada

    maksud Kurikulum Kebangsaan

    Kurikulum Kebangsaan

    .. Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan

    kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai

    unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang

    murid dengan sepenuhnya dari segi rohani, jasmani, mental dan

    mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan

    pengetahuan.

    Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 ]

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Renung sejenak! Anda adalah seorang guru yang sentiasa berurusan secara langsung dengan kurikulum, pernahkah anda terfikir bagaimana kurikulum kebangsaan dihubungkait dengan istilah-istilah yang telah dibincangkan? Pada pandangan anda apakah keistimewaan yang terdapat dalam kurikulum kebangsaan ?

    1.2 Konsep dan Jenis Kurikulum

    Finch & Crunkilton (1984), mengemukakan definisi kurikulum sebagai ... as the

    sum of the learning activities and experiences that a student has under the auspices

    or direction of the school Dari definisi tersebut terdapat dua bahagian yang harus

    diperhatikan, iaitu bahawa fokus utama kurikulum adalah pelajar dan yang kedua

    bahawa bahgian dari kurikulum tidak hanya mata pelajaran akan tetapi semua aktiviti

    (olah raga, klub, kegiatan kokurikulum) memiliki pengaruh yang signifikan untuk

    pembentukan individu pelajar yang menyeluruh dan untuk mencapai keberkesanan

    dari kurikulum . Sebagai seorang guru yang mempunyai pemikiran aras tinggi, cuba bayangkan

    apakah yang akan terjadi jika tiada konsep asas dalam perancangan kurikulum?

    Maka sebab itulah konsep asas adalah penting untuk dijadikan landasan bagi

    perancangan kurikulum. Menurut Eisner, E. W. dan Vallance, E. (1971) mengusulkan

    lima konsep atau orentasi kurikulum yang boleh digunakan untuk memahami

    pendekatan, penggunaan dan kepentingan kuriulum iaitu :

    Perkembangan proses kognitif

    Kurikulum sebagai teknologi

    Kurikulum sebagai pengalaman pengguna

    Menstruktur masyarakat

    Akademik risionalisme

    Daripada kelima-lima konsep yang diusulkan di atas, cuba anda kaitkan dengan kurikulum KHSR yang dilaksanakan ketika ini.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Untuk maklumat lanjut anda perlu mendapatkan rujukan buku Pengajian Kurikulum

    (Abdul Rahman Hamdan, 2007). Jika kita lihat dari sudut pandangan Islam pula berdasarkan kepada konsep kurikulum

    dimana menurut Hassan Lenggulung (1991) menjelaskan bahawa kurikulum

    mempunyai empat unsur utama berdasarkan pendapat Omar Al-Syaibani iaitu:

    Tujuan pendidikan yang ingin dicapai oleh kurikulum itu

    Pengetahuan tentang maklumat, data dan kegiatan

    Pengalaman dari mana terbentuk kurikulum itu

    Kaedah dan cara mengajar dan bimbingan yang diikuti murid-murid untuk mendorong mereka belajar dan membawa mereka ke arah yang

    dikehendaki.

    Perbandingan yang boleh dibuat dari sudut pandangan barat dengan

    pandangan Islam, apakah yang boleh anda kaitkan dengan kurikulum KHSR

    yang dilaksanakan sekarang? Dalam pelajaran seterusnya kita akan membincangkan tentang jenis-jenis

    kurikulum dan kemudian tentang kurikulum dan pendidikan. 1.3 Jenis-Jenis Kurikulum

    Kurikulum Rasmi - Kurikulum yang terdapat dalam dokumen i Kurikulum Operasi - Kurikulum yang digunakan dalam bilik

    d j h Kurikulum Tersembunyi - Pekara-perkara yang diajar dalam bilik darjah

    Kurikulum Nol - Subjek yang tidak diajar Ko-kurikulum - Pengalaman terancang di luar bilik darjah

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    1.4 Kurikulum dan Pendidikan

    Menurut Beauchamp (1968) secara umumnya bidang pendidikan adalah luas dan merangkumi bidang kurikulum, kaunseling, penilaian, pengurusan, dan instruksi.. Dengan merujuk Rajah 1 didapati bahawa kurikulum dan instruksi adalah sub sistem kepada sistem yang lebih besar iaitu pendidikan atau persekolahan.

    Rajah 1 : Instruksi dan Kaitan Dengan Pendidikan

    Di Malaysia unit-unit yang terdapat dalam Jabatan Pendidikan Negeri ialah Unit

    Kurikulum, Penilaian, Kerjaya dan Kaunseling, Dadah, dan Pengurusan. Unit

    Teknilogi Pendidikan adalah di bawah pentadbiran dan pengurusan Pusat

    Sumber Pendidikan Negeri. Kurikulum dan Teknologi Pendidikan atau Teknologi

    instruksi merupakan dua unit yang berasingan tetapi saling bergantung antara

    satu dengan yang lain. Kedua-dua entiti ini penting untuk melaksanakan

    kurikulum, instruksi dan pengajaran di sekolah. Secara mudah kurikulum boleh dilihat sebagai apa dan instruksi sebagai cara atau bagaimana Anda boleh bayangkan kurikulum sebagai program, rancangan, kandungan pelajaran dan pengalaman pembelajaran, manakala instruksi sebagai kaedah, cara mengajar, pelaksanaan atau persembahan.

    Biasanya bila berlakunya suatu aktiviti sebagai contoh membuat nasi lemak, kita akan rancang secara lisan atau bertulis apa yang harus disediakan iaitu merancang resipi membuat nasi lemak. Untuk mendapatkan resipi yang baik, kita akan rujuk buku masakan atau berbincang dengan kawan. Begitu juga dalam instruksi jika apa yang terkandung dalam kurikulum itu mantap dan cara penyampaian baik, maka hasilnya atau prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar juga

    Pendidikan

    Kaunseling

    Pendidikan

    Kurikulum

    Pendidikan

    Instruksi Penilaian Pentadbiran

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    baik. Jadi kedua-duanya adalah sama penting untuk meningkatkan mutu pendidikan.

    Berdasarkan penjelasan di atas, kita mungkin bersetuju bahawa perancangan

    kurikulum dibuat lebih awal daripada instruksi. 1.5 Latar Belakang Falsafah Dan Liputan Kurikulum

    - Perkembangan individu secara menyeluruh (intelek, rohani, emosi dan jasmani)

    - Penerapan dan perkembangan nilai-nilai murni

    - Penyebaran ilmu pengetahuan

    - Pembentukkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu

    - Melahirkan tenaga kerja mahir

    ( Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979 ) Menurut Arof dan Kasa (1987) falsafah dan pendidikan di Malaysia mempunyai asas

    falsafah eklektisme yang menyatukan berbagai-bagai falsafah yang bersifat

    tradisional dan progresif. Kewujudan asas falsafah eklektisme, dapat

    menyelesaikan pertelingkahan berbagai-bagai falsafah yang menegaskan tuntutan

    masing-masing. Dalam keadaan berbagai-bagai falsafah yang berlainan gagal mengatasi antara satu

    sama lain untuk menjadi asas kepada pendidikan, maka apa-apa mata pelajaran

    yang muncul dalam bentuk kurikulum bolehlah dihujah keesahan kemunculannya

    menurut salah satu daripada falsafah yang bertelingkah itu. Keadaan seperti ini

    merupakan keadaan eklektif yang menyatukan berbagai-bagai sistem falsafah.

    Hasilnya wujudlah berbagai-bagai sistem falsafah yang bertelingkah dengan sistem

    logik yang bercanggah untuk membentuk dasar liputan kurikulum. Dari segi ini

    sebenarnya bolehlah dikatakan bahawa tidak wujud peranan suatu falsafah pun

    yang kukuh sebagai satu liputan kurikulum di Malaysia. Yang wujud hanya

    berbagai bias falsafah yang berbeza menembusi masuk ke dalam pertimbangan

    tentang liputan kurikulum menerusi ideologi pendidikan.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Untuk memperkukuhkan lagi minda anda, cuba anda fikirkan sejenak apakah yang dimaksudkan oleh Arof dan Kasa berkenaan falsafah dalam liputan kurikulum di Malaysia.

    Falsafah:

    Merupakan kewarasan yang menggunakan logik yang menghuraikan tiga aspek

    tentang manusia dan persekitaran

    Ontologi

    Teori kewujudan yang meliputi aspek kewujudan tuhan, manusia dan alam

    Epistemologi

    Teori ilmu yang meliputi aspek apakah ilmu, sumber ilmu, pembahagian

    ilmu dan peranan ilmu

    Aksiologi

    Teori nilai yang meliputi aspek nilai, sumber nilai, pembahagian

    nilai dan peranan nilai Rumusan Falsafah yang wujud pada masa ini boleh dibahagikan kepada empat

    berasaskan keserupaan dasar logik masing-masing.

    Falsafah Berdasarkan Logik Alam Ghaib

    Logik Alam Rohani

    Huraian yang lebih lanjut tentang alam rohani boleh ditemui dalam

    berbagai- bagai sistem kepercayaan agama.

    Logik Alam Idea

    Ditemui oleh Plato pada 400 S.M, beliau mengusulkan bahawa idea wujud

    dalam wilayah alam ghaib secara mutlak dan tidak terikat pada

    deria. Plato menggariskan bahawa kehidupan yang baik boleh dibina

    dengan menegakkan kebenaran dan kesucian yang muncul dalam bentuk

    idea mutlak

    Falsafah Berdasarkan Logik Semesta

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Ditemui oleh Aristotle pada tahun 400 S.M. Beliau mengusulkan bahawa alam semesta terdiri daripada dua unsur iaitu jisim matter dan bentuk (form), jisim dan

    bentuk beradun dengan pelbagai rupa untuk membentuk kasatuan

    benda yang dialami dalam kehidupan sehari-hari seperti angin, air, pasir,

    kertas, buku, pokok, manusia dan sebagainya

    Logik Alam Semesta Statik

    Diusulkan oleh Isaac Newton pada kurun ke-17 yang merumuskan

    peyeluruhan prinsip gerakan alam semesta melalui rumusan matematik.

    Logik Alam Semesta Dinamik

    Muncul pada kurun ke 19 dari pada idea Chavalier de Lamarch (ahli

    zoologi), Thomas Robet Maljhus (ahli ekonomi) dan Charles Darwin

    (ahli sains alam semula jadi). Mereka mengusulkan bahawa antara

    benda hidup wujud bergelut untuk hidup dan penyesuaian dengan

    persekitaran.

    Falsafah Berdasarkan Islam

    Muncul pada akhir zaman ledakan kegeligaan manusia apabila Allah

    s.w.t menurunkan al-din kepada Nabi Muhammad s.a.w (571 M) Lima Aliran Falsafah Dari Segi Kepercayaan Tentang Ilmu Dan Nilai

    Falsafah Pendidikan Perenialisme

    - Mempercayai bahawa ilmu dan nilai adalah bersifat kekal

    - Ilmu keupayaan memikirkan semula idea-idea yang sedia ada dan mantap

    - Nilai dianggap sebagai mutlak, tidak berubah dan sejagat

    Falsafah Pendidikan Progresivisme

    - Mempercayai bahawa ilmu dan nilai adalah sentiasa berubah.

    - Tujuan pendidikan ialah untuk menyediakan pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah.

    - Ilmu merupakan hasil daripada pengelaman pelajar yang diperoleh melalui kaedah saintifik.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    - Nilai adalah relatif dan boleh berubah mengikut masa dan situasi

    Falsafah Pendidikan Rekonstruksionisme

    - Mempercayai bahawa ilmu dan nilai sentiasa berubah, tetapi ia perlu dipilih untuk menghindar bahaya dan menjamin keamanan masyarakat.

    - Tujuan pendidikan ini adalah untuk membentuk semula masyarakat supaya menjadi cemerlang dalam persekitaran yang sentiasa berubah.

    - llmu hasil daripada pengelaman pelajar yang terkawal dengan bantuan kaedah saintifik.

    - Nilai adalah relatif dan berubah mengikut masa dan situasi. Falsafah Pendidikan Eksistensialisme

    - Mempercayai bahawa ilmu dan nilai berubah, tetapi ia perlu dipilih untuk membantu kewujudan (memenuhi keperluan) individu.

    - Tujuan pendidikan ini ialah untuk memberi ilmu dan nilai kepada individu mengikut potensi masing-masing untuk menjadi manusia

    yang unik.

    - Ilmu apa yang difikirkan sesuai untuk pembangunan diri seseorang individu.

    - Nilai adalah pilihan bebas seseorang individu mengikut persepsi masing- masing.

    Sambil kita rehat-rehat cuba anda kaitkan antara falsafah dalam liputan kurikulum dengan rumusan yang dibuat dan juga lima aliran falsafah yang telah dibincangkan di atas.

    Aktiviti 1

    Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda

    dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

    1. Bincangkan definisi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    2. Apakah jenis kurikulum yang dilaksanakan di Malaysia.

    3. Bincangkan tiga unsur di dalam falsafah iaitu Ontologi, Epistemologi, dan

    Aksiologi.

    4. Bincangkan latar belakang falsafah dan liputan kurikulum di Malaysia.

    Bagaimanakah kedudukan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dari

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    segi latar belakang falsafah dan liputannya

    5. Huraikan perkaitan antara kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dan

    pendidikan di Malaysia.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    TAJUK 2 TEORI DAN MODEL KURIKULUM DALAM KONTEKS KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    SINOPSIS

    HASIL PEMBELAJARAN

    membandingkan teori - teori kurikulum KHSR membandingkan model kurikulum KHSR menghuraikan model kurikukum kebangsaan

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    KANDUNGAN ISI 2.1 Teori - teori kurikulum Kurikulum KHSR tidak terikat secara nyata dengan mana - mana teori kurikulum yang utama. Ini adalah kerana teori dan model kurikulum KHSR telah digubal mengikut acuan Malaysia. Walaupun begitu tidak dinafikan bahawa kurikulum KHSR sedikit sebanyak dipengaruhi oleh teori kurikulum yang utama tersebut. Antara beberapa teori kurikulum itu, terdapat empat teori yang penting iaitu: Teori Disiplin Mental Teori Kurikulum Saintifik Teori Fungsi Teori Konflik Teori Disiplin Mental Ia merupakan teori kurikulum yang terawal. Menurut teori ini kuasa mental boleh dibangunkan menerusi banyak latihan seperti menghafal.Terdapat dua andaian asas tentang pembelajaran dan kurikulum : Pembelajaran mesti dipaksakan.Justeru,dendaan patut dikenakan sekiranya matlamat

    pembelajaran hendak dicapai. Kawalan yang ketat perlu dilaksanakan ke atas proses pembelajaran.Dengan

    demikian adalah diharapkan intelek pelajar akan bertambah maju peringkat demi peringkat.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Teori Kurikulum Saintifik Gerakan pengurusan saintifik telah mula menguasai barat pada awal kurun ke -20 dan tempiasnya turut dirasai oleh disiplin pendidikan.Pengurusan saintifik banyak bersandar pada konsep kecekapan dan kepiawaian.Kedua-dua unsur inilah yang menyebabkan peningkatan produktiviti industri dan perniagaan. Salah satu pengaruh daripada gerakan saintifik ialah pewujudan objektif pembelajaran dalam bentuk perlakuan .Kaedah ini membenarkan guru mengukur kemajuan murid beliau seperti mana pengurus kilang mengukur prestasi pekerja beliau. Teori fungsi Teori ini beranggapan bahawa peranan asas pendidikan ialah menyebarkan pengetahuan / kemahiran kepada generasi seterusnya. Pendidikan juga dikatakan sebagai agen sosialisasi - mengintegrasikan warga ke dalam masyarakat.Dalam hal ini pendidikan mengambil peranan menyebarkan nilai - nilai teras masyarakat, di samping bertindak sebagai pengawal sosial. Sebagai satu agen sosial,pendidikan bertindak menyisihkan anggota masyarakat menurut merit.Tanpa disedari pelajar cerdas dipilih untuk profesion bergaji tinggi manakala yang kurang cerdas dilatih untuk profesion kolar biru, contoh dalam sektor teknikal. Teori Konflik Seperti teori fungsi,teori konflik turut memainkan peranan menyisih bukan atas dasar merit tetapi kelas sosial dan etnik.Secara tidak langsung teori ini beranggapan status quo akan dapat dikekalkan dalam struktur masyarakat.Kelas pekerja kekal pada lapisan bawah sosial manakala golongan berkemampuan kekal pada lapisan atas masyarakat. 2.2 Model - model kurikulum Model Tyler ( 1949 ) Model Kurikulum Kebangsaan Model Tyler Dalam tahun 1949 Tyler telah menyarankan idea yang berkaitan dengan pembangunan kurikulum.Hasil kerja beliau telah menjadi asas kepada kebanyakan kurikulum didunia.Walaupun agak lama idea itu dikemukakan, ia nampaknya masih relevan. Pendapat beliau berkisar kepada empat pertimbangan dalam pembangunan kurikukum iaitu 1. matlamat dan objektif kurikulum 2. pengalaman pembelajaran yang dikaitkan dengan pencapaian matlamat dan objektif 3. aspek pentaksiran dan penilaian pembelajaran, dan 4. bagaimana aktiviti - aktiviti pembelajaran disusun atur Model Tyler lebih tertumpu kepada hasil kepada proses pendidikan dan dengan itu tergolong dalam model produk. Sebaliknya model proses lebih condong kepada kualiti bagaiamana proses pendidikan dikendalikan ( dengan itu dipanggil 'proses').

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Kekuatan model Tyler terletak pada kejelasan hala tuju pendidikan. Ini dapat dilihat pada matlamat dan objektif pembelajaran yang dipinta.Seterusnya diikuti dengan langkah - langkah konkrit untuk membawa pelajar ke arah pembelajaran.Pada waktu yang sama, model ini membawa idea kepada pemeringkatan pelajar dan dengan itu seharusnya pengalaman pembelajaran perlulah disediakan menurut kesesuaian pelajar. Model Kurikulum Kebangsaan Di Malaysia model yang digunakan adalah merupakan acuan setempat dan bersepadu. Beberapa unsur terbaik kurikulum telah diambil dengan tidak melupakan beberapa unsur kemalaysiaan.Dalam model kurikulum kebangsaan, elemen - elemen yang pertimbangkan adalah 5. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 6. Agenda Negara 7. Perkembangan individu 8. Teori pembelajaran 9. Empat tonggak pendidikan UNESCO Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPK memperakukan bahawa setiap warga mempunyai potensi untuk belajar.Dalam hal ini KHSR menyediakan ruang kepada murid untuk membuktikan kemampuan mereka untuk belajar sama ada secara akademik maupun amali. Agenda negara Model ini menghalakan konteks pendidikan ke arah Malaysia.Beberapa elemen diambil kira iaitu sosiobudaya,perpaduan,ekonomi,sains dan teknologi dan ict. Perkembangan individu Malaysia dalam rangka menggemblengkan warganya ke dalam jaringan kenegaraan tidak mengabaikan kehendak - kehendak peribadi.Salah satu unsur itu ialah nilai - nilai murni yang diterapkan dalam sukatan KHSR. Teori pembelajaran Antara teori kontemporari yang dilibatkan dalam model ini kecerdasan pelbagai yang disarankan Gardner.Jelas dalam praktisnya, murid diberi ruang yang pelbagai menunjukkan kemampuan belajar dan memahami. Empat tonggak pendidikan UNESCO Model kurikulum Malaysia menepati empat tonggak tersebut, iaitu 10. Belajar untuk mengetahui 11. Belajar untuk membuat 12. Belajar untuk hidup bersama 13. Belajar untuk menjadi insan sempurna Bibliografi CliffsNotes.com.(9 Disember 2011).Theories of Education.Diakses drp http://m.cliffsnotes.com/study_guide/,topicArticleId-26957,articleId-26914.html

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Mengumpul dan mentaksir data berkaitan sekolah

    TAJUK 3 PERANCANGAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Sinopsis

    Tajuk ini dapat memberi pendedahan dan pemahaman tentang kurikulum dari segi

    mendefinisi perancangan kurikulum, membuat keputusan dalam perancangan

    kurikulum, mengumpul dan mentaksir data berkaitan sekolah dan mengumpul dan

    mentaksir datar berkaitan komuniti. Hasil Pembelajaran:

    1. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk menjelaskan dan

    mendefinisi perancangan kurikulum;

    2. Menjelaskan dalam membuat keputusan dalam perancangan kurikulum;

    3. Menerangkan cara mengumpul dan mentaksirkan data sekolah; dan

    4. Menerangkan cara mengumpul dan mentaksirkan data komuniti. Kerangka Konsep Tajuk 2

    Membuat keputusan dalam perancangan kurikulum

    Perancangan Kurikulum KHSR

    Mengumpul dan mentaksir data berkaitan komuniti

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    3.1 Definisi Perancangan Kurikulum

    Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan perancangan kurikulum? Mari

    kita teliti maksud terminologi di bawah; Mari kita lihat asal perkataan perancangan kurikulum dulu

    Perancangan bermakna

    Perancangan bermaksud perbuatan (tindakan, usaha yang dijalankan) dalam merancang sesuatu.

    (Kamus Dewan Edisi-III, 2002)

    Kurikulum bermakna

    Rancangan yang menyediakan semua pembelajaran dengan tujuan

    memperolehi maklumat dan objektif pendidikan di bawah bimbingan sekolah.

    (Saylor, Alexander & Lewis,1981) 3.2 PERANCANGAN KURIKULUM

    Ransangan boleh wujud dalam suasana sosial atau politik, dalam amali, dalam teori

    sains kemasyarakatan atau pemikiran pihak pentadbir, pengajar mahupun pelajar.

    Oleh itu, fungsi perancangan kurikulum pada peringkat awalnya ialah untuk

    mengetengahkan, menonjolkan, membeza serta menyemarakkan ransangan. Pada

    peringkat ke-2, perancangan bertujuan untuk bertindak demi memprogramkan sistem

    supaya gerak balas akan berterusan dan sesuai. 3.2.1 Perancangan boleh :

    Menjelaskan setepat sasaran yang sering bergerak dan berubah (iaitu kehendak amalan yang sering berubah dan juga keupayaan serta

    kemampuan para pelajar yang berbeza);

    Mengesan dan memilih kemudahan yang sesuai atau sumber-sumber dalam persekitaran institusi, universiti, dan dalam masyarakat profesional;

    Merapatkan jurang perbezaan kurikulum yang mungkin mengakibatkan tindakan yang berat sebelah;

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Mengelak daripada pertindihan kurikulum (alasan yang sering diberi ialah untuk memperkukuhkan pembelajaran);

    Mengelak daripada kepungan(ketempangan) kurikulum atau gerak balas yang keterlaluan dan tidak begitu mustahak dan sesuai;

    Mengkaji dan memilih kurikulum;

    Menentukan keutamaan dan memilih kurikulum;

    Mengelak dari mengadakan kurikulum yang tidak boleh dilentur;

    Memperbetulkan keutamaan sesudah mendapat makluman balas dalam

    Penilaiannya;

    Mentafsir kehendak, keupayaan serta kemampuan fakulti atau institusi berkenaan;

    Dari itu, mereka mendefinisikan perancangan kurikulum sebagai satu cara pemilihan kurikulum dan pengatur rancangan sesudah

    mendapat segala fakta, data, unjuran dan juga kesesuaian semua nilai-

    nilai profesional tanpa melupai segala dinamika infrastruktur institusi yang

    sedia ada. 33..33 SSIIAAPPAA PPEERRAANNCCAANNGG KKUURRIIKKUULLUUMM ??

    Orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembentukan sesebuah kurikulum ialah

    tokoh- tokoh atau ahli-ahli akademik di pusat-pusat pengajian tinggi. Mereka

    dikatakan mempunyai banyak pengalaman dan pengaruh yang besar dalam bidang

    perancangan dan pembentukan sesebuah kurikulum. Maju dan mundur sistem

    pendidikan adalah terletak di bawah orang yang merancang kurikulum. 33..44 PPRROOSSEESS PPEERRAANNCCAANNGGAANN KKEEMMAAHHIIRRAANN HHIIDDUUPP SSEEKKOOLLAAHH RREENNDDAAHH

    3.4.1 Menentukan Rasional

    Sebab perlunya program diadakan. Contohnya mewujudkan modal

    insan yang berkebolehan dan berketrampilan; dan

    Untuk KHSR, program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai kemahiran yang diperlukan kepada murid-murid di sekolah rendah.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    3.4.2 Visi

    Merujuk kepada hala tuju yang menjadi matlamat jangka panjang program mengikut perspektif yang lebih luas.

    3.4.3 Matlamat

    Matlamat KHSR bertujuan membolehkan memperolehi kemahiran

    praktis berasaskan teknologi keushawanan dan aspek pengurusan diri

    supaya mereka dapat menjalankan kerja buat sendiri. 3.4.3 Objektif

    merujuk kepada komitmen pengurusan dan pentadbiran untuk

    mencapai matlamat prestasi serta dalam masa yang telah ditetapkan- di

    mana hasil yang dicapai mempunyai hubungan secara; 3.4.5 Untuk KHSR, objektif yang telah digariskan ialah:

    Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran dalam

    menyelenggara dan membaiki alat-alatan, perkakas dan mesin mudah;

    Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran dalam bidang keusahawanan dan pengurusan diri; dan

    Membolehkan murid-murid memupuk minat dalam bidang urusniaga serta mereka bentuk alat-alatan yang berguna.

    3.4.6 Isi pelajaran

    Kandungan mata pelajaran yang releven dengan keperluan masyarakat

    selaras dengan dasar dan falsafah kebangsaan; dan

    Untuk KHSR, isi pelajaran yang telah dirancang bertepatan dengan apa yang ingin dicapai dalam dasar dan falsafah pendidikan kebangsaan Malaysia.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    3.4.7 Kaedah penyampaian

    Bagaimana isi pelajaran disampaikan dengan lebih berkesan dan bermakna;

    Contohnya : tunjukcara, bercerita, kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan, temu bual, tinjauan dan lawatan; dan

    Ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

    3.4.8 Keperluan Fizikal / Infrastruktur

    Penyediaan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran seperti bengkel,

    bangunan, kemudahan-kemudahan bengkel, kemudahan pengajaran dan

    pembelajara (P&P), buku rujukan dan sebagainya;

    Tenaga kerja; dan

    Guru terlatih, pembantu bengkel atau makmal, pembina kurikulum, Penilai (kertas kerja).

    2.5 Eleman-Eleman Penting Dalam Perancangan Kurikulim

    Terdapat empat eleman penting yang di usulkan oleh Schwab (1971) dalam

    pendidikan iaitu pelajar, guru, mata pelajaran dan persekitaran. Sebagai seorang

    perancang mereka perlu mengetahui demografi, gaya pembelajaran, bakat, sikap dan

    tahap pencapaian pelajar.

    Cuba anda kaitkan eleman peting perancangan kurikulum yang

    diusulkan oleh Schwab dengan kurikulum KHSR dan buat perbincangan

    berdasarkan huraian sukatan pelajaran KHSR tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.

    Tyler (1949) dan Taba (1962) telah mencadangkan bahawa perkara yang perlu diambil perhatian dalam proses merancang kurikulum adalah analisis keperluan. Adakah keperluan yang dimaksudkan itu benar-benar perlu atau tidak. Contohnya diperingkat sekolah rendah , kita dapati bahawa pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak dapat dijalankan

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    dengan sempurna kenapa perkara ini berlaku? Adakah tenaga pengajar tidak

    mempunyai kemahiran atau guru yang mengajar bukan dari opsyen KH? Untuk

    menyelesaikan masalah ini anda perlu menyatakan sebab-sebab kenapa analisis

    keperluan dijalankan terlebih dahulu sebelum merancang sesuatu kurikulum. Terdapat eleman-eleman penting dalam merancang kurikulum iaitu :

    Rasional;

    Kajian keperluan;

    Matlamat dan objektif;

    Input daripada stakeholder;

    Ciri-ciri pelajar (target audience);

    Isi kandungan;

    Aktiviti yang berkaitan termasuk latihan industri;

    Jangka masa program;

    Bahan, resos dan infrastruktur;

    Ururan kursus;

    Latihan guru;

    Penilaian;

    Pentadbiran dan kewangan termasuk hubungan dengan pihak industri;

    Kawalan kualiti dan akreditasi; dan

    Ramalan tentang pasaran pekerjaan untuk para graduan. Manakala menurut Evans dan Herr (1978) telah mencadangkan tiga perkara iaitu :

    Mengambil kira keperluan sektor pekerjaan;

    Pelbagaikan opsyen kursus supaya pelajar mempunyai lebih banyak pilihan; dan Pelbagai teknik pengajaran supaya dapat memenuhi pelbagai

    gaya pembelajaran pelajar.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Menurut Harmon (1968), terdapat beberapa kategori keperluan yang perlu

    dipertimbangkan dalam merancang kurikulum PTV iaitu :

    Kehendak sosial berkisar terhadap apakah bentuk pendidikan atau latihan yang dikehendaki oleh masyarakat setempat;

    Keperluan sektor pekerjaan faktor ekonomi juga memainkan peranan yang penting dimana pusat pendidikan perlu peka terhadap permintaan

    sektor industri pada masa sekarang dan juga akan datang; dan

    Kos efisien - Pendekatan kos efisien juga perlu diambil kira supaya pelaburan dalam pendidikan dan latihan memberi pulangan yang optima.

    Mari sama-sama kita membuka minda untuk memikirkan tentang eleman-

    eleman penting dalam merancang kurikulum sehingga terhasilnya sebuah

    kurikulum yang sempurna. 3.6 Membuat Keputusan Dalam Perancangaan Kurikulum

    Menurut Hunkins terdapat tujuh fasa dalam membuat keputusan iaitu:

    i. Mengkonsepsikan kurikulum dan mendapat kesahan

    Menentukan konsep kurikulum yang bakal diterima pakai. Pentingkan

    keperluan pelajar dan kurikulum yang dicadangkan perlu mendapat

    pengesahan berasaskan keperluan pelajar.

    ii. Diagnosis

    Melibatkan dua tugas iaitu menterjemahkan keperluan kepada punca atau

    sebab dan menjana matlamat dan objektif daripada keperluan. Jika

    kurikulum diterima berasaskan kepada keperluan maka matlamat dan

    objektif akan ditentukan sebagai panduan atau hasilan.

    20

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    iii. Pemilihan kandungan

    Melibatkan penentuan apa atau isi kurikulum. Kandungan

    kurikulum inilah yang akan diajar dan dipelajari oleh pelajar.

    Kandungan adalah asas kepada pembinaan kurikulum.

    Kandungan mencakupi fakta, konsep, prinsip, teori dan generalisasi.

    Kandungan juga merujuk kepada proses kognitif yang pelajar

    gunakan untuk berfikir, belajar dan menyampaikan pengetahu

    dan kemahiran yang mereka perolehi kepada orang lain.

    iv. Pemilihan pengalaman

    Melibatkan proses instruksi. Dalam proses ini guru harus

    menentukan cara menyampaikan kandungan kurikulum kepada

    pelajar atau pengalaman pembelajaran yang harus diterima oleh

    pelajar. Aktiviti pembelajaran yang boleh menjadikan proses

    pembelajaran ceria dan berkesan. Media instruksi yang harus

    digunakan ialah buku teks, papan hitam, bahan audio, slaid,

    video, hipemedia, internet.

    v. Pelaksanaan

    Melibatkan pelaksanaan kandungan kurikulum dan proses instruksi.

    Dijalankan dua peringkat. Menjalankan ujian perintis kurikulum

    untuk mengesah masalah yang wujud dalan sesuatu program.

    Mendifusi program yang telah diuji. Sistem pengurusan harus

    ditubuhkan untuk memberi pendedahan tentang program baru ini

    serta mendapatkan komitmen daripada pelaksana kurikulum dan

    instruksi.

    vi. Penilaian

    Melibatkan penilaian berterusan untuk mendapatkan data

    untuk membuat putusan sama ada melanjutkan, membaiki,

    meminda atau menamatkan program.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    vii. Pengekalan Fasa terakhir untuk membuat keputusan tentang pembinaan kurikulum. Melibatkan kaedah atau cara mengurus supaya kurikulum itu stabil dan berkesan. Adakah guru diberi latihan dalam perkhidmatan untuk melaksanakan kurikulum? Adakah peruntukannya mencukupi untuk membeli dan menyelenggara peralatan? Adakah penyelia dapat membantu guru menunjukkan strategi baru untuk melaksanakan program ini? Adakah agen perubahan memainkan peranan mereka untuk menyakinkan guru, ibu bapa dan masyarakat tentang program

    yang dijalankan. Kurikulum yang tidak disusuli dengan program

    pengekalan akan hilang identitinya dan guru tidak merasa terikat

    atau komited terhadap program. Dalam konteks pengambilan keputusan untuk perancangan kurikulum ada

    lima tahap yang perlu dilakukan :

    a) Mendefinisikan masalah dan mengklarifikasikan beberapa alternatif pemecahan masalah; tahap ini merupakan tahap yang cukup kritis dalam mendefinisikan suatu masalah. Pada

    tahap ini apabila suatu masalah dapat didefinisikan dengan

    baik maka pemecahan masalah melalui alternatif yang

    mungkin dapat diidentifikasi dan diklarifikasi. Sebagai

    contoh, suatu Kolej Komuniti menawarkan 4 program yang

    berbeza untuk pendidikan teknologi dan kejuruteraan. Data

    mengenai masing-masing keempat program tersebut dapat

    dikumpulkan dan diklarifikasi dan dianalisis secara simulasi

    untuk memutuskan mana di antara ke empat program tersebut

    (jika tidak diambil semuanya) harus diimplementasikan.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    b) Menetapkan piawaian dari masing-masing alternatif ; kalau pada tahap pertama beberapa alternative diklarifikasi, maka

    pada tahap kedua atau selanjutnya adalah membuat standar

    dari masing-masing alternatif tersebut. Penetapan standard

    akan membantu para pengambil keputusan untuk

    menentukan alternatif yang paling mungkin untuk ditawarkan

    dan sumber daya apa yang perlu disediakan. Standard akan

    membantu para pengembang kurikulum dalam penetapan

    dan operasinalisasi dari program Pendidikan Teknologi dan

    Kejuruteraan yang berkualiti.

    c) Pengumpulan data yang berhubungan dengan sekolah

    dan masyarakat untuk didampingkan dengan standard yang ada; setelah ditetapkan standard pada tahap kedua, data sekarang dapat diidentifikasi dan dikumpulkan untuk masing-masing alternatif. Data akan diperlukan untuk dikumpulkan dari dua sumber iaitu sekolah dan masyarakat.

    d) Analisis Data; Pada tahap ke empat, perancang kurikulum harus menganalisis seluruh data dari standard yang telah

    ditetapkan. Pada tahap ini dilakukan mereka akan

    merancang; merekabentuk, menganalisis, dan menyediakan

    borang yang dapat digunakan pada masa pengumpulan data

    nanti. Data akan diproses secara tepat.

    e) Memilih alternatif memproses data; Tahap ke lima merupakan salah satu cara mempersembahkan data dalam menyediakan

    kurikulum. Pada tahap ini, beberapa alternatif telah

    diabaikan seperti data yang tidak lengkap. Di mana hanya satu

    alternatif yang sesuai akan dipilih.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Sebelum kita meneruskan lagi proses pembelajaran cuba anda

    bayangkan apakah yang dimaksudkan dengan mentaksir data

    berkaitan sekolah dan masyarakat (komuniti).

    3.7 Pengumpulan Dan Mentaksir Data Berkaitan Dengan Sekolah

    Salah satu faktor yang harus diperhatikan oleh para perancang

    kurikulum di Pendidikan Teknologi dan Kejuruteraan adalah school

    setting. Perkara ini harus diperhatikan tujuan utama dari proses

    pembelajaran di Pendidikan Teknologi dan Kejuruteraan adalah

    mempersiapkan pelajar untuk berjaya sebagai pegawai di dunia kerja.

    Proses pengumpulan data yang berkaitan dengan sistem yang

    mempengaruhi proses pembelajaran disekolah. Terdapat beberapa faktor

    berkaitan tersebut iaitu :

    a. Tahap keciciran; para perancang kurikulum perlu memperhatikan tahap keciciran yang secara tidak langsung

    menggambarkan kecenderungan minat dari pendidik.

    b. Tarikan pada kerjaya / jabatan pekerjaan; untuk menilai kecenderungan pada kerjaya ini biasa dilakukan dengan cara melakukan pelbagai ujian yang akan mampu menggambarkan minat/ kecenderungan peserta terhadap bidang pekerjaan tertentu. Ujian yang dapat dilakukan antara lain: standardized achievement test.

    c. Tarikan dan keperhatinan ibubapa; penglibatan pelajar

    menjadi perkara yang penting dalam menentukan program

    pembelajaran di sekolah. Keperhatinan ibubapa sangat

    mempengaruhi pemilihan program pendidikan bagi anak-

    anaknya. Perancang kurikulum perlu memikirkan penglibatan dari

    ibubapa.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    d. Pertambahan lulusan; perancang kurikulum perlu

    memperhatikan faktor keluaran lulusan dari univerisiti

    terutamanya dalam program Teknologi serta Kejuruteraan

    dalam pasaran kerja.

    e. Unjuran pasaran kerja masa depan; para perancang kurikulum perlu memperhatikan kecenderungan pasaran kerja

    pada masa yang akan datang. Kecenderungan ini akan

    dipengaruhi oleh pelbagai faktor, di antaranya

    perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi.

    Contohnya adalah perkembangan teknologi maklumat akan

    membantu untuk membuka program pembelajaran baru

    contohnya ICT atau pembelajaran perlu diorientasikan dengan

    memanfaatkan teknologi tersebut.

    f. Penilaian terhadap kemudahan; kemudahan memainkan peranan penting dalam konteks Pendidikan Teknologi dan

    Kejuruteraan. Kemudahan yang cukup akan memperkukuhkan

    lagi proses pembelajaran. Keluaran lulusan yang dihasilkan

    dapat bekerja bagi merealisasikan kemudahan yang ideal dan

    sesuai dengan tuntutan pekerjaan yang ada. 3.8 Pengumpulan Data Yang Berkaitan Dengan Masyarakat

    a. Keadaan masyarakat; yang dimaksud perkembangan masyarakat di sini antara lain keadaan geografi sekolah, kecenderungan jumlah penduduk, dan nilai-nilai masyarakat,

    b. Arah dan unjuran bidang pekerjaan; meliputi bidang-bidang pekerjaan yang paling sesuai dengan perkembangan ilmu dan

    teknologi.

    c. Keseimbangan supply-demand tenaga kerja; para

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    perancang kurikulum perlu memperhatikan faktor ini, dengan harapan jumlah lulusan yang dihasilkan disesuaikan dengan jumlah pekerjaan yang ada sehingga tidak terjadi pengangguran .

    Aktiviti 2

    Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah.

    Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam

    kelas.

    1 . Apakah proses yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum

    merancang kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah?

    2. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, proses membuat keputusan

    dalam perancangan kurikulum sebelum kurikulum dihasilkan merupakan

    fasa yang penting bagi menentukan penghasilan kurikulum yang baik.

    Menurut Ornstein & Hunkins (2004), terdapat beberapa fasa dalam

    menentukan membuat keputusan tersebut. Bincangkan fasa-fasa yang

    berkenaan.

    3. Huraikan lapan ciri proses perancangan kurikulum yang

    dikemukakan oleh Finch & Crunkilton (1999).

    4. Dengan berdasarkan kepada Finch & Crunkilton (1999), bincangkan bagaimana anda membuat perancangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    TAJUK 4 REKA BENTUK KANDUNGAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Sinopsis

    Menganalisis reka bentuk kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

    Seterusnya menentukan kandungan kurikulum, membuat keputusan

    kandungan kurikulum, menyediakan matlamat dan objektif kurikulum,

    pendekatan DACUM dan analisis tugas. Hasil Pembelajaran:

    1. Menganalisis dan mensintesis maklumat daripada pelbagai

    sumber untuk mereka bentuk kurikulum Kemahiran Hidup

    Sekolah Rendah;

    2. Menganalisis kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;

    3. Menganalisis sumber untuk membuat keputusan kurikulum Kemahiran Hidup

    Sekolah Rendah;

    4. Membandingkan matlamat dan objektif kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;

    5. Membandinglan pendekatan DACUM dan analisis tugas.

    Menentukan kandungan kurikulum

    Reka Bentuk KHSR

    Membuat keputusan kandungan kurikulum

    Menyediakan matlamat dan objektif kurikulum

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    4.1 Menentukan Kandungan Kurikulum

    Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan penentuan

    kandungan kurikulum, mari kita bincangkan berkenaan reka bentuk

    kurikulum. Secara amnya, reka bentuk kurikulum haruslah menyediakan

    kerangka rujukan asas atau templat bagi merancang rupa bentuk

    kurikulum setelah kurikulum itu dibangunkan.

    Tahukah anda apakah maksud reka bentuk kurikulum?

    Mari kita teliti maksud reka bentuk kurikulum di bawah:

    Reka bentuk kurikulum merujuk kepada persoalan bagaimana kurikulum ini direka bentuk, khususnya bagaimana susunan bahagian-bahagian dalam kurikulum disusun. Bahagian-bahagian dalam kurikulum adalah terdiri daripada (1) matlamat, tujuan, dan objektif; (2) kandungan; (3) pengalaman pembelajaran; dan (4) penilaian.

    (Abdul Rahim, 2007)

    Pendekatan DACUM dan analisis tugas

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Reka bentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu

    dikonsepsikan dan penyusunan komponen - komponen

    utama kurikulum seperti isi kandungan pelajaran, kaedah dan

    bahan pengajaran, pengalaman dan aktiviti pelajar bagi

    menyediakan arah dan panduan dalam membangunkan

    kurikulum.

    (Ornstein & Hunkins, 2004) Apakah yang boleh anda rumuskan berkaitan rekabentuk kurikulum

    Kemahiran

    Hidup sekolah rendah berdasarkan kepada maksud reka bentuk

    kurikulum yang

    dikemukakan oleh Ornstein & Hunkins (2004) ?

    Apakah hubungan komponen-komponen rekabentuk kurikulum? Cuba

    fikirkan

    sejenak dengan mengaitkannya dengan kurikulum kemahiran hidup

    sekolah

    rendah.

    Sekolah Rendah berdasarkan kepada maksud reka bentuk

    kurikulum yang dikemukakan oleh Ornstein & Hunkins (2004)?

    Apakah hubungan komponen-komponen reka bentuk kurikulum?

    Cuba fikirkan sejenak dengan mengaitkannya dengan kurikulum

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Setelah membincangkan komponen-komponen reka bentuk kurikulum, apakah kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah?

    Yusup (2000) pula menjelaskan bahawa kebanyakan reka bentuk

    kurikulum disusun berasaskan kepada tiga jenis reka bentuk kurikulum iaitu:

    a) Reka bentuk berpusatkan pelajar;

    b) Reka bentuk berpusatkan mata pelajaran;

    c) Reka bentuk berpusatkan penyelesaian masalah.

    Cuba teliti tiga jenis reka bentuk kurikulum yang dicadangkan di

    atas dan bandingkan dengan corak reka bentuk kurikulum yang

    dikemukakan oleh Mohd Daud Hamzah (1994) dan jenis reka

    bentuk kurikulum yang dikemukakan oleh Ornstein & Hunkins

    (2004).

    Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Mohd Daud Hamzah (1994) muka surat 57 hingga

    92 dan Ornstein & Hunkins (2004) muka surat 245 hingga 265.

    Mohd Daud Hamzah (1994) menjelaskan beberapa aspek yang perlu

    dipertimbangkan dalam reka bentuk kurikulum iaitu:

    Latar setempat sekolah;

    Guru di dalam sekolah;

    Murid di dalam sekolah;

    Peperiksaan awam;

    Iklim sekolah; dan

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah

    Manakala Ornstein & Hunkins (2004) pula mengemukakan beberapa

    perkara yang perlu dipertimbangkan dalam dimensi reka bentuk kurikulum

    iaitu:

    Skop;

    Urutan;

    Kesinambungan;

    Integrasi;

    Artikulasi; dan

    Keseimbangan.

    Mari kita analisis perkara-perkara yang dikemukakan oleh Mohd.

    Daud Hamzah (1994) dan Ornstein & Hunkins (2004) dalam reka

    bentuk kurikulum. Seterusnya, mari kita rumuskan apakah perkara-

    perkara yang perlu dipertimbangkan dalam reka bentuk kurikulum

    Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Faktor-Faktor Berkaitan Penentuan Kandungan Kurikulum

    Pada pendapat anda bagaimana penentuan kandungan kurikulum

    dilakukan? Cuba fikirkan !

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Menurut Finch & Crunkilton (1999), faktor-faktor berkaitan penentuan kandungan kurikulum ialah:

    Masa dan kewangan

    Tekanan dalaman dan luaran

    Keperluan tempatan, negeri, persekutuan,

    Kemahiran diperlukan oleh majikan

    Keprihatinan kandungan pendidikan akademik & vokasional

    Tahap kandungan yang perlu disediakan

    Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 127 hingga

    134

    Berdasarkan senario semasa di sekolah, bincangkan sama ada faktor-

    faktor berkaitan penentuan kandungan kurikulum yang dikemukakan

    oleh Finch & Crunkilton (1999) adalah signifikan dalam konteks

    kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Pemilihan Strategi Penentuan Kandungan Kurikulum

    Proses pemilihan strategi penentuan kandungan kurikulum adalah rumit.

    Tahap kerumitannya bergantung kepada pelbagai tumpuan seperti:

    a. Keadaan pendidikan

    Keadaan atau tempat bagi kandungan kurikulum

    diimplementasikan adalah paling penting untuk dikaji.

    b. Keadaan pekerjaan

    Aspek keadaan pekerjaan merupakan antara strategi yang perlu dikenalpasti.

    c. Strategi-strategi penentuan kandungan

    Strategi penentuan kandungan kurikulum merupakan yang

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    paling penting. Ia berlandaskan kepada (1) asas falsafah; dan

    (2)introspection.

    Instrospection digunakan dalam menilai pengetahuan dan

    pengalaman dan menggabungkannya dengan kerangka kerja

    bagi menyediakan kandungan kurikulum vokasional.

    Peranan asas falsafah merupakan yang paling sering

    digunakan dalam bidang akademi. Asas falsafah ini akan

    dibincangkan selepas ini.

    Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 134 hingga

    135.

    Asas Falsafah Bagi Menentukan Kandungan Kurikulum

    Falsafah memberi kesan dalam menentukan kandungan kurikulum. Ianya

    memberikan panduan kepada pembangun kurikulum dalam

    menentukan kandungan kurikulum. Kebanyakan kandungan kurikulum yang

    dibangunkan adalah berdasarkan kepada falsafah yang dipegang oleh

    pembangun kurikulum. Bagi Ornstein & Hunkins (2004), falsafah

    menyediakan pendidikan khususnya pembangun kurikulum dengan satu

    kerangka kerja bagi menyusun sekolah dan bilik darjah. Lalu menjawab

    beberapa persoalan tentang peranan sekolah, subjek yang perlu ditawarkan,

    bagaimana pelajar belajar dan kaedah atau bahan yang akan digunakan.

    Seterusnya, falsafah dapat menentukan matlamat, kandungan dan

    penyusunan proses pengajaran dan pembelajaran. Ringkasnya, falsafah

    merupakan asas kepada kandungan kurikulum.

    Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kita mempunyai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sila hayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan di bawah :

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkemba

    dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi

    melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan

    berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

    memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara

    Sehubungan itu, bincangkan peranan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan dalam penentuan kandungan kurikulum Kemahiran

    Hidup Sekolah Rendah. 4.2 Membuat Keputusan Kandungan Kurikulum

    Setelah mengenalpasti kandungan kurikulum, bincangkan kepentingan membuat keputusan dalam pembangunan kurikulum.

    Proses Membuat Keputusan Berkaitan Kandungan Kurikulum

    Terdapat beberapa persoalan yang telah dikemukakan oleh Taba (1962)

    berkenaan dengan proses menentukan kandungan kurikulum iaitu:

    a. Setakat mana kandungan dalam sesebuah mata pelajaran

    sesuai dengan keadaan semasa?

    b. Bagaimanakah kepentingan mata pelajaran mengikut

    keadaan?

    c. Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran

    menggalakkan proses inkuairi?

    d. Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran selari

    dengan keadaan masyarakat dan kebudayaan?

    e. Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran mempunyai

    keluaran dan

    kedalaman yang sesuai?

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    f. Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran

    membolehkan objektif dicapai?

    g. Bolehkah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran dipelajari oleh pelajar?

    h. Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran sesuai dengan

    kebudayaan dan norma pelajar?

    i. Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran mengambil kira kehendak pelajar?

    j. Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran mengambil kira minat pelajar?

    Membuat keputusan kandungan kurikulum adalah langkah penting bagi

    memastikan suatu membentukan kurikulum itu dapat berjalan dengan lancar.

    Terdapat beberapa proses membuat keputusan kandungan kurikulum:

    a) Mengenalpasti kandungan kurikulum

    b) Mengenalpasti halangan atau limitasi

    c) Mengkaji kandungan dengan mempertimbangkan halangan d) Penentuan kandungan yang baik berdasarkan halangan

    bergantung kepada kreativiti pembentuk kurikulum

    Bincangkan bagaimana anda membuat keputusan kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di tempat anda bertugas.

    Mengenalpasti Kekangan Berkaitan Kandungan Kurikulum

    Berdasarkan kepada Finch & Crunkilton (1999), proses membuat

    keputusan kandungan kurikulum digambarkan seperti di bawah Kandungan kurikulum = Kandungan kurikulum - Kekangan

    Yang boleh digunakan

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Kandungan kurikulum yang berpotensi merupakan kandungan yang relevan

    kepada pelajar. Manakala kekangan pula merujuk kepada faktor-faktor yang

    membataskan yang pengajaran kandungan tertentu. Antara kekangan berkaitan yang dikenalpasti terhadap kandungan kurikulum ialah:

    a. Pelajar

    b. Guru & Staf Sokongan

    c. Penyusunan kurikulum

    d. Keadaan pekerjaan

    Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 162 hingga 165.

    Cuba lakukan analisis berkaitan kekangan dalam melaksanakan kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di sekolah anda. Fikirkan dan cadangkan penyelesaian yang difikirkan sesuai.

    4.3 Menyediakan matlamat dan objektif kurikulum Matlamat KHSR dibentuk untuk membantu murid meningkatkan dan

    memperkembangkan keupayaan diri mereka melalui kemahiran yang

    dikuasai, pemerolehan pengetahuan berasaskan teknologi, keusahawanan

    serta pengetahuan diri dan kerja. Jenis Matlamat Dan Objektif

    Matlamat: Merupakan tujuan yang luas berkenaan keseluruhan kurikulum Bertujuan untuk memberi panduan dan menyediakan asas kepada

    perkembangan yang jelas tentang objektif umum dan khusus

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Objektif Umum:

    Sama dengan matlamat iaitu bersifat luas dan tidak terkira.

    Lebih sesuai digunakan dalam kursus pendidikan teknik dan vokasional, Ataupun muncul dalam sukatan yang khusus dalam

    sesuatu kursus

    Objektif Khusus:

    Dikenali sebagai objektif perlaksanaan yang tepat untuk ditunjukkan oleh pelajar di bawah keadaan khusus.

    Menjelaskan dengan baik tahap penerimaan pencapaian dan keadaan mana pencapaian itu berada.

    Penyediaan Matlamat

    Terdapat tiga faktor yang perlu dipertimbangkan iaitu:

    a. Penglibatan individu

    b. Konsisten matlamat kurikulum dengan matlamat yang lain c. Matlamat dan objektif yang mempunyai kaitan

    Penyediaan Objektif

    Objektif memudahkan kurikulum kerana tanpa kurikulum, instruksi menjadi

    tidak releven dan tidak efektif. Bagi menyediakan objektif yang boleh

    diukur, terdapat beberapa faktor yang berkaitan iaitu :

    Identifikasi

    Terminal Objective

    Enabling Objective

    Pemilihan Kandungan, pelajar, dan sumber

    Klasifikasi

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Spesifikasi Aktiviti, keadaan, dan piawai

    Urutan Objektif Dalam Kurikulum

    Tahukah anda terdapat beberapa pendekatan urutan objektif kurikulum?

    Pendekatan urutan objektif terdiri daripada:

    Urutan berdasarkan perkaitan

    Urutan berdasarkan Klasifikasi Taksonomi pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, penilaian

    Urutan berdasarkan Pengalaman Pendidikan Praktikal

    Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat

    175 hingga 201.

    Sila layari laman web berikut untuk mendapatkan lebih kefahaman

    tentang penyediaan matlamat dan objektif kurikulum iaitu:

    http://www.natefacs.org/JFCSE/v21no2/v21no2Pickard.pdf (09/09/09)

    4.4 Pendekatan DACUM dan Analisis Tugas

    Mari kita kaji pendekatan DACUM dan analisis tugas yang

    dikemukakan oleh Finch & Crunkilton (1999) dalam

    mengukuhkan kandungan kurikulum. Seterusnya, bincangkan

    potensi pendekatan dacum dan analisis tugas dalam

    mengukuhkan kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah

    Rendah di tempat anda bertugas. Pendekatan DACUM

    DACUM (Developing A Curriculum) merupakan helaian profil kemahiran

    yang menyediakan rancangan kurikulum dan instrumen penilaian bagi

    program latihan kemahiran. Pendekatan ini pada awalnya dikembangkan oleh

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    para ahli kurikulum di Kanada. Aplikasi pendekatan DACUM boleh

    menentukan kandungan kurikulum dan menjadi panduan bagi proses

    menentukan kandungan kurikulum secara sistematik.

    Hasil dari pendekatan DACUM adalah suatu Jadual yang menghuraikan secara ringkas tugas- tugas pekerjaan (outline job duties), kemampuan yang diperlukan, cara melakukan kerja, alat yang diperlukan, peralatan, persediaan, bahan dan trenda masa depan berkaitan pekerjaan tertentu yand terdapat di industri. Jadual analisis dikembangkan melalui suatu proses bersama- sama pakar khusus di dalam sesuatu pekerjaan, instruktur dan fasilitator yang akan memandu menyusun jadual tersebut. Jadual ini akan menjelaskan suatu kurikulum bagi suatu bidang latihan.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Rajah 2: Carta Perkembangan Proses DACUM

    Rajah2: Carta Perkembangan Proses DACUM Dalam DACUM perlu ada elemen yang berikut:

    Hanya pekerja mahir yang layak mendefinasi dan menggambarkan

    bidang pekerjaan mereka daripada orang lain.

    Setiap kerja boleh digambarkan dalam bentuk tugasan (task) yang telah dilaksanakan oleh pekerja dengan jayanya.

    Setiap task mempunyai kaitan lansung dengan pengetahuan dan sikap yang mesti ada pada pekerja untuk melaksanakan tugasan tersebut

    dengan betul.

    Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 140 hingga 146.

    Pendekatan Analisis Tugas

    Analisis tugas merupakan proses di mana tugas-tugas yang dilakukan

    oleh pekerja bagi sesuatu pekerjaan tertentu dikenalpasti dan disahkan.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Dalam pendekatan ini, isi kandungan kurikulum diambil dari tugas-tugas

    dalam pekerjaan tertentu yang diambil secara langsung dari deskripsi

    pekerjaan atau deskripsi tugas yang sudah mantap. Aktiviti bagi suatu

    pekerjaan itu terdiri dari daripada beberapa duti (duty) dan tugas (task) yang

    perlu dilakukan oleh pekerja. Duti merupakan segmen yang luas bagi kerja-

    kerja yang perlu dilakukan oleh individu bagi suatu jenis pekerjaan. Manakala

    tugas (task) pula merupakan unit-unit aktiviti bagi setiap duti. Dalam melakukan analisis tugas, langkah-langkah yang perlu

    dipertimbangkan adalah seperti berikut:

    melakukan kajian literatur dan informasi yang relevan;

    mengembangkan inventori pekerjaan atau jabatan;

    memilih sampel atau contoh pekerja sebagai sumber data;

    melaksanakan tinjauan atau penelitian di lapangan;

    menganalisis hasil tinjauan

    Hasil tinjauan bagi analisis tugas, kemudiannya disusun dan diolah sehingga

    menjadi bahan acuan dalam penentuan isi kurikulum. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 146 hingga 153.

    Aktiviti 3

    Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah.

    Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam

    kelas. 1. Definisi bagi elemen-elemen berikut:

    a. Reka bentuk kurikulum

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    b. Kandungan kurikulum

    c. Pendekatan DACUM

    d. Analisis Tugas

    2. Huraikan dimensi-dimensi utama dalam reka bentuk kurikulum

    Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dan bincangkan kenapa dimensi

    reka bentuk tertentu mendapat lebih perhatian dalam persekitaran

    pendidikan di negara kita.

    2. Bincangkan Bincangkan faktor-faktor bagi penentuan kandungan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

    4. Dengan berasaskan kepada Finch & Crunkilton (1999), bincangkan bagaimana menyediakan matlamat dan objektif kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    TAJUK 5 PELAKSANAAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Sinopsis

    Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan kurikulum, menganalisis

    pembangunan bahan kurikulum dan pembangunan kurikulum kurikulum untuk

    peralihan sekolah ke kerjaya. Hasil Pembelajaran:

    1. Menghuraikan pelaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;

    2. Mengenal pasti bahan-bahan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;

    3. Memilih bahan-bahan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;

    4. Menganalisis sumber untuk membangunkan bahan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;

    5. Menganalisis pembangunan kurikulum untuk peralihan sekolah ke kerjaya.

    Kerangka Konsep Tajuk 4

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Membangunkan bahan kurikulum

    Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan kurikulum

    Pelaksanaan Kurikulu

    m KHS

    R

    Pembangunan kurikulum untuk peralihan sekolah ke kerja

    5.1 Mengenalpasti dan Memilih Bahan-Bahan Kurikulum

    Kejayaan pelaksanaan kurikulum adalah hasil perancangan kurikulum yang

    baik dan berhati- hati. Perancangan mengenal pasti keperluan dan sumber

    kurikulum yang diperlukan untuk menghasilkan tindakan yang dikehendaki.

    Ia turut melibatkan penentuan tentang bagaimana mentadbir polisi di bawah

    tindakan yang dirancang. Pada peringkat pelaksanaan kurikulum, proses

    mengenal pasti dan memilih sumber kurikulum iaitu bahan-bahan kurikulum

    adalah sangat penting. Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan bahan-bahan

    kurikulum, mari kita bincangkan terlebih definisi bahan kurikulum.

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Bahan kurikulum adalah sumber-sumber yang digunakan oleh guru dalam membantu mengubah tingkah laku yang diharapkan di kalangan pelajar melalui pelaksanaan kurikulum tersebut

    (Finch & Crunkilton, 1999)

    Berdasarkan definisi oleh Finch & Crunkilton (1999), mari kita

    fikirkan bahan-bahan kurikulum bagi kurikulum Kemahiran Hidup

    Sekolah Rendah Jenis-Jenis Bahan Kurikulum

    Terdapat tiga jenis bahan kurikulum yang utama iaitu:

    a) Bahan bercetak Bahan bercetak adalah seperti modul, manual dan buku kerja. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas, biasanya guru melaksanakan kurikulum secara teori melalui buku kerja.

    b) Bahan audio visual

    Bahan audio visual terdiri daripada grafik, transparensi, poster

    dan sebagainya. Penggunaan audio visual ini melibatkan

    interaksi antara para pelajar dan guru.

    c) Bahan manipulatif

    Bahan manipulatif terdiri daripada puzzles, games dan

  • RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    simulator. Bahan manipulatif yang digunakan dalam

    pembelajaran Kemahiran Hidup adalah peralatan bengkel

    seperti gergaji dan mesin-mesin yang terdapat di dalam

    bengkel.

    Mari kita kaji bahan-bahan kurikulum bagi kurikulum Kemahiran

    Hidup Sekolah Rendah yang terdapat di sekolah kita.

    Senarai bahan-bahan

    kurikulum itu berdasarkan jenis-jenisnya. Pemilihan Bahan-Bahan Kurikulum

    Pemilihan bahan kurikulum yang sesuai adalah amat kritikal bagi

    memastikan pelaksanaan kurikulum dapat dijalankan dengan cekap dan

    berkesan. Terlebih dahulu maklumat umum sesuatu bahan perlu diketahui

    dengan mengenal pasti deskripsi bahan tersebut. Pentaksiran bidang juga

    adalah perlu bagi memastikan keseragaman dengan pelaksanaan kurikulum

    yang akan dilaksanakan. Bahan kurikulum yang dipilih perlu sesuai untuk digunakan oleh semua

    murid iaitu tidak bias kepada hanya satu jantina sahaja dan bersesuaian

    dengan keadaan semasa dari segi teknologi bagi subjek kemahiran hidup.

    Contohnya penggunaan alatan bengkel yang ketinggalan zaman tidak lagi

    sesuai digunakan sebagai bahan kurikulum kerana boleh menyebabkan

    murid tidak akan dapat mengendalikan mesin-mesin baru yang canggih

    lagi moden. Ini kerana murid tersebut ti