REALITI KEHIDUPAN: Sempadan Negara Yang...

download REALITI KEHIDUPAN: Sempadan Negara Yang Unikblogskpp.blogspot.com/2011/06/sempadan-negara-yang-unik.html2017-07-23Maghribi menuntut hak ke atas Ceuta, bersama Melilla sebuah bandar

If you can't read please download the document

Transcript of REALITI KEHIDUPAN: Sempadan Negara Yang...

REALITI KEHIDUPAN: Sempadan Negara Yang Unik

Halaman

Laman Utama

Sejarah Sekolah

Unit ICT Sekolah

Kurikulum

Ko-Kurikulum

Sukatan Pelajaran

SK PASIR PUTEH, PASIR GUDANG

5 June 2011

Sempadan Negara Yang Unik

1.Sempadan Sepanyol dan Maghribi

Ceuta seluas 18,5 kilometer persegi bandar outonomi di Sepanyol dan eksklave terletak di pantai utara Afrika Utara, dikelilingi oleh Maghribi. Dipisahkan dari semenanjung Iberia oleh Selat Gibraltar, Ceuta terletak di sempadan Laut Mediteranean dan Lautan Atlantik.

Maghribi menuntut hak ke atas Ceuta, bersama Melilla sebuah bandar outonomi di Sepanyol , dan sebahagian pulau Mediteranean yang bersempadan itu. Akibatnya, Sepanyol telah membina pagar setinggi 3 meter di sempadan bandar Ceuta dengan meletakkan kawat berduri di atas pagar.

2.Sempadan Baarle-Nassau/Baarle-Hertog

Baarle-Nassau adalah sebuah bandar di Belanda. Merupakan pembahagian sempadan dengan daerah Baarle-Hertog di Belgium.

Baarle-Hertog terdiri dari 26 bahagian terpisah dari wilayah yang dikelilingi oleh Baarle-Nassau, tetapi beberapa bahagian dari Baarle-Hertog juga adalah daerah milik Baarle-Nassau.Bahagian wilayah terkecil milik Belgium iaitu hanya dua pertiga dari (seperempat hektar) hektar.

Sempadan ini begitu rumit sehinggakan ada beberapa rumah yang terletak di tengah-tengah sempadan. Gambar di atas memaparkan Belanda di sebelah kiri dan Belgium di sebelah kanan.

3.Bir Tawil

Bir Tawil adalah sebidang tanah kira-kira seluas 795 mil persegi (2.060 kilometer persegi) , terletak antara Mesir dan Sudan. Sempadan ini dibuat pada tahun 1902, ketika Inggeris mengubah sempadan yang berbeza dari yang dibuat pada tahun 1899. Dua sempadan yang berbeza melibatkan dua daerah yang berbeza, Bir Tawil dan Halaib.

Halaib mempunyai pelbagai sumber kuasa dan menjadi rebutan, tetapi Bir Tawil tidak .Oleh kerana itu, Mesir menuntut supaya sempadan pada 1899, yang memberikan Halaib kepada Mesir dan Bir Tawil kepada Sudan.Sudan, sebaliknya, menuntut sempadan tahun 1902, yang memberikan Halaib kepada Sudan dan Bir Tawil kepada Mesir.

Sehingga hari ini Mesir dan Sudan menegaskan bahawa Bir Tawil bukan haknya, membuatkan Bir Tawil satu-satunya tanah di dunia (di luar Antartika) yang tidak dituntut oleh mana-mana negara.

4. Gunung Everest

GunungEverest adalah gunung tertinggi di dunia, tetapi apa yang banyak orang tidak tahu adalah bahawa sempada Nepal dan Cina berada tepat di tengah-tengah gunung, termasuk puncak itu sendiri - sehingga bukan sahaja menjadi gunung tertinggi, malah juga daerah sempadan tertinggi di dunia.

5.District of Columbia

District of Columbia merupakan kawasan yang pada awalnya adalah berlian besar diukir dari Maryland dan Virginia (kemudian, bahagian Virginia dikembalikan ke Virginia).

Memandangkan, bentuk ukuran dan lokasi, sempadan mempunyai beberapa lokasi sukar ditentukan.

Ketika itu awalnya dikatakan, batu-batu besar ditempatkan terpisah kira-kira satu mil di sepanjang kawasan untuk menentukan sempadan sebanyak seratus batu jumlahnya, kawasan asli mempunyai sepuluh mil panjang di setiap sisi.

Beberapa dari batu ada yang hilang hari ini, namun sebahagian besar masih ada. Ada satu di Silver Spring, Maryland, yang menjadi tanda tempat paling utara dari kawasan. Sempadanya itu juga unik.

Avenue Timur dan Avenue barat membentuk sempadan Timur Laut dan Barat Laut. Jalan di trotoar di sebelah utara jalan di Maryland berada pada daerah itu dan pinggir jalan adalah garis sempadan negara.

Kedai di salah satu sebelah jalan yang menunjukkan nombor telefon di tingkap mereka akan mempunyai satu kod kawasan (untuk Maryland) pada sebelah utara jalan, dan kod kawasan yang berbeza (untuk Distrik) di sebelah selatan.

6.Derby Line, Vermont

Bandar Derby Line melintasi AS / sempadan Kanada. Sempadan ini melalui bandar, malah melalui beberapa bangunan dan rumah.

Dalam beberapa keadaan, sebuah keluarga memasak sarapan pagi di kanada dan memakannya di AS. Derby Line juga rumah bagi Haskell Free Library dan Opera House, yang sengaja dibina di semapadan.

Panggung opera berada di Kanada, tetapi pintu masuk ke opera, dan sebahagian besar kerusi panggung, berada di Amerika Syarikat. Oleh sebab itu itu pasaraya yang berada di sempadan ini, mempunyai dua alamat surat menyurat, satu untuk AS dan satu untuk Kanada.

7.Cooch-Behar

Cooch Behar adalah daerah yang mempunyai sempadan agak mirip dengan sempadan Baarle-Nassau/Baarle-Hertog. Ada sejumlah tanah di bawah Yurisdiksi Bangladesh yang terletak di India, dan sebaliknya.

Satu keunikan tambahan adalah daerah India Balapara Khagrabari. Sebagai sebuah eksklave (enclave adalah sebuah wilayah yang sempadan geografi terletak sepenuhnya dalam sempadan-sempadan wilayah yang lain), dikelilingi oleh wilayah Bangladesh.

Namun, juga mengelilingi wilayah lain Bangladesh, dan wilayah itu sendiri mengelilingi wilayah lain India, Dahala Khagrabari, sehingga satu-satunya tempat di dunia di mana sebuah eksklave mengandungi eksklave dan juga mengandungi eksklave lain. (Sempadan dalam sempadan).

8.Korean Demilitarized Zone

Korean DMZ adalah sebidang tanah kira-kira 160 mil (258 kilomters) panjangnya dan 2,5 mil (4 km) lebarnya, membahagi Korea Utara dan Korea Selatan. Ini adalah sempadan paling banyak kedudukan tenteranya di dunia.

Memandangkan sangat dikawal ketat dan hampir tidak ada yang pernah masuk, itu telah menghasilkan alam semulajadi yang lestari. Sejumlah spesies yang terancam pupus telah diambil dan diletakkan di sana, dan ada sumber mengatakan bahawa spesies yang hampir pupus itu telah meningkat populasinya.

MZ juga penting kerana tidak menggambarkan sempadan, melainkan dikelilingi Military Demarcation Line atau MDL.

Sebuah sempadan antara kedua Korea yang bukan secara rasmi disepakati,kerana dua negara ini secara tidak langsung masih berperang.Satu gencatan senjata disepakati pada tahun 1953, tetapi tidak pernah ada perjanjian damai yang rasmi.

9.Sungai Tumen

Tumen adalah sungai di timur laut Asia. Di daerah dekat pantai, di sempadan antara Rusia dan Korea Utara.Hanya untuk bahagian selatan Danau Khasan, Tumen ular di antara Rusia dan Korea Utara sebenarnya di wilayah China.

Dengan demikian, di daerah ini, bermula di Korea Utara, dan hanya dengan berjalan kaki ke Utara kurang dari setengah mil, Anda akan melalui China dan berakhir di Rusia.

Kawasan ini adalah tempat umum bagi Korea Utara untuk cuba menyeberang dan kerana sebab itu, sempadan ini dikawal ketat oleh tentara Korea Utara.

10.Pulau Diomede

Diomedes adalah sepasang pulau di Selat Bering di Little Diomede yang terdapat bandar Diomede, dengan jumlah penduduk 146 orang adalah milik Amerika. Manakala Big Diomede milik Rusia dan tak berpenghuni.

Dua pulau hanya kira-kira 2,5 mil (empat kilometer) terpisah. International Date Line dihujung antara Diomedes dan berfungsi juga sebagai sempadan antara Amerika Syrikat dan Rusia.

Dari segi masa, ketika penduduk di Little Diomede melihat ke seberang selat di Big Diomede, mereka tidak hanya melihat negara lain tetapi juga mereka akan melihat hari esok , misalnya, ketika 09:00 adalah hari Sabtu di Little Diomede, Sedangkan di big Diomede pukul 6:00 hari Ahad.

Little Diomede telah menyediakan kamera untuk menikmati keidahan seberang pulau . Pengunjung dapat mengunakan kamera, mengamati dari sisi ke sisi ke arah pulau Big Diomede. Ini menjadikan Little diomede sebagai satu-satunya tempat risikan Amerika terhadap Rusia yang rasmi bukan bawah tanah.

11. Tanjung Tuan, Melaka

Tanjung Tuanterletak diNegeri Sembilan,Malaysia, tetapi di bawah pemerintahan negeriMelaka. Tanjung Tuan menghadap keSelat Melaka. Ia terletak kira-kira 16 km dariPort Dickson,Negeri Sembilan.

Nama lainTanjung TuanialahCape Richardo. Tanjung Tuan dikaitkan dengan seorangnelayanyang jugakeramatyang menjaga dan mengawasipuncakTanjung Tuan. Kehebatan keramat ini bermula apabila berjaya melepasipusaran ganasdi tengahlautterutama sekali pada bulan mengambang. Semua nelayan yang cuba melintasi pusaran ganas tersebut akan tenggelam dan hilang begitu sahaja tetapi nelayan yang keramat ini berjaya melintasinya.

12. Pulau Sebatik

Pulau Sebatikialah sebuahpulaudi pantai timurBorneo. Pulau Sebatik dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian yang utara adalah milikSabah,Malaysiamanakala bahagian yang selatan adalah milikKalimantan Timur,Indonesia.

Pulau Sebatik adalah salah satu tempat di mana terjadi pertempuran hebat antara pasukan Indonesia dan Malaysia ketika Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963.

13. Sempadan Armenia - Azerbaijan

Antara Azerbaijan dan Armenia, terdapat 4wilayah yang terletak dalam negara yang berlainan.

Nakhchivan merupakan wilayah autonomi di bawah pemerintahan kerajaan Azerbaijan. Luasnya ialah 5,500 km persegi.

Manakala, Artsvashen pula merupakan wilayah Armenia yang terletak di barat laut Azerbaijan.

Akhir sekali terdapat 2 wilayah Ganja-Ghazakh yang terletak di timur laut Armenia.

14. Sempadan UAE, Saudi Arabia dan Oman

Klik gambar untuk besarkanSempadan UAE dan 2 negera jirannya tidak begitu jelas. Walau bagaimanapun, isu sempadan ini tidak mendatangkan sebarang pertelingkahan buat masa sekarang.

15. Caprivi Strip

Ia merupakan wilayah yang terletak di timur laut Namibia. Ia memanjang beberapa ratus KM antara negara Botswana di selatan, Angola dan Zambia di utara, dan Okavango Region di barat.

Sumber: tulahandan geography

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

Anonymous1 January 2013 at 17:00

owh...thnx 4 info

ReplyDelete

Add comment

Load more...

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

UPSR

PERPUSTAKAAN

PERPUSTAKAANAugust 2013 (1)June 2013 (1)May 2013 (1)February 2013 (2)January 2013 (2)December 2012 (1)November 2012 (3)October 2012 (1)September 2012 (7)August 2012 (1)July 2012 (1)June 2012 (2)March 2012 (1)January 2012 (1)August 2011 (9)July 2011 (4)June 2011 (24)May 2011 (2)April 2011 (1)March 2011 (4)

APLIKASI ONLINE

FB SK Pasir PutehKementerian Pelajaran MalaysiaJabatan Pendidikan Negeri JohorPPD Pasir GudangSistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)SAPSe-KehadiranEMIS Onlinee-GTukarBank Soalan UPSR

KELAS

Aktiviti(39)

Great Wonder(5)

KEBIRU(7)

Ko-Kurikulum(25)

Kurikulum(16)

Panitia(10)

Pengetahuan Am(2)

Renungan(11)

Sketsa(1)

Sukan(4)

Tahukah Kita(7)

Tahun 6(6)

Tak Kenal Tak Cinta(1)

PELAWAT

WARGA SKPP

BUKU PELAWAT

POPULAR POSTS

MERDEKA 54: Tanah Malaysia

Tanah Malaysia Paling Barat - PULAU PERAK Pulau Perak merupakan salah satu pulau negeri Kedah. Pulau ini terletak di Selat Melaka pada lati...

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2011

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerd...

15 Pulau Tercantik Di Malaysia

1. Pulau Perhentian

Tak Kenal Maka Tak Cinta: Pasir Gudang (1)

Pasir Gudang merupakan sebuah bandar industri yang terletak 35 km dari Johor Bahru. Populasi penduduk di Pasir Gudang adalah sekitar 1...

Sempadan Negara Yang Unik

1. Sempadan Sepanyol dan Maghribi Ceuta seluas 18,5 kilometer persegi bandar outonomi di Sepanyol dan eksklave terletak di pantai utara A...

MUTIARA HATI

SKPP | Design. Awesome Inc. theme. Theme images by hdoddema. Powered by Blogger.