Refleksi 1

download Refleksi 1

of 1

description

Refleksi aktiviti

Transcript of Refleksi 1

REFLEKSI PROGRAM/AKTIVITI1. Isu/Perkara yang difokus: Pertandingan Permainan Dalaman.2. Analisis isu/perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan Projek/Aktiviti: Kekuatan yang diperoleh dalam aktiviti yang dianjurkan ialah murid-murid dapat memperluas dan mengembangkan kemahiran dalam permainan Dalaman yang dipertandingkan. Guru-guru juga dapat melihat bakat-bakat terpendam yang terdapat dalam diri murid-murid. Murid-murid berminat untuk datang ke sekolah selepas UPSR. Aktiviti yang diadakan juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru-guru semasa mengendalikan aktiviti ini. Murid-murid juga dapat berinteraksi dan merapatkan hubungan silaturahim walaupun berlainan kelas.2.2 Kelemahan Projek/Aktiviti: Terdapat segelintir murid yang tidak memberikan kerjasama sepenuhnya semasa aktiviti dijalankan. Masa yang diperuntukkan juga sangat singkat kerana terdapat empat jenis permainan yang dipertandingkan dalam masa 5 hari sahaja. Kekurangan pengadil dalam mengadili setiap pertandingan.

3. Cadangan penambahbaikan: Masa yang diperuntukkan dipanjangkan lagi. Jumlah pengadil ditambah agar setiap perlawanan dapat dijalankan dengan lancar. Murid-murid perlu didedahkan dengan kepentingan permainan Dalaman agar semua murid tahu tentang kepentingan kemahiran dalam bermain permainan Dalaman. Pertandingan permainan Dalaman ini perlu lah diadakan setiap tahun agar guru-guru dapat melihat bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan murid. Pertandingan boleh dipertandingkan untuk dua kategori iaitu tahap 1 dan tahap 2.