REFLEKSI

3
REFLEKSI Subjek Bahasa Melayu Kontekstual (GBM 1103) memerlukan saya untuk membuat refleksi bagi menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan. Saya dikehendaki melakukan tiga tugasan bagi melengkapkan kerja kursus ini. Bagi tugasan yang pertama, saya dikehendaki menghasilkan satu daripada komunikasi bertulis seperti ceramah, teks ucapan dan syarahan dan saya telah memilih untuk menulis teks ucapan. Ucapan ialah satu bentuk saluran komunikasi pertuturan dan merupakan karangan jenis berformat yang menggunakan teks bertulis sebagai landasan penyampaiannya. Tajuk untuk komunikasi bertulis telah diberikan oleh pensyarah iaitu ‘Standard Guru Malaysia’. Tajuk ini agak menarik dan maklumat yang terdapat di dalamnya juga banyak memberikan banyak manfaat. Dengan melakukan tugasan ini, saya dapat mengaplikasikan pengajaran yang diajar di dalam kelas untuk membuat satu teks ucapan. Saya juga dapat mengingati format yang telah digunakan. Oleh itu, tugasan ini akan memudahkan saya untuk membuat teks ucapan selepas ini kerana pernah mengaplikasikannya. Selain itu, tajuk Standard Guru Malaysia ini juga banyak memberikan maklumat yang berguna kepada saya. Antaranya saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tujuan, rasional serta isi-isi yang terdapat dalam Standard Guru Malaysia ini. Cabaran untuk menyiapkan tugasan ini ialah semasa mencari maklumat yang sahih. Pada mulanya saya banyak bergantung kepada sumber

description

bagaimana untuk memertabatkan minggu bahasa melayu

Transcript of REFLEKSI

REFLEKSI

REFLEKSI

Subjek Bahasa Melayu Kontekstual (GBM 1103) memerlukan saya untuk membuat refleksi bagi menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan. Saya dikehendaki melakukan tiga tugasan bagi melengkapkan kerja kursus ini. Bagi tugasan yang pertama, saya dikehendaki menghasilkan satu daripada komunikasi bertulis seperti ceramah, teks ucapan dan syarahan dan saya telah memilih untuk menulis teks ucapan. Ucapan ialah satu bentuk saluran komunikasi pertuturan dan merupakan karangan jenis berformat yang menggunakan teks bertulis sebagai landasan penyampaiannya. Tajuk untuk komunikasi bertulis telah diberikan oleh pensyarah iaitu Standard Guru Malaysia. Tajuk ini agak menarik dan maklumat yang terdapat di dalamnya juga banyak memberikan banyak manfaat. Dengan melakukan tugasan ini, saya dapat mengaplikasikan pengajaran yang diajar di dalam kelas untuk membuat satu teks ucapan. Saya juga dapat mengingati format yang telah digunakan. Oleh itu, tugasan ini akan memudahkan saya untuk membuat teks ucapan selepas ini kerana pernah mengaplikasikannya.

Selain itu, tajuk Standard Guru Malaysia ini juga banyak memberikan maklumat yang berguna kepada saya. Antaranya saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tujuan, rasional serta isi-isi yang terdapat dalam Standard Guru Malaysia ini. Cabaran untuk menyiapkan tugasan ini ialah semasa mencari maklumat yang sahih. Pada mulanya saya banyak bergantung kepada sumber internet, namun akibat daripada terlalu banyak sumber yang kurang dipercayai di internet, saya telah pergi ke perpustakaan bagi mendapat buku-buku rujukan yang berguna. Terdapat banyak rujukan seperti jurnal yang dapat membantu saya menyiapkan tugasan ini. Seterusnya saya mempunyai masalah untuk menghuraikan sesuatu isi kerana kemahiran menulis saya yang kurang. Bagi menyelesaikannya saya telah melihat penulisan ilmiah yang lain serta meminta bantuan rakan-rakan yang lebih mahir untuk membantu saya. Impak bagi melakukan tugasan ini untuk merealisasikan program memartabatkan bahasa melayu ialah saya dapat menggunakan bahasa melayu yang baik semasa menulis teks ucapan ini. Ini menunjukkan dengan melakukan tugasan ini, seseorang dapat meningkatkan kemahiran menulis serta bahasa melayunya.

Tugasan kedua pula dikehendaki melakukannya secara berkumpulan iaitu melaksanakan satu simulasi debat. Tajuk debat kami ialah sekolah vernekular perlu dihapuskan demi perpaduan. Saya telah berada di pihak kerajaan dan menjadi selaku pendebat utama untuk menyokong usul. Secara jujurnya, ini merupakan pengalaman pertama saya terlibat dengan debat ini dan ia merupakan pengalaman yang banyak mendatangkan manfaat kepada saya. Saya dapat mempelajari format untuk berdebat dari rakan-rakan yang lebih berpengalaman serta dapat menambahkan keyakinan diri ketika bercakap di khalayak ramai. Bagi tajuk yang dipilih juga, ia menambahkan pengetahuan saya mengenai sekolah vernekular serta maksud perpaduan itu sendiri. Cabaran dalam melakukan tugasan ini ialah untuk menapatkan isi serta hujah untuk berdebat. Mungkin disebabkan tiada pengalaman, saya tidak mahir untuk mencarinya. Jadi, jalan penyelesaiannya ialah merujuk kepada rakan-rakan yang lebih mahir serta melihat video-video debat yang terdapat di internet.

Terdapat banyak input baru yang sangat berguna kepada saya dengan mempelajari debat ini. Semasa simulasi, pihak pembangkang lebih menyerlah mungkin kerana cara penyampaian kami yang kurang berkeyakinan serta hujah yang diberikan kurang releven. Jika mengikut tajuk perdebatan, sebenarnya pihak kerajaan boleh memenanginya namun disebabkan cara penyampaian kami yang kurang meyakinkan, pihak pembangkang memenangi perdebatan berkenaan. Namun begitu, pengalaman semasa melakukan simulasi tidak dapat saya lupakan. Kesimpulan dalam melakuakan tugasan ini, ia memberikan pengetahuan tentang cara penguasaan bahasa Melayu yang betul. Justeru, bahasa melayu dapat dimartabatkan dengan lebih baik dan efisien. Tugasan terakhir ialah membuat refleksi bagi tugasan-tugasan yang telah diberikan. Refleksi ini akan mengimbas semula ilmu-ilmu yang dapat dijanakan semasa melakukan tugasan. Penambahbaikkan dan saranan juga dapat dilihat ketika membuat refleksi kerana kita dapat melihat kelemahan-kelemahan yang terdapat semasa penggunaan bahasa serta cara berkomunikasi.