REFLEKSI

4
REFLEKSI Selamat Sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi laporan BIG. Saya Sumithara a/p Manugaran sangat berbesar hati kerana telah berjaya sempurnakan laporan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya. Semua guru pelatih semester dikehendaki menjalankan 2 program bagi menyempurnakan BIG kali ini. Pertama sekali kami semua dikehendaki melibatkan diri dalam ceramah yang bertajuk ‘Pengurusan Pendidikan’ di balai ilmu IPTHO.Melalui melibatkan dalam ceramah ini saya dapat banyak manfaat. Ini kerana tajuk ini merupakan sangat penting kepada semua guru pelatih yang hendak menjalankan praktikum.Sepanjang ceramah ini saya mengambil nota kerana peceramah yang memberi ceramah tersebut sangat profesion dan beliau memberi input yang sangat berguna. Topik-topik yang dibincang semua sangat penting. Peceramah tersebut mengatakan satu fakta yang sangat lain iaitu kita perlu menetapkan jam kita kurang 1 minit. Contonya, kita boleh mengadakan sebuah program tepat pukul 10.55pagi. Saya memang suka penyataan ini kerana sebelum ini tidak pernah peceramah memulakan ceramahnya tepat pukul 8.21 pagi. Penceramah memulakan ceramahnya dengan satu persembahan ‘powerpoint’ yang menjelaskan tentang perjalanan sebelum semasa dan selepas menjadi seorang guru. Beliau telah menjelaskan tentang guru dan perundangan. Dalam konteks pendidikan, setiap SEM 5 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN 2015

description

pismp sem 5

Transcript of REFLEKSI

REFLEKSI Selamat Sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi laporan BIG. Saya Sumithara a/p Manugaran sangat berbesar hati kerana telah berjaya sempurnakan laporan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya. Semua guru pelatih semester dikehendaki menjalankan 2 program bagi menyempurnakan BIG kali ini. Pertama sekali kami semua dikehendaki melibatkan diri dalam ceramah yang bertajuk Pengurusan Pendidikan di balai ilmu IPTHO.Melalui melibatkan dalam ceramah ini saya dapat banyak manfaat. Ini kerana tajuk ini merupakan sangat penting kepada semua guru pelatih yang hendak menjalankan praktikum.Sepanjang ceramah ini saya mengambil nota kerana peceramah yang memberi ceramah tersebut sangat profesion dan beliau memberi input yang sangat berguna. Topik-topik yang dibincang semua sangat penting. Peceramah tersebut mengatakan satu fakta yang sangat lain iaitu kita perlu menetapkan jam kita kurang 1 minit. Contonya, kita boleh mengadakan sebuah program tepat pukul 10.55pagi. Saya memang suka penyataan ini kerana sebelum ini tidak pernah peceramah memulakan ceramahnya tepat pukul 8.21 pagi. Penceramah memulakan ceramahnya dengan satu persembahan powerpoint yang menjelaskan tentang perjalanan sebelum semasa dan selepas menjadi seorang guru. Beliau telah menjelaskan tentang guru dan perundangan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002.Power point ini memberi kesan positive kepada saya. Saya sedar dengan tugas saya selepas keluar dari ipg ini. Beliau juga mengatakan yang seorang guru perlu berfikiran kreatif. Saya menyukai kreatif beliau ini kerana beliau memberi ceramah dengan merujuk papan tanda. Beliau menggunakkan papan tanda bagi menerangkan ciri-ciri seorang guru di sekolah.Saya juga telah memahami dan mengetahui pekeliling perkhidmatan secara terperinci dan boleh berkhidmat dengan baik dalam profesionalisme guru. Beliau juga menunjukan sebuah video yang menarik juga. Peceramah juga memberi maklumat tentang Peranan Dan Fungsi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Secara terus terang saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya melalui ceramah ini. Ceramah ini sangat berguna dan berfaedah kepada saya. Selepas beberapa jam penceramah memberi masa kepada semua guru pelatih bagi sesi soal jawab. Selepas itu, kami semua dibenarkan pulang ke asrama balik. Tugasan kedua bagi BIG ini ialah benchmarking. Benchmarking ini maksud kami hendak melawat sebuah sekolah kluster, cemerlang atau bestari. Kami perlu mendapatkan beberapa maklumat yang sangat penting. Kami satu kelas mengambil keputusan untuk melawat SJK(T) Ladang Sungai Muar, Segamat.Johor. Ini kerana sekolah tersebut merupakan sekolah kluster di kawasan Johor. Kami menyenarikan maklumat yang hendak mendapatkan di sekolah dan juga membahagikan lima kumpulan. Saya merupakan ahli dalam kumpulan ketiga iaitu dengan suganthi, sivanas dan juga thana. Kami hendak mendapat maklumat tentang infrastruktur sekolah. Kami satu kelas mendapat jemputan yang sangat baik dan meriah sekali oleh pihak sekolah. Pihak sekolah menyediakan tempat untuk kami.Selepas perasmian saya dan ahli kumpulan saya menjalankan tugas kami. Cigu Lethcumy yang memberi segala maklumat tentang infrastruktur sekolah kepada kami. Beliau sangat mesra dengan kami. Saya juga berasa sangat selasa dengan beliau. Selepas memberi maklumat beliau menceritakan pengalaman menjadi guru di sekolah kluster. Beliau mengatakan yang terdapat banyak sangat tugas bagi mengekalkan nama sekolah sebagai sekolah kluster. Semasa beliau menceritakan pengalaman saya mula rasa takut. Selepas keluar dari IPG saya juga hendak menjadi seorang guru di sekolah. Walaubagaimanapun, beliau mengatakan setiap kebaikan menjadi guru dapat mendorong saya. Saya dapat melihat dengan sendiri usaha setiap guru untuk memajukan sekolah tersebut. Mereka sangat berkerjasama antara satu sama lain. Selepas sesi ini saya melawat sekolah tersebut. Cikgu lethcumy menjadi sangat rapat dan mesra dengan saya dalam jangka masa yang sangat singkat. Beliau yang menunjukkan setiap kelas dan kemudahan sekolah tersebut. Selepas beberapa jam kami semua balik semula ke IPG dengan berat hati. Melalui dua tugasan BIG ini saya dapat meningkatkan semangat saya terhadap profesion keguruan ini. Saya dapat banyak sangat input melalui kedua-dua tugasan BIG. Pertama sekali melalui ceramah tersebut. Saya mengetahui tentang cara yang terbaik untuk mengurus pendidikan. Selain ini, ciriciri yang perlu ada pada seorang guru supaya murid menyukai guru dan pengajaranya. Selain ini, melalui ceramah ini juga saya mengetahui tentang KPM secara mendalam dan jelas. Program kedua iaitu benchmarking di sekolah. Saya bernekad akan menjadi seorang guru yang bertanggungjawab. Ini kerana di sekolah yang kami lawat setiap guru sangat rajin dan bertanggungjawab. Kebanyakkan guru di sekolah tersebut tidak mempuyai masa berehat ataupun meluangkan masa dengan ahli keluarga mereka. Tetapi mereka bangga dengan kerja sebagai guru kerana dapat membina sebuah masyarakat yang berpendidikan. Saya turut bangga yang saya juga akan menjadi seorang guru. Saya bimbang kerana kerjaya yang saya pilih ini adalah sangat penting kepada sebuah masyarakat yang baru hendak bagun. Walaubagaimanapun, dengan dorongan guru-guru dan juga ahli keluarga saya yakin yang saya boleh menjadi seorang guru yang bertanggungjawab. Saya juga akan pastikan yang saya terapkan sikap dan kesedaran melalui dua program ini kepada murid sekolah apabila saya tamat belajar kelak. Sekian, Terima Kasih,

SEM 5INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN2015