REFLEKSI

2
REFLEKSI EDU 3083 Nor Mazitah Binti Mahussin 840110-05-5128 PPG PJM (B) Buat pertamanya saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya juga kami menyiapkan tugasan amali subjek Psikososial Sukan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar. Pada mulanya, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut saya mula berbincang dengan rakan sekelas untuk membuat kerja kursus ini. Melalui aspek pengetahuan, saya telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari maklumat tentang tugasan amali ini. Selain dari itu saya juga mencari maklumat di internet. Dengan cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, saya meneruskan langkah dengan mensintesis serta menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak sukar bagi saya untuk melakukan tugasan ini. Namun, berkat kerjasama dan ketekunan dari rakan kumpulan, saya berjaya juga menyempurnakan tugasan ini.

description

refleksi

Transcript of REFLEKSI

REFLEKSI EDU 3083Nor Mazitah Binti Mahussin

840110-05-5128

PPG PJM (B)Buat pertamanya saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya juga kami menyiapkan tugasan amali subjek Psikososial Sukan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar. Pada mulanya, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut saya mula berbincang dengan rakan sekelas untuk membuat kerja kursus ini. Melalui aspek pengetahuan, saya telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari maklumat tentang tugasan amali ini. Selain dari itu saya juga mencari maklumat di internet. Dengan cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, saya meneruskan langkah dengan mensintesis serta menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak sukar bagi saya untuk melakukan tugasan ini. Namun, berkat kerjasama dan ketekunan dari rakan kumpulan, saya berjaya juga menyempurnakan tugasan ini. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kerana dapat saya gunakan kelak.

Alhamdulillah, sekali lagi saya memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana limpah kurnianya saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih tak terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu En. Kamalularifin bin Muhamed selaku pensyarah kelas kami yang memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada para sahabat. Jasa kalian tak dapat saya balas dan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.