refleksi
-
Upload
kohila-kohilavani -
Category
Documents
-
view
218 -
download
1
description
Transcript of refleksi
REFLEKSI
Kami telah mengikuti Program Bina Insan Guru Lawatan Penanda Arasan
fasa ke-5, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Penanda arasan ini telah
dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan, Sungai Petani,
Kedah. Kami mengikuti program ini pada 1 Mac 2015, hari ahad. kami telah memilih
sekolah di negeri Kedah supaya boleh menjalankan program pada hari ahad dan
tidak mengganggu waktu kuliah kami.
Kekuatan
Apabila mengkaji program ini, saya dapati kekuatan, kelemahan, peluang dan
kekangan. Terdapat beberapa kekuatan yang boleh saya dapati sepanjang
melaksanakan program ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguh-
dalam melaksanakan program ini. Kami telah berganding bahu dalam
menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program dapat berjalan dengan
lancar tanpa sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya program sebegini
secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan lebih
mendalam mengenai bagaimana untuk berurusan dengan pihak luar. Sekiranya di
beri tugasan semasa di sekolah nanti secara tidak langsung mampu menguruskan
dan tidak teragak-agak untuk menolak apa sahaja kerja yang diberikan oleh guru
besar. Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman
memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sendiri
dan dipersekitaran dirinya. Jika ia mampu melakukan pada masa sekarang iaitu
mampu mengendalikan dan menguruskan sesuatu perkara bermakna pada masa
akan datang tidak mustahil akan dapat melakukan kerja tersebut dengan lebih baik
dan cemerlang.
Kekuatan yang lain boleh dilihat ialah dari pihak sekolah sendiri dalam
mentadbir sekolah tersebut. Saya dapati bahawa guru besar sekolah tersebut iaitu
En. Karunamurthi a/l Subramaniam merupakan seorang guru besar yang suka
merendah diri. Beliau menyatakan bahawa, sebarang perubahan dan budaya
kecemerlangan yang diterapkan di sekolah tersebut adalah berbeza dengan
sekolah-sekolah lain. Beliau juga bangga dengan usaha yang telah diambil bersama
guru-guru di sekolah tersebut dapat mencapai sekolah harapan dalam masa yang
singkat. Namun, beliau amat menekankan disiplin di sekolah tersebut. Bukan sahaja
murid-murid perlu berdisiplin malahan guru-guru juga tidak terkecuali. Menurut
beliau sahsiah sahaja bukan datang dari murid tetapi mesti datang dari guru barulah
murid akan mengikuti. Selain itu, untuk menjadi seorang guru yang hebat beliau
menyatakan bahawa seorang guru perlu jadi agen perubahan iaitu yang sentiasa
mengikuti peredaran semasa. Agen perubahan yang dimaksudkan ialah boleh
bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat serta dapat membetulkan sentimen
minda masyarakat.
Selain itu, saya dapati kekuatan di sekolah tersebut ialah murid digalakkan
dengan memberi pelbagai kaedah yang merangsang motivasi kepada pelajar.
Misalnya, kaedah ‘punch-card’ dimana pelajar diberi peneguhan untuk hadir ke
sekolah setiap hari dengan bersungguh-sungguh. Apabila pelajar melakukan aktiviti
dalam kelas bagi setiap mata pelajaran, jika pelajar tersebut menunjukkan tingkah
laku yang baik dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan betul
dan menepati masa, maka mereka akan diberi token untuk main di station-station
yang ditetapkan pada waktu rehat. Perkara ini memberi galakkan kepada pelajar
untuk mengekalkan keaktifan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Pada masa yang sama, pelajar juga sangat berdisiplin dalam
melakukan segala aktiviti di sekolah tersebut.
Kelemahan
Di samping itu, kelemahan yang boleh dikenalpasti sepanjang melakukan
tugasan ini ialah kekangan yang saya maksudkan adalah dari segi masa,tenaga dan
komitmen sesama unit. Ini telah menyukarkan kami untuk menjayakan program
tersebut. Selain itu, kelemahan yang lain boleh dilihat ialah bagi sekolah tersebut
ialah kemudahan padang yang kecil untuk menampung kegunaan murid.
Halangan
Bagi mengatasi semua kekangan di atas, terdapat beberapa
penambahbaikkan dan cadangan. Antaranya ialah kami telah cuba menyiapkan
segala kertas kerja serta surat menyuarat yang diperlukan seawal mungkin. Selain
itu, masalah kekeliruan dan keraguan yang timbul telah diatasi dengan semua unit
telah berganding bahu serta bergilir-gilir untuk menjalankan tugas supaya tidak
berlaku pertelingkahan antara satu sama lain. Bagi penambahbaikkan dari segi
masa yang diperuntukkan pula, carilah waktu dan masa yang sesuai untuk
mengadakan program tersebut serta semua maklumat yang ingin disampaikan dapat
disalurkan dengan mudah dan tidak tegesa-gesa.
Tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa ada yang
tertinggal dan dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Terima
kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang telah membantu secara
langsung dan tidak langsung.
Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh
guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami
untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin
sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan
meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat
memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah
bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat
kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan
prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang. Secara
keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya
dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan
datang.
REFLEKSI
KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG KEKANGAN
Semangat kerjasama
Kesungguhan guru besar
Penggunaan pelbagai kaedah
Masa tenaga dan komitmen sesama unit
Kekurangan kemudahan asas di
sekolah tersebut
Diberi kebenaran untuk melawat sekolah tersebut
Menanya soalan kepada supaya dapat lebih banyak pengetahuan
Sekolah yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai panduan sebagai
seorang guru
Kekurangan masa untuk meneroka lebih
pengalaman
Kekeliruan dan keraguan semasa
membuat perancangan