refleksi

3
Refleksi oleh Afiq Aiman bin Kamarulizra Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja khusus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Cabaran dan Isu Semasa Dunia GCI1022. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi. Pertama sekali saya menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar di kotak minda saya ialah dimanakah ingin saya mulakan dan mampukah saya menyiapkan tugasan ini. Hal ini kerana saya masih lagi baru dan tiada pengalaman dalam membuat kerja khusus ini. Hal ini juga disebabkan pada masa yang sama terdapat beberapa kerja khusus yang perlu disiapkan. Walau bagaimanapun, saya tetap meneruskan dan tidak mengambil mudah tugasan ini. Sebaliknya, saya menyahut cabaran menyempurnakan tugasan ini. Saya telah mengambil langkah mengumpulkan maklumat terlebih dahulu. Melalui kaedah ini saya telah pelajari dimana saya dapat jadikan sumber maklumat untuk diperolehi. Saya telah mengambil pelbagai sumber yang saya dapat kesan iaitu sumber manusia. Maklumat daripada sumber manusia ini saya perolehi daripada sesi temu bual ke atas rakan-rakan dan juga pensyarah. Selain itu, sumber daripada media elektronik, media bercetak, media tiga dimensi dan juga sumber persekitaran telah saya gunakan. Dalam mencari maklumat daripada sumber yang saya dapat itu, saya telah mengenal pasti maklumat yang saya kehendaki. Kaedah ini memerlukan saya memahami apa kehendak soalan. Langkah seterusnya ialah mengenal pasti bentuk maklumat yang diperlukan seperti kamus, artikel, laman web dan juga buku. Dengan ini, saya telah mengenal

description

Kerja Kursus

Transcript of refleksi

Page 1: refleksi

Refleksi oleh Afiq Aiman bin Kamarulizra

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan

peluang untuk menyiapkan tugasan kerja khusus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini

ialah Cabaran dan Isu Semasa Dunia GCI1022. Sepanjang menjalankan tugasan kerja

kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.

Pertama sekali saya menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar di

kotak minda saya ialah dimanakah ingin saya mulakan dan mampukah saya menyiapkan

tugasan ini. Hal ini kerana saya masih lagi baru dan tiada pengalaman dalam membuat kerja

khusus ini. Hal ini juga disebabkan pada masa yang sama terdapat beberapa kerja khusus

yang perlu disiapkan. Walau bagaimanapun, saya tetap meneruskan dan tidak mengambil

mudah tugasan ini. Sebaliknya, saya menyahut cabaran menyempurnakan tugasan ini.

Saya telah mengambil langkah mengumpulkan maklumat terlebih dahulu. Melalui

kaedah ini saya telah pelajari dimana saya dapat jadikan sumber maklumat untuk diperolehi.

Saya telah mengambil pelbagai sumber yang saya dapat kesan iaitu sumber manusia.

Maklumat daripada sumber manusia ini saya perolehi daripada sesi temu bual ke atas

rakan-rakan dan juga pensyarah. Selain itu, sumber daripada media elektronik, media

bercetak, media tiga dimensi dan juga sumber persekitaran telah saya gunakan.

Dalam mencari maklumat daripada sumber yang saya dapat itu, saya telah

mengenal pasti maklumat yang saya kehendaki. Kaedah ini memerlukan saya memahami

apa kehendak soalan. Langkah seterusnya ialah mengenal pasti bentuk maklumat yang

diperlukan seperti kamus, artikel, laman web dan juga buku. Dengan ini, saya telah

mengenal pasti cara untuk mendapatkan maklumat berkenaan. Sebagai contoh, buku dan

jurnal dapat kita peroleh dengan menggunakan system OPAC mahupun pengkalan data.

Langkah terakhir yang saya gunakan ialah membuat penilaian ke atas maklumat yang saya

perolehi. Saya telah memastikan maklumat tersebut memenuhi kehendak dan keperluan

soalan tugasan. Saya juga telah menyenaraikan bahan rujukan yang digunakan untuk saya

membuat bibliografi.

Di samping itu, saya juga telah menghadapi masalah untuk mengetahui kebenaran

sesuatu fakta. Hal ini kerana terdapat beratus-ratus artikel yang boleh dikaitkan dengan

pemanasan global. Dengan ini, saya telah mempelbagaikan sumber maklumat saya untuk

mencari maklumat mengenai isu ini. Dengan ini saya telah dapat menyokong akan

kebenaran artikel yang saya telah dapati.

Page 2: refleksi

Selain itu, saya juga telah mempelajari dan menambahkan info pengetahuan tentang

isu semasa yang sedang berlaku di dunia ini. Seperti contoh fakta-fakta yang saya telah

perolehi di dalam kajian ini telah dapat membuka mata saya mengenai faktor dan kesan

pemanasan global ini sendiri. Dengan kajian ini, saya akan turut sama membantu

mengurangkan kesan pemanasan global yang semakin berleluasa. Antara yang saya

mampu lakukan termasuk bersama-sama menyokong kempen kitar semula yang walhal

telah lama diadakan tetapi saya sendiri masih tidak mengetahui lagi.

Tambahan lagi, saya juga telah pelajari cara membuat peta i-think yang saya sendiri

baru memahami penggunaannya di IPG ini. Kaedah ini sangat menarik kerana ia dapat

menambahkan daya ingatan kita untuk memahami dan menghafal sesuatu fakta atau

maklumat. Dengan menggunaka peta i-think, saya telah dapat merangka sesuati esei dan

juga dapat menjadikan sesuatu maklumat itu dibentang dengan kreatif dan menarik.