REFLEKSI

8
2.0 REFLEKSI Buat pertamanya saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-NYA dapat juga saya menyiapkan tugasan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (EDU 3105) ini dalam tempoh yang ditetapkan.Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya kepada pensyarah saya iaitu Tuan Haji Baharuddin Bin Hussin kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya telah melalui banyak pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat cekal, saya tempuhi segala-galanya dengan tenang dan sabar. Sebaik mendapat tugasan ini, saya telah mendapat penerangan, penjelasan dan garis panduan yang jelas tentang cara untuk menyelesaikan kerja kursus ini daripada pensyarah ketika di dalam kelas. Selain itu saya juga meluangkan masa untuk berbincang dengan rakan-rakan seangkatan tentang setiap perincian kerja kursus ini. Saya mendapat kerja sama yang padu daripada rakan-rakan yang telah menamatkan pengajian dengan meminjamkan nota-nota dan bahan rujukan yang pernah mereka gunakan suatu masa dahulu. Selain itu saya juga membuat pencarian maklumat melalui carian di internet. Saya mula mengorak langkah dengan menyediakan rekabentuk pengajaran berasaskan model ASSURE. Saya berpendapat model ini amat sesuai untuk digunakan kerana faktor persekitaran sekolah saya memerlukan sebuah model rancangan pengajaran yang

Transcript of REFLEKSI

Page 1: REFLEKSI

2.0 REFLEKSIBuat pertamanya saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana

dengan taufik dan hidayah-NYA dapat juga saya menyiapkan tugasan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (EDU 3105) ini dalam tempoh yang ditetapkan.Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya kepada pensyarah saya iaitu Tuan Haji Baharuddin Bin Hussin kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya telah melalui banyak pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat cekal, saya tempuhi segala-galanya dengan tenang dan sabar.

Sebaik mendapat tugasan ini, saya telah mendapat penerangan, penjelasan dan garis panduan yang jelas tentang cara untuk menyelesaikan kerja kursus ini daripada pensyarah ketika di dalam kelas. Selain itu saya juga meluangkan masa untuk berbincang dengan rakan-rakan seangkatan tentang setiap perincian kerja kursus ini. Saya mendapat kerja sama yang padu daripada rakan-rakan yang telah menamatkan pengajian dengan meminjamkan nota-nota dan bahan rujukan yang pernah mereka gunakan suatu masa dahulu. Selain itu saya juga membuat pencarian maklumat melalui carian di internet.

Saya mula mengorak langkah dengan menyediakan rekabentuk pengajaran berasaskan model ASSURE. Saya berpendapat model ini amat sesuai untuk digunakan kerana faktor persekitaran sekolah saya memerlukan sebuah model rancangan pengajaran yang berasaskan bilik darjah. Saya telah mengenal pasti beberapa langkah penting perlu dititik beratkan supaya model ASSURE ini menjadi lebih berkesan. Terdapat enam langkah utama dalam model rekabentuk pengajaran ASSURE ini iaitu menganalisis pelajar, menyatakan objektif, memilih kaedah, media dan bahan sumber, menggunakan media dan bahan, penglibatan murid dan akhirnya adalah melakukan penilaian dan pengubahsuaian.

Bagi langkah pertama iaitu menganalisis pelajar, saya telah meneliti ciri-ciri pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka serta

Page 2: REFLEKSI

gaya pembelajaran pelajar tersebut. Oleh itu diharap dengan BBM yang disediakan dapat membantu mereka akan lebih fokus di dalam bilik darjah.

Bagi langkah kedua iaitu menyatakan objektif saya perlu menyesuaikan dengan kehendak murid-murid serta menetapkan perubahan tingkah laku yang akan dicapai oleh murid saya. Seterusnya adalah memilih kaedah, media dan bahan yang mana perlulah bersesuaian dengan keupayaan murid itu sendiri. Seperti juga semasa penetapan objektif, pemilihan kaedah ini juga mengambilkira kemampuan murid untuk melakukan aktiviti yang akan dijalankan. Ketika langkah menggunakan media dan bahan, segala-galanya perlulah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru dan pelajar.Selain itu guru juga perlu mengoptimumkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran.

Akhir sekali adalah melakukan penilaian dan pengubahsuaian terdapat keberkesanan pengajaran yang telah dilaksanakan. Setelah memahami dengan sejelas-jelasnya model ASSURE ini saya berharap dapat mengaplikasikannya ke dalam pengajaran saya pada masa hadapan.

Adalah diharapkan segala pengetahuan, pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya peroleh dengan izin Allah S.W.T akan saya praktikkan sebaik mungkin walaupun untuk mengendalikan model ini, saya akan yang lebih cenderung kepada penggunaan ICT dimana di sekolah saya amat sukar untuk mendapatkan bekalan elektrik sepanjang masa. Namun berbekalkan semangat daripada pensyarah yang mengajar, saya menganggap itu sebagai satu cabaran untuk meningkatkan taraf pendidikan negara di peringkat tertinggi. Saya juga berharap ilmu ini akan terus dimanfaatkan kepada anak didik saya bagi melahirkan modal insan yang sempurna.

Alhamdulillah, sekali lagi saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana limpah kurniaNYA saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih tidak terhingga juga buat pensyarah yang banyak memberi

Page 3: REFLEKSI

nasihat dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada para sahabat. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh,

______________________(CHE MOHD FAWZI BIN ABDULLAH)

BIBLIOGRAFI.

Page 4: REFLEKSI

Borhanuddin Abdullah,Abdul Razak Sulaiman,Mohd Fauzi Abd. Rahman, Hamizan Hamid. ( 2006 ) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5. Buku Panduan Guru.KBSR. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Jamaliyah Ahmad,Abd Halim Md Salleh,Salleh Mohamed Sheh.( 2012 ) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 3 ( KSSR ). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Yusup Hashim. (Cetakan 1998). Teknologi Pengajaran. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://specialeducationusm.blogspot.com/2008/12/kaedah-pengajaran-dan- pembelajaran-yang.htmlhttp://razzieff.blogspot.com/2012/04/kkp-teknologi-pengajaran-model-assure.html

PENGHARGAAN.

Page 5: REFLEKSI

Alhamdulillah,”SEGALA PUJI BAGI ALLAH SWT“ dengan limpah dan kurniaNYA

saya merakam penghargaan yang tidak terhingga kepada Tn Haji Baharuddin Bin

Hussin selaku pensyarah subjek EDU 3105. Dikurniakan bakat yang cukup luar

biasa dalam mendidik saya dan rakan seperjuangan. Memiliki ilmu yang tinggi dalam

bidang ini telah membuatkan beliau menjadi seorang yang cukup ‘ mudoh baso’ dan

sentiasa memberi perangsang kepada saya dalam mengharungi alam belajar sambil

bekerja. Menghadiri kuliah beliau adalah satu kenangan yang paling indah dalam

hidup saya kerana beliau mempunyai satu pakej lengkap sebagai seorang pendidik.

Tidak hanya mengajar subjek yang diamanahkan, beliau juga seorang pemudahcara

yang cukup ‘sporting’.

Tidak lupa kepada keluarga yang turut memahami situasi saya sebagai seorang

pelajar. Mereka telah banyak membantu dikala saya kebuntuan. Rakan-rakan

seperjuangan juga telah banyak menolong di dalam penghasilan tugasan ini. Di

harap semua berada di bawah lindunganNya.

Akhir sekali, kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam penghasilan tugasan ini. Sekian terima kasih.

ISI KANDUNGAN

Page 6: REFLEKSI

BIL KANDUNGAN M/SURAT

1. PENGHARGAAN

2. Halaman pengakuan

3. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

4. REFLEKSI

5. RUJUKAN

6. LAMPIRAN