Refleksi Big 2014

3
REFLEKSI Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga di panjatkan kepada Tuhan kerana saya, Sathi Eswari Arumugam peserta Bina Insan Guru 2/2014 dari kursus 2PISMP Reka Bentuk Dan Teknologi telah berjaya dan selamat menjalani kursus BIG ini dengan sempurna. Kursus Bina Insan Guru 2/2014 telah mengadakan 2 aktiviti iaitu yang pertamanya mengadakan ceramah yang bertajuk adap-adap menuntut ilmu, kod etika dan akauntabiliti keguruan pada 17 Februari 2014. Manakala aktiviti kedua pula Program khidmat masyarakat di SJK(T) Gelang Patah,Johor . Kursus BIG ini sememangnya wajar dilaksanakan kerana melalui penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program akauntibiti keguruan, membuat khidmat social, daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Bina Insan Guru (BIG) adalah salah satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap penuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa pengajian di institut pendidikan guru Malaysia kampus masing-masing. Ianya bertujuan membina jati diri pelajar yang mantap dari segi jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi, dan juga memberi sedikit pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang situasi-situasi yang bakal mereka tempuhi pada masa akan datang. Selepas mengikuti program BIG iaitu Bengkel ( aktiviti pertama ) ini telah mendedahkan dan mengajar saya tentang etika kod guru yang harus diamalkan.Sebagai contohyan saya dapat pendedahan yang lebih mendalam tetang kod etika iaitu kod etika keguruan memainkan peranan yang penting. Kod etika Profesion merupakan satu panduan mengenai prinsip profesionalisme yang dirangka khas untuk penjawat awam. Dengan adanya kod etika, para pendidik akan menghormati dan menghargai profesion mereka dengan menjaga personaliti dan perwatakan yang

description

refleksi big

Transcript of Refleksi Big 2014

Page 1: Refleksi Big 2014

REFLEKSI

Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga di panjatkan kepada Tuhan kerana

saya, Sathi Eswari Arumugam  peserta Bina Insan Guru 2/2014 dari kursus 2PISMP Reka

Bentuk Dan Teknologi telah berjaya dan selamat menjalani kursus BIG ini dengan

sempurna. Kursus Bina Insan Guru 2/2014 telah mengadakan 2 aktiviti iaitu yang

pertamanya mengadakan ceramah yang bertajuk adap-adap menuntut ilmu, kod etika

dan akauntabiliti keguruan pada 17 Februari 2014. Manakala aktiviti kedua pula Program

khidmat masyarakat di SJK(T) Gelang Patah,Johor. Kursus BIG ini sememangnya wajar

dilaksanakan kerana melalui penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program akauntibiti

keguruan, membuat khidmat social, daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan nilai-

nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan

guru.

            Bina Insan Guru (BIG) adalah salah satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap

penuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa pengajian di institut pendidikan guru

Malaysia kampus masing-masing. Ianya bertujuan membina jati diri pelajar yang mantap

dari segi jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi, dan juga memberi sedikit pendedahan

kepada pelajar-pelajar tentang situasi-situasi yang bakal mereka tempuhi pada masa akan

datang.

Selepas mengikuti program BIG iaitu Bengkel ( aktiviti pertama ) ini telah

mendedahkan dan mengajar saya tentang etika kod guru yang harus diamalkan.Sebagai

contohyan saya dapat pendedahan yang lebih mendalam tetang kod etika iaitu kod etika

keguruan memainkan peranan yang penting. Kod etika Profesion merupakan satu panduan

mengenai prinsip profesionalisme yang dirangka khas untuk penjawat awam. Dengan

adanya kod etika, para pendidik akan menghormati dan menghargai profesion mereka

dengan menjaga personaliti dan perwatakan yang positif, tingkah laku yang baik bagi

menjaga imej diri sendiri, keluarga dan masyarakat, pemakaian yang sopan dan mempunyai

cara hidup yang sihat, kerana guru merupakan teladan kepada anak muridnya.

Selain ini bengkel ini telah memberi pendedahan tentang, kita haruslah mengetahui sejauh

mana ilmu yang dipelajari itu digunakan dalam kehidupan harian seperti menjawab soalan

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KEBAT)

Melalui aktiviti kedua iaitu program khidmat masyarakat di SJK(T) Gelang Patah,

saya telah mendapat banyak pengalaman baru. Semangat kerjasama dan suasana yang

Page 2: Refleksi Big 2014

sentiasa ceria dalam kumpulan menjadi kunci kepada kekuatan semua orang. Selain ini

kami dapat mempelajari cara membuat landskap yang kreatif. Seterusnya kami dapat

mempelajari aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan semasa membuat landskap dan

juga menceriakan pusat sumber. Khidmat masyarak ini telah menjadi lebih seronok namun

dapat mempelajari benda baru. Dari situ kami dapat tahu setiap sekolah mempunyai situasi

ataupun gaya tersendiri. Dari situ kita dapat mempelajari tentang cara penyesuian diri di

sesuatu tempat.

Pada masa yang sama, kami juga membuat aktiviti menceriakan pusat

sumber sekolah.Aktiviti tersebut mengambil masa yang begitu lama.Namun dengan

kerjasama rakan sekelas dapat menyiapkan kerja tersebut. Guru-guru sekolah

tersebut membantu kami semasa membuat aktiviti tersebut. Tambahan pula melalui

program ini juga, saya telah belajar untuk menepati masa. Saya juga telah mengakui

pepatah yang menganggap masa itu sebagai emas. Menepati masa adalah sangat

penting bagi memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan berlangsung dengan

lancar.

Akhirnya sekali, program BIG ini merupakan satu program yang

meninggalkan kenangan yang bermakna dan satu pengalaman baharu kepada

semua peserta. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah IPG

Kampus Temenggong Ibrahim, atas sokongan moral dan seterusnya kepada 

mentor kami iaitu Pn.Saidathul serta semua jawatankuasa yang terlibat bagi

menjayakan program Bina Insan Guru 2/2014.