Refleksi BIG

2
Refleksi Muhammad Afif Bin Zakaria Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya, saya dapat menghabiskan Kem Bina Insan Guru di Bagan Lalang dengan jayanya. Kem tersebut diadakan selama 4 hari 3 malam. Sepanjang kem tersebut, pelbagai perkara yang saya dapat teladani dan disemai dalam diri sebagai bakal pendidik pada masa akan datang. Program ini telah banyak memberi saya pelbagai nilai-nilai murni dan keperebadian seorang guru disamping ada yang dapat menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Antaranya ialah saya dapat merasakan kehidupan seorang manusia ini akan menjadi teratur dan lebih sistematik dengan adanya peraturan. Peraturan sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam membina jati diri seseorang lebih-lebih lagi sebagai bakal guru pada satu hari nanti. Alhamdulillah, sepanjang kem tersebut, saya dapat mengikuti segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. Dengan didikan dan ajaran ini, saya akan menggunakannya dengan sebaik mungkin apabila berada di sekolah untuk menjalani proses Pengalaman Berasaskan Sekolah iaitu PBS. Selain itu juga, melalui kem tersebut, saya dapat mempelajari yang semangat bekerjasama dan juga tolong-menolong adalah penting dalam diri setiap diri seseorang lebih-lebih lagi sebagai bakal pendidik. Hal ini demikian kerana sikap bekerjasama akan membina suatu kejayaan yang lebih bermakna. Melalui kem ini, aktiviti

description

lala

Transcript of Refleksi BIG

Page 1: Refleksi BIG

Refleksi Muhammad Afif Bin Zakaria

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya, saya

dapat menghabiskan Kem Bina Insan Guru di Bagan Lalang dengan jayanya. Kem

tersebut diadakan selama 4 hari 3 malam. Sepanjang kem tersebut, pelbagai perkara

yang saya dapat teladani dan disemai dalam diri sebagai bakal pendidik pada masa

akan datang. Program ini telah banyak memberi saya pelbagai nilai-nilai murni dan

keperebadian seorang guru disamping ada yang dapat menguji ketahanan mental dan

fizikal saya.

Antaranya ialah saya dapat merasakan kehidupan seorang manusia ini akan menjadi

teratur dan lebih sistematik dengan adanya peraturan. Peraturan sebenarnya

memainkan peranan yang penting dalam membina jati diri seseorang lebih-lebih lagi

sebagai bakal guru pada satu hari nanti. Alhamdulillah, sepanjang kem tersebut, saya

dapat mengikuti segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. Dengan didikan

dan ajaran ini, saya akan menggunakannya dengan sebaik mungkin apabila berada di

sekolah untuk menjalani proses Pengalaman Berasaskan Sekolah iaitu PBS.

Selain itu juga, melalui kem tersebut, saya dapat mempelajari yang semangat

bekerjasama dan juga tolong-menolong adalah penting dalam diri setiap diri seseorang

lebih-lebih lagi sebagai bakal pendidik. Hal ini demikian kerana sikap bekerjasama akan

membina suatu kejayaan yang lebih bermakna. Melalui kem ini, aktiviti seperti merentas

rimba, berkayak dan juga aktiviti dalam kumpulan (LDK) memainkan peranan penting

dalam membina sikap bekerjasama antara individu. Pembacaan kompas,

persefahaman dalam berkayak dan juga kerjasama dalam membuat aktiviti dalam

kumpulan dapat membentuk modal insan yang baik dan bermakna.

Selain itu juga, sepanjang kem BIG ini, kami di didik untuk bangun di awal pagi untuk

bersembahyang qiamullail dan juga kami semua diarahkan untuk bersembahyang

secara berjemaah pada setiap kali waktu sembahyang. Dengan ini, nilai kerohanian

dapat dipupuk dalam diri setiap bakal pendidik. Setiap pelajar juga diarahkan untuk

Page 2: Refleksi BIG

bertugas di tempat sembahyang seperti ada pelajar yang diarahkan untuk menjadi bilal,

dan juga ada yang ditugaskan untuk menghamparkan sejadah.

Secara keseluruhannya, kem BIG ini sebenarnya dapat membentuk diri seseorang

pendidik ke arah yang terbaik. Saya harap, kem BIG seterusnya akan lebih baik

daripada yang sebelumnya.

Sekian, terima kasih.