Refleksi Big Bench Marking
-
Upload
intan-nurbaizurra-mohd-rosmi -
Category
Documents
-
view
219 -
download
0
description
Transcript of Refleksi Big Bench Marking
1 BINA INSAN GURU SEMESTER 8 2015
REFLEKSI
Profesion keguruan nyata semakin mencabar. Rentetan daripada itu,
pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran
bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina
generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Justeru itu,
dalam memastikan guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan
dan mampu menangani cabaran era globalisasi pengaplikasian pelaksanaan Bina
Insan Guru menjadi wadah dalam membantu profesion keguruan. Melalui aktiviti
yang dirancang, guru mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
Program Bina Insan Guru bertujuan untuk melahirkan guru-guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa
bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus
globalisasi.
Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu program Lawatan
Penanda Aras atau “Benchmarking” ke sebuah sekolah kluster di Sekolah
Kebangsaan Bandar Tun Razak. Tugasan ini merupakan tugasan yang wajib
dilalui oleh kami pelajar Semester 8. Pada 28 Mac 2015 iaitu pada hari sabtu,
program lawatan penanda aras ini berjaya dilaksanakan. Syukur ke hadrat ilahi
kerana dengan izinnya program ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa kepada En
Amran selaku mentor yang banyak membantu dan membimbing serta rakan
sekelas yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam program ini.
Justeru itu, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan
perjalanan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha
untuk melicinkan program ini dan seandainya terdapat kemusykilan, kami telah
merujuk kepada Mentor kami iaitu Encik Amran.
Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program
lawatan penanda aras di Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu Sekolah
Kebangsaan Bandar Tun Razak, Pahang. Sekolah ini telah mendapat
pengiktirafan kecemerlangan 2015 atas kecemerlangan Kebitaraan Bahasa
Melayu dan Program Kokurikulum Olahraga. Kami amat bersyukur kerana
2 BINA INSAN GURU SEMESTER 8 2015
Program ini bermula pada hari Jumaat, 24 Februari 2012. Selepas
mengenakan sarapan pagi di Hotel Seri Malaysia, kami telah memulakan program
BIG ini dengan mengadakan bengkel tentang tajuk yang telah diberikan. Bengkel
ini telah dijalankn secara “Round Robin” yang mana kami telah dibahagikan
kepada tujuh kumpulan kecil dan setiap ahli kumpulan diminta untuk mencari dan
mengkaji tajuk yang telah ditetapkan. Selepas itu, kami dikehendaki
membentangkan hasil carian dan maklumat tentang tajuk yang telah diberikan
kepada kumpulan lain. Antara tajuk yang dibincangkan adalah Akta 550 (1996),
mandat, guru dan perundangan, pekeliling perkhidmatan, fungsi JPN dan sektor-
sektor serta fungsi dan peranan PPD.
Kumpulan saya ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai Pekeliling
Ikhtisas. Apa yang menariknya saya tidak mendengar istilah ini. Jadi, saya rasa
sangat seronok untuk mencari maklumat tentang Pekeliling Ikhtisas dan
bersemangat untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Apa yang saya
faham Pekeliling Ikhtisas merupakan satu warta kerajaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa kepada
warga pendidik. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memberi
peringatan dan langkah keselamatan dan langkah kawalan dan pencegahan bagi
tujuan penjimatan dan salah guna. Selain itu, Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan
satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan
perkhidmatan.
Seterusnya saya telah mendengar perkongsian tentang Pekeliling
Perkhidmatan. Pekeliling Perkhidmatan merupakan satu arahan dan garis
panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Pekeliling
Perkhidmatan juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh
penjawat awam.
Selain itu, saya telah mendengar perkongsian mengenai guru dan
perundangan. Saya amat tertarik untuk mendengar perkongsian tajuk ini kerana
pembentang topik ini sangat kelakar sehingga membuatkan saya memberi
perhatian yang lebih.
3 BINA INSAN GURU SEMESTER 8 2015
Secara keseluruhannya, bengkel yang diadakan ini sangat menarik.
Banyak input baru yang telah saya peroleh melalui bengkel ini. Kaedah yang
digunakan iaitu secara Round Robin sangat berkesan kerana dapat melibatkan
semua guru pelatih.
Seterusnya kami bertolak ke SK Paya Rumput untuk mengadakan lawatan
penanda aras. Sekolah Kebangsaan Paya Rumput merupakan sebuah sekolah
kluster kecemerlangan Sains dan Ragbi. Untuk makluman, sekolah ini telah
mendapat pengiktirafan sebagai sekolah kluser pada tahun 2008. Pogram Bina
Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk
meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di
negeri Melaka. Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami
kepada alam persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan
budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti
sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.
Apabila sampai di SK Paya Rumput, kami telah disambut dengan penuh
mesra oleh warga SK Paya Rumput. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan
yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, En.Yahya Bin
Hj. Kamarudin. Beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan
yang ada di SK Paya Rumput, dan pencapaian SK Paya Rumput dalam bidang
akademik mahupun sukan. SK Paya Rumput mendapat pelbagai anugerah di
peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapa
guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah.
Di SKPR, peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Pelajaran
Malaysia sebanyak RM 250, 000 setahun telah dibahagikan kepada dua
bahagian. Sebanyak RM 125,000 dilaburkan untuk pembangunan sains dan RM
125, 000 lagi dilaburkan kepada pembangunan sukan ragbi.
Antara usaha yang telah dilakukan untuk pembangunan sains ialah
membaik pulih makmal sains dengan menyediakan peralatan yang canggih,
mewujudkan kolam ikan, dan menyediakan tempat pemeliaharaan puyuh.
Langkah ini diambil bagi melatih murid-murid sekolah ini supaya berminat untuk
menjadi usahawan.
4 BINA INSAN GURU SEMESTER 8 2015
Dalam pembangunan sukan ragbi, sekolah telah melatih dan memberi
pendedahan sukan ragbi kepada murid-murid yang berminat. Maka,wujudlah
sebuah pasukan ragbi yang diberi nama D’Rhyno. Pasukan ini telah banyak
menempa kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antara
pasukan antarabangsa yang pernah bertemu dengan D’Rhyno ialah pasukan dari
Australia, Singapura dan Indonesia.
Dalam usaha pembangunan sukan ragbi ini, sekolah juga telah membaik
pulih padang sekolah yang telah menelan belanja RM 10, 000. Dengan adanya
padang sekolah yang baik, latihan dapat dijalankan dengan selamat. Saya berasa
amat kagum dan terkejut dengan usaha pihak sekolah kerana pada tahun ini,
pihak sekolah telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah pasukan ragbi
perempuan. Saya berharap usaha ini akan mendatangkan hasil kepada sekolah
khussunya dan negara amnya. Semoga usaha ini akan membuka mata pihak
sekolah lain untuk turut menjadikan SKPR ini sebagai contoh yang terbaik dalam
pembangunan sukan ragbi.
Selesai taklimat, kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan. Kemudian,
pihak sekolah telah membawa rombongan kami melawat kawasan sekolah ini.
Antara aktiviti yang dijalankan di SK Paya Rumput ialah tinjauan di sekitar
kawasan sekolah. Kami telah melihat bilik darjah, perpustakaan, makmal sains,
bilik guru, komputer, bilik darjah, pejabat, setor sukan, padang dan bilik yang
menyimpan pelbagai anugerah yang berjaya diraih oleh SK Paya Rumput .
Hasil pemerhatian saya dan maklumat yang telah saya peroleh, terdapat
sedikit kelemahan SKPR yang perlu dibaiki pada masa hadapan iaitu bangunan
blok sekolah ini dipisahkan kepada dua bahagian oleh jalan raya yang menjadi
laluan utama kenderaan keluar dan masuk ke taman perumahan. Masalah ini
boleh mendatangkan bahaya kepada murid kerana perlu melintas jalan tersebut
untuk pergi ke makmal, bilik sains, padang dan sebagainya. Saya dimaklumkan
bahawa hanya pengawal keselamatan sekolah yang akan mengawal keadaan
trafik di jalan tersebut bagi memastikan keselamatan murid. Walau bagaimanapun
pihak sekolah ada membuat permohonan untuk membuat sebuah jejantas untuk
menghubungkan kedua-dua blok tersebut tetapi permohonan tersebut masih
belum diluluskan.
5 BINA INSAN GURU SEMESTER 8 2015
Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan
oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada
kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak
mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan
dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.
Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya
tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada
dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru
besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa
sekolah ini supaya terus cemerlang.
Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini
telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan
pada masa akan datang.