Refleksi BIG Fasa 3 PISMP Ambilan Januari 2013

download Refleksi BIG Fasa 3 PISMP Ambilan Januari 2013

of 2

Transcript of Refleksi BIG Fasa 3 PISMP Ambilan Januari 2013

Nama : Fong Lee SanRefleksi BIG Fasa 3 PISMP Ambilan Januari 2013 Pertama sekali, saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya saya berjaya melaksanakan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Saga, Tenom pada 28 Februari 2014. Tidak dapat dinafikan, program ini banyak memberikan input baharu kepada saya terutamanya mengenai pengurusan, kerjasama dan khidmat masyarakat. Selain dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian, input-input tersebut juga telah meningkatkan semangat saya dan menambah perasaan cinta saya terhadap profesion perguruan.Apabila kami tiba di tapak pekhemahan iaitu SK.Saga, kami berasa sangat teruja apabila melihat murid-murid sekolah tersebut sudah mula berkumpul untuk sesi pendaftaran diri. Ketika murid-murid sekolah tersebut melihat kedatangan kami, mereka melambaikan tangan kepada kami seolah-olah mereka telah mengenali kami dan mengalu-alukan kedatangan kami. Tanpa melengahkan masa, kami pun mula bekerjasama memunggah semua barang-barang keperluan dapur ke dapur sekolah dan mula membina khemah di padang sekolah. Berkat kerjasama daripada rakan sekelas, tugas membina khemah dapat diselesaikan dengan cepat walaupun matahari pada hari tersebut sangat terik. Setelah berehat seketika, kami pun mula menyiapkan keperluan-keperluan untuk pertandingan sukan yang akan berlangsung pada sebelah petang. Antara persiapan yang dilakukan adalah mengambil senarai nama kumpulan daripada guru-guru sekolah Sk.Saga, membuat garisan di padang sekolah, membuat perbincangan terakhir dan lain-lain. Pada masa itu, saya bertugas untuk mengurus sukan bagi guru-guru Sk.Saga, staff dan pensyarah-pensyarah yang hadir pada masa itu. Syukur kepada Tuhan kerana semua perancangan yang telah dilakukan dapat berlangsung dengan lancar. Walaupun ada beberapa kumpulan pelajar yang kelihatan tidak bersemangat pada mulanya, tapi pada akhir pertandingan mereka kelihatan semakin yakin pada diri dan mula menunjukkan semangat dan kerjasama kumpulan. Setelah pertandingan berakhir, Encik Richard telah memuji kerjasama yang telah ditunjukkan oleh kelas kami di samping menegur beberapa kesilapan dan kekurangan yang dapat dikesan sepanjang pertandingan berlangsung. Kami menerima teguran tersebut dengan hati terbuka dan akan berusaha membaiki kesilapan kami. Kemudian, kami pun bekerjasama membersihkan padang tersebut.Selepas itu, kami pun membahagikan tugas iaitu ada kumpulan yang pergi membersihkan diri, ada kumpulan yang bertugas memasak, ada kumpulan yang bersedia untuk aktiviti malam dan lain-lain. Semua tugasan dapat diselesaikan dengan lancar dengan adanya komunikasi yang berkesan sesama rakan sekelas. Setelah selesai makan malam bersama murid-murid Sk.Saga, staff, guru-guru Sk.Saga dan pensyarah, kami pun mula mengemas piring gelas dan tempat makan. Kemudian, kami pun membantu Encik Firdaus iaitu pensyarah Bahasa Melayu kami untuk menyampaikan ceramah motivasi beliau mengenai cara-cara menulis karangan yang baik dalam UPSR. Apabila melihat murid-murid tersebut begitu bermotivasi untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan UPSR, terdetik dalam hati saya untuk berdoa bagi mereka agar mereka akan berjaya dalam UPSR bahkan dalam kehidupan mereka seterusnya. Selesai dengan sesi ceramah tersebut, kami pun mulai mengemas tapak ceramah dan membantu guru-guru Sk.Saga untuk mengatur murid-murid masuk khemah tidur. Setelah memastikan semua murid telah tidur, kami pun masuk tidur sementara giliran berjaga malam berlangsung. Konklusinya, program Bina Insan Guru ini sememangnya telah memberi banyak pengalaman baharu dan manfaat kepada kami. Melalui pengalaman-pengalaman tersebut, kami akan berupaya untuk menjadi seorang guru yang lebih fleksibal, serba boleh dan mampu mengharungi apa juga cabaran dalam profesion kami. Program ini juga telah membina jati diri kami dan membakar semangat kami untuk menjadi seorang guru yang lebih berkualiti dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Guru. Saya akan cuba mengaplikasikan kemahiran yang telah saya pelajari dalam program BIG ini sekiranya mempunyai peluang kelak. Saya turut menyimpan harapan agar BIG yang seterusnya dapat memberi lebih banyak ilmu dan pengalaman yang lebih mencabar agar saya dapat menjadi seorang guru yang lebih berinovasi dan cemerlang.