Refleksi Big Sew Mei

4
REFLEKSI BIG ENG SEW MEI 810915-01-5652 Refleksi BIG Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat gembira kerana berpeluang mengikuti program ini. Saya dan ahli-ahli kumpulan pelajar PPG yang lain telah berjaya melaksanakan Program Perkhemahan Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di SJK(C) Chong Hwa Senggarang, Batu Pahat, Johor. Program perkhemahan yang diadakan selama 1 hari yang telah disertai oleh pelajar- pelajar PPG, murid-murid pasukan beruniform Bulan Sabit Merah, Pengakap dan Tunas Puteri serta guru-guru sekolah berkenaan ini memang menyeronokkan dan manfaat kepada semua yang terlibat. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tutor kami iaitu PN. FATIMAH ABD. KADIR atas tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan sebelum program Bina Insan Guru (BIG) yang telah kami jalankan pada 13 Oktober 2012 hari Sabtu. Selain itu, saya juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan program BIG ini. Kumpulan kami terdiri daripada 7 orang pelatih PPG Matematik Kumpulan 4 Kohort 1 telah mengadakan satu 1

description

reflesi big

Transcript of Refleksi Big Sew Mei

Page 1: Refleksi Big Sew Mei

REFLEKSI BIGENG SEW MEI810915-01-5652

Refleksi BIG

Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi

banyak pengalaman yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat

gembira kerana berpeluang mengikuti program ini. Saya dan ahli-ahli

kumpulan pelajar PPG yang lain telah berjaya melaksanakan Program

Perkhemahan Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di SJK(C)

Chong Hwa Senggarang, Batu Pahat, Johor. Program perkhemahan yang

diadakan selama 1 hari yang telah disertai oleh pelajar-pelajar PPG, murid-

murid pasukan beruniform Bulan Sabit Merah, Pengakap dan Tunas Puteri

serta guru-guru sekolah berkenaan ini memang menyeronokkan dan manfaat

kepada semua yang terlibat.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

tutor kami iaitu PN. FATIMAH ABD. KADIR atas tunjuk ajar dan bimbingan

yang telah diberikan sebelum program Bina Insan Guru (BIG) yang telah kami

jalankan pada 13 Oktober 2012 hari Sabtu. Selain itu, saya juga tidak lupa

untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah

memberi kerjasama bagi menjayakan program BIG ini.

Kumpulan kami terdiri daripada 7 orang pelatih PPG Matematik

Kumpulan 4 Kohort 1 telah mengadakan satu aktiviti perkhemahan yang

melibatkan seramai 171 orang murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 dari Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina, Chong Hwa Senggarang, Batu Pahat, Johor, pada 13

Oktober 2012 ( hari Sabtu ) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Chong Hwa

Senggarang, Batu Pahat, Johor.

Program Bina Insan Guru (BIG) adalah suatu aspek yang sangat

penting dan dititikberatkan dalam program latihan dan pendidikan perguruan

Institut Pendidikan Guru (IPG). Program BIG telah memberi banyak manfaat

kepada para pelajar yang menyertainya. Umpamanya, pelajar-pelajar PPG

1

Page 2: Refleksi Big Sew Mei

REFLEKSI BIGENG SEW MEI810915-01-5652

yang menyertai program ini, akan secara langsungnya terlibat dalam proses-

proses perancangan program, membuat minit-minit mesyuarat, surat-surat

kepada pihak berkuasa tempatan yang berkenaan dan sebagainya.

Pengalaman ini amat bermanfaat kepada seseorang guru. Di mana guru akan

mengendalikan sesuatu aktiviti atau program mengikuti prosedur yang lebih

sistematik.

Setelah mendapat tugasan program BIG ini, kumpulan saya telah

mengadakan satu mesyuarat untuk membuat perancangan program, dan

pengagihan tugas masing-masing. Dalam proses ini saya sedar bahawa

betapa pentingnya sifat bertolak ansur di antara satu sama lain untuk

menjayakan sesuatu program. Dengan yang demikian, program yang

dirancangkan baru boleh dijalankan dengan lancar.

Perkhemahan ini telah memberi saya banyak ilmu pengetahuan dan

pengalaman yang tidak terdapat di dalam kelas sekolah ataupun buku-buku

rujukan. Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dalam perkhemahan

ini ialah pertandingan menyediakan sandwic, pertandingan kawad kaki

berpasukan dan latihan CPR (kecemasan) . Semasa mendirikan khemah

bersama-sama dengan murid, saya telah dapat mempelajari cara-cara yang

betul untuk mendirikan khemah yang kukuh, cara kawad yang betul dan

sebagainya yang ditunjuk oleh guru latih yang berpengalaman dalam aktiviti

perkhemahan. Selain itu, nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama dan

tolong-menolong dapat dipupuk.

Setelah menyertai program perkhemahan BIG ini, saya telah menjadi

seseorang yang lebih bersikap positif, yakin kepada kebolehan diri sendiri,dan

bersemangat tinggi untuk menghadapi sebarang cabaran. Pada masa yang

akan datang, tugas dan cabaran yang tidak tersangka akan dihadapi oleh

para guru. Oleh yang demikian, perancangan dan persediaan awal diperlukan

oleh saya untuk mengatasi segala rintangan.

2

Page 3: Refleksi Big Sew Mei

REFLEKSI BIGENG SEW MEI810915-01-5652

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

semua pihak yang terlibat dalam program perkhemahan BIG ini samada

secara langsung atau tidak langsung. Di atas kerjasama dan usaha gigih

mereka barulah kumpulan kami dapat menjayakan program perkhemahan

BIG ini. Program ini telah mendorong saya untuk menjadi seorang pendidik

yang lebih cemerlang dan berkeyakinan dalam melaksanakan sesuatu kerja.

3