Refleksi Diorama

4
[ALICE CHUA PEI LING] REFLEKSI Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya, Alice Chua Pei Ling, pelajar dari unit 6 PISMP Pendidikan Seni Visual 1 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sanggup memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja subjek Kokurikulum- Persatuan (WAJ 3131) terutamanya pensyarah saya iaitu En. Abdullah bin Mohamad. Sekalung penghargaan ingin ditujukan kepada rakan-rakan sekelas yang sanggup memberi kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pameran ini. Pada semester ini, subjek Kokurikulum-Persatuan (WAJ 3131) adalah salah satu subjek yang wajib bagi memenuhi syarat kelulusan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Setiap pelajar semester 6 ambilan Jan 2013 dikehendaki menubuhkan kelab atau persatuan masing-masing bagi melaksanakan aktiviti pameran. Dalam sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini, saya telah menghadapi kekangan dari segi pengurusan masa, sumber informasi dan kewangan. Walaupun sibuk dengan tugasan projek dari subjek yang berlainan, saya terpaksa meluangkan masa untuk memilih tajuk yang sesuai untuk menghasilkan karya seni yang ingin dipamerkan pada Pameran Gerko Persatuan Hari Kokurikulum yang berlangsung di Dewan Bendahara, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Unit 6 PISMP Pendidikan Seni Visual 1 telah memilih Persatuan Pendidikan Seni Visual. Kami dibahagikan kepada lapan kumpulan iaitu 3 orang dalam satu kumpulan. Saya dan dua orang rakan saya iaitu Low

description

Refleksi

Transcript of Refleksi Diorama

Page 1: Refleksi Diorama

[ALICE CHUA PEI LING]

REFLEKSI

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya, Alice Chua Pei Ling,

pelajar dari unit 6 PISMP Pendidikan Seni Visual 1 ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua pihak yang sanggup memberi tunjuk ajar kepada

saya untuk menyiapkan tugasan kerja subjek Kokurikulum-Persatuan (WAJ

3131) terutamanya pensyarah saya iaitu En. Abdullah bin Mohamad.

Sekalung penghargaan ingin ditujukan kepada rakan-rakan sekelas yang

sanggup memberi kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pameran ini.

Pada semester ini, subjek Kokurikulum-Persatuan (WAJ 3131) adalah salah

satu subjek yang wajib bagi memenuhi syarat kelulusan Program Ijazah

Sarjana Muda Pendidikan. Setiap pelajar semester 6 ambilan Jan 2013

dikehendaki menubuhkan kelab atau persatuan masing-masing bagi

melaksanakan aktiviti pameran.

Dalam sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini, saya telah

menghadapi kekangan dari segi pengurusan masa, sumber informasi dan

kewangan. Walaupun sibuk dengan tugasan projek dari subjek yang

berlainan, saya terpaksa meluangkan masa untuk memilih tajuk yang sesuai

untuk menghasilkan karya seni yang ingin dipamerkan pada Pameran Gerko

Persatuan Hari Kokurikulum yang berlangsung di Dewan Bendahara, Institut

Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Unit 6 PISMP Pendidikan Seni Visual

1 telah memilih Persatuan Pendidikan Seni Visual. Kami dibahagikan kepada

lapan kumpulan iaitu 3 orang dalam satu kumpulan. Saya dan dua orang

rakan saya iaitu Low Lai Teng dan Lee Joo Haa telah memilih tajuk ‘Diorama’

yang bertemakan Taman Permainan selepas membuat perbincangan.

Sesungguhnya, tugasan ini benar-benar membantu saya dalam

pembelajaran kerana melalui tugasan projek ini, saya berpeluang mereka

cipta logo kelab mengikut kreativiti masing-masing. Penciptaan logo, visi dan

penerangan logo turut perlu kami rekakan untuk menubuhkan kelab

Pendidikan Seni Visual. Saya juga bekerjasama menghasilkan ‘Diorama’

yang bertemakan Taman Permainan bersama rakan-rakan saya. Diorama

dapat disiapkan dalam tempoh satu minggu sahaja atas kerjasama dan usaha

ahli kumpulan. Kami telah memilih bahan terbuang seperti kayu aiskrim,

Page 2: Refleksi Diorama

[ALICE CHUA PEI LING]

dawai besi, kertas kotak dan lain-lain untuk menghasilkan diorama ini. Nilai

cinta alam sekitar sudah pasti dapat diterapkan secara tidak langsung dalam

penghasilan tersebut. Sebelum sehari pameran dijalankan di Dewan

Bendahara, saya dan rakan-rakan berkesempatan menghias tempat pameran

yang telah disediakan mengikut kreativiti tersendiri.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa saya turut mengalami kekangan

dalam menyiapkan tugasan kerja tersebut. Mustahil setiap aktiviti yang

dirancang tidak mempunyai kelemahan. Saya kurang memahami terhadap

kehendak soalan pada awal permulaan semasa melaksanakan tugasan ini.

Hal ini telah menyebabkan perbincangan tentang tugasan ini tidak berjaya

antara saya dan rakan-rakan sekumpulan kerana kami keliru dengan

kehendak soalan dan tidak mempunyai pandangan dan cadangan yang

seiras antara satu sama lain. Saya telah meminta tunjuk ajar daripada rakan-

rakan yang lain serta pensyarah, En. Abdullah bin Mohamad. Mereka tidak

jemu memberi tunjuk ajar kepada saya dengan memberi penerangan dan

penjelasan yang lebih terperinci. Saya juga mendapati bahawa saluran

internet yang lambat telah mengambil masa panjang untuk melayari dan

mendapati maklumat yang diperlukan.

Walaupun saya sibuk menjalankan praktikum di sekolah, tetapi saya

juga perlu meluangkan masa untuk melengkapkan setiap kehendak soalan

bagi tugasan ini. Saya juga belajar untuk mendisiplinkan diri sepanjang

tempoh ini. Saya perlu merancang masa mengikut jadual harian dengan

teratur dan rasional untuk menyiapkan tugasan projek ini supaya tidak

membazirkan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Dengan adanya

perancangan dan persediaan yang secukupnya, saya berjaya menghantar

tugasan projek ini tepat pada masanya. Pengorbanan dalam semua aspek ini

banyak mematangkan saya serta mampu menggunakan daya pemikiran pada

tahap yang paling tinggi semasa membuat sesuatu perkara.

Oleh itu, dalam usaha untuk memenuhi pendidikan yang berkualiti itu,

kualiti guru yang bakal dilahirkan amat penting. Malahan kualiti guru

seharusnya tidak sahaja menakupi hal-hal akademik, pembangunan izikal

tetapi dalam segi pengurusan turut berperanan. Pengurusan kokurikulum

Page 3: Refleksi Diorama

[ALICE CHUA PEI LING]

merupakan komponen yang penting dalam latihan perguruan, maka

penglibatan guru pelatih melalui aktiviti ini akan dapat memenuhi kehendak

dan Falsaah Pendidikan Negara yang menekankan penapaian yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Jika matlamat

ini boleh dicapai melalui penyertaan guru pelatih dalam aktiviti kokurikulum di

peringkat latihan perguruan, maka tidak hairanlah sahsiah guru pelatih yang

akan terbentuk nanti boleh mencerminkan kualti guru yang bakal dilahirkan

oleh Institut Pendidikan Guru.

Secara kesimpulannya, walaupun saya menghadapi banyak kesukaran

dan rintangan ketika menjalankan tugasan projek ini tetapi saya berasa amat

bangga kerana diberi peluang untuk menjalankan tugasan projek yang begitu

mencabar dan bermakna bagi saya. Pengalaman serta pengetahuan dalam

menyiapkan tugasan projek ini amat memanfaatkan saya.