REFLEKSI EDU3093

3
REFLEKSI TUGASAN EDU3093 Dengan izin Tuhan Yang Maha Berkuasa, dapatlah saya sempurnakan kerja kursus projek bagi subjek EDU3093 ini. Sebelum melangkah ke intipati refleksi seterusnya, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penysarah pembimbing subjek BMM3015, En. Adib Farhan Bin Sapian kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Komitmen beliau yang tinggi dalam memastikan setiap dari kami dapat mengikuti interaksi dengan berkesan telah mendorong saya dan rakan-rakan untuk turut memberikan kerjasama yang maksimum. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi dan bertukar- tukar maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Sesungguhnya, kerja kursus yang diberikan sudah tentu memberikan satu impak yang mendalam terhadap diri setiap individu yang terlibat termasuklah saya sendiri. Berdasarkan kesemua input yang telah dipelajari sepanjang melaksanakan kerja kursus, saya berpendapat setiap satu daripadanya adalah amat berguna sekali bagi tujuan masa kini dan masa hadapan. Kemahiran-kemahiran teknologi yang asas seperti penyimpanan maklumat (alamat internet) yang telah dipelajari pada minggu pertama telah memberi saya satu kesedaran bahawa, sesuatu perkara yang mudah sebenarnya sangat membantu sekiranya kita dapat menggunakannya dengan cara yang lebih kreatif. Ketiga-tiga bentuk penyimpanan alamat internet membolehkan saya merujuk dan mengakses mana-mana laman yang diingini dengan lebih mudah dan pantas. Tugasan-tugasan mingguan lain yang melibatkan pencarian maklumat menggunakan enjin pencari turut menajamkan lagi kemahiran mencari

description

edu3093

Transcript of REFLEKSI EDU3093

REFLEKSI TUGASAN EDU3093

Dengan izin Tuhan Yang Maha Berkuasa, dapatlah saya sempurnakan kerja kursus projek bagi subjek EDU3093 ini. Sebelum melangkah ke intipati refleksi seterusnya, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penysarah pembimbing subjek BMM3015, En. Adib Farhan Bin Sapian kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Komitmen beliau yang tinggi dalam memastikan setiap dari kami dapat mengikuti interaksi dengan berkesan telah mendorong saya dan rakan-rakan untuk turut memberikan kerjasama yang maksimum. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi dan bertukar-tukar maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Sesungguhnya, kerja kursus yang diberikan sudah tentu memberikan satu impak yang mendalam terhadap diri setiap individu yang terlibat termasuklah saya sendiri. Berdasarkan kesemua input yang telah dipelajari sepanjang melaksanakan kerja kursus, saya berpendapat setiap satu daripadanya adalah amat berguna sekali bagi tujuan masa kini dan masa hadapan. Kemahiran-kemahiran teknologi yang asas seperti penyimpanan maklumat (alamat internet) yang telah dipelajari pada minggu pertama telah memberi saya satu kesedaran bahawa, sesuatu perkara yang mudah sebenarnya sangat membantu sekiranya kita dapat menggunakannya dengan cara yang lebih kreatif. Ketiga-tiga bentuk penyimpanan alamat internet membolehkan saya merujuk dan mengakses mana-mana laman yang diingini dengan lebih mudah dan pantas. Tugasan-tugasan mingguan lain yang melibatkan pencarian maklumat menggunakan enjin pencari turut menajamkan lagi kemahiran mencari maklumat menggunakan internet. Hampir kesemua tugas mingguan yang diarahkan memerlukan kemahiran menggunakan enjin pencari, sebagai contoh; mencari bahan berkaitan dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam konteks Malaysia. Hal ini membolehkan saya memperoleh banyak maklumat atau bahan yang berguna dan sesuai dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran kelak. Dengan adanya bahan-bahan tersebut, ianya akan membantu saya untuk melancarkan lagi pengajaran dan pembelajaran yang akan saya jalankan sendiri satu hari nanti memandangkan kesemua bahan telah disimpan dalam folder tertentu dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, kemahiran-kemahiran yang dipelajari turut membantu dalam mendewasakan saya, di mana terdapat beberapa perkara yang pada awalnya saya anggap tidak perlu diulangkaji lagi kerana sudah mahir dalam menggunakan kemahiran tersebut. Tetapi pada hakikatnya, masih terlalu banyak yang harus dipelajari lagi. Sebagai contoh, dalam penggunaan microsoft word yang mana saya gunakan bagi tujuan tugasan projek ini. Tugasan kerja kursus projek ini juga turut memberi saya satu gambaran tentang persekitaran alam pendidikan kita di Malaysia. Dari masa ke semasa kita sebagai guru akan sentiasa berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran semasa yang amat menguji kewibawaan kita sebagai seorang guru atau pendidik. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(PPPM 2013-2025), saya telah memilih isu berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang mana ia dengan jelas ada dinyatakan pada anjakan ke 7 dalam PPPM 2013-2025 tersebut. Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Para guru atau pendidik haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran TMK supaya dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dalam bilik darjah, dengan harapan TMK dapat membantu memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di semua 10,000 sekolah. Kemudahan TMK akan menjadi sebahagian daripada kehidupan murid di sekolah, tanpa jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar. Semua guru akan dilengkapi kemahiran yang perlu bagi menggunakan teknologi ini secara berkesan dan bermakna. Secara keseluruhannya, kerja kursus kali ini telah menambah satu lagi ilmu yang bermanfaat kepada naluri saya sendiri sebagai seorang warga pendidik yang perlu menguasai banyak hal terutama sekali ilmu dalam bidang teknologi. Selepas ini, segala kemahiran yang diperolehi pasti akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam membantu untuk tugasan kali ini. Sekian, terima kasih.