refleksi fizik

1

Click here to load reader

Transcript of refleksi fizik

Page 1: refleksi fizik

Nama : Mohd Hafizi Bin Abdullah

No Matrik : 123996

Refleksi

Alhamdulilah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan

rahmatNya, saya Mohd Hafizi bin Abdullah dari Pismp Sains/Bi/Pj 1 akhirnya berjaya

menyiapkan tugasan subjek SCE 3105 Fizik Dalam Konteks yang telah

diamanahkan kepada saya. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah

bimbingan saya Encik Ahmad Sabri bin Mohd Yazid yang sentiasa memberikan

tunjuk ajar dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.

Tugasan kerja kursus berasaskan ilmu bagi subjek SCE 3105 menekankan

kepada guru pelatih dalam mencari nota dan maklumat berdasarkan topik-topik yang

telah dipelajari. Melalui usaha ini, guru pelatih dapat melihat dan mempelajari

maklumat berasaskan topik ini dengan lebih baik kerana mendapat dedahan

daripada pelbagai teknik dan olahan maklumat yang berbeza. Hasilnya pemahaman

berkenaan topik yang ada menjadi mantap dan terkesan. Selain itu, usaha mencari

maklumat ini daripada pelbagai sumber juga membolehkan guru pelatih mengenali

pusat-pusat sumber maklumat dengan lebih baik. Ini membantu guru pelatih

menggunakan sistem carian maklumat di pusat sumber itu secara lebih berkesan.

Tambahan lagi, tugasan yang diberikan ini juga meminta guru pelatih membuat serta

melakukan tugasan PCK dan laporan ekspeimen yang telah dijalankan. Usaha ini

membolehkan segala pembelajaran secara amali tersebut lebih diingati. Sebarang

kelemahan juga dapat dikenal pasti dan difahami dengan baik sebab dan akibatnya.

Walaupun begitu, guru pelatih juga mengalami sedikit kesukaran dalam

mendapatkan maklumat selain daripada bku dan intenet. Hal ini kerana, kekurangan

sumber maklumat yang ada di pusat sumber agak membantutkan pencarian.