Refleksi Foro Perundangan Dalam Pendidikan

4
Refleksi Forum Perundangan Dalam Pendidikan. Pada pendapat saya, forum sebegini sangat sesuai diadakan dengan lebih kerap di semua peringkat pendidikan. Ini kerana ramai yang berkhidmat dalam insitusi pendidikan, khususnya warga guru masih kurang celik dalam isu undang-undang pendidikan. Dalam dunia yang semakin mencabar ini, warga guru sepatutnya sedar bahawa tugas guru tidak lagi sama sepertimana dalam dekad-dekad yang laku. Ibu bapa semakin sedar akan undang-undang dan seringkali mengambil kesempatan untuk memanipulasikan undang-undang tersebut untuk kepentingan sendiri. Kita dapat lihat dalam surat-surat khabar bahawa banyak kes saman menyaman melibatkan guru berlaku. Ini adalah kesan dari kurang celik guru terbabit dalam bidang perundangan pendidikan. Pada pusingan pertama forum tersebut, telah dibincangkan mengenai isu Sejauh Mana Kesedaran Ibu Bapa Tentang Undang-Undang Pendidikan. Bolehlah dirumuskan bahawa panel-panel berpendapat ibu bapa akan mengambil tindakan setelah sesuatu kejadian itu berlaku, iaitu dengan mengambil tindakan undang-undang. Panel juga berpendapat sangat penting untuk guru-guru celik mengenai

description

Refleksi

Transcript of Refleksi Foro Perundangan Dalam Pendidikan

Page 1: Refleksi Foro Perundangan Dalam Pendidikan

Refleksi Forum Perundangan Dalam Pendidikan.

Pada pendapat saya, forum sebegini sangat sesuai diadakan dengan lebih kerap di

semua peringkat pendidikan. Ini kerana ramai yang berkhidmat dalam insitusi

pendidikan, khususnya warga guru masih kurang celik dalam isu undang-undang

pendidikan. Dalam dunia yang semakin mencabar ini, warga guru sepatutnya sedar

bahawa tugas guru tidak lagi sama sepertimana dalam dekad-dekad yang laku. Ibu

bapa semakin sedar akan undang-undang dan seringkali mengambil kesempatan untuk

memanipulasikan undang-undang tersebut untuk kepentingan sendiri. Kita dapat lihat

dalam surat-surat khabar bahawa banyak kes saman menyaman melibatkan guru

berlaku. Ini adalah kesan dari kurang celik guru terbabit dalam bidang perundangan

pendidikan.

Pada pusingan pertama forum tersebut, telah dibincangkan mengenai isu Sejauh Mana

Kesedaran Ibu Bapa Tentang Undang-Undang Pendidikan. Bolehlah dirumuskan

bahawa panel-panel berpendapat ibu bapa akan mengambil tindakan setelah sesuatu

kejadian itu berlaku, iaitu dengan mengambil tindakan undang-undang. Panel juga

berpendapat sangat penting untuk guru-guru celik mengenai perundangan pendidikan

supaya mereka akan lebih bersedia untuk menghadapi situasi seperti ini. Juga, seorang

guru itu harus sedar etika keguruan. Panel berpendapat guru haruslah pandai

mengawal emosi semasa mendenda murid, guru itu perlu meramal (forecast) apa yang

akan berlaku sekiranya sesuatu tindakan itu diambil. Semuanya selari dengan konsep

In Loco Parentis. Seterusnya, panel juga berpendapat walau apa pun terjadi,

komunikasi di antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa amat penting sekali, kerana

ia sepatutnya sebegini berbanding dengan tindakan saman oleh pihak ibu bapa murid.

Page 2: Refleksi Foro Perundangan Dalam Pendidikan

Guru Besar harus memainkan peranan penting selari dengan konsep Doktrin

Respondeat Superior, yang mana menyatakan Guru Besar harus bertanggungjawab

dengan setiap yang berlaku di kawasan sekolahnya.

Pada pusingan kedua, isu yang telah dibincangkan oleh panel adalah Cara-Cara yang

Digunakan Sebagai Hebahan Undang-undang Dalam Pendidikan. Disini, panel

menyatakan bahawa isu-isu pendidikan ini haruslah di sebarkan kepada murid dan ibu

bapa secara menyeluruh menggunakan medium Mesyuarat Agung PIBG ataupun

secara atas talian. Dalam isu membawa murid keluar dari kawasan sekolah untuk

mewakili sekolah, perlu dikuti dengan tindakan yang betul. Apapun, kemahiran meramal

(forecasting) perlu dikuasai oleh guru-guru supaya mereka fahamdan sedar akan

kemahiran.

Pada pusingan ketiga, panel telah membincangkan mengenai Keberkesaan dan

Tindakan Penambahbaikan. Panel berpendapat selain dari guru-guru, pihak sekolah

juga boleh mendapatkan khidmat masyarakat sekitaran ataupun melalui Jawatan Kuasa

Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk mengatasi masalah ponteng

sekolah yang amat serius sejak kebelakangan ini. Guru-guru pula perlu sentiasa kemas

kini pengetahuan mereka dalam isu-isu terkini melibatkan perundangan dalam

pendidikan. Panel merasakan bahawa subjek Perundangan Pendidikan haruslah

dijadikan silibus untuk semua bakal guru sebagai langkah persediaan. Panel juga

berpendapat sekolah haruslah meluaskan jaringan antara sekolah, jabatan-jabatan

kerajaan yang berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan diadakan perjumpaan

dengan kekerapan yang dirasakan sesuai untuk membincangkan isu-isu berkaitan

dengan perundangan pendidikan terkini.

Page 3: Refleksi Foro Perundangan Dalam Pendidikan

Dalam sesi soal jawab, penal telah berbincang bahawa guru-guru sering perlu ingat

kewajipan mereka dalam mengajar iaitu Duty Of Care, In Loco Parentis dan Fiduciary

Relationship. Guru-guru juga dinasihatkan supaya selalu muhasabah mengenai teknik-

teknik pedagogi agar murid-murid tidak berasa bosan, yang mana keadaan seperti ini

ada kaitan dengan berlakunya kejadian seperti sama-menyaman ini berlaku. Panel juga

berpendapat bahawa guru-guru perlu tahu elemen-elemen cuai / Tort. Ini sedikit

sebanyak akan menyalamatkan guru andaikata terlibat dalam tindakan saman ini.

Pastikan segala kerja kita mengikut standard yang telah ditetapkan.

Justeru, pada pendapat saya forum-forum sebegini sangat sesuai dijalankan untuk

semua warga pendidik.