Refleksi Hari Pertama Kem Badan Beruniform

6
OOI JIA SHEN P4B Refleksi Hari Pertama Kem Badan Beruniform Dalam hari pertama dalam Perkhemahan Badan Beruniform, kami berkumpul di tapak Pulako pada pukul 2 petang. Sebelum itu, saya telah mengambil khemah di bahagian setor untuk tempat teduh saya dan rakan sekhemah saya. Kami bertolak dalam 11 pagi ke tapak pulako dan memilih tapak yang sesuai untuk mendirikan khemah sebelum aktiviti perkhemahan bermula. Kami telah memilih beberapa tempat yang sesuai untuk tapak pembinaan iaitu tempat rata berhampiran dengan tandas, tapak rata di bawah dan tapak rata di atas. Kami akhirnya memilih tapak berhampiran dengan tandas kerana lebih sesuai dengan cirri-ciri pembinaan khemah. Antara cirri-ciri yang patuh ada iaitu tapak rata, jauh dari laluan air dan pokok mati. Kali ini, khemah yang kami dapat tidak sama dengan khemah yang sebelumnya ini merupakan kali pertama saya mendiri khemah besar. Kami mengaji cara untuk mendirikan khemah dengan kukuh dan akhirnya kami sempat mendiri khemah kami sebelum hujan sampai. Hujan pada waktu tengah hari telah menguji ketahanan dan kekukuhan khemah kami. Taniah kepada kami kerana khemah kami tidak tumbang apabila dan selepas hujan lebat tersebut. Pada pukul 2:30 petang selepas makan tengah hari, kami berkumpul di tapak perkhemahan pulako dan mulanya aktiviti perkhemahan. Ahli PBSM berkumpul di padang kawad pulako. Taklimat diberikan oleh Pensyarah bertugas berkaitan aktiviti dalam perkhemahan tersebut. Peraturan dalam perkhemahan juga diumumkan

description

berkaitan dengan Badan Beruniform

Transcript of Refleksi Hari Pertama Kem Badan Beruniform

Page 1: Refleksi Hari Pertama Kem Badan Beruniform

OOI JIA SHEN P4B

Refleksi Hari Pertama Kem Badan Beruniform

Dalam hari pertama dalam Perkhemahan Badan Beruniform, kami berkumpul di

tapak Pulako pada pukul 2 petang. Sebelum itu, saya telah mengambil khemah di

bahagian setor untuk tempat teduh saya dan rakan sekhemah saya. Kami bertolak

dalam 11 pagi ke tapak pulako dan memilih tapak yang sesuai untuk mendirikan

khemah sebelum aktiviti perkhemahan bermula.

Kami telah memilih beberapa tempat yang sesuai untuk tapak pembinaan iaitu

tempat rata berhampiran dengan tandas, tapak rata di bawah dan tapak rata di atas.

Kami akhirnya memilih tapak berhampiran dengan tandas kerana lebih sesuai dengan

cirri-ciri pembinaan khemah. Antara cirri-ciri yang patuh ada iaitu tapak rata, jauh dari

laluan air dan pokok mati.

Kali ini, khemah yang kami dapat tidak sama dengan khemah yang sebelumnya

ini merupakan kali pertama saya mendiri khemah besar. Kami mengaji cara untuk

mendirikan khemah dengan kukuh dan akhirnya kami sempat mendiri khemah kami

sebelum hujan sampai. Hujan pada waktu tengah hari telah menguji ketahanan dan

kekukuhan khemah kami. Taniah kepada kami kerana khemah kami tidak tumbang

apabila dan selepas hujan lebat tersebut.

Pada pukul 2:30 petang selepas makan tengah hari, kami berkumpul di tapak

perkhemahan pulako dan mulanya aktiviti perkhemahan. Ahli PBSM berkumpul di

padang kawad pulako. Taklimat diberikan oleh Pensyarah bertugas berkaitan aktiviti

dalam perkhemahan tersebut. Peraturan dalam perkhemahan juga diumumkan dalam

perhimpunan tersebut. Cuaca semakin panas, matahari terik atas kepala. Beberapa

orang ahli daripada badan beruniform lain yang tidak tahan telah jatuh pengsan.

Keadaan tertekan berlaku dan saya berasa gementar dan bersyukur kerana saya

mempunyai badan yang sihat untuk mengharungi cabaran pertama yang diberikan.

Kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan permpuan. Taklimat

diberikan daripada Encik Sarjahan dan beberapa orang pensyarah yang bertugas pada

masa tersebut. Dalam taklimat tersebut, kami diberitahu tatacara dalam perkhemahan.

Page 2: Refleksi Hari Pertama Kem Badan Beruniform

OOI JIA SHEN P4B

Saya berasa sangat gembira kerana dapat bersama-sama bermain dan mendapat ilmu

yang banyak dalam perkhemahan.

Pada waktu malam terdapat satu taklimat berkaitan dengan tali, terdapat 10 jenis

ikatan yang dipelajari dalam taklimat tersebut. Saya mengambil peluang untuk belajar

semua ikatan tersebut kerana akan digunakan pada masa yang akan datang semasa

saya berada di sekolah nanti. Selepas sesi pengajaran tersebut yang diberikan oleh

encik Suid, kami diarahkan untuk menjalankan tugas kami selepas balik ke tapak

perkhemahan iaitu, menjaga malam. Saya ditugaskan pada pukul 12:30pagi hingga

1:30 pagi. Semasa penjagaan malam tersebut semua berjalan dengan lancar. Cuaca

yang amat baik dan keadaan yang sejuk sebab kami berhampiran dengan bukit.

Aktiviti pada hari pertama habis dengan lancar dan dalam aktiviti tersebut saya

mendapati cara untuk membuat ikatan, menjaga kesihatan diri dan amaran semasa

dalam perkhemahan.

Pada hari kedua perkhemahan, kami bangun pada pukul 5 pagi supaya bersiap

dan berkumpul pada pukul 7 pagi. Makanan disediakan kepada semua ahli PBSM dan

ahli Badan Beruniform yang lain. Selepas perhimpunan pagi kami berkumpul dan aktiviti

orentering berlangsung.

Dalam aktiviti kedua, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil

untuk mempelajari cara menggunakan kompas. Taklimat awal diberikan oleh pensyarah

berkaitan dengan teori kompas dan cara untuk menentukan arah dan memegang

kompas. Kami telah mempelajari badan kompas dalam kompas terdapat banyak fungsi

dan arah. Kami ditunjukan cara untuk melihat bering dan menentukan arah objek. Saya

berpeluang memegang kompas dan menunjukan cara untuk menggunakan kompas

dengan betul dan tepat.

Selepas teori, kami bergerak dalam satu kumpulan untuk menentukan cara dan

arah dan mengaplikasikan dalam aktiviti tersebut. Kami diarahkan untuk menentukan

Page 3: Refleksi Hari Pertama Kem Badan Beruniform

OOI JIA SHEN P4B

arah dan jarak langkah dalam permainan tersebut. Pasukan lain akan mencari arah dan

tempat kami lalui melalui kertas yang ditulis dan disembunyi pada target.

Dalam aktiviti tersebut saya berada dalam kumpulan 2 dan meletakkan serta

menyembunyikan target menyebabkan pasukan lain yang mencarinya tidak dapat

kesan menyebabkan pasukan tersebut paling lambat sampai ke destinasi. Kerjasama

dalam kumpulaan diuji pada masa tersebut untuk mencari dan mengesan target yang

disediakan oleh kumpulan sebelumnya. Saya berasa gembira dan seronok dan

mendapat ilmu menentukan kompas pada hari tersebut.

Pada waktu petang kami berasa sangat marah kerana kami telah didenda akibat

daripada perbuatan kami telah melanggari peraturan perkhemahan. Kami diarahkan

supaya berada dalam hujan selama 30 minit untuk dibasah. Hukuman tersebut

dikenakan kepada semua disebabkan makanan yang diberikan pada waktu petang

tidak cukup dan mendapat aduan daripada pelatih dalam kem tersebut. Saya berasa

saya puas hati dengan hukuman tersebut kerana adil kepada semua pelatih. Ringan

sama dipikul, berat sama dijinjing perbuatan salah daripada sebahagian pelatih

menyebabkan semua didenda adalah adil. Keadaan ini memberi amaran kepada

semua supaya tidak mengulang perbuatan tersebut.

Khemah kami dimasuki air akibat daripada hujan rebat petang tadi. Kami diarah

untuk tidur depan pejabat. Tiada khemah kami berasa sangat sejuk. Pada masa

tersebut baru saya mendapat kepentingan bumbung yang menjadi perlindungan

kepada kami. Rumah merupakan tempat yang paling selamat berbanding dengan yang

lain.

Pada hari ketiga, seperti biasa kami bangun dan berkumpul untuk perhimpunan

awal. Pada hari ketiga sepatutnya merupakan lawatan ke Hospital Sungai Petani tetapi

mempunyai sedikit masalah dan terpaksa kami tukar aktiviti yang dijalankan. Taklimat

dan perbincangan diberikan oleh Encik Rahim juga ditangguhkan kerana terdapat

seorang daripada ahli PBSM telah jatuh dan dihantar ke hospital.

Page 4: Refleksi Hari Pertama Kem Badan Beruniform

OOI JIA SHEN P4B

Ceramah dan kuliah diberikan oleh Encik Rahim berlansung pada jam 11 pagi

bertempat di bangunan gerko. Dalam kuliah tersebut kami didedahkan cara dan

maklumat penting berkaitan dengan beberapa agensi di Negara Malaysia iaitu MKN 20,

Bomba, PBSM dan lain-lain. Semasa kuliah tersebut, Encik Rahim memberitahu

kepentingan persatuan dan agensi tersebut yang pernah memberi sumbangan kepada

Negara kita. Semasa kuliah tersebut kami juga diberikan maklumat yang berkaitan

dengan penjagaan kesihatan badan. Saya mendapat meklumat seperti penyakit

berjangkit dan penyakit bernahaya yang mungkin akan mengakibatkan kematian.

Selepas tamat kuliah diberi, pada waktu petang, terdapat satu ujian teori telah

berlangsung. Saya berasa gembira dan bangga kerana saya mengambil perhatian

semasa kuliah yang diberikan oleh En Rahim membolehkan saya menjawab soalan

yang diuji dengan senang dan mempunyai kenyakinan yang lebih tinggi berbanding

dengan sebelumnya. Saya tidak lagi rasa takut untuk menghadapinya.

Aktiviti kawad yang diberikan daripada Encik Suid telah memberikan manfaat

kepada kami. Ia membolehkan kita tahu teknik yang betul dalam kawad. Selain itu, ia

juga membolehkan kita mengajar anak murid kita dengan lebih berkesan kerana dalam

pengajaran beliau telah memasukkan aspek pengjaran dan pembelajaran yang sesuai

kepada kami.

Pada akhir Gerko, perhimpunan yang diberikan tidak begitu lancar kerana

matahari bermula terik daripada 3 hari hujan menyebabkan banyak guru pelatih

terpaksa berada dalam keadaan matahari terik dan menyebabkan kulit terbakar. Aktiviti

berakhir selepas semua alatan yang dipinjam dipulangkan kepada bahagian setor.

Akhirnya bersyukur kerana kami telah menjalankan tugas kami dengan sempurna dan

menghabiskan latihan dan perkhemahan Gerko kami di Pulako IPSAH.