Refleksi Individu

download Refleksi Individu

of 3

Transcript of Refleksi Individu

Refleksi IndividuSecara umumnya, penghasilan tugasan ini telah memberi saya satu pengalaman baru berkaitan dengan pelbagai aspek kehidupan manusia yang melibatkan moral iaitu seperti tokoh-tokoh dalam negara, tokoh keluarga dan juga isu-isu pendidikan moral yang berlaku dari aspek tempatan, sekolah dan juga di peringkat yang lebih besar lagi iaitu peringkat global. Pelaksanaan tugasan ini telah membuka mata saya bahawa pendidikan moral merupakan salah satu subjek yang penting dalam melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Hal ini kerana pendidikan moral memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk jati diri murid sejak kecil lagi. Sebagai contohnya, murid-murid haruslah diterapkan dengan nilai-nilai murni yang baik sejak kecil lagi agar dapat menjadi manusia yang penuh dengan akhlak mulia dalam menyediakan diri ke dalam dunia yang sebenarnya kelak dewasa. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh yang demikian, pendedahan kepada tokoh-tokoh yang mempunyai nilai murni tinggi mampu menjad role model kepada murid agar menjadi seorang generasi akan datang yang berwawasan tinggi sert baik dari sudut personaliti.Secara tidak langsung, seseorang guru pendidikan moral turut memegang tanggungjawab yang sangat penting dari pelbagai aspek iaitu dalam memberi kesedaran berkaitan isu-siu moral yang berlaku di sekeliling kita pada masa kini. Keadaan ini adalah penting bukan sahaja kepada murid, akan tetapi juga kepada guru agar dapat mengelakkan isu-isu semasa menjadi lebih teruk. Seorang guru pendidikan moral haruslah menjadi model ataupun contoh yang baik kepada muridnya. Keadaan ini adalah sangat penting kerana murid-murid sememangnya akan menjadikan guru mereka sebagai contohnya yang baik. Oleh itu, guru juga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik dalam bilik darjah agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Misalnya, guru menunjukkan sifat kasih sayang terhadap muridnya serta peka terhadap perubahan tingkah laku anak-anak murid dalam kelas. Pendek kata, guru merupakan seorang insan yang mempengaruhi perkembangan murid iaitu sebagai seorang agen sosialisasi.Dari sudut penghasilan tugasan ini, antara perkara yang dapat saya pelajari sepanjang proses menyiapkan tugasan ini adalah pengurusan masa yang baik. Sebagai seorang pelajar, sudah tentunya akan mendapat banyak tugasan. Oleh itu, saya telah menyusun masa secara efisien agar dapat memastikan kerja kursus ini dihantar tepat pada waktunya. Sebagai contohnya, saya telah membuat jadual pelaksanaan kerja kursus saya dan telah meluangkan lima hingga enam jam sehari untuk menyiapkan tugasan saya kerana satu tahu bahawa tugasan yang baik memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan. Di samping itu juga, saya telah mempelajari nilai kerjasama antara satu sama lain. Nilai ini sememangnya tidak dinafikan lagi kerana saya telah mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan yang lain jika terdapat sebarang kemusykilan dan persoalan. Mereka tanpa berat hati sanggup membantu dengan sedaya upaya dan juga berkongsi maklumat antara satu sama lain. Oleh itu, pelaksanaan kerja kursus ini telah menyedarkan saya betapa pentingnya nilai berkerjasama antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat bersama. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Akhirnya, sebagai seorang guru pada masa akan datang, saya akan sentiasa memperbaiki diri agar mampu menjadi seorang tenaga pengajar yang dapat membina generasi akan datang yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang terpuji . Dengan ilmu yang telah saya pelajari dalam penghasilan kerja kursus ini, saya akan mengaplikasikannya dalam pengajaran kepada generasi akan datang dan memastikan ia dapat melahirkan murid yang berdaya saing maju dalam membawa negara kita ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. Akhir kata, dengan adanya subjek pendidikan moral ini, ia diharap mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang lebih prihatin terhadap orang di sekeliling mereka serta mampu mewujudkan satu suasana yang penyayang dan berbudi pekerti tinggi.