Refleksi Internship

6
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Minggu 1 1. Isu / Perkara yang difokus : Selepas berbincang dengan mentor saya, beliau mendapati bahawa aktiviti kemuncak tidak iaitu permainan ’ baling telur’ tidak bersesuaian dengan objektif P&P iaitu membaling bola. Walaupun ianya bersesuaian dengan pendekatan TgfU namun ianya tidak menepati objektif P&P. Ini kerana permainan tersebut lebih memfokuskan kepada kemahiran menangkap bola. 2. Analisis isu / perkara yang difokus: 2.1 Kekuatan: Murid-murid memberikan perhatian dan menunjukkan minat semasa mereka melakukan aktiviti yang di ajar. Mereka juga mampu berkerjsama antara satu sama lain untuk menyelesaikan tigasan yang diberikan. 2.2 Kelemahan: Aktiviti yang dipilih kurang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin di ajar. Walaupun ianya mampu menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran tetapi objektif P&P seperti kurang tercapai. Ini kerana permainan tersebut

description

ppg

Transcript of Refleksi Internship

Page 1: Refleksi Internship

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARANMinggu 1

1. Isu / Perkara yang difokus :

Selepas berbincang dengan mentor saya, beliau mendapati bahawa aktiviti

kemuncak tidak iaitu permainan ’ baling telur’ tidak bersesuaian dengan objektif

P&P iaitu membaling bola. Walaupun ianya bersesuaian dengan pendekatan

TgfU namun ianya tidak menepati objektif P&P. Ini kerana permainan tersebut

lebih memfokuskan kepada kemahiran menangkap bola.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Murid-murid memberikan perhatian dan menunjukkan minat semasa mereka

melakukan aktiviti yang di ajar. Mereka juga mampu berkerjsama antara satu

sama lain untuk menyelesaikan tigasan yang diberikan.

2.2 Kelemahan:

Aktiviti yang dipilih kurang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin di ajar.

Walaupun ianya mampu menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran

tetapi objektif P&P seperti kurang tercapai. Ini kerana permainan tersebut

lebih memfokuskan kepada kemahiran menangkap bola.

3. Cadangan penambahbaikan:

Pemilihan aktiviti mestilah dipilih dengan berhati-hati bersesuaian dengan

kemahiran yang ingin di ajar oleh guru.

Page 2: Refleksi Internship

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARANMinggu 2

1. Isu / Perkara yang difokus :

Pengurusan masa .

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:Murid-murid ini juga lebih mudah diuruskan. Tahap penglibatan murid juga

semakin tinggi berbanding sebelum ini apabila ada murid yang memberikan

alasan sakit dan tidak memakai baju suka untuk mengelakkan diri mereka

dari mengikuti kelas Pendidikan Jasmani.

2.2 Kelemahan:Semasa menjalankan P&P pada kali ini saya telah terlepas pandang aspek

pengurusan masa. Kekangan masa adalah dari segi untuk menjalankan

projek inovasi ini terutamanya implementationnya terhadap murid semasa

proses P&P.

3. Cadangan penambahbaikan:

Penambahbaikan lain yang boleh dilakukan bagi sesi pengajaran dan

pembelajaran ini adalah saya sepatutnya melakukan dahulu aktiviti yang

dirancang sebelum mengaplikasikannya kepada murid. Ini untuk memastikan

bahawa aktiviti tersebut sesuai dan mudah untuk diaplikasikan oleh murid-murid.

Ini juga untuk memastikan bahawa masa yang dperuntukkan untuk setiap aktiviti

tidak melebihi masa yang ditetapkan.

Page 3: Refleksi Internship

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARANMinggu 3

1. Isu / Perkara yang difokus :

Pengguasaan kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut

kemampuan.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:Melalui penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang dilakukan telah

meningkatkan kebolehan fizikal, serta mampu meningkatkan tahap

kemahiran mereka disamping dapat mengembangkan kebolehan kreatif

murid. Projek inovasi ini juga mampu mengurangkan masalah murid untuk

berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain.

2.2 Kelemahan:Murid cenderung untuk bermain secara berkumpul atau berada dalam

kelompok tanpa mendengar arahan yang diberikan. Ini menyebabkan murid

menggunakan kemahiran yang tidak sesuai dengan tajuk yang di ajar.

3. Cadangan penambahbaikan:

Antara penambahbaikan yang akan saya lakukan untuk murid yang menganggu

murid lain adalah dengan memberikan masa rehat (Time-out). Murid-murid yang

menganggu akan diberikan masa rehat agar menjadi hukuman kepada mereka

untuk tidak mengulangi kesalahan pada masa hadapan.

Page 4: Refleksi Internship

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARANMinggu 4

1. Isu / Perkara yang difokus :

Pada sesi P&P pada kali ini murid tidak mendengar arahan dan selalu

melakukan aktiviti tanpa mendengar arahan yang sepatutnya.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:Aktiviti yang dijalankan sesuai untuk murid-murid di mana murid-murid aktif

melakukan aktiviti yang disediakan.Melalui projek ini juga saya mendapati

murid lebih bersemangat dan tertarik untuk mengikuti kelas Pendidikan

Jasmani. Mereka sentiasa tertunggu-tunggu akan waktu kelas Pendidikan

Jasmani.

2.2 Kelemahan:

Aktiviti yang dipilih kurang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin di ajar.

Walaupun ianya mampu menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran

tetapi objektif P&P seperti kurang tercapai. Ini kerana murid-murid tidak

mendengar arahan yang diberikan.

3. Cadangan penambahbaikan:

Menggunakan rakan sebaya mereka sendiri iaitu murid-murid yang mahir untuk

membimbing murid-murid yang tidak menguasai. Memberikan motivasi kepada

murid-murid dengan menyatakan bahawa kekurangan yang dihadapi tidak

menjadi halangan untuk mereka mencapai kejayaan. Justeru, diharapkan agar

mereka berusaha untuk memperbaiki dan melakukan aktiviti dengan

bersungguh-sungguh.