Refleksi Internship Muzik 2
description
Transcript of Refleksi Internship Muzik 2
LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
MINGGU 21. Isu / Perkara yang difokus:
Dalam minggu pertama ini, saya telah mengajar topik warna ton iaitu
mendemonstrasi warna ton bunyi kenderaan pada murid Tahun 3. Saya telah
merancang untuk menggunakan rakaman-rakaman bunyi yang terhasil dari
aktiviti harian. Topik ini dimulai dengan memperdengarkan kepada murid bunyi-
bunyi yang terhasil dari kenderaan. Pengajaran ini memfokuskan kepada warna
ton bunyi yang dihasilkan dari kenderaan.
Objektif pengajaran saya ialah murid dapat mendemontrasi warna ton bunyi
kenderaan.
2. Analisis isu / perkara yang difokus:
2.1 Kekuatan :
- Murid-murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada warna ton bunyi yang terhasil dari kenderaan.
- Murid dapat membezakan warna ton bunyi yang terhasil dari kenderaan.
- Murid dapat mendemontrasi warna ton bunyi dari kenderaan.
- Murid seronok dan berminat menjalankan aktiviti yang disediakan oleh guru.
- Murid yang tidak dapat mendemontrasi bunyi kenderaan dengan betul akan dibantu oleh murid yang lain..
1
LAMPIRAN 2
2.2 Kelemahan :
- Terdapat murid yang kurang mahir membezakan warna ton bunyi yang
terhasil dari kenderaan.
- Terdapat murid yang tidak dapat mendemontrasi warna ton bunyi dari
kenderaan dengan tepat.
- Penerangan dan tunjukcara oleh guru perlu lebih jelas dan merangkumi
pelbagai strategi untuk meningkatkan kefahaman murid.
3. Cadangan penambahbaikan:
- Saya akan mengawal murid-murid semasa mendemontrasi bunyi.
- Saya akan mempelbagaikan aktiviti PdP untuk menarik minat dan
seterusnya meningkatkan kefahaman murid .
- Saya akan berbincang dan meminta idea dari rakan-rakan lain untuk
mendapat maklumat tambahan dalam mengajar topik ini.
- Saya akan menggunakan peralatan ICT untuk mendapatkan hasil
pembelajaran yang lebih memuaskan.
2