refleksi karnival sukan

7
CHU LEE MING REFLEKSI PISMP T1 SEJARAH Saya Chu Lee Ming, pelajar PISMP T1 SEJARAH. Melalui karnival sukan yang dianjurkan oleh kami, saya telah belajar banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran baru yang saya tidak pernah belajar. Sebelum menganjur dan mengelolakan pertandingan bola keranjang dalam karnival sukan, saya dan rakan-rakan telah menjalankan kursus kejurulatihan bola keranjang. Saya telah menimba ilmu pengetahuan mengenai asas kejurulatihan dan kepengadilan serta kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola keranjang. Saya berasa bertuah dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mengikuti kursus ini selama 2 hari yang bertempat di IPG Kampus Pulau Pinang. Peluang sebegini saya manfaatkan sepenuhnya dengan menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengetahuan dalam permainan bola keranjang, Sekalung penghargaan buat pensyarah saya Pn. Amy Loh yang tekad menganjurkan kursus ini untuk ahli-ahli Gerko bola keranjang. Penganjuran perlawanan bola keranjang kali ini merupakan kali pertama buat saya menjadikan saya begitu teruja dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah gerko kami iaitu Puan Amy Loh. Selepas beliau menyerahkan tugasan ini kepada pengerusi gerko kami, kami terus berbincang tentang penganjuran ini. Antara perkara yang kami bincangkan ialah pembahagian tugasan dalam

description

gdgs

Transcript of refleksi karnival sukan

Page 1: refleksi karnival sukan

CHU LEE MING REFLEKSI PISMP T1 SEJARAH

Saya Chu Lee Ming, pelajar PISMP T1 SEJARAH. Melalui karnival sukan

yang dianjurkan oleh kami, saya telah belajar banyak ilmu pengetahuan dan

kemahiran baru yang saya tidak pernah belajar. Sebelum menganjur dan

mengelolakan pertandingan bola keranjang dalam karnival sukan, saya dan

rakan-rakan telah menjalankan kursus kejurulatihan bola keranjang.

Saya telah menimba ilmu pengetahuan mengenai asas kejurulatihan dan

kepengadilan serta kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola keranjang.

Saya berasa bertuah dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mengikuti

kursus ini selama 2 hari yang bertempat di IPG Kampus Pulau Pinang. Peluang

sebegini saya manfaatkan sepenuhnya dengan menimba sebanyak mungkin

ilmu dan pengetahuan dalam permainan bola keranjang, Sekalung penghargaan

buat pensyarah saya Pn. Amy Loh yang tekad menganjurkan kursus ini untuk

ahli-ahli Gerko bola keranjang.

Penganjuran perlawanan bola keranjang kali ini merupakan kali pertama

buat saya menjadikan saya begitu teruja dalam melaksanakan tugasan yang

diberikan oleh pensyarah gerko kami iaitu Puan Amy Loh. Selepas beliau

menyerahkan tugasan ini kepada pengerusi gerko kami, kami terus berbincang

tentang penganjuran ini. Antara perkara yang kami bincangkan ialah

pembahagian tugasan dalam penganjuran yang bermula dari menyiapkan kertas

kerja, pengadil permainan, bahagian penyediaan tempat, bahagian peralatan

dan sebagainya.

Saya dan rakan-rakan telah menganjur dan mengelolakan pertandingan

bola keranjang pada 2 Oktober hingga 3 Oktober 2013. Sebelum menganjur dan

mengelolaan pertandingan bola keranjang, saya telah belajar mengenai

peraturan dan undang-undang permainan bola keranjang. Selain itu, saya juga

didedahkan dengan isyarat-isyarat tangan yang perlu diketahui sebagai seorang

pengadil. Saya telah menyedar dan memahami tugas sebagai seorang pengadil

perlu mahir dan memahami semua peraturan dan undang-undang bola

keranjang. Saya sedar selama ini saya kurang memberi penekaan pada aspek

peraturan dalam bola keranjang. Melalui pengelolaan bola keranjang, saya

Page 2: refleksi karnival sukan

CHU LEE MING REFLEKSI PISMP T1 SEJARAH

mendapati pengetahuan dan pemahaman saya dalam aspek ini berkembang.

Saya mula faham tentang cara untuk menjadi pengadil bola keranjang yang

betul. Selain itu, saya telah memahami undang-undang dalam permainan ini.

Saya yakin selepas ini, saya akan dapat mempertingkatkan lagi kemahiran

dalam pengadilan dan kepegawaian bola keranjang.

Melalui pengelolaan pertandingan, saya telah memupuk semangat

kerjasama dan interaksi dengan rakan-rakan. Sepanjang saya mengelolakan

pertandingan bola keranjang, saya telah menjadi pengadil bagi pasukan

perempuan. Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga kepada saya

kerana saya mendapati pelbagai info baru mengenai tugas seseorang pengadil

di samping membaiki kelemahan saya. Menerusi nasihat dan latihan daripada

jurulatih professional saya. Saya mengucapakan setinggi-tinggi terima kasih

kepada beliau yang banyak membantu saya. Beliau telah memberi nasihat

mengenai kesilapan yang dilakukan oleh saya supaya tidak mengulangi

kesilapan itu lagi. Saya berjaya memperoleh ilmu yang banyak dan secara

mendalam lagi kerana Karnival Sukan ini membolehkan saya mempelajarinya

secara praktikal dan bukan hanya melalui teori sahaja.

Kekuatan dalam pengelolaan pertandingan ini adalah bertujuan untuk

mendedahkan para pelajar dengan aktiviti pengelolaan dan pengadilan bola

keranjang yang sistematik. Selain itu, kami juga dapat mempraktikkan segala

kemahiran bola keranjang yang telah dipelajari dalam interaksi Gerko bola

keranjang setiap minggu. Dengan menganjurkan pelawanan ini, saya juga dapat

menilai kemampuan diri dalam sukan bola keranjang. Dalam pengeloaan

tersebut, saya telah mempraktikan cara mengisi borang skor, mencatat markah,

menjadi pengadil pertandingan. Saya juga mendapat pendedahan tentang

bagaimana sesuatu pertandingan itu dijalankan.

Selain menjadi pengadil, saya juga menjadi AJK keselamatan. Saya

mendapati AJK keselamatan memainkan peranan yang penting dalam sesuatu

permainan kerana jika permain berlaku kecederaan, AJK keselamatan perlu

memberi rawatan yang sesuai dan segera kepada pemain yang cedera. Oleh itu,

Page 3: refleksi karnival sukan

CHU LEE MING REFLEKSI PISMP T1 SEJARAH

sebelum pengelolaan pertandingan, saya telah belajar beberapa langkah

keselamatan jika berlaku kecemasan. Saya juga mengambil inisiatif untuk

mencari maklumat-maklumat di buku dan internet mengenai pertolongan

kecemasan. Selain itu, sebelum pertandingan sayatelah memastikan gelanggang

bola keranjang dalam keadaan bersih, selamat dan kering.

Proses demi proses bagi melaksanakan program ini telah saya lalui dan

pelbagai cabaran telah saya temui. Antara permasaalahan yang saya telah

tempuhi ialah proses pemilihan tarikh pengajuran dimana tarikh-tarikh yang kami

senarai pendek sebelum ini telah bertembung dengan beberapa pengajuran

sukan dari gerko lain seperti bola baling dan bola sepak. Oleh kerana itu, kami

terpaksa menukar tarikh pengajuran ini pada hari 2 Oktober dan 3 Oktober 2013.

Selain itu, kami juga telah mengalami masalah dari segi penyertaan. Pada

asalnya, kami telah memutuskan untuk menganjurkan pertandingan bola

keranjang bagi 2 kategori iaitu lelaki dan perempuan. Namun begitu, pada hari

pertandingan terdapat 1 pasukan iaitu rumah sukan keria tidak dapat datang

maka kami telah membatalkan kelayakan rumah sukan keria untuk menyertakan

pertandingan. Selain itu, kelemahan dalam karnival sukan kali ialah peserta tidak

mendaftarkan diri pada masa yang ditetapkan. Ini telah menangguhkan masa

bermulakan pertandingan dan tidak dapat habis dalam masa yang dijangkakan.

Walaubagaimanapun, semua masalah yang saya hadapi ini telah saya

jadikan sebagai satu batu loncatan untuk saya lebih berjaya dalam menghadapi

pelbagai rintangan dan cabaran lain. Cabaran-cabaran ini semua juga

menjadikan saya lebih matang dan fleksible dalam menghadapi apa jua

rintangan yang datang. Program ini dapat saya katakan sangat memberi manfaat

kepada saya bukan sahaja dari segi pengalaman yang berguna dalam

menyelesaikan masalah yang dihadapai, malahan dari perspektif yang lebih luas

lagi iaitu dari aspek persediaan saya untuk menjadi seorang guru yang bukan

sahaja bertauliah, tetapi seorang guru yang boleh melakukan apa sahaja perkara

dan mampu untuk melakukan kerja bersama-sama ahli dengan baik.

Page 4: refleksi karnival sukan

CHU LEE MING REFLEKSI PISMP T1 SEJARAH

Dari sini, saya telah belajar tentang kepatuhan kepada arahan, ketepatan

maklumat, ketelusan dan bekerja dan banyak lagi. Selain itu juga, penganjuran

pertandingan bola keranjang ini telah menjadikan hubungan saya dengan rakan-

rakan dan pensyarah lebih rapat lagi dimana semasa proses untuk

menganjurkan pertandingan ini kami banyak berbincang bersama-sama bagi

menjayakan program ini. Penganjuran pertandingan bola keranjang yang telah

kami jalankan ini sebenarnya telah banyak menguji kefahaman saya dalam

kuliah gerko yang telah saya hadiri selama ini. Pelbagai ilmu yang diajar oleh

pensyarah kami telah saya aplikasikan seperti ilmu pengadilan dalam permainan

bola keranjang yang sebelum ini saya langsung tidak ketahui.

Secara kesimpulannya, sesuatu projek mahupun pertandingan itu

memerlukan perancangan yang rapi dimana ia merupaka elemen terpenting

dalam bidang pengurusan terutamanya dalam dunia sukan. Setiap kelemahan

yang timbul selepas sesuatu pertandingan itu harus diperbaiki dimana ia akan

bertindak sebagai sebuah panduan agar perjalanan pertandingan pada masa

akan datang akan berjalan dengan lebih lancar.sebagai seorang bakal guru,

adalah wajar untuk saya mempersiapkan diri dengan ilmu sebelum melangkah

ke alam persekolahan.

Sukan dan permainan merupakan aspek yang penting untuk diceburi

sama ada secara serius mahu pun tidak oleh seseorang individu secara disedari

atau pun tidak. Akademik dan permainan harus seiring bagi memastikan

seseorang individu itu sihat secara fizikal dan rohani. Saya berasa gembira dan

puas hati dengan kerjasama yang telah diberikan oleh rakan-rakan saya dan

tidak dilupakan ribuan terima kasih kepada pensyarah kita Pn Amy Loh Liew Yi

atas sokongan dan tunjuk ajar beliau.