REFLEKSI KELAS TAMBAHAN

download REFLEKSI KELAS TAMBAHAN

of 1

Transcript of REFLEKSI KELAS TAMBAHAN

  • 7/27/2019 REFLEKSI KELAS TAMBAHAN

    1/1

    REFLEKSI ( KELAS TAMBAHAN)

    Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya telah berjaya melaksanakan

    Program Bina Insan Guru (BIG) ini dengan jayanya. Terima kasih yang tidak

    terhingga buat -------------------- selaku penyelia kumpulan saya di atas panduan dan

    bimbingan yang diberikan sepanjang proses melaksanakan program ini

    Program ini telah saya laksanakan bersama-sama dengan rakan sekelas

    bagi memenuhi tuntutan kursus pengajian saya sekarang.Kami dikehendaki

    mengadakan kelas tambahan kepada murid-murid .

    Sebenarnya aktiviti kelas tambahan adalah tidak asing bagi guru yang telah

    lama berkhidmat seperti saya. Tambahan pula, saya memang seorang guru Tahun

    6.Bagi program kelas tambahan, kami telah memilih murid-murid daripada SJK(T)

    Ladang Batang Kali sebagai tempat pelaksaannya. Aktiviti ini melibatkan murid-

    murid Tahun 6 Malligai. Aktiviti ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 30

    September 2013. Melalui program ini, kita akan tahu bahawa seorang guru

    sememangnya sentiasa berusaha untuk pencapaian terbaik murid-muridnya.

    Walaupun kelas yang diadakan adalah diluar waktu rasmi pengajaran tetapi

    cikgu akan sentiasa memberikan pengajaran yang terbaik untuk anak didiknya.

    Sebagai seorang guru , kita mestilah sentiasa bersedia untuk melaksanakan

    sebarang aktiviti yang bertujuan untuk kecemerlangan sekolah. Apalagi kelas

    tambahan biasanya merupakan aktiviti wajib yang dijalankan di mana-mana sekolah

    sama ada di bandar atau luar bandar.

    Kesimpulannya, program kelas tambahan ini, sedikit sebanyak memberikan

    maklumat baru kerana cara pelaksanaannya agak berbeza dengan kelas yang

    biasanya diadakan di sekolah saya. Semua maklumat yang saya dapat sudah tentu

    berguna untuk diaplikasikan kelak.