Refleksi kelebihan kelemahan 1

3
Refleksi Saya bersyukur pada Tuhan kerana di atas limpah kurnianya saya telah Berjaya menyiapkan tugasan untuk subjek Pendidikan Moral. Tugasan kami adalah membuat laporan pemerhatian penggunaan strategi dan kaedah serta pendekatan yang digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah tempat sayamenjalani program pengalaman berasaskan sekolah. Kami akan memerhati guru-guru moral Pendidikan Moral. Kemudian kami perlu mencatat strategi,kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mengajar. Tugasan ini terbahagi kepada dua. Tugasan pertama adalah menjelaskan peranan guru terhadap murid bagi kaedah bercerita dan kaedah pameran. Tugasan saya yang kedua adalah mendokumentasikan segala aktiviti pendekatan tindakan sosial yang berlaku di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Banyak yang saya belajar melalui tugasan ini. Saya belajar dengan lebih dalam lagi tentang penggunaan strategi dan kaedah pengajaran dalam Pendidikan Moral. Pemilihan untuk penggunaan strategi dan kaedah perlulah betul agar tidak membosankan pelajar dan sesuai dengan tajuk yang diajar. Pemilihan yang salahmenyebabkan objektif pengajaran kita tidak tercapai. Contohnya, jika kita hendak menarik perhatian murid-murid selepas waktu rehat dimana mereka sudah tidak berminat untuk belajar kita boleh menggunakan kaedah lakonan kerana murid-muridsuka meniru watak. Jika guru memilih kaedah berceritapun boleh cuma pada waktu tersebut murid-murid mungkin mengantuk kerana sudah kenyang.

Transcript of Refleksi kelebihan kelemahan 1

Page 1: Refleksi kelebihan kelemahan 1

Refleksi

Saya bersyukur pada Tuhan kerana di atas limpah kurnianya saya telah

Berjaya menyiapkan tugasan untuk subjek Pendidikan Moral. Tugasan kami

adalah membuat laporan pemerhatian penggunaan strategi dan kaedah serta

pendekatan yang digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Moral di sekolah tempat sayamenjalani program pengalaman berasaskan

sekolah. Kami akan memerhati guru-guru moral Pendidikan Moral. Kemudian

kami perlu mencatat strategi,kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk

mengajar.

Tugasan ini terbahagi kepada dua. Tugasan pertama adalah menjelaskan

peranan guru terhadap murid bagi kaedah bercerita dan kaedah pameran.

Tugasan saya yang kedua adalah mendokumentasikan segala aktiviti

pendekatan tindakan sosial yang berlaku di dalam bilik darjah semasa proses

pengajaran dan pembelajaran.

Banyak yang saya belajar melalui tugasan ini. Saya belajar dengan lebih dalam

lagi tentang penggunaan strategi dan kaedah pengajaran dalam Pendidikan

Moral. Pemilihan untuk penggunaan strategi dan kaedah perlulah betul agar

tidak membosankan pelajar dan sesuai dengan tajuk yang diajar. Pemilihan yang

salahmenyebabkan objektif pengajaran kita tidak tercapai. Contohnya, jika kita

hendak menarik perhatian murid-murid selepas waktu rehat dimana mereka

sudah tidak berminat untuk belajar kita boleh menggunakan kaedah lakonan

kerana murid-muridsuka meniru watak. Jika guru memilih kaedah berceritapun

boleh cuma pada waktu tersebut murid-murid mungkin mengantuk kerana sudah

kenyang. Seorang guru jugaperlu bijak memilih pendekatan yang sesuai dalam

pengajaran Pendidikan Moral. Sayamendapati bahawa pendekatan tindakan

sosial dapat menarik minat murid-murid.Projek menghias kelas sempena bulan

kemerdekaan dapat menerapkan pelbagai nilaiseperti cinta akan Negara dan

bekerjasama. Murid-murid mudah teruja dengan bendabaru terutamanya apabila

Page 2: Refleksi kelebihan kelemahan 1

melibatkan pertandingan. Saya berasa kagum dengan caracikgu tersebut

mengaplikasikan pendekatan tersebut.

Semasa membuat tugasan ini saya juga dapat mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan diri saya. Kekuatan saya adalah mampu untuk bekerjasama dengan

pelbagai orang.Kerjasama adalah penting kerana kerja yang sukar akan menjadi

mudah dan ringan jikakita membahagikan tugas tersebut. Selain itu, saya juga

mempunyai kemahirankomunikasi yang baik. Saya perlu banyak bertanya

banyak kepada guru semasamelaksanakan tugas ini. Kemahiran komunikasi

saya yang baik banyak membantu sayauntuk mengumpul maklumat. Pada

mulanya agak sukar kerana kita masih baru ditempat orang jadi kita tidak tahu

apa yang orang akan fikir tentang kita. Jadi sebagaiseorang guru kita perlu

melatih diri agar tidak malu dan berani berhadapan denganperkara dan tempat

baru. Kelak apabila kita sudah menjadi guru tentu kita akanberhadapan dengan

pelbagai karenah guru lain dan muris-murid.

Kelemahan diri yang saya kenalpasti adalah tidak memahami sepenuhnya

PendekatanTindakan Sosial.Bagi mengatasi masalah ini saya telah membuat

pelbagai bacaandan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu,

saya mudah berfikirannegatif tentang sesuatu. Fikiran ini membuatkan saya tidak

yakin melakukan sesuatukerana fikir sesuatu yang buruk dan memalukan akan

terjadi. Namun saya seringberkata pada diri sendiri bahawa saya boleh belajar

dari saat yang buruk danmemalukan tersebut agar perkara tersebut tidak akan

berlaku lagi.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan teriam kasih

kepadaEncik Johari Chek Omar di atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau. Tidak

dilupakan jugarakan-rakan dan guru Sk St. Mary yang banyak membantu.

Terima kasih.