refleksi kendiri 2013

4

Click here to load reader

description

big

Transcript of refleksi kendiri 2013

Page 1: refleksi kendiri 2013

Refleksi Kendiri

Melalui Program Bina Insan Guru (fasa satu) yang telah saya jalani bersama 73

orang peserta selama 4 hari 3 malam memberikan motivasi dan kepentingan kepada

diri, kerjaya, organisasi, dan komuniti. Dari aspek kepentingan secara individu, program

ini begitu penting dalam membina ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, dan rohani.

Tiga elemen ini diperlukan semasa aktiviti air iaitu semasa mengendalikan kayak

secara berpasangan. Semangat yang tinggi perlu ada pada diri untuk mengharungi

rintangan dan cabaran yang diberikan. Selain itu, program ini memberikan saya

kemahiran aras tinggi untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah begitu

penting bagi seorang individu. Melalui program ini, kemahiran tersebut sememangnya

diperlukan oleh seorang ketua bagi memandu ahli kumpulannya semasa memilih jalan

yang perlu digunakan di kawasan sawah padi hinggalah kearah tiang elektrik

sepertimana arahan yang telah diberikan. Tambahan itu, tugasan untuk mengumpul 1

daun daripada 20 jenis daun bermula dari daun Malaysia merupakan masalah yang

perlu diselesaikan bersama-sama serta memerlukan kemahiran aras tinggi bagi

memahami permasalahan tersebut terlebih dahulu. Disiplin kendiri yang tinggi dan

kebolehan berdikari merupakan kepentingan individu yang dapat dibentuk didalam diri

saya melalui program ini, Aktiviti kawad kaki tidak dinafikan dapat membentuk disiplin

semua peserta BIG dengan kepekaan akan arahan yang diberikan oleh komandan

serta keseragaman semua peserta. Manakala, sifat berdikari ini pula terbentuk ketika

aktiviti iktihar hidup untuk memasak nasi menggunakan kayu api, mendirikan khemah

didalam hutan, serta makan diatas daun pisang.

Kepentingan dari aspek kerjaya sebagai seorang guru yang terbentuk didalam

program BIG ini pula terbahagi kepada tiga. Pertama, Sifat tanggungjawab seseorang

yang berkerjaya sebagai seorang guru dalam melaksanakannya. Sifat tersebut dapat

dibentuk setelah pelantikan ajk pelaksana dan ketua-ketua bagi setiap ajk yang

menerima tugasan yang diberikan. Hal ini, semua peserta bertanggungjawab untuk

mengalas amanah yang diberikan dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kedua,

semua peserta Bina Insan Guru perlu mementingkan penghayatan terhadap ciri-ciri

kerohanian, nilai, etika dan akhlak bagi kerjaya keguruan. Penghayatan dalam program

ini dapat dibentuk melalui pengisian aktiviti kerohanian dan moral antara waktu magrib

Page 2: refleksi kendiri 2013

dan Isyak . Contohnya, bimbingan tazkirah pendek yang disampaikan dapat

memberikan kesedaran nilai dan etika dalam pembentukan akhlak seorang guru yang

baik. Ketiga, program ini begitu penting untuk membina pemikiran positif terhad kerjaya

keguruan. Hal ini, dapat dilihat dari aktiviti latihan dalam kumpulan yang dikendalikan

oleh En fauzi yang bertajuk mengenali potensi diri. Aktiviti ini mengelaskan diri anda

mengikut minat dan kecenderungan kemahiran masing-masing. Contohnya, bidang

sosial (keguruan), artistik, kemahiran teknikal, pengiraan dan lain-lain. Tidak dinafikan

kelompok yang berkecenderungan bidang social iaitu bahagian keguruan lebih ramai.

En fauzi membawa kepada semua peserta membina pemikiran positif terhadap kerjaya

keguruan tentang cabaran yang perlu dihadapi dan ciri-ciri pemikiran hendaklah lebih

cenderung kepada kreativiti dan inovasi.

Kepentingan dari aspek berorganisasi dalam program ini pula ialah dapat

melahirkan semangat berpasukan antara sesuatu organisasi iaitu semua peserta

bekerjasama dalam menjayakan program ini dengan memberikan komitmen masing-

masing secara berkumpulan yang telah ditetapkan. Hal ini, dapat dibuktikan pada

Malam Kebudayaan iaitu setiap kumpulan telah bekerjasama secara berpasukan

memberikan persembahan yang sebaik mungkin untuk dipersembahkan kepada

jurulatih sebagai barisan panel juri dan semua peserta. Seterusnya, ilmu pengetahuan

dan kemahiran pelaksanaan sesuatu tindakan dalam organisasi sememangnya

merupakan kepentingan dalam program ini. Contohnya, pemasangan khemah dewan A

memerlukan ilmu dan kemahiran dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Oleh itu,

jurulatih telah memberikan taklimat tentang ikatan asas dan cara memasang khemah

yang betul.

Dari aspek komuniti, program ini begitu penting dalam menjalinkan hubungan

yang baik dan mesra antara semua peserta. Tiga unit yang berbeza dan pengunaan

bahasa yang berbeza merupakan cabaran untuk berkomunikasi antara satu sama yang

lain tetapi dengan program Bina Insan Guru ini, semua peserta dapat memberikan

kesefahaman dan keharmoniaan antara sesuatu komuniti. Tambahan pula, setiap

kumpulan telah dibahagikan secara adil iaitu 1 kumpulan mempunyai 12 orang peserta

Page 3: refleksi kendiri 2013

yang terdiri daripada 4 orang dari unit bahasa arab, 5 orang dari unit Tesl dan 3 orang

dari unit sejarah.

Secara kesimpulannya, Program Bina Insan (Fasa 1) ini, memberikan banyak

kepentingan dari aspek yang berbeza. Sebagai seorang yang akan bergelar guru,

mestilah mempunyai kekuatan dan ketahanan fizikal, mental, dan emosi untuk

melaksanakan tanggungjawab ataupun amanah yang telah diberikan bagi mendidik

generasi pada masa hadapan. Program ini, banyak membantu bagi membentuk

semangat dan keyakinan diri serta menjadikan guru yang boleh menjdi teladan kepada

generasi pada masa hadapan.