REFLEKSI KENDIRI

download REFLEKSI KENDIRI

of 2

description

refleksi

Transcript of REFLEKSI KENDIRI

REFLEKSI KENDIRI Nama: Onesiforus Bin Mejit No Kad Pengenalan: 891230-13-5317

Buku La Tahza nukilan Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni menyatakan bahawa setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam ada tidur nyenyak, dan setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ketemu, dalam kesulitan ada kemudahan. Begitulah kata-kata yang diungkap, walaupun ringkas namun ada maksudnya yang tersendiri. Begitu juga dengan Kerja Kursus Pendek Hubungan Etnik ini, walaupun berpenat lelah berusaha mengkaji, meneliti, membaca serta menilai keberkesanan Sekolah Wawasan namun hasilnya amatlah berharga. Syukur kepada Allah kerana dengan keiizinanNya kerja ini dapat disiapkan. Saya amat bertuah kerana dibimbing oleh seorang pendidik yang berkaliber serta berpengetahuan luas dalam kursus ini. Tanpa beliau, saya dan juga rakan sekumpulan iaitu Faezah Saliman pasti akan sesat semasa menyiapkan tugasan ini. Kerjasama antara kami sangat erat dan perkara inilah yang menentukan kejayaan kami menghasilkan tugasan yang bagus.Tugasan kursus Hubungan Etnik yang diberikan oleh Encik Azhar merupakan salah satu tugasan yang mencabar. Tugasan ini memaksa minda untuk bekerja keras memikirkan jawapan yang sesuai untuk menjawab persoalan berkenaan dengan keberkesanan Sekolah Wawasan dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Benih-benih perpaduan dianggap sebagai agen penting dan perlu disemai sejak di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika dilentur sejak kecil lagi, disemai dengan semangat muhibah serta ittihad dalam jiwa kanak-kanak sudah tentu lebih senang untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni. Walaupun dari luarannya soalan ini kelihatan mudah, namun apabila diteliti menggunakan pemikiran yang kritis sebenarnya soalan ini menyimpan maksudnya yang tersendiri. Tugasan ini memberikan manfaat kepada diri saya. Manfaat yang pertama ialah pemerolehan ilmu baharu. Pencarian serta pembacaan terhadap bahan-bahan yang berkaitan dengan Sekolah Wawasan menambahkan kefahaman sedia ada. Jika sebelum ini saya cuma mendengar istilah Sekolah Wawasan dilaungkan di bibir-bibir manusia, tetapi setelah melaksanakan tugasan ini bukan sahaja istilah tersebut saya ketahui tetapi perkara berkaitan dengan konsep, objektif, matlamat serta lain-lain maklumat penting berkaitan dengan sekolah wawasan saya ketahui. Bukan setakat itu sahaja, malahan saya juga mengetahui bahawa terdapat isu tersirat yang tersembunyi di sebalik penubuhan sekolah wawasan.Manfaat yang kedua adalah wujudnya interaksi yang positif. Interaksi positif yang dimaksudkan adalah interaksi yang sihat berkaitan dengan isi-isi yang perlu dimasukkan ke dalam penulisan ini. Kemahiran interpersonal yang baik yang ada pada diri saya telah membantu saya untuk memahami lebih mendalam lagi berkenaan dengan kehendak soalan. Saya telah berinteraksi dengan dua orang guru pelatih dari opsyen Sains iaitu Andrew Olla dan Chia Wei Long berkenaan dengan tugasan ini. Hasilnya, saya dapat memahami kehendak soalan yang sebenarnya. Tanpa adanya interaksi sudah tentu hasil tugasan yang dipersembahkan tidak menjawab kehendak soalan. Manfaat yang ketiga adalah keseronokan. Sebenarnya mengupas perkara berkaitan dengan pendidikan merupakan sesuatu yang menyeronokkan, apatah lagi jika soalan yang diberikan itu berbentuk perdebatan antara dua pendapat yang berbeza. Selain itu, saya mampu menampilkan huraian-huraian yang boleh diterima akal dengan merujuk kepada sumber tertentu bagi mengukuhkan hujah-hujah berkenaan dengan keberkesanan sekolah wawasan.Kelemahan saya dalam menyiapkan kerja ini adalah saya suka menangguhkan kerja. Akibatnya, saya terpaksa berkejar-kejaran dengan masa sehingga mengorbankan sebahagian besar waktu senggang. Oleh itu, saya harap saya mampu untuk mengatasi masalah ini pada masa akan datang. Sekian.