Refleksi Kendiri Big

6
REFLEKSI KENDIRI Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Pada semester 5 iaitu Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5, kami dikehendaki melaksanakan bengkel dan ceramah berkaitan dengan pengurusan pendidikan dan program Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah. Program ini bertujuan memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan benchmarking. Melalui program ini, para guru pelatih akan didedahkan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan ciri-ciri kepimpinan serta teknik pengurusan sesebuah organisasi ataupun sekolah. BIG pada kali ini banyak memberikan kepentingan kepada diri, kerjaya, organisasi dan juga kepada komuniti. Diri Program BIG pada kali ini banyak memberikan input kepada saya untuk membina nilai-nilai sahsiah keguruan, meningkatkan daya ketahanan dan fizikal saya dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial sebagai bekalan sebelum menjadi seorang guru yang berjaya kelak. Bengkel pengurusan pendidikan yang disampaikan oleh Encik

description

big

Transcript of Refleksi Kendiri Big

Page 1: Refleksi Kendiri Big

REFLEKSI KENDIRI

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa

profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati

diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam

semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang

dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan

pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara

berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan

sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu

menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.

Pada semester 5 iaitu Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5, kami dikehendaki

melaksanakan bengkel dan ceramah berkaitan dengan pengurusan pendidikan dan program

Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah. Program ini bertujuan

memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan benchmarking. Melalui

program ini, para guru pelatih akan didedahkan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan ciri-ciri

kepimpinan serta teknik pengurusan sesebuah organisasi ataupun sekolah. BIG pada kali ini

banyak memberikan kepentingan kepada diri, kerjaya, organisasi dan juga kepada komuniti.

Diri

Program BIG pada kali ini banyak memberikan input kepada saya untuk membina

nilai-nilai sahsiah keguruan, meningkatkan daya ketahanan dan fizikal saya dari aspek

fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial sebagai bekalan sebelum menjadi seorang guru

yang berjaya kelak. Bengkel pengurusan pendidikan yang disampaikan oleh Encik Agus

Yanul selaku Pegawai Pendidikan Daerah Keningau banyak memberikan informasi dan

pendedahan awal kepada saya sebelum menceburkan diri dalam bidang pendidikan. Beliau

menjelaskan perkara-perkara yang perlu diketahui oleh bakal pendidik. Antaranya ialah

mengenai guru dan perundangan, mandat, akta-akta yang berkaitan dengan pendidikan,

surat pekelling ikhtisas, pekeliling perkhidmatan, fungsi JPN dan sektor-sektor fungsi dan

peranan PPD serta banyak lagi.

Dalam bengkel ini, kami ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai tajuk yang

telah diberikan secara berkumpulan. Kemudian, kami perlu membentangkan hasil dapatan

yang telah kami perolehi. Kumpulan saya ditugaskan untuk mengumpul informasi mengenai

visi dan misi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sabah. Melalui aktiviti yang dilaksanakan ini,

saya dapat memperolehi ilmu baharu yang tidak saya ketahui sebelum ini. Bagi diri saya

sendiri, sebagai seorang penuntut institusi Sabah, saya perlu mengetahui visi dan misi

Page 2: Refleksi Kendiri Big

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) agar dapat mencapai standard yang ingin dicapai yang

telah digariskan dalam bidang pendidikan.

Manakala, bagi program BIG yang kedua pula iaitu lawatan penanda arasan ataupun

Benchmarking, guru pelatih PISMP Bahasa Melayu Semester 5 telah memilih Sekolah

Kluster Kecemerlangan SK Mutiara yang terletak di Kota Kinabalu Sabah. Secara peribadi,

ini adalah merupakan pengalaman yang amat berharga bagi saya kerana berpeluang untuk

melihat sendiri sebuah sekolah yang mampu mencapai kecemerlangan dalam pelbagai

aspek sama ada akademik, kokurikulum mahupun dari segi pentadbiran sekolah tersebut.

Sekolah ini terletak jauh di kawasan pinggir bandar dan agak tersembunyi, namun sekolah

ini mampu bersinar dan disebabkan itulah sekolah ini dipanggil Sk Mutiara. Program ini

memberikan impak yang besar dalam diri saya kerana walaupun sekolah ini terletak jauh,

namun masih mampu mengangkat nama setanding ataupun lebih baik daripada sekolah-

sekolah yang ada di kawasan bandar.

Kerjaya

Program BIG yang pertama iaitu bengkel pengurusan pendidikan sememangnya

memberikan impak yang amat besar dari segi kerjaya saya sebagai seorang bakal pendidik.

Informasi terkini yang diberikan mengenai bidang-bidang pendidikan di negara kita

memberikan pendedahan awal kepada saya sebelum menceburkan diri dalam bidang

pendidikan. Melalui maklumat yang diberikan oleh Encik Agus, saya dapat melihat

gambaran awal mengenai isu-isu semasa yang berlaku dalam dunia pendidikan seperti

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi Jabatan

Pelajaran Negeri, tugas dan peranan pihak-pihak tertentu seperti PPD dan sebagainya.

Lawatan penanda aras yang dilaksanakan juga memberikan pendedahan awal kepada saya

untuk melihat bagaimana sesebuah sekolah mencapai kecemerlangan dalam pelbagai

aspek. Sebagai seorang guru, tugas mendidik tidak hanya terbatas di dalam kelas sahaja,

malah guru perlu mendidik murid dari pelbagai aspek seperti sahsiah, penglibatan dalam

aktiviti luar kelas, kokurikulum dan sebagainya. Sk Mutiara menunjukkan pencapaian yang

cemerlang terutamanya dalam Bahasa Inggeris, Murid di sekolah tersebut biasa bertutur

dalam Bahasa Inggeris antara satu sama lain. Sekolah ini juga mempunyai duta murid yang

akan bertugas untuk memperkenalkan sekolah kepada para tetamu yang datang ke sekolah

tersebut dengan mengunakan pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Bahasa Cina, Bahasa Arab dan Bahasa Dusun. Sekolah ini telah diiktiraf oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan baru-baru ini juga iaitu pada 3

Mac 2015 yang lalu. Selain itu, sekolah ini juga telah melaksanakan pelbagai inovasi dalam

dalan kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti Program Gemilang untuk murid-murid

Page 3: Refleksi Kendiri Big

Tahun 6, Mini Tutors dan sebagainya. Program-program seperti ini membantu saya dalam

kerjaya sebagai seorang bakal guru untuk sentiasa melaksanakan inovasi dalam pengajaran

dan pembelajaran untuk menjadikannya lebih menarik serta membantu mencapai objektif

pembelajaran.

Organisasi

Sebelum menjalani program ini kami terlebih dahulu telah melaksanakan tugas

sebagai ahli Jawatankuasa bagi setiap jawatan. Sepanjang proses persediaan melakukan

progam BIG kali ini, kami telah mengadakan mesyuarat beberapa kali yang mana mesyuarat

ini telah banyak membantu kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program

BIG dan juga untuk menjalankan tugas AJK masing-masing. Saya merasakan program ini

memberikan kesan yang positif terhadap diri saya sendiri apabila saya dilantik sebagai

bendahari. Saya juga sedar memikul sesuatu tanggungjawab bukan perkara yang mudah

dan memerlukan kecekalan dan ketabahan. Saya berharap semoga suatu hari nanti saya

juga boleh menjadi pemimpin yang baik dan dan mempertingkatkan lagi keyakinan dalam

diri saya.

Di samping itu, saya juga dapat melihat organisasi yang sistematik di SK Mutiara dan

tidak hairan sekiranya sekolah tersebut diiktiraf sebagai sekolah kluster. Hal ini adalah

kerana, bukan hanya pihak sekolah sahaja yang bersungguh-sungguh dalam mencapai

tahap prestasi akademik dan kokurikulum sekolah tersebut, malah pihak PIBG sekolah

tersebut juga memberikan sokongan yang padu bagi membantu pihak sekolah dalam

mendidik anak-anak mereka. Sebagai contoh, pihak PIBG sekolah menyediakan modul

latihan kepada murid-murid sekolah tersebut sebagai kerja rumah setiap kali bermulanya

cuti persekolahan. Ibu bapa menggalas tanggungjawab untuk memantau anak murid setiap

kali melaksanakan tugasan yang diberikan. Justeru disini kita dapat lihat, organisasi sekolah

tersebut bukan sahaja sistematik dari pihak pentadbir malah pihak PIBG juga sentiasa

memberikan sekongan yang padu kepada pihak sekolah.

Kesimpulannya, sebagai bakal guru pada masa hadapan maka adalah penting bagi

kami untuk sentiasa bersiap sedia untuk memikul beban dan menggalas tanggungjawab

ketika memikul sesuatu tugas yang berat di samping sentiasa bekerjasama demi kebaikan

bersama. Sesebuah organisasi hanya akan teguh berdiri jika wujudnya komitmen,

kerjasama dan tanggungjawab antara ahlinya.

Page 4: Refleksi Kendiri Big

Komuniti

Komuniti merupakan masyarakat yang berada dekat atau berada di sekeliling kita.

Maka oleh itu adalah penting untuk kita menjalinkan hubungan yang erat dan murni diantara

masyarakat. Pada program BIG kali ini memberi keutamaan dalam pembinaan insan guru

yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan

mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-

nilai keguruan. Oleh yang demikian, kata kunci pembinaan guru yang bermanfaat kepada

masyarakat boleh diberikan penekanan utama.

Seperti yang sudah saya katakan tadi bahawa, kerjaya sebagai seorang guru tidak

hanya berfokuskan kepada murid-murid malah melibatkan ibu bapa, keluarga dan

persekitaran mereka yang disebut sebagai komuniti. Kemahiran interpersonal yang tinggi

amat diperlukan agar kita dapat berkomunikasi dengan baik dan sopan dengan komuniti

yang ada di sekeliling kita. Hubungan yang baik antara guru dan ibu bapa di SK Mutiara

mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang amat kondusif untuk murid-murid di

sekolah tersebut sehingga mereka mampu mencapai tahap sebagai sekolah kluster.

Kesimpulannya, jelaslah disini bahawa Program BIG Fasa 5 memberikan impak

positif yang sangat besar kepada semua peserta bukan hanya kepada diri sendiri malah

kepada kerjaya pada masa akan datang, dalam sesebuah organisasi dan juga dalam

komuniti yang didiami.