Refleksi Kopi.docx

2
Selesai proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan jayanya. Aktiviti pengajaran pada hari ini ialah bidang menggambar dalam Pendidikan Seni Visual iaitu aktiviti menghasilkan catan bunga menggunakan media kopi sebagai pengganti kepada cat air dengan menggunakan teknik basah atas kering bertemakan alam semulajadi yang bertajuk bunga yang indah. Permulaan proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan set induksi di mana saya mengaplikasikan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran saya dengan menggunakan paparan video tentang cara menghasilkan kopi secara ringkas kepada murid. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang menarik kerana murid lebih mudah untuk memahami situasi sebenar yang cuba disampaikan oleh guru berbanding dengan cara penerangan. Dalam proses set induksi ini saya amat berpuas hati kerana penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat membantu. Kawalan kelas pada ketika itu berada dalam keadaan yang baik kerana murid banyak memberikan perhatian kepada video yang ditanyangkan. Selain itu, proses soaljawab guru dengan murid juga menunjukkan penglibatan murid seara positif iaitu majoriti murid memberikan tindak balas semasa proses soaljawab dilakukan. Pada peringkat aplikasi seni iaitu peringkat langkah satu, pendedahan tentang gambaran karya catan kopi ini diberikan kepada murid agar mereka memahami konsep dan cara penghasilan karya catan kopi ini dengan baik. Murid juga ditunjukkan dengan gambar karya catan kopi yang telah siap dihasilkan oleh guru sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran, murid juga didedahkan dengan sejarah dan budaya catan secara ringkas. Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati bahawa murid kurang berminat dengan ilmu yang berkaitan dengan sejarah dan ini menyedarkan saya agar saya mencuba untuk mencari cara terbaik agar murid-murid berminat dengan sejarah tidak kira samada sejarah Malaysia mahupun sejarah catan seni visual. Seterusnya, peringkat Ekspresi Kreatif iaitu saya menggunakan pendekatan demonstrasi. Teknik ini memang sesuai untuk diaplikasikan di dalam kelas kerana murid akan lebih mudah untuk faham dan dapat melaksanakan aktiviti dengan cara yang betul hasil daripada demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru. Pada awal untuk mendemonstrasi cara mewarna menggunakan kopi di dalam kelas murid-murid berada dalam keadaan yang kurang terkawal dan ini akan menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya cuba menarik perhatian murid dengan menggunakan teknik Silent Please agar mereka kembali memberikan fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan apa yang saya laksanakan saya berasa yakin bahawa semua murid

description

ggd

Transcript of Refleksi Kopi.docx

Selesai proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan jayanya. Aktiviti pengajaran pada hari ini ialah bidang menggambar dalam Pendidikan Seni Visual iaitu aktiviti menghasilkan catan bunga menggunakan media kopi sebagai pengganti kepada cat air dengan menggunakan teknik basah atas kering bertemakan alam semulajadi yang bertajuk bunga yang indah.Permulaan proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan set induksi di mana saya mengaplikasikan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran saya dengan menggunakan paparan video tentang cara menghasilkan kopi secara ringkas kepada murid. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang menarik kerana murid lebih mudah untuk memahami situasi sebenar yang cuba disampaikan oleh guru berbanding dengan cara penerangan. Dalam proses set induksi ini saya amat berpuas hati kerana penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat membantu. Kawalan kelas pada ketika itu berada dalam keadaan yang baik kerana murid banyak memberikan perhatian kepada video yang ditanyangkan. Selain itu, proses soaljawab guru dengan murid juga menunjukkan penglibatan murid seara positif iaitu majoriti murid memberikan tindak balas semasa proses soaljawab dilakukan.Pada peringkat aplikasi seni iaitu peringkat langkah satu, pendedahan tentang gambaran karya catan kopi ini diberikan kepada murid agar mereka memahami konsep dan cara penghasilan karya catan kopi ini dengan baik. Murid juga ditunjukkan dengan gambar karya catan kopi yang telah siap dihasilkan oleh guru sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran, murid juga didedahkan dengan sejarah dan budaya catan secara ringkas. Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati bahawa murid kurang berminat dengan ilmu yang berkaitan dengan sejarah dan ini menyedarkan saya agar saya mencuba untuk mencari cara terbaik agar murid-murid berminat dengan sejarah tidak kira samada sejarah Malaysia mahupun sejarah catan seni visual.

Seterusnya, peringkat Ekspresi Kreatif iaitu saya menggunakan pendekatan demonstrasi. Teknik ini memang sesuai untuk diaplikasikan di dalam kelas kerana murid akan lebih mudah untuk faham dan dapat melaksanakan aktiviti dengan cara yang betul hasil daripada demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru. Pada awal untuk mendemonstrasi cara mewarna menggunakan kopi di dalam kelas murid-murid berada dalam keadaan yang kurang terkawal dan ini akan menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya cuba menarik perhatian murid dengan menggunakan teknik Silent Please agar mereka kembali memberikan fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan apa yang saya laksanakan saya berasa yakin bahawa semua murid faham dengan apa yang saya sampaikan. Namun begitu setelah melaksanakan aktiviti tersebut saya mendapati bahawa masih ada murid yang tidak memberikan perhatian semasa sesi demonstrasi dijalankan. Beberapa orang murid ini merupakan di antara murid yang lemah di dalam kelas dan ini menyebabkan mereka tidak dapat bersama-sama murid lain untuk menghasilkan karya catan kopi selaras dengan murid-murid lain. Cara mereka melaksanakan aktiviti di dalam kelas juga mengambil masa yang agak lama berbanding murid-murid yang lain.Berdasarkan kepada pelaksanaan penutup pula, saya menggunakan kaedah iaitu beberapa orang murid dipilih untuk ke hadapan kelas dan mereka adalah sebagai wakil untuk membuat apresiasi terhadap karya catan kopi yang dihasilkan. Murid yang dipilih ini merupakan murid yang memberikan komitmen baik di dalam kelas. Selain itu, saya juga membuat satu pameran di dalam kelas dan beberapa orang murid akan dipilih berdasarkan karya mereka yang terbaik akan dipamerkan di hadapan kelas. Pada bahagian penutup ini tidak terdapat banyak masalah dan kelihatan murid-murid ceria dan gembira melaksanakan aktiviti pada hari ini.

Saya dapat mengenalpasti beberapa kelemahan yang wujud sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini dan penambahbaikan perlu dilakukan. Antara penambahbaikan yang boleh dibuat adalah saya pada masa akan datang seharusnya mengenalpasti latar belakang murid sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran agar aktiviti yang sesuai boleh dirangka untuk murid yang lemah di dalam kelas. Seterusnya, berdasarkan kepada pemerhatian saya iaitu murid kurang berminat dengan ilmu yang berkaitan dengan sejarah dan ini dapat dilihat daripada aspek riak muka murid dan juga kelakuan mereka semasa penerangan tentang sejarah dilakukan. Penambahbaikan yang sesuai bagi saya untuk proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya ialah saya perlu mengubah cara penyampaian ilmu tentang sejarah agar menjadi lebih menarik antaranya ialah dengan menjadikan sejarah sebagai satu cerita yang menarik dan juga peta i-think juga boleh diaplikasikan bagi membantu proses penerangan tentang sejarah ini agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.