Refleksi Lawatan Waj 3131

download Refleksi Lawatan Waj 3131

of 4

Transcript of Refleksi Lawatan Waj 3131

  • 8/10/2019 Refleksi Lawatan Waj 3131

    1/4

    REFLEKSI LAWATAN (WAJ 3131)

    OLEH NUR FATIN BINTI MOHD MAZLAN

    Terdapat pelbagai kelebihan dan kekurangan yang dapat saya kenal pasti dan

    perolehi semasa sebelum dan selepas program lawatan sambil belajar ke Kuala

    Lumpur ini berlangsung.

    Pertama sekali adalah sebelum lawatan ini berlangsung, pembahagian tugas

    iaitu ahli-ahli jawatankuasa telah diberikan secara undian atau sukarela. Menerusi

    pembahagian tugas ini saya telah menyedari bahawa tanpa kerjasama yang padu

    daripada semua ahli jawatankuasa, lawatan ini pastinya tidak dapat dijalankan dengan

    jayanya.

    Situasi begini samalah juga di mana-mana sahaja saya berada. ika di sekolah

    pun, pelbagai lagi program dan acara yang akan saya selaku seorang guru akan

    kendalikan. !ukan itu sahaja, program sebegini juga sedikit sebanyak telah mengajar

    dan melatih saya bagaimana untuk menguruskan sesebuah program terutamanya

    program lawatan sambil belajar yang pastinya merupakan salah satu program wajib

    setiap sekolah.

    "alaupun saya bertugas selaku #K makanan, saya juga ada membantu

    memberikan idea dan mencari maklumat bagi tempat-tempat yang ingin dilawati.

    Tempat-tempat yang dipilih ini merupakan tempat yang popular dalam kalangan murid-

    murid sekolah rendah. $al ini demikian kerana, Pusat Sains %egara, Mu&ium %egara

    dan Planeterium %egara ini merupakan tempat-tempat yang murid boleh mempelajari

    dan melihat sendiri dengan lebih dekat apa yang mereka pelajari itu diaplikasikan.

    Sedikit sebanyak saya telah mengetahui bagaimana cara untuk berurusan

    dengan pihak-pihak yang berkaitan dan apa yang saya perlu lakukan sekiranya saya

    perlu mengendalikan program lawatan sambil belajar di sekolah.

    'isamping kelebihan dan kekuatan, saya juga dapat mengenalpasti beberapa

    kekurangan yang timbul semasa program lawatan tersebut iaitu yang paling ketara

    adalah masalah pengurusan masa. Masalah pertama iaitu disebabkan kelewatan yang

  • 8/10/2019 Refleksi Lawatan Waj 3131

    2/4

    ditimbulkan oleh beberapa orang rakan pelatih telah menyebabkan bas terpaksa

    bertolak lambat sejam daripada masa yang dicadangkan. $al ini semakin ruwat lagi

    apabila masalah kesesakan lalu lintas yang teruk menyebabkan kami sampai lambat

    berbanding masa yang dianggarkan.

    $al ini secara tidak langsung telah menyebabkan akti(iti lain terpaksa di anjak

    dan masa yang ada tidak mencukupi untuk melakukan atau melawat kesemua tempat

    yang telah dirancang. !ukan itu sahaja, masalah pengurusan ahli-ahli yang terlibat di

    sesuatu tempat juga sukar untuk di uruskan. Menerusi situasi ini, saya tidak dapat

    membayangkan bagaimana untuk menguruskan murid-murid sekolah rendah yang

    mungkin bilangannya dua kali ganda bilangan kami guru pelatih.

    Pastinya perkara ini akan menimbulkan pelbagai masalah sekiranya tidak

    ditangani. Selain itu, menerusi kekurangan ini saya dapat mengenalpasti beberapa

    langkah yang sepatutnya saya lakukan sekiranya saya adalah pengerusi program iaitu

    paling utama adalah sebelum memulakan apa-apa akti(iti atau bergerak ke sesuatu

    tempat saya perlu memberikan taklimat dengan jelas iaitu menetapkan tempoh masa

    yang seharusnya dihabiskan dan perlu berkumpul pada tempat tertentu secara tegas.

    Seterusnya selepas program lawatan ini berlangsung, saya telah belajar

    bagaimana untuk membuat laporan yang betul selepas sesuatu program itu dijalankan.

    Perkara-perkara sebegini sangat penting dalam pengurusan sesuatu program. Secara

    tidak langsung, pengetahuan yang saya peroleh ini dapat dipraktikkan di alam sekolah

    kelak.

  • 8/10/2019 Refleksi Lawatan Waj 3131

    3/4

    REFLEKSI PERSEMBAHAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN (WAJ 3131)

    OLEH NUR FATIN BINTI MOHD MAZLAN

    Menerusi persembahan kesenian dan kebudayaan ini perkara utama yang saya

    pelajari adalah cara untuk membina keyakinan diri untuk berlakon dan bernyanyi di

    hadapan khalayak. Perkara ini bukanlah satu kebiasaan bagi saya kerana saya

    merasakan saya tidak mempunyai bakat di dalam bidang tersebut.

    Mulanya daripada kerana terpaksa membuat persembahan ini, akhirnya

    menimbulkan serba sedikit minat kerana saya dan rakan-rakan telah bersama-sama

    mencari idea untuk membuat persembahan. 'i sini saya dapat menyedari bahawa

    kekuatan saya adalah dalam memberikan kerjasama dan idea yang bernas iaitu cara

    dan apa yang perlu dilakukan oleh kumpulan saya iaitu kumpulan ).

    Pada hari persembahan itu juga saya sendiri boleh melakukan lakonan dan

    nyanyian secara spontan tanpa rasa gugup sekalipun. Perkara ini merupakan salah

    satu ciri penting yang perlu ada pada seorang guru. !ukan itu sahaja, tugas saya

    sebagai pengacara majlis dan dalam pada masa yang sama perlu mempersembahkan

    sedikit lakonan serta nyanyian lagu pelbagai kaum sedikit sebanyak telah menguji saya

    untuk lebih bersedia dan yakin dengan diri sendiri bahawa saya boleh lakukan. #khirnya

    saya berjaya memberikan komitmen yang sangat baik terhadap kedua-dua tugas yang

    diamanahkan ini. Pengalaman-pengalaman sebegini sangatlah penting bagi saya

    kerana situasi-situasi sebeginilah yang akan saya tempuhi sepanjang bergelar seorang

    guru kelak.

    !ukan itu sahaja, saya juga menyedari bahawa pembelajaran itu juga bukan

    sahaja hanya pembelajaran *ormal di dalam kelas semata-mata. 'engan adanya acara

    sebegini secara tidak langsung telah memberi saya idea untuk melibatkan pengajaransaya dengan memasukkan serba sedikit unsur hiburan dan kesenian.

    +nsur kesenian dan kebudayaan ini bukan sahaja boleh menggabungjalinkan

    beberapa matapelajaran dengan subjek yang akan saya ajarkan di sekolah khususnya

    major saya iaitu Matematik. +nsur-unsur sebegini dapat diterapkan dalam bilik darjah

  • 8/10/2019 Refleksi Lawatan Waj 3131

    4/4

    dengan meminta murid-murid itu sendiri terlibat secara akti* supaya dapat membina

    pengajaran bermakna kepada mereka kelak.

    "alaupun sebelum ini, persembahan ini telah ditunda beberapa kali kerana

    kekangan masa dan dan ada di antara ahli pelatih mempunyai urusan lain, namun

    dengan kerjasama daripada semua pihak akhirnya persembahan ini dapat dijayakan

    dengan berjaya sekali tanpa sebarang masalah.

    leh yang demikian, menerusi subjek Pengurusan dan Persatuan "# //0 ini

    saya telah mempelajari banyak perkara terutama mengenai sesuatu pengurusan dan

    pelbagai pengalaman berharga yang pastinya tidak akan saya peroleh di mana-mana.

    Segala input yang berguna pastinya akan saya aplikasikan di sekolah kelak dan

    kekangan yang wujud saya akan perbaiki supaya tidak berulang pada masa hadapan.