Refleksi Mengenai Peristiwa 13 Mei 1969

2
THADDAEUS ANAK EMBAKI 920611-13-5425 201006126 Refleksi Mengenai Peristiwa 13 Mei Kehidupan di Malaysia adalah sama seperti kehidupan di negara lain. Setiap negara mempunyai sistem perlembagaan dan undang-undang, masyarakat yang hidup bersama dari generasi ke generasi, agama yang mencerminkan keperibadian diri dan bangsa yang merupakan simbol kepada sesebuah negara. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai semua aspek yang dapat kita gambarkan tapi bagi saya, Malaysia adalah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Keistimewaannya wujud disebabkan oleh aspek positif dan negatif. Aspek positif memberi kita pandangan baik orang luar terhadap negara kita, manakala aspek negatif memberi kita cabaran untuk membaiki pandangan orang luar terhadap negara kita. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah pahit yang sukar bagi kita untuk lupakan terutamanya bagi rakyat Malaysia. Pergolakkan politik pada masa itu telah membawa kepada kemusnahan struktur kedamaian yang telah kita capai dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan. Perpaduan yang telah kita bentukkan sepanjang perjuangan untuk mendapatkan hak kemerdekaan telah dicabar semasa peristiwa 13 Mei 1969. Walaupun peristiwa tersebut telah menjejaskan negara dalam pelbagai aspek, peristiwa tersebut bukan alasan bagi kita untuk tidak berubah dan terus berada dalam keadaan yang teruk. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam zaman moden, saya bersyukur negara Malaysia telah berubah ke arah yang lebih sihat, harmoni dan aman. Semasa saya mencari maklumat untuk menyelesaikan tugasan yang diberi, saya sedar bahawa terdapat banyak perkara yang saya tidak tahu mengenai peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini banyak memberi maklumat tersurat dan tersirat dari pihak yang berbeza. Pergolakkan yang berlaku sebelum negara mencapai kemerdekaan telah mengakibatkan perasaan dendam yang membara disimpan dalam hati. Perasaan tersebut telah melimpah ruah akibat salah faham dan hasutan dan mengakibatkan kemusnahan yang kita sendiri tidak dapat jangkakan telah berlaku. Peristiwa ini mengajar saya tentang bagaimana perkara dan perasaan yang disimpan dapat mengakibatkan kemusnahan yang besar. Persiapan saya untuk perbentangan mengenai peristiwa 13 Mei 1969 juga memberi pengajaran kepada saya bahawa maklumat yang diperoleh dapat menunjukkan keberkesanan dalam penyampaian maklumat kepada orang ramai. Pada mulanya saya berharap saya dapat bentangkan hasil

description

Refleksi kendiri mengenai peristiwa 13 Mei 1969

Transcript of Refleksi Mengenai Peristiwa 13 Mei 1969

Page 1: Refleksi Mengenai Peristiwa 13 Mei 1969

THADDAEUS ANAK EMBAKI 920611-13-5425 201006126

Refleksi Mengenai Peristiwa 13 Mei

Kehidupan di Malaysia adalah sama seperti kehidupan di negara lain. Setiap

negara mempunyai sistem perlembagaan dan undang-undang, masyarakat yang

hidup bersama dari generasi ke generasi, agama yang mencerminkan keperibadian

diri dan bangsa yang merupakan simbol kepada sesebuah negara. Malaysia adalah

sebuah negara yang mempunyai semua aspek yang dapat kita gambarkan tapi bagi

saya, Malaysia adalah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Keistimewaannya wujud disebabkan oleh aspek positif dan negatif. Aspek positif

memberi kita pandangan baik orang luar terhadap negara kita, manakala aspek

negatif memberi kita cabaran untuk membaiki pandangan orang luar terhadap

negara kita.

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah pahit yang sukar bagi kita untuk

lupakan terutamanya bagi rakyat Malaysia. Pergolakkan politik pada masa itu telah

membawa kepada kemusnahan struktur kedamaian yang telah kita capai dalam

perjuangan mendapatkan kemerdekaan. Perpaduan yang telah kita bentukkan

sepanjang perjuangan untuk mendapatkan hak kemerdekaan telah dicabar semasa

peristiwa 13 Mei 1969. Walaupun peristiwa tersebut telah menjejaskan negara

dalam pelbagai aspek, peristiwa tersebut bukan alasan bagi kita untuk tidak berubah

dan terus berada dalam keadaan yang teruk. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup

dalam zaman moden, saya bersyukur negara Malaysia telah berubah ke arah yang

lebih sihat, harmoni dan aman.

Semasa saya mencari maklumat untuk menyelesaikan tugasan yang diberi,

saya sedar bahawa terdapat banyak perkara yang saya tidak tahu mengenai

peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini banyak memberi maklumat tersurat dan tersirat

dari pihak yang berbeza. Pergolakkan yang berlaku sebelum negara mencapai

kemerdekaan telah mengakibatkan perasaan dendam yang membara disimpan

dalam hati. Perasaan tersebut telah melimpah ruah akibat salah faham dan hasutan

dan mengakibatkan kemusnahan yang kita sendiri tidak dapat jangkakan telah

berlaku. Peristiwa ini mengajar saya tentang bagaimana perkara dan perasaan yang

disimpan dapat mengakibatkan kemusnahan yang besar.

Persiapan saya untuk perbentangan mengenai peristiwa 13 Mei 1969 juga

memberi pengajaran kepada saya bahawa maklumat yang diperoleh dapat

Page 2: Refleksi Mengenai Peristiwa 13 Mei 1969

THADDAEUS ANAK EMBAKI 920611-13-5425 201006126

menunjukkan keberkesanan dalam penyampaian maklumat kepada orang ramai.

Pada mulanya saya berharap saya dapat bentangkan hasil maklumat saya dengan

senang dan bekersan. Tetapi setelah saya mengkaji maklumat yang saya peroleh

mengenai peristiwa 13 Mei 1969, keyakinan saya untuk membentang telah hilang.

Maklumat yang saya dapat membuatkan saya resah untuk mengetahui maklumat

yang sahih dan tepat untuk dibentang. Setelah saya mengkaji dan mengatur

maklumat yang ingin saya bentangkan, saya berasa keyakinan saya meningkat dan

saya dapat melaksanakan perbentangan dengan berkesan.

Setelah perbentangan, saya menyediakan laporan mengenai perbentangan

peristiwa 13 Mei 1969. Laporan tersebut mengenai peristiwa yang berlaku sebelum,

semasa dan selepas 13 Mei 1969. Setelah perbentangan tersebut, saya telah

pelajari pelbagai maklumat mengenai cabaran selepas kemerdekaan. Saya sedar

bahawa banyak pengorbanan telah dilakukan untuk mengekalkan keamanan dan

keharmonian negara. Saya beharap saya dapat memberi sumbangan kepada

negara Malaysia kerana negera ini adalah tanah kelahiran saya dan tanah yang

menerima saya apabila saya meninggalkan dunia ini.