REFLEKSI MTE 3112
-
Upload
zamri-johari -
Category
Documents
-
view
579 -
download
0
description
Transcript of REFLEKSI MTE 3112
REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan
projek ini dengan jayanya. Namun, pelbagai pengalaman dan halangan ditempuhi
sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini diberikan kira-kira seminggu sebelum
berpraktikum. Tidak hairanlah mengapa tugasan ini diberikan semasa waktu sedemikian
kerana kebanyakan tugasan-tugasan projek yang diberikan melibatkan penggubalan dan
pelaksanaan ujian dan juga murid-murid di sekolah. Saya lebih gemar untuk menyiapkan
tugasan projek ini di sekolah berbanding di rumah kerana kebanyakan tugasan yang
diberikan adalah baru dan pertama kali buat saya. Contohnya, pembinaan Jadual Penentu
Ujian (JPU). Agak sukar bagi saya untuk membina JPU yang baik kerana saya tidak
mempunyai pengalaman sebagai seorang guru yang membina JPU yang baik. JPU yang
baik adalah JPU yang mengandungi soalan mengenai topik-topik yang telah diajar
berdasarkan kepada aras kemahiran Taksonomi Bloom dan tahap penguasaan murid. Oleh
itu, antara rujukan utama saya adalah guru pembimbing praktikum saya, nota dan
pensyarah. Pembinaan JPU adalah penting kerana jadul ini adalah kesinambungan bagi
pelaksanaan tugasan-tugasan yang seterusnya.
Item ujian pula dibina berdasarkan pembinaan JPU. Saya memutuskan untuk
menjalankan ujian topikal kepada murid-murid tahun 4. Tidak menjadi masalah untuk
membina soalan ujian. Namun, yang menjadi persoalan kepada diri saya ialah adakah
soalan yang dibina mengikut aras kemahiran Taksonomi Bloom yang diperuntukkan di
dalam tugasan. Oleh itu, untuk menjawab persoalan yang bermain di minda, saya membuat
rujukan pada nota dan internet bagi memastikan soalan yang dibina mengikut aras
kemahiran Taksonomi Bloom yang diperuntukkan di dalam tugasan.
Ujian dijalankan kepada murid Tahun 4 Nilam. Kertas jawapan diberikan kepada
murid bagi memudahkan saya menyemak jawapan. Setelah selesai ujian, saya terus
menyemak jawapan murid untuk dibuat analisis. Semasa membuat analisis, timbul satu
masalah. Jadual indeks diskriminasi dan indeks kesukaran yang mana perlu dirujuk?
Terdapat 2 jadual yang berbeza. Apakah ciri-ciri soalan yang sesuai untuk diterima,
diubahsuai ataupun dibuang daripada bank soalan? Tanpa membuang masa saya cuba
menghubungi Encik Cheah untuk mendapatkan pendapat dan tunjuk ajar. Alhamdulillah,
atas bantuan yang diberikan oleh beliau, saya dapat menyiapkan analisis dengan jayanya.
Alhamdullilah, akhirnya tugasan ini siap lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
Secara tidak langsung, tugasan projek ini telah membantu saya untuk bersedia lebih awal
untuk menghadapi peperiksaan dan menyediakan diri saya untuk menjadi seorang guru
yang cemerlang kelak. Namun, dengan ilmu yang diperoleh melalui tugasan projek ini,
bukan bermakna saya sudah mahir dan tidak perlu untuk terus belajar. Saya akan terus
belajar dan belajar agar saya dapa menjadi seorang guru yang cemerlang dan berkualiti
tinggi pada masa akan datang.