Refleksi - jtppismp.comjtppismp.com/jtp011/5765rbt1/tey.pdf · Refleksi Pada semester ini saya...

3
Refleksi Pada semester ini saya diwajibkan mengambil kursus Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105). Sepanjang menjalani kursus ini pelbagai tugasan telah diberikan bagi memantapkan lagi kemahiran dalam bidang teknologi khususnya pendidikan. Pensyarah yang mengajar kursus ini adalah Dr. Teay yang banyak memberikan bimbingan serta nasihat dalam melaksanakan tugasan ini. Pertama saya dikehendaki menghasilkan satu bahan pembelajaran berasaskan web. Saya diberi pilihan untuk memilih topik di bawah reka bentuk dan teknologi memandangkan ianya merupakan pengkhususan saya. Saya telah memilih tajuk enjin kereta di bawah bidang mekanikal automotif. Walaupun tajuk yang saya pilih tidak begitu ditekankan kepada murid- murid sekolah saya tetap mahu berkongsi serba sedikit mengenai enjin kereta serta bagaimana ianya berfungsi di jalan raya. Dalam pada itu bahan pembelajaran yang dihasilkan mestilah mengandungi elemen- elemen teks, grafik, audio, video dan interaktiviti. Banyak perkara yang saya pelajari melalui pembikinan bahan pembelajaran ini. Melalui kuliah bersama pensyarah, saya didedahkan dengan terperinci cara-cara menghasilkan bahan pembelajaran berasaskan web. Tidak hairanlah jika penghasilan bahan sebegini memakan masa yang panjang untuk disiapkan. Penggunaan ‘installer’ Microsoft Publisher merupakan perkara pertama untuk melaksanakan tugasan ini. Saya diajar oleh pensyarah cara-cara menggunakan Microsoft Publisher. Ternyata sebelum ini saya tidak pernah sekali pun menggunakan ‘installer’ ini dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Ini merupakan pengalaman baru bagi saya dalam dunia teknologi ICT untuk diaplikasikan ke dalam pendidikan. Seterusnya saya didedahkan dengan perisian ‘Hot Potatoes’ yang digunakan untuk membuat soalan-soalan beraneka bentuk. Terdapat 5 bentuk soalan yang dapat dibina melalui perisian ini dengan menggunakan j mix, j cross, j match, j quiz dan j cloze. Kelima-lima bentuk perisian ini dapat membantu saya dalam menggubal soalan kepada murid apabila di sekolah nanti. Saya juga diberi pendedahan untuk memasukkan elemen teks, grafik, audio, video dan interaktiviti ke dalam bahan pengajaran.

Transcript of Refleksi - jtppismp.comjtppismp.com/jtp011/5765rbt1/tey.pdf · Refleksi Pada semester ini saya...

Page 1: Refleksi - jtppismp.comjtppismp.com/jtp011/5765rbt1/tey.pdf · Refleksi Pada semester ini saya diwajibkan mengambil kursus Teknologi Dalam Pengajaran Dan ... teknologi ICT untuk diaplikasikan

Refleksi

Pada semester ini saya diwajibkan mengambil kursus Teknologi Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran (EDU 3105). Sepanjang menjalani kursus ini pelbagai tugasan telah diberikan

bagi memantapkan lagi kemahiran dalam bidang teknologi khususnya pendidikan. Pensyarah

yang mengajar kursus ini adalah Dr. Teay yang banyak memberikan bimbingan serta nasihat

dalam melaksanakan tugasan ini.

Pertama saya dikehendaki menghasilkan satu bahan pembelajaran berasaskan web.

Saya diberi pilihan untuk memilih topik di bawah reka bentuk dan teknologi memandangkan

ianya merupakan pengkhususan saya. Saya telah memilih tajuk enjin kereta di bawah bidang

mekanikal automotif. Walaupun tajuk yang saya pilih tidak begitu ditekankan kepada murid-

murid sekolah saya tetap mahu berkongsi serba sedikit mengenai enjin kereta serta bagaimana

ianya berfungsi di jalan raya.

Dalam pada itu bahan pembelajaran yang dihasilkan mestilah mengandungi elemen-

elemen teks, grafik, audio, video dan interaktiviti. Banyak perkara yang saya pelajari melalui

pembikinan bahan pembelajaran ini. Melalui kuliah bersama pensyarah, saya didedahkan

dengan terperinci cara-cara menghasilkan bahan pembelajaran berasaskan web. Tidak

hairanlah jika penghasilan bahan sebegini memakan masa yang panjang untuk disiapkan.

Penggunaan ‘installer’ Microsoft Publisher merupakan perkara pertama untuk

melaksanakan tugasan ini. Saya diajar oleh pensyarah cara-cara menggunakan Microsoft

Publisher. Ternyata sebelum ini saya tidak pernah sekali pun menggunakan ‘installer’ ini dalam

melaksanakan sesuatu tugasan. Ini merupakan pengalaman baru bagi saya dalam dunia

teknologi ICT untuk diaplikasikan ke dalam pendidikan.

Seterusnya saya didedahkan dengan perisian ‘Hot Potatoes’ yang digunakan untuk

membuat soalan-soalan beraneka bentuk. Terdapat 5 bentuk soalan yang dapat dibina melalui

perisian ini dengan menggunakan j mix, j cross, j match, j quiz dan j cloze. Kelima-lima bentuk

perisian ini dapat membantu saya dalam menggubal soalan kepada murid apabila di sekolah

nanti. Saya juga diberi pendedahan untuk memasukkan elemen teks, grafik, audio, video dan

interaktiviti ke dalam bahan pengajaran.

Page 2: Refleksi - jtppismp.comjtppismp.com/jtp011/5765rbt1/tey.pdf · Refleksi Pada semester ini saya diwajibkan mengambil kursus Teknologi Dalam Pengajaran Dan ... teknologi ICT untuk diaplikasikan

Dalam pelaksanaan bahan pembelajaran saya telah memasukkan teks berpandukan

sumber-sumber yang diperolehi. Selain itu saya juga memasukkan bahan grafik bagi

menjelaskan lagi sesebuah bahan pembelajaran yang ingin dipaparkan. Bahan grafik akan

merangsang minda pembaca untuk memperoleh idea di samping memahami maklumat yang

ingin disampaikan. Seterusnya saya memasukkan unsur audio dengan meletakkan ‘hyperlink’

ke dalam bahan pembelajaran.

Diikuti video dan interaktiviti bagi memastikan bahan pembelajaran cukup

menyeronokkan dan dalam masa yang sama memberikan maklumat berguna kepada pembaca.

Setelah siap dibina tugas seterusnya adalah memuat naik bahan pembelajaran ke lawan

sesawang. Tugasan ini amat mencabar memandangkan ianya memerlukan ketelitian. Terdapat

banyak komponen yang perlu dimuat naik termasuklah ‘file-file’ mini yang digunakan dalam

bahan persembahan. Saya sendiri mengalami kesukaran pada awal pendedahan untuk

memuat naik ‘file’ yang diperlukan.

Tugasan kedua adalah menghasilkan klip video bertemakan ‘INTEGRITI’. Pada mulanya

saya agak tertanya-tanya tentang tugasan ini. Setelah diberi penerangan yang mendalam oleh

pensyarah barulah saya memahami kehendak video tersebut. Video yang dihasilkan hendaklah

berdasarkan tajuk dalam bahan pembelajaran dan dalam masa yang sama ada penerapan

unsur ‘INTEGRITI’. Bagi saya ‘INTEGRITI’ terlalu umum untuk ditafsirkan namun ianya

membawa seribu satu nilai yang terdapat dalam kehidupan kita.

Saya telah menghasilkan video mengenai enjin kereta iaitu enjin 4 lejang dan kitaran

Otto. Sebelum itu saya membuat perancangan terlebih dahulu sebelum rakaman dibuat. Saya

menyediakan skrip sebagai panduan untuk saya memberi penerangan semasa rakaman.

Kemudian saya meminjam sebuah kereta sebagai bahan sokongan semasa video dirakam.

Saya telah memilih lokasi yang agak bersesuaian dengan tajuk iaitu di tepi jalan. Rakaman

dibuat oleh seorang rakan secara terus kepada pelakon iaitu saya sendiri.

Satu lagi pengalaman menggunakan perisian Windows Lives Movie Maker untuk

menyunting video yang dirakam. Pada awalnya saya berasakan susah untuk mengendalikan

perisian tersebut namun semangat ingin mencuba menghalang perasaan tersebut daripada

merebak. Daripada situ saya mulai faham bagaimana sesebuah video disunting bagi

menghasilkan video yang terbaik. Montaj turut dimasukkan ke dalam video. Masa untuk

suntingan agak lama memandangkan ianya melibatkan elemen-elemen seperti grafik dan

sebagainya.

Page 3: Refleksi - jtppismp.comjtppismp.com/jtp011/5765rbt1/tey.pdf · Refleksi Pada semester ini saya diwajibkan mengambil kursus Teknologi Dalam Pengajaran Dan ... teknologi ICT untuk diaplikasikan

Antara halangan yang saya tempuhi adalah kesuntukan masa untuk menyiapkan

tugasan. Sesungguhnya tugasan ini amat mencabar dan menggunakan banyak masa serta

komitmen. Penghasilan bahan pembelajaran memerlukan masa yang lama untuk disiapakan

bagi memastikan kesempurnaan persembahan. Walaupun begitu saya berjaya mendapatkan

masa yang cukup untuk tugasan ini.

Kedua ialah kurangnya pengetahuan mengenai ICT. Sebelum melaksanakan tugasan

saya tidak tahu sedikit pun mengenai perisian Microsoft Publisher. Setelah di ajar akhirnya saya

berjaya melakukannya. Saya juga tidak begitu yakin menyelesaikan masalah berbantukan

komputer. Setelah didedahkan saya Berjaya meyakinkan diri melaksanakan tugasan

berbantukan komputer.

Banyak perkara yang saya pelajari melalui tugasan ini. Pertama ialah mempelajari

bahawa ICT banyak menolong manusia melakukan tugas. Sebagai seorang guru kita

hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran ICT agar apabila di sekolah nanti kita dapat

melaksanakan pelbagai tugas dengan cepat dan memperoleh hasil yang baik. Guru juga dapat

menerapkan perkara sama kepada murid bagi melahirkan insan yang celik ICT.

Saya juga belajar untuk lebih berkeyakinan dalam apa jua yang saya lakukan. Semasa

menghasilkan klip video saya belajar untuk bersuara lantang diikuti gaya yang menggambarkan

seorang yang berpengetahuan tanpa bercakap mengenai logik sahaja. Sama seperti seorang

guru yang mengadap murid-murid sepanjang masa apabila di sekolah kelak. Guru yang

berkeyakinan akan memperoleh kepercayaan daripada murid-murid.

Melalui tugasan ini juga saya mempelajari tentang penghasilan media yang sebelum ini

belum pernah saya buat. Penyediaan bahan pembelajaran berasaskan web merupakan

pengalaman baru saya pada semester ini. Begitu juga dengan penghasilan video bertemakan

‘INTEGRITI’ berkait rapat dengan profesion perguruan amnya. Penerapan nilai dan rasa

bertanggungjawab ke atas tugas yang diberikan dapat dipupuk melalui tugasan ini.

Keseluruhannya saya amat berpuas hati terhadap kursus yang dipelajari pada semester

ini. Tugasan yang diberikan memperlihatkan kecekapan seseorang dalam menggunakan alat

ICT. Penghargaan kepada pensyarah mata pelajaran Dr. Teay serta rakan-rakan yang tidak

henti-henti memberikan bimbingan dan nasihat yang berguna sepanjang melaksanakan

tugasan. Saya berharap dengan adanya penerapan teknologi dapat saya aplikasikan dalam

kehidupan yang sebenar.