refleksi pkp3107

download refleksi pkp3107

of 6

Transcript of refleksi pkp3107

  • 7/29/2019 refleksi pkp3107

    1/6

    REFLEKSI

    YOGESWARI A/P MURUGAIYA (920809-01-5568)

    Terlebih dahulu syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya dapatlah saya

    menyudahkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Syukurlah setelah berusaha siang

    dan malam,akhirnya selesai juga tugasan ini. Terima kasih juga kepada pensyarah iaitu Puan

    Liew Fee Lan yang telah banyak membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak

    lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam menyempurnakan tugasan

    ini.

    Topik yang saya pilih ialah tajuk 7 iaitu Pembinaan Bahan Bantu Belajar. Sebelum

    masuk tajuk, kita bincang dulu maksud Bahan Bantu Belajar. Bahan Bantu Belajar adalah faktor

    yang terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan

    keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran yang

    baik dan lebih menarik. Bahan bantu belajar (BBB) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih

    sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid

    (1981:2), bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah

    dianggap sebagai satu bahagian yang panduan dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk

    menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama

    murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini

    disokong sama oleh Edgar Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience

    di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang

    lebih abstrak.

    Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) sesuatu BBB

    menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep. Selain itu, sebagai daya penarik

    penting kepada seseorang pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.

    BBB juga memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan

    pelajar. Tambahan pula, BBB dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem

    bergerak. Ia juga boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata

    pelajar. BBB juga boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih

    mendalam dan beragam.

  • 7/29/2019 refleksi pkp3107

    2/6

    Dari segi pengetahuan saya BBB adalah untuk murid-murid sekolah rendah. Bagi murid

    sekolah rendah yang masih kabur-kabur pengetahuannya, BBB adalah salah satu elemen yang

    penting untuk memahamkan mereka pengajaran yang diajar itu. Lebih-lebih lagi, mereka tidak

    mudah untuk memberi tumpuan yang lama terhadap pengajaran yang disampaikan. Oleh itu,

    BBB yang dapat menarik perhatian mereka untuk lebih memahami dan memberi tumpuan.

    Selain itu, BBB juga dapat mengawal serta mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar

    dan kekurangan masa. BBB juga dapat mempertingkatkan minat murid dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran serta dapat mempertingkat keghairahan untuk belajar. Contoh

    yang saya lihat semasa pergi PBS ialah, menayangkan video lagu yang berkaitan dengan

    kemahiran yang akan diajar pada masa itu. Dalam masa yang sama, melalui penggunaan BBB

    murid juga dapat memahami dengan lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar

    sekaligus dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi pelajaran. Selain itu, BBB

    menawarkan pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran yang lebih menarik dan

    pembelajaran yang diperoleh lebih bermakna.

    Di samping itu, dari tajuk ini saya dapat mengetahui penggunaan Bahan Bantu Belajar

    (BBB) adalah sebagai alat pemudah untuk membantu dalam penyampaian pengajaran guru,

    bertujuan mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang oleh guru dan murid-murid lebih

    memahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan cepat. Bahan

    Bantuan Belajar ini juga dapat mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

    lebih menjurus kepada keadaan yang diselubungi kebosanan di kalangan murid-murid, kerana

    murid-murid hanya lebih menumpukan perhatian terhadap pengajaran satu hala oleh guru.

    Sebaliknya dengan adanya BBB, proses pengajaran dan pembelajaran dapat diselamatkan

    dari masalah disiplin di dalam kelas. Selain itu, BBB juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk

    menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar. Guru juga

    lebih terdedah dengan kemajuan sains dan teknologi jika guru mempunyai inisiatif untuk

    meneroka dunia tanpa sempadan ini, dan mengaplikasikannya dalam P&P. Selama ini sebelum

    mengkaji topik ini saya tak tahu bahawa BBB sangat penting dalam pengajaran serta sangat

    berguna untuk murid-murid.

    Berdasarkan pengetahuan yang saya dapat dari menghadiri kuliah, terdapat beberapa

    jenis sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk

  • 7/29/2019 refleksi pkp3107

    3/6

    membantu guru dalam proses pembelajaran. Jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran

    yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat, dan bahan maujud. Semua jenis

    bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama, iaitu untuk

    memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran.

    Dengan cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk

    dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua-dua

    belah pihak, iaitu murid-murid dan guru itu sendiri.

    Pertamanya ialah bahan maujud. Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud

    adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang.

    Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada dalam lingkungan alam, baik digunakan dalam

    keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong

    dalam sumber pengajaran dan pembelajaran sahaja malah kota atau bangunan yang kekal

    serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi

    sumber pengajaran dan pembelajaran pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat

    komputer, OHP, alat tulis, dan perkakas sains.

    Selepas itu, kita boleh melihat bahan bantu belajar dari segi pelbagai media. Contohnya

    bahan cetak. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad

    katalog, kamus, buku teks, dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak

    seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya

    dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal dalam bidang

    masing-masing.

    Jenis BBB yang seterusnya ialah teknologi maklumat dan komunikasi. Bahan teknologi

    maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang semestinya mendapat

    perhatian daripada murid-murid. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang

    berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan

    kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu. Komputer adalah alat

    atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam

  • 7/29/2019 refleksi pkp3107

    4/6

    proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa kini, guru-guru sudah mempunyai

    kemudahan kerana terdapat perisian- perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan.

    Selain itu, sebelum membuat sesuatu bahan bantu belajar kita harus mengikuti

    beberapa aspek iaitu pertamanya sesuai. Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud

    bertepatan, di mana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga

    keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang

    digunakan boleh difahami oleh pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau

    individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuian dengan perkara-perkara

    seperti berikut :

    a) objektif dan matlamat pengajaran bahasa

    b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

    c) Keadaan pelajar

    d) Suasana pembelajaran

    e) Minat pelajar

    Selain itu, bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan

    objektif pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu

    sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih

    bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian objektif tersebut. Bahan

    yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan juga

    bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi tempatan. Bahan-

    bahan yang sesuai dengan segolongan pelajar, mungkin tidak sesuai dengan segolongan

    pelajar yang lain. Faktor lain adalah suasana pembelajaran, dimana bahan yang sesuai dengan

    suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik. Elemen penting dalam suasana

    pembelajaran ialah pelajar, isi pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses pembelajaran pula,

    rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu

    merupakan tiga konsep yang penting.

    Selain itu, bahan bantu belajar yang dibuat harus menarik perhatian murid dari segi reka

    letak seperti peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun

  • 7/29/2019 refleksi pkp3107

    5/6

    berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memudahkan pelajar

    membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep. Selepas itu, saiz huruf cetak atau saiz huruf

    haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar. Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja

    menghiasi bahan pengajaran, tetapi berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat

    yang akan dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman. Disamping itu,

    bahan bantu belajar juga mempunyai kualiti kulit yang baik dan cara buku dijilid. Bahan

    pengajaran juga harus mengandungi arahan yang jelas.

    BBB yang kita buat juga harus jimat dan mudah untuk dibuat. Sekiranya untuk

    menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak semestinya mahal.sebaliknya bahan

    tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan menggunakan bahan

    terbuang. Seterusnya, bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    seharusnya praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran seharusnya

    sederhan dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang yang berdasarkan

    situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasa dalam komunikasi. Selain

    itu, bahan tersebut seharusnya tahan lasak jika digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya

    digunakan untuk lebih dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran

    lain.

    Selain itu, Bahan Bantu Belajar yang dibuat mudah untuk dibawa. Bahan pengajaran

    yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-mana,dan tidak terlalu berat

    atau besar. Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada

    bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu

    perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Ketiga-

    tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri.

    Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang dijalankan atas topik Penggunaan Bahan

    Bantu Belajar saya telah mendapat banyak maklumat yang tidak diketahui selama ini. BBB

    adalah sebahagian daripada faktor yang membantu sesuatu pengajaran dan pembelajaran

    dapat mencapai matlamatnya. Oleh itu, melalui kajian ini, sebagai seorang guru yang

    berdedikasi aspek tersebut tidak boleh dipandang ringan. Pengajaran guru yang menggunakan

    bahan bantu belajar berbanding dengan guru yang mengajar secara tradisi tentu sekali

  • 7/29/2019 refleksi pkp3107

    6/6

    mempunyai perbezaan yang ketara dari segi penerimaan dan tumpuan pelajar, aktiviti yang

    dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar. Apa yang penting,

    seseorang guru yang bantu mengajar lebih diharapkan oleh anak didik yang dahagakan ilmu

    daripada gurunya.

    Selain bahan bantu belajar, seseorang guru juga hendaklah peka tentang penyediaan

    soalan-soalan latihan atau soalan-soalan peperiksaan. Mengikut Taksanomi Bloom terdapat

    enam aras kognitif yang berbeza. Justeru guru yang baik perlu menguasai kemahiran membina

    soalan, untuk disesuaikan dengan kemampuan dan latar belakang para pelajar, kandungan

    pelajaran serta tujuan sesuatu soalan tersebut dikemukakan.