Refleksi Seni Dalam Pendidikan

3

Click here to load reader

description

ps

Transcript of Refleksi Seni Dalam Pendidikan

Page 1: Refleksi Seni Dalam Pendidikan

NOORUL HUDA BT AYOB: SnB0611/2433

821225-02-5312

REFLEKSI KENDIRI

Alhamdullilah bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dengan izin dan inayahnya

saya telah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Sepanjang

tempoh menyiapkan tugasan yang diberikan, pelbagai perkara, input dan ilmu baru telah

saya perolehi. Namun begitu terdapat juga pelbagai masalah dan halangan yang perlu

dihadapi. Namun dengan berkat kesabaran akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan

ini dengan jayanya dengan melakukan perbincangan dengan rakan sekelas dan

bantuan Encik Muhamad Sukri bin Osman yang membimbing pada semester ini.

Tugasan ini banyak memberi makna dan ilmu yang berharga dalam diri saya

untuk menjadi seorang guru bersiswazah cemerlang dimasa hadapan kerana diawal

tugasan lagi saya telah mengalami pelbagai cabaran dan kekangan seperti terpaksa

mencari rujukan yang sesuai mengenai cara membuat rancangan pengajaran dan

dibimbing seperti cara- cara untuk membuat nota dalam bentuk grafik dan penghasilan

rancangan mengajar harian yang mempunyai elemen seni visual, seni muzik dan seni

pergerakan. Namun dengan usaha yang dilakukan saya berjaya menyiapkan tugasan

tersebut.

Sebagai seorang guru sepenuh masa di Sekolah Kebangsaan Pendang,

kekangan masa memang menjadi isu bagi setiap pelajar program pensiswazahan guru.

Saya terpaksa membahagikan masa untuk berkeluarga, persekolan, program di bawah

kelolaan sekolah dan sebagainya. Namun berkat kesabaran, semua masalah tersebut

dapat diselesaikan. Selain pengurusan masa pula saya telah mengalami kebuntuan

dimana pada masa yang sama saya perlu menyiapkan tugasan dari pensyarah bagi

subjek EDU dan proses menyiapkan kertas kerja kajian tindakan yang menuntut

penghantaran bagi tarikh yang sama iaitu 20 09.2014. Namun dengan jadual yang telah

dibuat oleh saya akhirnya saya telah dapat menyiapkan dengan baik walaupun banyak

pengorbanan dari segi masa dan kewangan yang banyak dihabiskan. Namun

tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa saya dengan sepenuh jiwa menerima

tugasan-tugasan ini sebagai satu cabaran yang positif kepada diri sendiri. Hal ini kerana

selagi bergelar sebagai seorang pelajar tidak dapat tidak lari daripada tugasan. Kalau

Page 2: Refleksi Seni Dalam Pendidikan

NOORUL HUDA BT AYOB: SnB0611/2433

821225-02-5312

tidak pecahkan ruyung manakan dapat isi sagunya, berakit- rakit kehulu, berenang-

renang ke muara, bersakit- sakit dahulu, bersenang- senang kemudian.

Tugasan sebegini telah banyak menambahkan pengetahuan baharu

danpengalaman baharu yang amat berguna kepada saya untuk menduduki peperiksaan

yang bakal tiba pada bulan November ini. Selain itu juga, dengan pengetahuan yang

baru saya perolehi ini menjadikan saya lebih mahir dalam membuat rancangan

pengajaran harian dan menyesuaikannya dengan kaedah- kaedah pengajaran yang

sepatutnya serta bahan bantu mengajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan

pembelajaran.

Oleh itu, dengan adanya pengetahuan yang berguna ini, akan saya gunakan

apabila menjadi seorang guru yang bersiswazah, samada di sekolah sedia ada

mahupun di mana-mana sekolah suatu masa nanti.

Akhir kata dengan selesainya tugasan yang telah diberikan ini, saya telah dapat

menguasai dan memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah penilai

saya, walaupun interaksi kami didalam kelas adalah terhad kerana komitmen yang

menghambat diri dimana pensyarah dan guru PPG masing- masing menggalas

tanggungjawab yang berbeza serta sibuk dengan tugas masing- masing namun isi

pelajaran yang ingin disampaikan akhirnya telah dapat saya kuasai hasil daripada

proses menyiapkan tugasan ini.

Dengan adanya tugasan Seni Dalam Pendidikan dimana kombinasi tiga elemen

iaitu seni muzik, seni visual dan seni pergerakan, maka saya yakin malah percaya ianya

akan memberikan kesan yang positif kepada saya untuk mendidik anak bangsa dengan

cara yang menarik dan berkesan.

Akhir kalam, saya berharap, pihak tuan dapat menerima tugasan yang telah

disiapkan oleh saya ini dengan hati yang terbuka. Segala silap dan salah yang terdapat

dalam tugasan ini saya dahului ribuan kemaafan.

Sekian, terima kasih.