Refleksi (Sss)

10
RBT 3119 - PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN REFLEKSI Bismilahirrahmanirrahim dan Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat saya,En. Kamarudin Bin Abu Hassan, menyiapkan Tugasan Kerja RBT 3119 iaitu Pengajian Perniagaan dan Keusahawanan secara berkumpulan yang diberikan kepada semua guru Kumpulan PGSR ( BM ) mengikut masa yang telah ditetapkan. Pada mulanya apabila melihat kepada soalan dan tajuknya saya berasa amat teruja dan teruji untuk mendapatkan bahan-bahan yang patut dimuatkan dalam tugasan ini di samping ingin memahami dengan teliti apa kehendak tugasan tersebut.Di sini saya perlu mengenalpasti tiga buah syarikat kewangan.Syarikat kewangan yang telah saya pilih adalah berkaitan dengan Syarikat Takaful Insuran iaitu Syarikat Takaful Ikhlas,Takaful Malaysia dan Etiqa Takaful.Di sini juga saya perlu menganalisis penyata kewangan ketiga-tiga syarikat di atas berdasarkan apa yang saya ketahui.Barulah saya mengetahui serba sedikit tentang perniagaan atau topik RBT 3119 seperti kunci kira-kira,penyata pendapatan,penyata aliran tunai mahupun penyata ekuiti pemilik.Kalau selama ini saya tidak pernah pun mendengar perkataan-perkataan tersebut ,kali ini Al-Hamdulilah sedikit sebanyak ilmu itu dapat saya pelajari.Banyak juga perkataan- perkataan berkaitan dengan ekonomi seperti 1

Transcript of Refleksi (Sss)

Page 1: Refleksi (Sss)

RBT 3119 - PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

REFLEKSI

Bismilahirrahmanirrahim dan Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terlebih dahulu bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat saya,En. Kamarudin Bin

Abu Hassan, menyiapkan Tugasan Kerja RBT 3119 iaitu Pengajian Perniagaan dan

Keusahawanan secara berkumpulan yang diberikan kepada semua guru Kumpulan

PGSR ( BM ) mengikut masa yang telah ditetapkan.

Pada mulanya apabila melihat kepada soalan dan tajuknya saya berasa amat

teruja dan teruji untuk mendapatkan bahan-bahan yang patut dimuatkan dalam tugasan

ini di samping ingin memahami dengan teliti apa kehendak tugasan tersebut.Di sini

saya perlu mengenalpasti tiga buah syarikat kewangan.Syarikat kewangan yang telah

saya pilih adalah berkaitan dengan Syarikat Takaful Insuran iaitu Syarikat Takaful

Ikhlas,Takaful Malaysia dan Etiqa Takaful.Di sini juga saya perlu menganalisis penyata

kewangan ketiga-tiga syarikat di atas berdasarkan apa yang saya ketahui.Barulah saya

mengetahui serba sedikit tentang perniagaan atau topik RBT 3119 seperti kunci kira-

kira,penyata pendapatan,penyata aliran tunai mahupun penyata ekuiti pemilik.Kalau

selama ini saya tidak pernah pun mendengar perkataan-perkataan tersebut ,kali ini Al-

Hamdulilah sedikit sebanyak ilmu itu dapat saya pelajari.Banyak juga perkataan-

perkataan berkaitan dengan ekonomi seperti aset,ekuiti,ability,obligasi telah dapat saya

fahami dan menambah perbendaharaan kata dalam diri saya.Walaupun subjek yang

saya belajar ini tiada dalam sukatan terutamanya untuk sekolah rendah tetapi saya

akan cuba memanfaatkan ilmu ini untuk anak-anak saya yang berada di sekolah

menengah .Insyallah.Saya akan menggunakan segala kaedah atau panduan yang saya

dapati ini sebagai contoh untuk saya membuat kajian kes untuk mata pelajaran Bahasa

Melayu pada masa atau semester yang akan datang.Saya juga terpaksa menggunakan

masa dengan sebaiknya,semaksimum yang ada dan sabar untuk menyiapkan tugasan

kerja kursus pendek ini.Saya dan kawan-kawan saya terpaksa berkorban masa pada

setiap hujung minggu terutamanya hari Ahad demi untuk menyiapkan kerja kursus

tersebut.Bagi saya ini satu cabaran dalam meningkatkan lagi diri saya dan juga ilmu

1

Page 2: Refleksi (Sss)

yang didapati sebagai seorang guru yang akan bergelar siswazah tidak lama

lagi.Insyallah.Banyak benda dan perkara yang selama ini tidak saya ketahui dalam

memantapkan diri saya dapat saya lakukan terutamanya dalam bidang Perniagaan dan

Keusahawanan ini melalui pembacaan buku-buku berkaitan dengan tajuk ini serta

pencarian maklumat melalui internet.Saya dapat rasakan bahawa tajuk atau mata

pelajaran Perniagaaan dan Keusahawanan ini ( RBT 3119 ) merupakan salah satu

subjek yang paling mencabar dan sukar setakat ini.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

ikhlas kepada pensyarah kesayangan kami ( RBT 3119 ) Perniagaan dan

Keusahawanan iaitu Encik Senin Bin Khamis di atas segala bimbingan,panduan dan

tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya dan kawan-kawan saya sepanjang

menyiapkan tugasan ini sama ada dalam bentuk penerangan,nasihat ataupun sumber

bahan.Saya beruntung dan berterima kasih mendapat pensyarah RBT 3119 ini yang

sangat baik hati dan berkomitmen tinggi .Ruang masa yang panjang serta mencukupi

yang diberikan kepada kami semua,pelajar PGSR diucapkan ribuan terima

kasih.Harapan saya dan kawan-kawan agar hasil yang kami berikan dapat memuaskan

hati kedua-dua pensyarah tersebut.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada

semua pensyarah unit Sains Sosial IPGM Perempuan Melayu Melaka lain yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam memberi kerjasama,dan panduan semasa

saya menyiapkan tugasan ini.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua teman-teman dan rakan-

rakan seperjuangan kerana bersama-sama berbincang dan bertungkus lumus tidak kira

masa dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya dalam mencari bahan berkaitan tajuk

RBT 3119 ini.Seperti mana yang kita semua maklum walaupun banyak kekangan dan

kerja yang perlu diselesaikan terutamanya di sekolah namun masih mampu tersenyum

dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini bak kata pepatah di mana ada kemahuan di

situ pasti ada kejayaan.Berat sama dipikul,ringan sama-sama kita jinjing.Insyaallah.

Akhir sekali saya amat berharap agar ilmu yang saya perolehi ini dapat

diaplikasikan sepenuhnya dan sebaik mungkin untuk meningkatkan lagi kemahiran

saya sebagai guru berijazah yang berkualiti tinggi sejajar dengan kehendak falsafah

2

Page 3: Refleksi (Sss)

pendidikan negara masa kini dan secara tidak langsung memberikan satu manfaat yang

amat berkesan kepada murid-murid saya khususnya dalam membentuk 1 Malaysia

yang aman,damai,bersatu padu,dinamik serta semangat berkerjasama yang erat tanpa

mengira agama,bangsa ataupun kaum.Selamat Maju Jaya.

Sekian.Terima kasih.Wassalamualaikum.

…………………………………………………

KAMARUDIN BIN ABU HASSAN

640702-03-5151 ( PGSR BAHASA MELAYU AMBILAN NOV. 2008 )

3

Page 4: Refleksi (Sss)

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya

menyiapkan tugasan KKP bagi mata pelajaran RBT 3119 – Perniagaan dan

Keusahawanan ini dengan jayanya.

Pada kesempatan ini juga saya ingin merakam ucapan terima kasih yang tidak

terhingga kepada pensyarah pembimbing, Encik Senin bin Khamis yang telah banyak

memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga

ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan-rakan sekumpulan,

Encik Mohmad Khaidar dan Encik Kamarudin yang telah banyak memberikan

kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi semasa menyiapkan tugasan ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada insan tersayang iaitu buat isteri dan anak-anak

tercinta. Tanpa kalian, siapalah saya.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak belajar

terutamanya tentang aspek mata pelajaran Perniagaan dan Keusahawanan. Pada

mulanya, apabila menerima tugasan ini, saya mendapati agar sukar untuk

menyiapkannya kerana ketidakfahaman saya kepada kehendak soalan. Tetapi selepas

menerima penerangan dan tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing berserta

dengan kolaborasi bersama dengan rakan-rakan sekuliah, akhirnya tugasan ini dapat

disiapkan.

Antara aspek yang dapat saya belajar daripada tugasan ini ialah, saya dapat

membuat perbandingan antara syarikat dari segi keupayaan kewangan sesebuah

syarikat berkenaan. Perbandingan ke atas penyata kewangan sesebuah syarikat boleh

dilakukan melalui dua (2) cara iaitu melalui analisis arah aliran dan analisis keratan

rentas industri. Namun bagi tugasan ini, analisis yang sesuai digunakan ialah analisis

keratan rentas industri kerana mengikut analisis ini, perbandingan dibuat berdasarkan

antara beberapa syarikat dalam industri atau firma yang sama. Ini bertepatan dengan

kehendak soalan tugasan.

4

Page 5: Refleksi (Sss)

Selain itu, saya juga dapat belajar bagaimana membuat analisis ke atas penyata

kewangan sesebuah syarikat berdasarkan nisbah kecairan, nisbah pengurusan aset,

nisbah leveraj dan nisbah keberuntungan. Keupayaan sesebuah syarikat mendapat

keuntungan, membayar hutang dan sebagainya dapat dikesan melalui pengiraan

berdasarkan nisbah-nisbah ini.

Walaupun ilmu yang saya perolehi ini tidak dapat saya aplikasikannya semasa

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah, namun secara tidak

langsungnya saya dapat sedikit ilmu bagaimana untuk menilai keadaan kewangan

sesebuah syarikat untuk saya aplikasikannya dalam kehidupan seharian saya. Siapa

tahu suatu hari nanti saya atau ahli keluarga saya terlibat dalam bidang perniagaan,

sekurang-kurangnya saya telah ada sedikit ilmu tentang bidang ini.

Akhir sekali saya merasakan tugasan yang dibuat ini telah dapat menyedarkan

saya bahawa bidang perniagaan dan keusahawanan ini adalah satu bidang yang

berisiko, iaitu siapa yang sanggup menanggung risiko, dia pasti akan mendapat

ganjarannya.

Disediakan oleh:

Kamal Bahrin Bin Awang Ahmad

730601-03-5431

2008142360005

5

Page 6: Refleksi (Sss)

REFLEKSI

Syukur kehadrat Allah kerana mengurniakan kesihatan dan akal fikiran yang

sihat dan bernas untuk menyiapkan tugasan Pengajian Perniagaan dan

Keusahawanan RBT 3119 ini. Penerimaan tugasan ini merupakan sesuatu yang baru

dan menakutkan apatah lagi ketiadaan pengalaman dan pengetahuan tentang bidang

perniagaan. Kerjasama dan kesabaran yang dimiliki oleh rakan-rakan sekumpulan

banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Pada saya kerelaan dan sifat

keterbukaan serta sikap sentiasa berfikiran positif saya ini adalah kekuatan saya untuk

melaksanakan tugasan-tugasan yang sukar.

Saya dapati pihak pengurusan syarikat menyediakan pelbagai dokumen dan

penyata untuk kegunaan pihak yang berkepentingan. Salah satu dokumen penting yang

disediakan oleh pihak syarikat ialah penyata kewangan. Ia merupakan sebuah

dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan kedudukan

kewangan sesebuah entiti perniagaan. Semua maklumat kewangan perusahaan

perniagaan yang disampaikan hendaklah dengan cara berstruktur dan dalam bentuk

yang mudah difahami. Penyata kewangan ini mengandungi maklumat yang berkaitan

aset, liabiliti, ekuiti pemilik dan kedudukan kewangan yang telah berlaku.

Saya sedar bahwa penyata kewangan ini digunakan oleh pelbagai pihak

seperti pelabur dengan pelbagai tujuan. Penyata kewangan ini memberikan pandangan

keseluruhan keadaan kewangan jangka serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan

atau orang perseorangan. Ini dapat membantu pelabur membuat penelitian dan

perkiraan sebelum mengeluarkan wang mereka untuk membuat pelaburan.

Bagi kerajaan pula, penyata kewangan ini diperlukan untuk menentukan

cukai dan perancangan pembangunan ekonomi. Pihak institusi kewangan pula

memerlukan penyata kira-kira untuk melihat potensi dan kebolehupayaan syarikat untuk

membayar semula kredit sebelum mululuskan sebarang permohonan. Manakala pihak

pengurusan pula memerlukan penyata kira-kira untuk melihat kekuatan dan kelemahan

dalam perniagaan mereka untuk membuat perancangan dan penambahbaikan.

6

Page 7: Refleksi (Sss)

Dalam membuat KKP ini juga saya sedar rupanya figure yang besar tidak

melambangkan keuntungan atau kehebatan sesebuah syarikat kerana ada liabiliti dan

tanggunggan yang perlu dibayar. Sesebuah syarikat akan dilihat sebagai syarikat yang

mendapat keuntungan setelah keuntungan/lebihan sebelum cukai ditolak zakat atau

cukai. Keuntungan bersih inilah yang mencerminkan kejayaan dan keuntungan

sesebuah syarikat. Contohnya syarikat Etiqa Insurance Berhad, walaupun memperoleh

keuntungan bersih sebanyak RM118, 153 000 tetapi memilik liabiliti sebanyak

RM6 841 810 000 berbanding Syarikat Takaful Ikhlas yang cuma memperoleh

keuntungan bersih sebanyak RM59 593 000 tetapi memiliki liabiliti cuma RM215 091

000.

Saya bersyukur kerana dalam proses menyiapkan tugasan ini banyak

maklumat baru tentang kewangan dan perniagaan yang saya peroleh. Saya berharap

maklumat dan ilmu yang saya perolehi dapat saya gunakan dalam kehidupan seharian

saya nanti. Insyaallah.

Sekian, terima kasih.

MOHMAD KHAIDAR BIN ABD HAMID

640530-04-5675

7