Refleksi SUKANEKA

2
AZIZUL BIN ABDUL AZIZ DPLI-SR MATEMATIK IPG KAMPUS TUANKU BAINUN Refleksi Tanggal 26 Mac 2012 telah berlansung acara sukaneka dan sukan ragam DPLI-SR GSTT ambilan Disember 2011. Acara ini telah dilansungkan di Gelanggang Bola Jaring IPGKTB. Program ini telah dianjurkan sendiri oleh warga DPLI dan penyertaan juga adalah dari kalangan pelatih DPLI. Setiap kelas DPLI telah menghantar dua pasukan untuk bertanding dan sebahagian kecil terlibat sebagai jawatan kuasa penganjuran. Sebanyak 8 pasukan dengan kekuatan 8 orang sepasukan berjaya dibentuk dan setiap pasukan wajib menyertai setiap acara. Selain itu setiap pasukan wajib menganjurkan salah satu acara yang telah dipertandingkan. Sepanjang berlansungnya acara, saya telah terlibat sebagai peserta kumpulan Alpha Beta dari kumpulan DPLI Matematik. Kumpulan ini bertanggungjawab untuk menganjurkan sukan ragam bertemakan kemahiran permainan hoki. Acara yang dipertandingkan berbentuk siapa cepat, dia menang dan peserta perlu mengelecek bola hoki melintasi 3 halangan kon hingga ke hujung kawasan dan kembali ke permulaan dengan laluan lurus. Setiap peserta akan berganti-ganti dan kumpulan yang paling pantas menamatkan permainan dikira sebagai pemenang. Persediaan awal dilakukan dengan menyenaraikan jumlah alatan yang diperlukan dan ketika pertandingan setiap ahli kumpulan bekerjasama untuk menyusun alatan serta mengemaskan kembali setelah selesai acara. Sebanyak 8 acara telah berjaya diharungi dan semangat bekerjasama telah dipupuk dengan baik sekali. Hasil daripada kesefahaman dan semangat juang yang tinggi, kumpulan Alpha Beta telah berjaya dinobatkan selaku Naib Juara keseluruhan. Ahli kumpulan amat berpuas hati dengan keputusan tersebut dan berjanji untuk lebih berusaha di pertandingan yang lain pula nanti. Walaupun sebahagian daripada ahli kelihatan agak keletihan, namun atas semangat bersaing dan sokongan padu ahli yang lain, kesemua 8 acara berjaya diharungi dengan jayanya. Hal ini dibuktikan lagi dengan kesungguhan salah seorang ahli pasukan yang telah terjatuh ketika berlansungnya acara, namun beliau bingkas bangun dan meneruskan pertandingan. Semangat kesungguhan seperti ini amat positif dan wajar dicontohi oleh setiap ahli dan peserta pertandingan yang lain.

Transcript of Refleksi SUKANEKA

Page 1: Refleksi SUKANEKA

AZIZUL BIN ABDUL AZIZDPLI-SR MATEMATIK

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Refleksi

Tanggal 26 Mac 2012 telah berlansung acara sukaneka dan sukan ragam

DPLI-SR GSTT ambilan Disember 2011. Acara ini telah dilansungkan di Gelanggang

Bola Jaring IPGKTB. Program ini telah dianjurkan sendiri oleh warga DPLI dan

penyertaan juga adalah dari kalangan pelatih DPLI. Setiap kelas DPLI telah

menghantar dua pasukan untuk bertanding dan sebahagian kecil terlibat sebagai

jawatan kuasa penganjuran. Sebanyak 8 pasukan dengan kekuatan 8 orang

sepasukan berjaya dibentuk dan setiap pasukan wajib menyertai setiap acara. Selain

itu setiap pasukan wajib menganjurkan salah satu acara yang telah dipertandingkan.

Sepanjang berlansungnya acara, saya telah terlibat sebagai peserta kumpulan

Alpha Beta dari kumpulan DPLI Matematik. Kumpulan ini bertanggungjawab untuk

menganjurkan sukan ragam bertemakan kemahiran permainan hoki. Acara yang

dipertandingkan berbentuk siapa cepat, dia menang dan peserta perlu mengelecek

bola hoki melintasi 3 halangan kon hingga ke hujung kawasan dan kembali ke

permulaan dengan laluan lurus. Setiap peserta akan berganti-ganti dan kumpulan

yang paling pantas menamatkan permainan dikira sebagai pemenang. Persediaan

awal dilakukan dengan menyenaraikan jumlah alatan yang diperlukan dan ketika

pertandingan setiap ahli kumpulan bekerjasama untuk menyusun alatan serta

mengemaskan kembali setelah selesai acara.

Sebanyak 8 acara telah berjaya diharungi dan semangat bekerjasama telah

dipupuk dengan baik sekali. Hasil daripada kesefahaman dan semangat juang yang

tinggi, kumpulan Alpha Beta telah berjaya dinobatkan selaku Naib Juara

keseluruhan. Ahli kumpulan amat berpuas hati dengan keputusan tersebut dan

berjanji untuk lebih berusaha di pertandingan yang lain pula nanti. Walaupun

sebahagian daripada ahli kelihatan agak keletihan, namun atas semangat bersaing

dan sokongan padu ahli yang lain, kesemua 8 acara berjaya diharungi dengan

jayanya. Hal ini dibuktikan lagi dengan kesungguhan salah seorang ahli pasukan

yang telah terjatuh ketika berlansungnya acara, namun beliau bingkas bangun dan

meneruskan pertandingan. Semangat kesungguhan seperti ini amat positif dan wajar

dicontohi oleh setiap ahli dan peserta pertandingan yang lain.

Page 2: Refleksi SUKANEKA

Sebanyak 8 acara yang telah dipertandingan iaitu Shaolin Soccer ( kemahiran

bolasepak). Berganding Bahu (sukaneka), Ku Tuju Cintamu (kemahiran bowling),

Hoki (kemahiran hoki), Debu-debu Cinta (sukaneka), Isi Air dalam Botol (sukaneka),

Cross The Road (Kemahiran Bolasepak) dan Lambung-lambung Sayang (sukaneka).

Setiap acara telah dianjurkan dengan amat baik dan berjaya menarik minat para

peserta. Secara keseluruhannya, setiap acara telah berjaya memupuk nilai-nilai yang

baik seperti semangat berpasukan, bekerjasama, hormat-menghormati, tolong-

menolong dan banyak lagi. Setiap peserta begitu teruja dengan setiap acara yang

disertai dan pengalaman serta strategi tersendiri digunakan bagi mengatasi pasukan

yang lain. Hasilnya, ada yang berpuas hati kerana menang dan ada juga yang agak

kecewa kerana gagal menyaningi pasukan lain.

Penganjuran acara sukaneka dan sukan ragam ini telah berjaya memupuk

semangat bekerjasama dan kesepaduan dikalangan warga guru pelatih DPLI GSTT.

Penganjuran program seumpama ini juga mampu mendidik warga DPLI membentuk

jati diri dan kemahiran berkomunikasi. Penganjuran program ini perlu diteruskan bagi

membolehkan setiap guru pelatih didedahkan dengan suasana kerja sebenar dan

berupaya melaksanakan program seumpamanya ketika bertugas di sekolah kelak.

Dengan ini, diharapkan agar guru pelatih DPLI mampu menimba ilmu dan

pengalaman yang diperoleh bagi melahirkan bakal pendidik yang berpengetahuan.

Pengalaman menganjurkan acara seperti ini juga seharusnya berjaya memberi

peluang kepada semua untuk menguasai kemahiran penganjuran acara dan diharap

dapat diadaptasikan di sekolah sesuai dengan transformasi pendidikan.

Kesimpulannya, penganjuran berjaya memberi kesan yang baik kepada setiap

guru pelatih DPLI secara konstruktif dan ilmiah. Setiap pelatih amat berpuas hati dan

mendapat manfaat yang cukup besar sepanjang penganjuran acara. Program seperti

ini amat wajar diteruskan untuk melatih daya kepimpinan serta kemahiran

berkomunikasi yang baik. Akhir sekali, penganjuran program ini amat bertepatan dan

berjaya mencapai objektif bagi memupuk nilai-nilai murni dalam melahirkan bakal

guru yang terdidik sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mendukung

program transformasi pendidikan berteraskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR).

2