REFLEKSI titas.doc

3
REFLEKSI KENDIRI MUHAMMAD AS’AD BIN CHE COB 920419-03-5475 Bismilahirahmanirahim. Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia – Nya maka saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada usaha dan kerja keras yang ditunjukkan oleh saya dan rakan saya iaitu Muhd Hisanudin bin Che Soh. Kami berdua telah menunjukkan kerjasama yang sangat bagus walaupun kali pertama kami bergandingan memandangkan kerja kursus ini memerlukan ahli seramai dua orang sahaja. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah penasihat iaitu Ustaz Hj Jusoh kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tugasan KKP kali ini telah diberikan kepada kami pada awal bulan Februari yang lalu di mana pensyarah menyuruh kami memilih sendiri tajuk-tajuk yang telah dilampirkan bersama dengan kertas soalan tersebut. Setelah berbincang dengan ahli kumpulan saya iaitu Hisanudin kami berdua telah sebulat kata untuk memilih tajuk yang ketiga iaitu soalan yang berbunyi “Terangkan dengan jelas unsur- unsur pengaruh Islam dan kesannya dalam tamadun Malaysia. Kami sepakat memilih tajuk ini adalah kerana tidak mahu berebut dengan rakan sekelas lain yang kelihatan memilih tajuk-tajuk yang mudah untuk dilakukan. Pada pendapat saya, tajuk ini sememangnya mencabar tetapi syukur kerana banyak maklumat yang dapat kami peroleh mengenai tajuk ini. Kami mencari sumber-sumber yang berkaitan di internet dan di Perpustakaan Ibnu Sina. Kami bertindak membahagikan tugas bagi meringankan beban masing-masing di mana saya perlu

description

sila edit balik...:)

Transcript of REFLEKSI titas.doc

Page 1: REFLEKSI titas.doc

REFLEKSI KENDIRI

MUHAMMAD AS’AD BIN CHE COB

920419-03-5475

Bismilahirahmanirahim.

Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia – Nya

maka saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dalam jangka

masa yang telah ditetapkan. Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada usaha

dan kerja keras yang ditunjukkan oleh saya dan rakan saya iaitu Muhd Hisanudin bin Che

Soh. Kami berdua telah menunjukkan kerjasama yang sangat bagus walaupun kali pertama

kami bergandingan memandangkan kerja kursus ini memerlukan ahli seramai dua orang

sahaja. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah penasihat iaitu

Ustaz Hj Jusoh kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan sepanjang menyiapkan

tugasan ini.

Tugasan KKP kali ini telah diberikan kepada kami pada awal bulan Februari yang

lalu di mana pensyarah menyuruh kami memilih sendiri tajuk-tajuk yang telah dilampirkan

bersama dengan kertas soalan tersebut. Setelah berbincang dengan ahli kumpulan saya

iaitu Hisanudin kami berdua telah sebulat kata untuk memilih tajuk yang ketiga iaitu soalan

yang berbunyi “Terangkan dengan jelas unsur-unsur pengaruh Islam dan kesannya dalam

tamadun Malaysia. Kami sepakat memilih tajuk ini adalah kerana tidak mahu berebut

dengan rakan sekelas lain yang kelihatan memilih tajuk-tajuk yang mudah untuk dilakukan.

Pada pendapat saya, tajuk ini sememangnya mencabar tetapi syukur kerana banyak

maklumat yang dapat kami peroleh mengenai tajuk ini. Kami mencari sumber-sumber yang

berkaitan di internet dan di Perpustakaan Ibnu Sina. Kami bertindak membahagikan tugas

bagi meringankan beban masing-masing di mana saya perlu mencari maklumat berkaitan

dengan kesan-kesan pengaruh Islam manakala Hisanudin pula mencari unsur-unsur

pengaruh Islam.

Sepanjang menjalankan kerja KKP kali ini, saya telah dapat mengesan kekuatan dan

kelemahan diri saya dalam menyiapkan tugasan ini. Antara kekuatan yang dapat saya

kenalpasti ialah kerjasama saya dengan rakan setugas kali ini sangat berkesan di mana

kami saling memahami komitmen masing-masing dari segi mencari masa untuk bekerja

bersama-sama. Hal ini menyebabkan saya tidak berasa janggal atau kekok untuk bekerja

bersama-sama beliau. Tambahan pula, saya selalu pergi ke bilik beliau untuk membuat

kerja bersama-sama dan hal ini memudahkan interaksi antara kami berdua. Kekuatan lain

Page 2: REFLEKSI titas.doc

yang saya dapat kenalpasti ialah pengalaman mencari bahan sangat penting di mana saya

memperoleh maklumat yang amat banyak berkaitan dengan topik yang dipilih sama ada

melalui laman web ataupun di perpustakaan. Oleh itu saya berasakan bahawa teknik atau

strategi untuk mencari bahan telah dikuasai walaupun tidak sepenuhnya.

Walaupun begitu, saya juga dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan diri dalam

menjalankan tugasan ini. Antara kelemahan yang paling ketara yang telah dikenalpasti ialah

suka menangguhkan kerja-kerja yang diberi. Hal ini menyebabkan kerja tertimbun dan

menyukarkan saya untuk menyiapkan satu persatu. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini

saya bertindak membuat satu senarai semak kerja-kerja yang diberikan oleh pensyarah. Hal

ini membolehkan kerja-kerja saya dijalankan secara lebih tersusun dan sistematik.

Alhamdulillah, semenjak saya menggunakan senarai semak saya, banyak kerja-kerja yang

tertangguh sebelum ini telah berjaya disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.

Kelemahan lain pula yang dapat dikesan ialah kurangnya merujuk pensyarah penasihat

mengenai tugasan yang diberikan. Kami hanya berjumpa dengan pensyarah di waktu kelas

sahaja dan tidak mencari beliau di pejabat sekaligus mengurangkan kolaborasi antara siswa

guru dengan pensyarah penasihat. Hal ini pada pendapat saya amat merugikan kerana tidak

mendapat maklumat serta info yang ingin diberikan oleh pensyarah kepada saya dan ahli

kumpulan. Oleh itu, saya berikrar untuk lebih kerap untuk berkolaborasi dengan pensyarah

penasihat pada tugasan yang akan datang.

Akhir kata daripada saya, saya amat bersyukur dapat menyelesaikan tugasan ini

pada masa yang ditetapkan kerana di samping memenuhi pemarkahan kerja kursus saya,

saya juga mendapat banyak maklumat dan manfaat daripada tajuk yang telah saya dan

rakan saya jalankan pada kali ini. Ternyata ia amat berbaloi pada saya walaupun penat lelah

menyiapkan kerja kursus ini. Ilmu sangat penting di dalam kehidupan kita kerana untuk

berjaya di dunia dan di akhirat, kita memerlukan ilmu pengetahuan yang banyak. Oleh itu,

saya sering mengingatkan diri saya sendiri untuk mencari ilmu tambah-tambah lagi ilmu

keagamaan walaupun di mana saya berada kerana saya tahu ia bakal menjadi bekalan saya

di dunia dan di akhirat.

Sekian, terima kasih.