REKOD PENJAGAAN HAMSTER.docx

9
REKOD PENJAGA AN

description

hamster

Transcript of REKOD PENJAGAAN HAMSTER.docx

REKOD PENJAGAAN HAMSTER

TARIKHKETERANGANCACATAN

20 Jan 2015 Memilih dua ekor hamster, jantan dan betina untuk dipelihara. Membersihkan dan menyediakan sangkar hamster. Menamakan hamster. Setelah berbincang kami menamakan hamster sebagai Chinna kepada hamster jantan dan Chella kepada hamster betina.

22 Jan 2015 Menambah air minuman hamster. Chinna kelihatan semakin aktif dan semakin gemuk. Chella masih belum dapat menyesuaikan diri dengan rumah dan pasangan barunya. Aduka sangat pasif dan tidak memberikan sebarang respon yang baik kepada Chinna dan juga orang lain yang ingin memegangnya. Semasa sampai di bengkel, saya dapati minuman hamster telah habis lalu kami menambahnya. Aduka sememangnya seekor hamster yang sangat pasif dan sukar untuk dijinakkan. Berbeza dengan Chinna yang sangat manja dan jinak.

23 Jan 2015 Chinna dan Chella semakin membesar. Kedua-duanya aktif, namun Chella lebih gemar duduk di kawasan yang agak tersorok. Kedua-dua hamster semakin aktif dan sihat.

24 Jan 2015 Chinna masih menunjukkan minat yang kurang kepada Chella. Namun demikian, Chella semakin aktif dan sihat.

25 Jan 2015 Chinna telah mula menjadi jinak dan tidak takut lagi kepada orang-orang yang ingin memgangnya.

26 Jan 2015 Chinna semakin jinak dan kelihatan semakin gembira dengan kehidupan dan persekitaran barunya. Chinna mula menunjukkan minat kepada Chella.

27 Jan 2015 Seri didapati telah mengandung. Seri kelihatan sangat lapar. Semasa kami datang melawatnya, perutnya masih tidak kelihatan seperti bunting kerana kandungannya baru mencapai hari yang keempat. Biasanya pada hari yang kesepuluh barulah kita dapat mengenalpasti hamster itu bunting.

22 Feb 2015 Chella telah berjaya melahirkan 3 ekor anak. Chella kelihatan tetap aktif dan tidak menunjukkan sikap yang pasif. Chella juga kelihatan sangat menyayangi anak-anaknya. Chinna terpaksa dikeluarkan dan dipisahkan daripada Chinna dan anak-anak mereka. Kami tidak dapat mengenalpasti jantina anak-anak Chella kerana anak hamster yang baru lahir tidak sepatutnya diangkat kerana jika diangkat anak hamster akan menggelongsor dan akhirnya jatuh ke bawah. Chinna dikeluarkan dan ditempatkan berasingan kerana ibu hamster yang baru sahaja melahirkan memerlukan persekitaran yang tenang tanpa gangguan.

02 Feb 2015 Chella tetap menunjukkan sikapnya yang manja dan jinak walaupun telah mempunyai anak. Makanan ditambah. Chella semakin aktif dan tidak sekali menunjukkan dirinya ketegangan. Hamster yang mempunyai anak memerlukan makanan yang banyak kerana ia menyusukan anaknya.

05 Feb 2015 Usia anak-anak Chella telah mencapai 2 minggu. 2 ekor anak hamster telah membuka mata. Anak hamster berjalan-jalan di dalam sangkar. Pada ketika ini kelihatan anak-anak hamster masih mendapatkan makanan daripada ibunya.

08 Feb 2015 Kesemua anak hamster telah membuka mata dan dapat berjalan-jalan di dalam sangkar. Kelihatan Chella memberikan makanan yang terdapat didalam bekas makanan kepada anaknya. Anak-anak hamster mula belajar makan makanan yang dibekalkan iaitu, biji bunga matahari, jagung dan pelet. Kami telah mengenalpasti jantina anak hamster dan didapati hanya seekor anaknya adalah jantan dan dua lagi adalah betina. Untuk mengenalpasti jantina anak hamster kita haruslah melihat di bahagian badannya. Pada usia seminggu, deretan puting susu telah kelihatan pada perut hamster betina.

10 Feb 2015 Sangkar hamster kekurangan makanan. Usia anak hamster telah meningkat kepada 3 minggu. Anak hamster sudah boleh makan dengan sendirinya. Pada 22 Mar 2010, semua pelatih semester 5 telah memulakan praktikum di sekolah. Oleh yang demikian penjagaan hamster tidak dapat dijalankan dengan kerap dan rapi.

15 Feb 2015 Sangkar hamster sangat kotor dan berbau. Kami tidak dapat membersihkan sangkar hamster kerana kekangan masa.

20 Feb 2015 Seekor anak hamster telah mati dimakan ibunya kerana kekurangan makanan. Dua lagi anak hamster dipindahkan daripada sangkar induknya. Chella tinggal bersendirian di dalam sangkar. Ketika ini anak hamster telah berusia 4 minggu dan sudah boleh dilatih hidup berdikari.

03 Mac 2015 Kedua-dua anak hamster telah mati kerana kelaparan. Kesibukan yang melanda telah menyebabkan kami tidak dapat menjaga dan memelihara kesemua hamster kami dengan baik. Kematian ini telah menimbulkan kekesalan dalam diri kami semua.

15 Mac 2010 Membersihkan sangkar hamster yang sangat kotor. Menukarkan serabut kayu didalam sangkar. Memandikan hamster yang sangat busuk. Memasukkan kembali Chinna kedalam sangkar. Hamster kembali hidup bersama dalam suasana yang bersih dan tenang.

CARTAGANT

JANUARIFEBRUARIMARCHAPRIL

MINGGU 1MINGGU 2MINGGU 3MINGGU 4MINGGU 1MINGGU 2MINGGU 3MINGGU 4MINGGU 1MINGGU 2MINGGU 3MINGGU 4MINGGU 1MINGGU 2MINGGU3 MINGGU 4

PENYEDIAAN BAHAN SANGKARSERABUT KAYU

PERMAINAN

BEKAS MAKANAN

BOTOL MINUMAN

MAKANAN

PENYEDIAAN SANGKAR HAMSTERMENYEDIAKAN TEMPAT

MEMASUKKAN SERABUT KAYU

MEMASUKKAN BEKAS MAKANAN

MEMASUKKAN BOTOL MINUMAN

MEMASUKKAN MAKANAN DAN MINUMAN

MEMASUKKAN PERMAINAN

MEMASUKKAN HAMSTER JANTAN

MEMASUKKAN HAMSTER BETINA

PENJA-GAANBERI MAKANAN

BERI MINUMAN

PEMBERSIHAN