Malay Perancangan Penjagaan Awal · 2017. 11. 28. · Perancangan Penjagaan Awal Perancangan...

24
Perancangan Penjagaan Awal Versi 3 Panduan Pesakit Malay

Transcript of Malay Perancangan Penjagaan Awal · 2017. 11. 28. · Perancangan Penjagaan Awal Perancangan...

  • Perancangan Penjagaan Awal

    Versi 3Panduan Pesakit

    Malay

  • Khidmat Jurubahasa

    Anda boleh mendapatkan khidmat jurubahasa sekiranya memerlukan bantuan untuk bercakap dengan pihak perkhidmatan kesihatan dalam bahasa anda.

    Kami mengakui laman sesawang Office of the Public Advocate www.publicadvocate.wa.gov.au sebagai sumber maklumat yang bernilai.

    Kutipan yang disarankan Jabatan Kesihatan, Australia Barat.Perancangan Penjagaan Awal: Panduan Pesakit. Perth: Rangkaian Kanser dan Penjagaan Paliatif, Jabatan Kesihatan, Australia Barat; 2017.

    Penafian pentingMaklumat dalam Panduan ini tidak dimaksudkan sebagai maklumat lengkap. Panduan ini juga tidak dimaksudkan, dan tidak seharusnya juga, menjadi pengganti nasihat undang-undang atau nasihat profesional yang lain. Jika ada masalah undang-undang, anda patut meminta nasihat undang-undang bebas yang disesuaikan dengan situasi anda yang khusus.

    © Department of Health, State of Western Australia (2017).All information and materials in this Guide are protected by copyright. Copyright resides with the State of Western Australia. Apart from any use permitted by the Copyright Act 1968 (Cth) the information in this Guide may not be published, or reproduced in any material whatsoever, without express permission of the WA Cancer and Palliative Care Network, Western Australian Department of Health.

  • 1

    Perancangan Penjagaan Awal

    Perancangan Penjagaan Awal merupakan perbincangan berterusan antara pesakit dengan penjaga, keluarga dan profesional kesihatannya, tentang nilai hidup, kepercayaan, serta pilihan rawatan dan penjagaannya. Fokus utamanya ialah rawatan dan penjagaan yang diinginkan oleh pesakit satu hari kelak, apabila dia tidak mampu lagi membuat keputusan sendiri atau memberitahu orang lain.

    Panduan ini memberikan gambaran keseluruhan Perancangan Penjagaan Awal.

    Panduan Pesak i t

  • 2

    Perancangan Pen jagaan Awal WA Hea l th – Vers i 3

  • Panduan Pesak i t

    3

    KandunganBerbincang dengan orang yang karib 4Fikirkan dengan tenang 5Berbincang dengan doktor anda 6Pihak lain yang boleh membantu 7Maklumkan fikiran anda – tuliskan semuanya 10Hal-hal lain 13Memberitahu orang lain 14Proses keputusan bagi rawatan yang tidak mendesak 15Penerangan lanjut 16Glosari 17

  • 4

    Berbincang dengan orang yang karibTidak ramai yang selesa berbincang dengan orang yang dikasihi tentang apa yang diinginkan di penghujung hayat kelak, atau sekiranya menjadi kurang upaya. Bagi kebanyakan orang, kehilangan upaya atau penghujung hayat kita tidak selalunya terjadi seperti yang diinginkan.

    Penyakit kronik atau penyakit membawa maut dapat merampas kemampuan kita membuat keputusan tentang cara kita ingin dirawat pada tempoh-tempoh terakhir hayat. Oleh itu, mereka yang karib perlu kita maklumkan awal-awal lagi tentang apa yang kita inginkan nanti.

    Cara yang terbaik adalah berbincang dengan orang yang karib, seperti pasangan hidup, saudara-mara dan sahabat handai, tentang penjagaan dan rawatan yang kita inginkan.

    Anda mungkin mempunyai pandangan yang tegas tentang apa yang anda inginkan berlaku nanti. Beberapa persoalan yang patut difikirkan adalah:

    Apakah jenis penjagaan yang anda sukai atau yang anda tidak sukai? Adakah anda ingin disedarkan semula jika jantung atau pernafasan terhenti? Di manakah anda ingin dirawat nanti? Adakah sesuatu barang istimewa yang anda inginkan bersama anda nanti? Adakah sesuatu barang atau sesiapa yang anda tidak inginkan bersama

    anda nanti?

    Mungkin banyak fikiran dan perasaan yang tercetus apabila anda berbincang dengan orang yang dikasihi. Perbincangan itu mungkin tidak menyenangkan, tetapi pada masa yang sama boleh menjadi penyejuk hati.

    Memang lazimnya kita mengelakkan perbincangan tentang perkara yang tidak selesa. Tetapi, lambat laun masanya akan tiba untuk perbincangan itu. Buat sementara waktu mungkin kita lebih selesa mengelakkannya, tetapi akhirnya nanti kita, keluarga dan sahabat handai akan berasa risau. Jika mereka yang karib dengan kita perlu membuat keputusan besar tentang perkara-perkara yang menjejas kehidupan kita, mereka tentu berasa sangat tertekan. Berikan mereka panduan tentang apa yang benar-benar anda inginkan.

    Mungkin tiba waktunya kelak anda tidak akan dapat menyatakan apa yang anda inginkan. Maklumkan pilihan anda sekarang kepada mereka yang tersayang, supaya lebih mudah bagi mereka dan bagi anda.

    Perancangan Pen jagaan Awal WA Hea l th – Vers i 3

  • 5

    Fikirkan dengan tenangFikirkan semua pilihan penjagaan anda dan timbangkan semua keadaan. Misalnya, anda mungkin tidak boleh dijaga di rumah sekiranya kesihatan anda merosot. Oleh itu anda mungkin mahu meninjau, bersama profesional kesihatan yang merawat anda, Enduring Guardian (Penjaga Kekal) anda, atau keluarga, tentang pelbagai alternatif yang dapat dimanfaatkan.

    Sesetengah pilihan anda merupakan soal rawatan perubatan. Pilihan yang lain pula mungkin tentang perkara peribadi yang lain.

    Beberapa contoh yang perlu dipertimbangkan termasuk:

    sama ada anda mahu dijaga di rumah, di hospital, rumah rawatan atau hospis siapa yang diinginkan supaya datang melawat anda apabila sudah hilang

    upaya atau hampir di penghujung hayat bagaimana caranya kepercayaan agama atau kerohanian patut diterapkan

    dalam penjagaan anda keselesaan anda – contohnya, sama ada anda suka mandi di tab atau di

    bawah pancuran mandi, tidur dengan lampu dihidupkan atau dimatikan masalah praktikal, misalnya siapa yang akan menjaga haiwan kesayangan

    anda menulis wasiat dan/atau memaklumkan di mana disimpan memaklumkan apa-apa butiran atau keinginan anda dalam soal

    pengebumian barang-barang yang anda inginkan bersama anda apabila hilang upaya atau

    menghampiri hujung hayat: gambar kegemaran pakaian atau barang kebiasaan atau kegemaran yang bermakna bagi anda pilihan muzik yang anda sukai

    pesanan peribadi kepada keluarga dan sahabat handai keputusan rawatan yang anda sukai dan yang anda tidak sukai perkara-perkara yang anda tidak inginkan.

    Inilah masanya untuk berhenti sejenak, berfikir dan berbincang. Mungkin berguna juga anda mengumpulkan penerangan daripada profesional kesihatan, keluarga dan sahabat handai, serta sumber lain seperti penasihat agama, kaunselor, kumpulan sokongan ataupun internet.

    Panduan Pesak i t

  • 6

    Berbincang dengan doktor andaAnda telah berbincang dengan keluarga, sahabat handai dan/atau Penjaga Kekal, serta menyatakan keinginan anda. Sekarang pilihan-pilihan itu perlu disampaikan kepada doktor dan/atau profesional kesihatan lain yang merawat anda.

    Berterus teranglah dengan para profesional kesihatan tersebut. Mereka sedia membantu dan mereka menghargai arahan yang jelas tentang penjagaan anda di masa akan datang. Bawalah seorang teman penyokong jika mahu.

    Jika belum mengetahui apa ertinya penyakit yang anda hidapi, bertanyalah kepada profesional kesihatan yang merawat anda.

    Beberapa persoalan untuk dipertimbangkan tentang penyakit anda:

    Bagaimanakah anda akan terjejas olehnya? Apakah kesan rawatan yang mungkin diberikan? Apakah penjagaan paliatif yang tersedia?

    Inilah masanya untuk memberitahu profesional kesihatan yang merawat anda apa pandangan dan perasaan anda sendiri serta pilihan rawatan yang ada, misalnya:

    Adakah anda ingin disedarkan semula sekiranya jantung terhenti? Adakah anda ingin disuapkan makanan atau diberikan bendalir melalui drip? Adakah anda ingin menderma organ-organ anda?

    Inilah masanya untuk berbincangdan menyiapkan rancangan

    Perancangan Pen jagaan Awal WA Hea l th – Vers i 3

  • Panduan Pesak i t

    7

    Pihak lain yang boleh membantuAnda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Perancangan Penjagaan Awal dengan berbincang dengan profesional kesihatan atau melalui laman sesawang yang berkenaan.

    Ada kalanya, sudut pandangan yang berbeza boleh membantu anda menyiapkan Rancangan Penjagaan Awal anda.

    Di sini ada beberapa badan yang sedia membantu:

    Office of Multicultural Interest (Pejabat Berbilang Budaya)Gordon Stephenson House 140 William Street, PERTH WA 6000 Telefon: (08) 6551 8700 Perkhidmatan Penterjemahan dan Jurubahasa (TIS) Telefon: 13 14 50 E-mel: [email protected] Laman sesawang: www.omi.wa.gov.au

    Carers WA (Badan Perkhidmatan Penjaga WA)182 Lord Street, PERTH WA 6000 Telefon: (08) 1300 227 377 E-mel: [email protected] Laman sesawang: www.carersaustralia.com.au

    Palliative Care WA Inc (Badan Penjagaan Paliatif WA)15 Bedbrook Place, SHENTON PARK WA 6008 Telefon: 1300 551 704 E-mel: [email protected] Laman sesawang: www.palliativecarewa.asn.au

    Cancer Council WA (Majis Kanser WA)420 Bagot Road, SUBIACO WA 6008 Telefon: 13 11 20 Laman sesawang: www.cancerwa.asn.au

  • 8

    Health Consumers’ Council Western Australia (Majlis Pengguna Kesihatan WA)Unit 6 Wellington Fair, 40 Lord Street, EAST PERTH WA 6004 Telefon: 1800 620 780 E-mel: [email protected] Laman sesawang: www.hconc.org.au

    Organ Donation (Pendermaan Organ)DonateLife Western Australia Suite 3, 311 Wellington Street, PERTH WA 6000 Telefon: (08) 9222 0222 E-mel: [email protected] Laman sesawang: www.donatelife.gov.au

    Ethnic Disability Advocacy Centre (Pusat Advokasi Kurang Upaya Etnik)320 Rokeby Road SUBIACO WA 6008 Telefon: (08) 9388 7455 Panggilan percuma: 1800 659 921 E-mel: [email protected] Laman sesawang: www.edac.org.au

    Perancangan Pen jagaan Awal WA Hea l th – Vers i 3

  • 9

    Panduan Pesak i t

  • 10

    Maklumkan fikiran anda – tuliskan semuanyaApabila sudah jelas apa yang anda inginkan dari segi rawatan, penjagaan dan urusan peribadi kelak, anda disarankan supaya menuliskan semuanya.

    Proses Perancangan Penjagaan Awal mungkin mengenal pasti pelbagai dokumen yang perlu dilengkapkan supaya pilihan-pilihan anda itu direkodkan dengan betul dan mungkin (atau mesti) diikuti apabila tiba masanya kelak.

    Sila pertimbangkan dokumen mana yang diperlukan dalam situasi anda.

    Arahan Perubatan Awal (AHD)Advance Health Directive (Arahan Perubatan Awal - AHD) merupakan borang yang diiktiraf di sisi undang-undang (di bawah Guardianship and Administration Act 1990). Borang ini mengandungi keputusan seseorang sama ada mengizinkan ataupun tidak mengizinkan rawatan atau prosedur penjagaan kesihatan tertentu, termasuk langkah-langkah untuk mengekalkan hayat dan penjagaan paliatif.

    Untuk membuat AHD, anda mestilah:

    berumur 18 tahun ke atas mempunyai keupayaan penuh di sisi undang-undang. Keputusan rawatan

    yang terkandung dalam AHD akan dikuatkuasakan hanya atau apabila anda tidak mampu membuat keputusan yang munasabah tentang rawatan apabila diperlukan. Dalam keadaan itu dan tertakluk pada beberapa batasan, profesional kesihatan mestilah memberikan atau tidak memberikan rawatan mengikut pilihan anda seperti dinyatakan dalam AHD.

    Sekiranya anda ingin membuat keputusan rawatan yang mengikat di sisi undang-undang, anda disarankan membuat AHD.

    Borang AHD boleh didapati dengan:

    1. Memuat turun dan mencetaknyawww.health.wa.gov.au/advancecareplanning

    2. E-mel: [email protected]

    Anda juga boleh mendapatkan salinan borang atau penerangan lanjut dengan menghubungi wakil WA Cancer and Palliative Care Network (WACPCN) di Department of Health, talian (08) 9222 2300.

    Perancangan Pen jagaan Awal WA Hea l th – Vers i 3

  • 11

    Surat Kuasa Penjagaan KekalPilihan lain yang boleh anda fikirkan ialah Enduring Power of Guardianship (Surat Kuasa Penjagaan Kekal - EPG). EPG merujuk kepada kuasa penjagaan dan juga borang yang merekodkan secara rasmi kuasa tersebut, seperti diiktiraf oleh undang-undang (di bawah Guardianship and Administration Act 1990). EPG memberi kuasa kepada orang pilihan anda untuk membuat keputusan penting bagi pihak anda dari segi peribadi, gaya hidup dan rawatan, sekiranya anda tidak mampu membuat keputusan itu sendiri. Orang ini disebut Enduring Guardian (Penjaga Kekal).

    Sebagai contoh, anda boleh memberi kuasa kepada Penjaga Kekal untuk membuat keputusan tempat tinggal, perkhidmatan sokongan yang boleh digunakan dan rawatan yang anda terima.

    Seorang Penjaga Kekal tidak boleh diberikan kuasa untuk membuat keputusan hartanah atau kewangan bagi pihak anda. Perkara-perkara ini boleh diuruskan melalui Enduring Power of Attorney (Surat Kuasa Wakil Kekal). Lihat di bawah.

    Untuk membuat EPG, anda mestilah:

    berumur 18 tahun ke atas mempunyai keupayaan penuh di sisi undang-undang.

    Orang yang dilantik sebagai Penjaga Kekal juga mestilah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai keupayaan penuh di sisi undang-undang.

    Anda boleh melantik lebih daripada seorang Penjaga Kekal untuk menjadi Penjaga Kekal bersama. Tetapi mereka mestilah bertindak secara bersama-sama, ertinya sepakat tentang apa-apa keputusan yang dibuat bagi pihak anda.

    Bidang kuasa yang diberikan kepada Penjaga Kekal ditentukan oleh anda semasa membuat EPG.

    Penjaga Kekal tidak boleh membuat keputusan tentang hal-hal yang ditentukan dalam AHD. Dapatkan penerangan lanjut tentang Penjaga Kekal dengan menelefon Office of the Public Advocate (Pejabat Pembela Raya) di talian 1300 858 455 atau melalui laman sesawang: www.publicadvocate.wa.gov.au

    Panduan Pesak i t

  • 12

    Rancangan Penjagaan Awal Rancangan Penjagaan Awal merupakan rekod perbincangan tentang perancangan penjagaan awal anda, serta menyatakan keinginan anda kepada para penjaga kelak. Rancangan Penjagaan Awal mungkin merangkumi butir-butir pilihan peribadi yang tidak termasuk dalam dokumen rasmi lain yang tersebut di atas. Apa-apa permintaan atau pesanan khas boleh direkodkan di sini sebagai panduan berguna untuk mereka yang terlibat dalam penjagaan anda dan yang menguruskan pelbagai hal untuk anda.Hal ini termasuk pilihan peribadi yang tidak semestinya berkaitan dengan kesihatan atau rawatan, sebagai panduan bagi profesional kesihatan, Penjaga Kekal dan/atau keluarga anda tentang cara anda ingin dirawat dan apa-apa permintaan atau mesej khas. Misalnya: di mana anda ingin dijaga siapa yang diinginkan datang melawat anda muzik kegemaran anda.

    Anda boleh membuat Perancangan Penjagaan Awal dengan mengisi borang yang dilampirkan dalam panduan ini.

    Wasiat perubatanIstilah ‘living will’ (wasiat perubatan) merujuk kepada rekod yang menerangkan kemahuan seseorang tentang keputusan penjagaan kesihatannya pada masa akan datang, misalnya sama ada dia membenarkan atau tidak membenarkan sesuatu rawatan khusus yang dijangka akan menjadi persoalan kelak. Wasiat perubatan mula berkuat kuasa apabila pembuatnya tidak lagi mampu membuat keputusan penjagaan kesihatan atau memaklumkan keputusan itu.Wasiat perubatan mungkin termasuk: AHD yang diiktiraf secara rasmi di sisi undang-undang dan mengikat semua

    orang yang bertanggungjawab bagi penjagaan pesakit Arahan undang-undang lazim (Common law directives - CLD), iaitu

    komunikasi bertulis atau lisan yang membentangkan pilihan seseorang tentang rawatan kesihatan yang patut diberikan atau tidak diberikan dalam keadaan tertentu. Tiada syarat rasmi berkaitan arahan ini. Tetapi, agak sukar untuk menentukan sama ada sesuatu CLD itu sah di sisi undang-undang dan boleh dipatuhi. Atas sebab ini, CLD tidak disarankan.

    Jika ada pilihan rawatan khusus yang ingin dilaksanakan apabila anda hilang keupayaan membuat keputusan, anda disarankan supaya membuat AHD.

    Perancangan Pen jagaan Awal WA Hea l th – Vers i 3

  • 13

    Hal-hal lainSambil membuat keputusan sebagai persiapan untuk hilang keupayaan dan/atau penghujung hayat, mungkin wajar juga anda mengaturkan hal-hal lain.Misalnya, anda boleh melantik orang yang akan mengendalikan urusan hartanah dan kewangan sekiranya anda tidak dapat melakukannya sendiri. Untuk itu, anda memerlukan dokumen rasmi yang disebut Enduring Power of Attorney (Surat Kuasa Wakil Kekal - EPA). Penerangan lanjut tentang EPA boleh didapati daripada Office of the Public Advocate (Pejabat Pembela Raya) (lihat butir-butir hubungan di halaman 16).Jika belum membuat wasiat, penting anda melakukannya supaya harta benda dan hartanah anda boleh dibahagikan seperti yang anda kehendaki selepas meninggal dunia. EPA tidak meliputi aspek ini. Wasiat perlu dikaji dan disemak semula dari semasa ke semasa jika keadaan yang relevan telah berubah (misalnya perceraian, kematian wasi atau waris). Pihak Office of the Public Trustee (Pejabat Pemegang Amanah Raya) mungkin dapat membantu urusan rasminya dan/atau menyarankan sumber-sumber berkaitan (lihat butir-butir hubungan di halaman 16).

    Panduan Pesak i t

  • 14

    Perancangan Pen jagaan Awal WA Hea l th – Vers i 3

    Memberitahu orang lainApabila keputusan penjagaan anda dimaklumkan kepada orang lain, anda berpeluang membincangkan keputusan tersebut dengan mereka yang karib.

    Jika anda telah melengkapkan dokumen Perancangan Penjagaan Awal (misalnya Arahan Perubatan Awal AHD, Rancangan Penjagaan Awal atau Surat Kuasa Penjagaan Kekal EPG), mereka yang rapat dengan anda dan yang terlibat dalam penjagaan anda perlu tahu anda telah melakukannya, dan di mana dokumen itu disimpan. Satu salinan dokumen itu perlu disediakan untuk mereka yang penting.

    Ingat, orang lain tidak akan tahu apa yang anda kehendaki jika anda tidak memberitahu mereka.

    Anda juga boleh menimbangkan untuk:

    memberikan satu salinan kepada profesional kesihatan dan/atau Doktor Umum anda serta hospital tempat anda sering mendapatkan rawatan

    menyimpan kad peringatan, seperti kad peringatan AHD, dalam dompet untuk memberitahu profesional kesihatan di mana salinan boleh didapati

    mendaftar dengan Medic Alert www.medicalert.org.au Telefon 1800 882 222

    mendaftar dengan My Health Record www.myhealthrecord.gov.au Telefon 1800 723 471

    memberitahu mereka yang karib di mana anda menyimpan salinan dokumen supaya mereka boleh mendapatkannya dengan mudah (misalnya, pada pintu peti sejuk atau di tempat anda biasa meletakkan bil yang belum dibayar)

    menyenaraikan semua orang yang mempunyai salinan dokumen Perancangan Penjagaan Awal anda pada satu-satu masa.

  • Panduan Pesak i t

    15

    Arahan Perubatan Awal (AHD)Keputusan mesti dibuat selaras dengan AHD kecuali keadaan telah

    berubah atau tidak dijangka oleh pembuatnya.

    Penjaga Kekal yang diberi kuasa

    Penjaga yang diberi kuasa

    Suami isteri atau pasangan hidup

    Anak yang dewasa

    Ibu bapa

    Adik-beradik

    Penjaga utama yang tidak diupah

    Orang lain yang mempunyai hubungan peribadi yang karib

    Hierarki pembuat keputusan

    Proses keputusan bagi rawatan yang tidak mendesakJika berumur 18 tahun ke atas dan mampu membuat keputusan sendiri, anda boleh membuat keputusan tentang rawatan anda (membenarkan atau tidak membenarkan sesuatu rawatan). Jika tidak mampu membuat keputusan untuk diri sendiri dan memerlukan rawatan yang tidak mendesak, keputusan rawatan akan didasarkan pada ‘hierarki pembuat keputusan’ yang tertera di bawah.

    Jika tiada AHD yang sesuai atau sah, profesional kesihatan akan meminta keputusan rawatan daripada orang pertama dalam senarai ini yang berumur 18 tahun ke atas, berkemampuan penuh di sisi undang-undang dan sanggup membuat keputusan. Orang ini juga disebut ‘orang yang bertanggungjawab’.

    Jika rawatan mendesak diperlukan untuk menyelamatkan nyawa atau mencegah kesakitan yang tidak perlu, rawatan boleh diberikan tanpa meminta kebenaran. Tetapi, kebenaran diperlukan untuk rawatan yang berterusan.

  • 16

    Perancangan Pen jagaan Awal WA Hea l th – Vers i 3

    Penerangan lanjutUntuk mendapatkan penerangan lanjut tentang mana-mana dokumen di bawah, anda boleh menghubungi pihak yang berikut:

    Advance Health Directive (Arahan Perubatan Awal) Department of Health – Office of the Chief Medical Officer Telefon: (08) 9222 2300 E-mel: [email protected] Laman sesawang: www.health.wa.gov.au/advancecareplanning atau www.healthywa.wa.gov.au/advancecareplanning Alamat Pos: PO Box 8172, Perth Business Centre, PERTH WA 6849(Alamat internet di atas termasuk akses kepada sumber ePembelajaran kendiri)

    Enduring Power of Guardianship (Surat Kuasa Penjagaan Kekal) Office of the Public AdvocateTelefon: 1300 858 455; TTY: 1300 859 955 E-mel: [email protected] Laman sesawang: www.publicadvocate.wa.gov.au Alamat Pos: PO Box 6293, EAST PERTH WA 6892

    Enduring Power of Attorney (Surat Kuasa Wakil Kekal) Office of the Public AdvocateTelefon: 1300 858 455; TTY: 1300 859 955 E-mel: [email protected] Laman sesawang: www.publicadvocate.wa.gov.au Alamat Pos: PO Box 6293, EAST PERTH WA 6892

    Will (Wasiat)Office of the Public TrusteeTelefon: 1300 746 116 (Wills, Deceased Estates and EPA) 1300 746 212 (Administration and Represented Persons) E-mel: [email protected] Laman sesawang: www.publictrustee.wa.gov.au

  • Panduan Pesak i t

    17

    GlosariDalam panduan ini, istilah-istilah berikut mempunyai makna yang dinyatakan:Perancangan Penjagaan Awal (Advance Care Planning)Perancangan Penjagaan Awal merupakan perbincangan berterusan antara pesakit dengan penjaga, keluarga dan profesional kesihatannya, tentang nilai hidup, kepercayaan, serta pilihan rawatan dan penjagaannya. Fokus utama ialah rawatan dan penjagaan yang diinginkan pesakit itu satu hari kelak, apabila dia tidak mampu lagi membuat keputusan sendiri atau memberitahu orang lain.Keupayaan penuh di sisi undang-undang (Full legal capacity)Keupayaan untuk mengikat perjanjian rasmi dan untuk memahami kesan pernyataan yang terkandung dalam perjanjian itu.Profesional kesihatanPengamal sesuatu disiplin atau profesion dalam bidang kesihatan yang melibatkan penggunaan ilmu pengetahuan, termasuk ahli profesion yang didefinisikan secara khusus dalam undang-undang.Langkah pengekalan hayat (Life sustaining measure)Prosedur perubatan, pembedahan atau kejururawatan yang menggantikan fungsi penting tubuh yang tidak mampu bekerja sendiri. Termasuk bantuan pengudaraan dan resusitasi kardiopulmonari.Wasiat perubatan (Living will)Istilah ‘living will’ kadangkala digunakan bagi rekod yang menerangkan kemahuan seseorang tentang keputusan penjagaan kesihatannya pada masa akan datang.Penjagaan paliatifPenjagaan paliatif bererti prosedur perubatan, pembedahan atau kejururawatan bagi melegakan kesakitan, ketidakselesaan atau penderitaan, tetapi bukan mengekalkan hayat.Penyakit membawa mautPenyakit atau masalah perubatan yang berkemungkinan membawa ke akhir hayat. Fasa akhir hayat bagi penyakit membawa maut merupakan fasa tiada harapan sebenar untuk sembuh atau redanya simptom (buat sementara waktu atau kekal).RawatanApa-apa rawatan perubatan, pembedahan atau pergigian atau penjagaan kesihatan yang lain, termasuk langkah pengekalan hayat atau penjagaan paliatif.Keputusan rawatanKeputusan untuk membenarkan atau tidak membenarkan rawatan supaya dimulakan atau diteruskan pada pesakit.

  • 18

    Nota

    Perancangan Pen jagaan Awal WA Hea l th – Vers i 3

  • 19

    Nota

    Panduan Pesak i t

  • 20

    Perancangan Pen jagaan Awal WA Hea l th – Vers i 3

    Nota

  • Produced by WA Cancer and Palliative Care Network© Department of Health 2017Copyright to this material is vested in the State of Western Australia unless otherwise indicated. Apart from any fair dealing for the purposes of private study, research, criticism or review, as permitted under the provisions of the Copyright Act 1968, no part may be reproduced or re-used for any purposes whatsoever without written permission of the State of Western Australia. WC

    P-0

    1258

    6 JU

    L’17

    Dokumen ini boleh disediakan dalam format alternatif jika diminta untuk orang kurang upaya.