Report e commerce1

19
[Social Software Initiative in Tanjong Malim] 1.0 PENGENALAN Sistem e-Dagang merupakan salah satu teknologi internet yang berkembang pesat seiring dengan dunia tanpa sempadan. Sistem e- Dagang yang juga dikenali sebagai sistem e-Commerce adalah sistem laman web jual beli di internet yang melakukan penyebaran, pembelian, penjualan dan pemasaran melalui saluran internet. Menurut Kent dan Kenneth (1980) dalam “E-dagang Menurut Perspektif Islam” oleh Dr.Nik Rahim, e-Dagang boleh didefinisikan sebagai satu bentuk sistem pembayaran yang mana proses serta komunikasi yang berlaku di antara kedua belah pihak (penjual dan pembeli) memberi kesan dari sudut ekonomi dan memberi kesan kepada pengeluaran, pengedaran atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan ekonomi berlandaskan kepada elektronik. Transaksi yang dijalankan melalui cara ini membuka peluang kepada para peniaga serta pelanggan untuk menjalankan perniagaan serta mendapatkan produk yang mereka inginkan dengan lebih cepat serta efektif. Perisian sosial pula merupakan merangkumi alat-alat yang membolehkan seseorang dapat berhubung dengan lebih mudah di antara satu sama lain di atas talian, seperti wireless, mengakses internet dan peranti mobile. Tom Coetes, seorang blogger dan pekerja Yahoo, telah mencipta salah satu definisi yang paling KEDAI KEK DAN ROTI DELICIOUS CAFE | 1

Transcript of Report e commerce1

Page 1: Report e commerce1

[ ]

1.0 PENGENALAN

Sistem e-Dagang merupakan salah satu teknologi internet yang berkembang pesat seiring dengan

dunia tanpa sempadan. Sistem e-Dagang yang juga dikenali sebagai sistem e-Commerce

adalah sistem laman web jual beli di internet yang melakukan penyebaran, pembelian, penjualan

dan pemasaran melalui saluran internet. 

Menurut Kent dan Kenneth (1980) dalam “E-dagang Menurut Perspektif Islam” oleh

Dr.Nik Rahim, e-Dagang boleh didefinisikan sebagai satu bentuk sistem pembayaran yang mana

proses serta komunikasi yang berlaku di antara kedua belah pihak (penjual dan pembeli)

memberi kesan dari sudut ekonomi dan memberi kesan kepada pengeluaran, pengedaran atau

apa-apa perkara yang berkaitan dengan ekonomi berlandaskan kepada elektronik.

Transaksi yang dijalankan melalui cara ini membuka peluang kepada para peniaga serta

pelanggan untuk menjalankan perniagaan serta mendapatkan produk yang mereka inginkan

dengan lebih cepat serta efektif.

Perisian sosial pula merupakan merangkumi alat-alat yang membolehkan seseorang dapat

berhubung dengan lebih mudah di antara satu sama lain di atas talian, seperti wireless,

mengakses internet dan peranti mobile. Tom Coetes, seorang blogger dan pekerja Yahoo, telah

mencipta salah satu definisi yang paling mudah iaitu “perisian sosial boleh ditakrifkan sebagai

perisian bebas yang menyokong, memperluaskan, atau mendapatkan nilai daripada perkongsian

muzik, perkongsian gambar, rangkaian sosial dan sebagainya.

| 1

Page 2: Report e commerce1

[ ]

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Komuniti di Tanjung Malim terdiri daripada pekerja kerajaan, swasta dan tempatan. Oleh kerana

itu terdapat banyak perniagaan yang dijalankan di komuniti ini. Namun, kebanyakan perniagaan

yang dijalankan di Tanjung Malim tidak terdedah dengan penggunaan perisian sosial untuk

menjalankan perniagaan. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui perisian sosial yang boleh

digunakan untuk diperkenalkan kepada pemilik kedai dan masalah yang dihadapi oleh pemilik

kedai untuk mempromosikan produk mereka. Pernyataan masalah bagi kajian ini ialah:

i. Meluaskan lagi perniagaan memandangkan permintaan yang tinggi dari

pelanggan.

ii. Memudahkan pelanggan membuat tempahan tanpa perlu ke kedai untuk membuat

tempahan.

iii. Memudahkan pihak pengurusan kedai membuat promosi.

iv. Menjimatkan masa dan kos.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:

i. Memperkenalkan penggunaan e-Dagang kepada pihak kedai.

ii. Membantu dalam mempromosikan produk yang dikeluarkan oleh kedai

berkenaan.

iii. Membantu pihak kedai memudahkan pengurusan kedai.

| 2

Page 3: Report e commerce1

[ ]

4.0 LATAR BELAKANG KEDAI

Kedai ini dimiliki oleh pasangan suami isteri iaitu Lim Jing Yang dan Sylvia Wong. Kedai ini

terletak di Taman Loke Yew, iaitu di pekan Tanjung Malim. Kedai ini telah diusahakan sejak

beberapa tahun dahulu. Kedai ini memulakan operasinya seawal 9 pagi dan menutup premisnya

pada pukul 9 malam.

Rajah 1: Kedai Kek & Roti Delicious Cafe

| 3

Page 4: Report e commerce1

[ ]

5.0 PRODUK YANG DIJUAL

Kedai Kek dan Roti Delicious Café merupakan sebuah kedai yang menjual dan menerima

tempahan untuk membuat kek dan roti. Kedai ini menjual pelbagai jenis kek dan roti. Rajah 2

menunjukkan antara kek-kek yang dijual di Kedai Kek dan Roti Delicious Café.

Rajah 2: Kek yang dijual di Kedai Kek dan Roti Delicious Cafe

Antara kek yang terdapat di Kedai Kek dan Roti Delicious Café adalah seperti kek

pertunangan atau perkahwinan, kek hari jadi dan kek untuk majlis-majlis khas. Berikut

merupakan contoh kek hari jadi dan perkahwinan yang dijual oleh Delicious Café.

Rajah 3: Kek Hari Jadi

| 4

Page 5: Report e commerce1

[ ]

Rajah 4: Kek Perkahwinan

Selain itu, jenis roti yang dijual di dalam kedai ini pula adalah seperti donat, chicken

floss, read bean bun, pizza bun dan sebagainya.

Rajah 5: Roti yang terdapat di Kedai Kek dan Roti Delicious Cafe

| 5

Page 6: Report e commerce1

[ ]

Memandangkan kedai ini merupakan satu-satunya kedai berbangsa Cina yang mendapat

pengesahan sijil halal daripada pihak Jabatan Agama Islam maka kedai ini telah menjadi

tumpuan bukan sahaja dari kaum Cina, malah kaum Melayu yang beragama Islam juga tidak

ragu-ragu untuk membeli dan menempah kek dari kedai ini.

Oleh kerana permintaan yang tinggi dan sering mendapat tumpuan, maka kedai ini

menjadi salah sebuah kedai yang mempunyai pelanggan yang ramai. Oleh kerana itu, kami telah

memilih kedai ini untuk membantu dalam memperkenalkan penggunaan e-Dagang bagi

memajukan lagi perniagaan kedai tersebut.

6.0 PENGUMPULAN MAKLUMAT

Dalam melaksanakan tugasan ini kami terlebih dahulu melakukan pemerhatian untuk memilih

kedai yang bersesuaian untuk membantu dalam mengimplementasikan penggunaan e-Dagang

kepada kedai berkenaan. Setelah mendapat kedai yang dikehendaki proses pengumpulan

maklumat dijalankan. Kami telah mengumpulkan maklumat dengan cara melakukan tinjauan dan

temubual kepada pemilik kedai dan pelanggan kedai tersebut.

Melalui tinjauan yang dilakukan kami mendapati kedai ini mempunyai pelanggan yang

ramai. Oleh kerana hanya terdapat seorang sahaja yang bekerja di kedai ini termasuk pemilik

kedai dan pemilik kedai juga yang menyiapkan tempahan maka pengurusan kedai ini tidak

terurus dengan baik. Pemilik kedai ini terpaksa melayan pelanggan yang ingin membuat

tempahan, mengambil tempahan di samping menyiapkan tempahan.

Kami juga telah menjalankan temubual dengan pemilik kedai berkenaan. Pemilik kedai

berkenaan telah menceritakan masalah yang dihadapi di samping berbesar hati dengan cadangan

kami untuk membantu dalam mengimplementasikan e-dagang di kedai tersebut.

| 6

Page 7: Report e commerce1

[ ]

7.0 PEMILIHAN E-DAGANG

Berdasarkan masalah yang dihadapi kami telah membuat keputusan untuk membangunkan blog

dan menggunakan Facebook bagi tujuan mempromosikan kedai ini dan membantu pihak kedai

dan pelanggan dalam urusan penempahan.

7.1 BLOG

Blog adalah salah satu laman web yang kebiasaannya diuruskan oleh seseorang individu atau

organisasi tertentu untuk memaparkan penulisan, deskripsi, atau satu bahan grafik mahupun

video. Selalunya blog mengandungi komen, berita, perkongsian maklumat serta diari

persendirian secara online. Blog juga merupakan kombinasi sesebuah teks, gambar, video, mp3

dan ‘link’ dari satu blog ke blog, laman web lain, dan antara media yang ingin di sampaikan.

Format yang paling penting untuk sesebuah blog, pembaca selalunya boleh meninggalkan

komen.

Rajah 6: Blog Kedai Kek dan Roti Delicious Cafe

| 7

url:http://www.delicious-cafe.blogspot.com

Page 8: Report e commerce1

[ ]

Tujuan pemilihan blog sebagai aplikasi e-dagang untuk kedai ini adalah bagi tujuan

promosi. Promosi bagi kedai ini bertujuan untuk memperkenalkan produk baru yang dihasilkan

dan bertujuan untuk memberi penerangan tentang jenis produk serta tempat untuk mendapatkan

produk tersebut. Selain itu, tujuan promosi melalui blog ini adalah untuk memujuk serta

mempengaruhi pengguna untuk membeli produk yang disediakan.

Rajah 7: Contoh promosi melalui blog

Melalui blog juga, jika pengguna melayari blog Kedai Kek dan Roti Delicious Cafe dan

berminat terhadap promosi atau produk terkini yang akan disediakan di blog ini, pengguna boleh

klik pada butang ‘Like’ yang disediakan dan secara automatik pengguna akan mendapat info

terkini mengenai Kedai Kek dan Roti Delicious Cafe melalui akaun Facebook pengguna. Ini

akan membantu proses promosi yang dilakukan kerana setiap masukan terbaru yang dimasukkan

di blog akan diketahui oleh pengguna yang telah klik pada butang ‘Like’ tersebut.

| 8

Page 9: Report e commerce1

[ ]

Rajah 8: Butang ‘Like’

Melalui blog ini juga pelanggan boleh berinteraksi melalui ruangan chat yang disediakan

untuk mengemukakan sebarang pertanyaan atau pandangan dan sebagainya.

Rajah 9: Ruangan chat

Selain itu, pelanggan juga boleh membuat tempahan di bahagian komen yang disediakan

jika pelanggan berminat terhadap mana-mana kek yang dipaparkan.

Rajah 10: Ruangan komen

7.2 FACEBOOK

| 9

Page 10: Report e commerce1

[ ]

Facebook merupakan salah satu layanan jaringan internet yang percuma dimana kita dapat

membentuk rangkaian dengan mengundang rakan-rakan kita untuk join bersama-sama. Kita juga

mengenali rakan lain dengan menggunakan layanan ini. Dari jaringan yang kita bentuk, kita

dapat mengetahui apa yang dilakukan dan banyak lagi fasiliti yang yang lain.

Rajah 11: Facebook Kedai Kek dan Roti Delicious Cafe

Pemilihan facebook sebagai aplikasi e-dagang untuk kedai ini adalah kerana penggunaan

facebook mampu menarik banyak pelanggan. Ini kerana facebook adalah sejenis alat komunikasi

yang paling popular dan ramai menggunakannya. Promosi produk melalui facebook

membolehkan peniaga berkomunikasi dengan pelanggannya dan orang ramai dengan lebih

mudah dan berkesan.

Rajah 12: Promosi yang dilakukan melalui Facebook

| 10

Page 11: Report e commerce1

[ ]

Selain itu, penggunaan facebook boleh menjimatkan kos. Ini kerana penggunaan

facebook tidak dikenakan sebarang bayaran. Penggunaan facebook juga membolehkan pengguna

facebook yang lain membaca status terkini yang di pos di Wall.

Rajah 13: Status terkini yang dipaparkan di Wall pengguna Facebook

8.0 PENYEPADUAN

| 11

Page 12: Report e commerce1

[ ]

E-dagang semakin meluas digunakan di kalangan masyarakat Internet. E-dagang turut diakui

oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan

dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan dan menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis

perniagaan.

Penggunaan e-dagang oleh Kedai Kek dan Roti Delicious Café dapat membantu

mengintegrasikan pandangan pengguna, cadangan, penempahan dan sebagainya untuk

meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.  Sebagai contohnya pelanggan boleh

membuat tempahan pembelian menerusi e-dagang sama ada melalui Facebook mahupun blog

tanpa pergi ke kedai tersebut. Pemilik kedai pula akan terus merekodkan tempahan pengguna.

Dengan ini akan menjimatkan masa dan kos pengguna untuk ke kedai tersebut. Ini akan

membantu pemilik kedai dapat menguruskan kedainya dengan baik walaupun mempunyai

seorang pekerja.

Selain itu, penyepaduan daripada segi perisian sosial yang di bina juga terdapat dalam

kajian kami. Contohnya di Facebook Kedai Kek dan Roti Delicious Café, kami menyediakan

link untuk terus ke blog Kedai Kek dan Roti Delicious Café. Pelanggan akan dapat terus

berhubung dengan blog ini samaada ingin meninggalkan komen mengenai kelemahan atau

kelebihan blog ini supaya kami dapat melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

9.0 KESIMPULAN

| 12

Page 13: Report e commerce1

[ ]

Kesimpulannya, kumpulan kami telah berjaya membina Facebook serta blog untuk tujuan

mempromosikan kek dan roti di Kedai Kek dan Roti Delicious Café. Selain itu, dengan adanya

perisian sosial seperti Facebook dan blog, kami dapat membantu pihak kedai memudahkan

pengurusan kedai seperti membuat tempahan kek dan roti secara atas talian, tanpa pelanggan

perlu bersusah payah serta membazir masa untuk pergi ke kedai tersebut.

Pemilik Kedai Kek dan Roti Delicious Café iaitu Lim Jing Yang sangat berpuas hati dan

suka akan Facebook dan blog yang dibina. Mereka berkata dari semasa ke semasa mereka akan

mengemaskini maklumat harga kek dan roti untuk memudahkan pelanggan mendapatkan

maklumat terbaru mengenai kek dan roti melalui Facebook ataupun blog yang telah dibina.

Pelanggan boleh membuat tempahan pada bila-bila masa sahaja tidak kira masa atau tempat

secara atas talian. Di samping itu, pelanggan juga boleh meninggalkan sebarang komen ataupun

aduan di dalam blog ataupun Facebook mengenai Kedai Kek dan Roti Delicious Café ini supaya

blog ini boleh membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Permintaan yang tinggi daripada pelanggan membuatkan kami berinisiatif

membangunkan Facebook serta blog untuk meluaskan lagi perniagaan Kedai Kek dan Roti

Delicious Café ini. Secara keseluruhannya, dengan terbinanya Facebook serta blog Kedai Kek

dan Roti Delicious Café ini, sedikit sebanyak ia dapat membantu perniagaan daripada segi

promosi, penempahan serta secara tidak langsung ia juga dapat menyelesaikan segala masalah

yang di hadapi oleh perniagaan Kedai Kek dan Roti Delicious Café sebelum ini.

10.0 REFLEKSI

| 13

Page 14: Report e commerce1

[ ]

Sepanjang kami menjalankan projek ini, banyak ilmu atau maklumat yang telah kami perolehi

untuk mengembangkan sesuatu perniagaan dengan memperkenalkan model perniagaan baru

yang menggunakan perniagaan di atas talian untuk mencapai sasaran pelanggan yang lebih luas.

Sebelum ini, Kedai Kek dan Roti Delicios Cafe tidak pernah membangunkan perisian sosial

untuk mempromosikan kek dan roti mereka. Mereka hanya bergantung semata-mata pada kedai

tersebut untuk mempromosikan kek dan roti mereka Selain itu, sasaran pengguna yang akan

berkunjung ke kedai kek dan roti tersebut juga adalah terhad iaitu di sekitar kawasan Tanjung

Malim sahaja.

Memandangkan Kedai Kek dan Roti Delicious Cafe mempunyai pelanggan yang ramai

dan berpotensi untuk berkembang dengan lebih maju, kami telah mencadangkan kepada pemilik

kedai tersebut untuk mempromosikan perniagaan mereka melalui internet. Pada peringkat

permulaan kami menyatakan untuk mempromosikan kedai mereka melalui YouTube dan

mendapat maklum balas yang baik daripada pemilik kedai. Mereka sangat bersetuju dengan

cadangan tersebut.

Setelah itu, pada peringkat kedua pula kami telah mencadangkan untuk membantu

mengembangkan perniagaan melalui Facebook dan Blog. Kami juga telah menerangkan tentang

kelebihan menggunakan Facebook dan blog sebagai medium pemasaran kepada pemilik kedai

tersebut. Pemilik kedai tersebut berasa amat tertarik dengan penggunaan Facebook dan Blog

untuk mempromosikan kek dan rotinya memandangkan sebelum ini sasaran penggunanya adalah

di sekitar Tanjung Malim sahaja.

Secara keseluruhannya, kami mendapat banyak maklumat serta pengalaman sepanjang

pembinaan Facebook dan blog untuk mempromosikan sesuatu produk atau barangan.

Penggunaan aplikasi web 2.0 seperti Facebook dan Blog merupakan salah satu cara atau kaedah

yang paling tepat untuk mempromosikan sesuatu barangan atau produk dalam era teknologi

maklumat masa kini.

BIBLIOGRAFI

| 14

Page 15: Report e commerce1

[ ]

Nik Rahim. E-dagang menurut perspektif Islam. Diperoleh pada April 6, 2011 daripada http://zakat.com.my/store/E-Dagang_Menurut_Perspektif_Islam.pdf

Mixterr. Apa itu Blog? Diperoleh pada Mac 28, 2011 daripada http://blog.mixterr.com/apa-itu-blog-what-is-blog/

Apa itu Facebook? Diperoleh pada Mac 28, 2011 daripada http://www.ktlai.co.cc/2010/07/apa-itu-facebook.html

| 15