Resepi Puding Susu Buah

download Resepi Puding Susu Buah

of 2

description

Analisis Pencapaian Murid PPT T3 2015C

Transcript of Resepi Puding Susu Buah

Resepi Puding Susu Buah-Buahan . Sedap makan sejuk-sejuk ni.Bahan-bahan ( 1 loyang besar )* 1 paket serbuk agar2 (11gm)* 2 biji telur* 4 cawan air* 1/2 tin susu cair* 1 cawan gula* 2-3 sudu besar tepung kastad* 1 tin fruit cocktailCara - Cara Membuat :1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.Untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu gula dan 1 sudu tepung kastad. campurkan sahaja dan disimpan di dalam peti sejuk.Selamat mencuba n jngn lupa share kepada kawan-kawan kitaEmotikon grin

RESEPI DAGING MASAK MERAHBahan-Bahan: 200 gram daging pewarna merah 1 senduk minyak masak 1 inci halia, hiris nipis 3 ulas bawang putih, diketuk 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit 3 batang kacang panjang, potong 2 inci 4 biji jagung muda, potong memanjang 1/4 cawan cili kisar 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos ikan 2 helai daun limau purut sedikit tepung jagung Karot, potong memanjangCaranya :1. Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.4. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.6. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.