Ringkasan untuk Esei ilmiah (pembentangan).doc

8
Sejarah dan Budaya Bugis Di Tawau pada tahun 1882 hingga 1931 Pengenalan Asal usul petempatan awal Tawau mula muncul di bahagian selatan Tawau yang terletak di kawasan tengah pantai timur Borneo, iaitu kawasan yang diletakkan dalam jajahan Belanda di Borneo. Terdapat dua kesultanan di kawasan tersebut, iaitu Kerajaan Tabor yang berpangkalan di Sungai Berau dan Kerajaan Bolongan-Tarakan yang berpangkalan di Sungai Bolongan. Kerajaan Bolongan-Tarakan kemudiannya menuntut kekuasaan di seluruh kawasan pantai menghala ke utara sehingga ke Tanjong Batu yang terletak kira-kira lapan batu dari kawasan pantai Tawau termasuk kawasan yang menjadi bandar Tawau pada masa kini. Kawasan petempatan yang tertua di Tawau dan terbesar ialah Kampung Kalabakan yang diketuai oleh Menteri,iaitu Menteri Kerajaan Bolongan-Tarakan yang dikenali dengan gelaran Haji Serana (Goodlet 1977: 12). Bermula pada tahun 1817, Sultan Banjarmasin telah menyerahkan kawasan pantai Berneo kepada Belanda. Pada tahun 1824, perjanjian antara Belanda dan British dibuat, yakni Mr.A.R Felck iaitu Gabenor Kolonial Belanda berpuas hati dengan perjanjian tersebut kerana Borneo diletakkkan di bawah pengaruh Belanda . Pada tahun 1846,

Transcript of Ringkasan untuk Esei ilmiah (pembentangan).doc

Page 1: Ringkasan untuk Esei ilmiah (pembentangan).doc

Sejarah dan Budaya Bugis Di Tawau pada tahun 1882 hingga 1931

Pengenalan

Asal usul petempatan awal Tawau mula muncul di bahagian selatan Tawau yang

terletak di kawasan tengah pantai timur Borneo, iaitu kawasan yang diletakkan dalam

jajahan Belanda di Borneo. Terdapat dua kesultanan di kawasan tersebut, iaitu Kerajaan

Tabor yang berpangkalan di Sungai Berau dan Kerajaan Bolongan-Tarakan yang

berpangkalan di Sungai Bolongan. Kerajaan Bolongan-Tarakan kemudiannya menuntut

kekuasaan di seluruh kawasan pantai menghala ke utara sehingga ke Tanjong Batu yang

terletak kira-kira lapan batu dari kawasan pantai Tawau termasuk kawasan yang menjadi

bandar Tawau pada masa kini. Kawasan petempatan yang tertua di Tawau dan terbesar

ialah Kampung Kalabakan yang diketuai oleh Menteri,iaitu Menteri Kerajaan Bolongan-

Tarakan yang dikenali dengan gelaran Haji Serana (Goodlet 1977: 12).

Bermula pada tahun 1817, Sultan Banjarmasin telah menyerahkan kawasan pantai

Berneo kepada Belanda. Pada tahun 1824, perjanjian antara Belanda dan British dibuat,

yakni Mr.A.R Felck iaitu Gabenor Kolonial Belanda berpuas hati dengan perjanjian

tersebut kerana Borneo diletakkkan di bawah pengaruh Belanda . Pada tahun 1846,

Sultan Bolongan-Tarakan bersetuju agar kawasan utara menuju ke Tanjong Batu menjadi

kawasan kekuasaan Belanda. Secara tidak langsung, perjanjian ini telah telah menghalang

pihak British berada dikawasan barat dan selatan Tanjong Batu dan seterusnya

Page 2: Ringkasan untuk Esei ilmiah (pembentangan).doc

menghalang aktiviti perdagangan British yang telah dijalankan sebelum ini. Pada tahun

1857, nama Tawau mula dikenal pasti dalam peta Borneo dilakar berdasarkan kewujudan

pondok kediaman yang didirikan oleh beberapa penduduk tempatan di Tawau.

2.0 Latar Belakang Suku Kaum Bugis

Sejarah asal usul etnik bugis dapat dilihat dari aspek Sejarah kedatangan suku kaum

bugis di Sabah, Tawau khususnya berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau. adalah

dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau

Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia dan Borneo sejak abad ke-16 lagi. Tahun 1840,

dijadikan sebagai fakta kukuh untuk menyatakan tempat permulaan penerokaan Tawau

oleh suku kaum Bugis. Penempatan awal suku kaum bugis ini bermula dari kawasan yang

dikenali sebagai Ranggu. Ini bermakna suku kaum Bugis sudah pun menerokai kawasan

Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi untuk berulang-alik ke

Indonesia menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke ladang-ladang milik

kerajaan British ketika itu. Walau bagaimanapun, Ranggu diasaskan oleh nenek Penghulu

K.K Salim di Sungai Imam, Bombalai. Kemudian seorang lagi bangsa Bugis dari kerabat

diraja Bone bernama Petta Senong menetap di Sungai Imam, Bombalai. Usaha mereka

ketika itu adalah sebagai orang upahan kepada kerajaan Sulu untuk menghapuskan

sebanyak mungkin lanun-lanun yang bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo. Kemudian

beberapa kawasan baru terus diterokai oleh suku kaum Bugis dan kawasan termasuk

dalam tapak pembangunan bandar Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke,

Wak Gempe dan Haji Osman.

a) Adat Resam

Sejarah asal usul etnik bugis memperihalkan tradisi suku kaum Bugis berdasarkan

aspek adat resam , kesenian dan kebudayaan serta makanan tradisional. Dari aspek adat

resam , suku kaum bugis mengamalkan adat upacara naik rumah baru. Adat naik rumah

baru adalah bertujuan memohon kebenaran untuk menggantikan atau mengusir roh-roh

Page 3: Ringkasan untuk Esei ilmiah (pembentangan).doc

atau makhluk halus yang selama ini dipercayai menghuni rumah tersebut. Individu yang

akan mengetuai upacara ritual rumah ini adalah panrita bala yang biasanya mengetahui

lokasi yang sesuai untuk membina rumah, kayu-kayan yang tepat untuk menjadikan tiang

serta doa dan jampi-jampi yang harus dibaca. Panrita bala adalah individu yang

mengetahui cara-cara mengusir makhluk halus dan lokasi makhluk itu bersarang. Jika

seseorang membina rumah tanpa mendapat bimbingan daripada panrita bala, orang

tersebut dipercayai akan mendapat penyakit, meninggal dunia atau ditimpa malapetaka.

Gangguan ini tidak semestinya disebabkan oleh bekas roh yang pernah menghuni rumah

tersebut tetapi mungkin disebabkan dari pemasangan tiang atau kayu-kayan yang tidak

sesuai dan tepat. Kadang-kadang pokok yang ditebang untuk tujuan pembinaan rumah

tersebut merupakan tempat kediaman roh-roh jahat. Bagi mengelakkan gangguan

daripada makhluk ini, sebelum tiang dipasang, roh-roh itu haruslah diusir terlebih dahulu

dengan cara memberikan sajian berupa beras, gula, kelapa, lilin, alannota (dibentuk

daripada lipatan daun sirih sebanyak sembilan keping, tiga ulas pinang dan secubit kapur)

yang diletakkan pada pusat rumah.

b) Kesenian Senjata

Seterusnya, dari aspek kesenian dan kebudayaan , suku kaum bugis mengamalkan

Kesenian Seni senjata dan Seni permainan rakyat. Dari aspek kebudayaan suku kaum

bugis mengamalkan Seni tari .

Dalam seni senjata, senjata yang menjadi kebanggaan masyarakat Bugis adalah badik

atau nama lainnya adalah kawali. Menurut masyarakat Bugis, setiap jenis badik

mempunyai kuasa sakti. Kuasa ini dapat mempengaruhi keadaan dan kehidupan

pemiliknya. Terdapat juga kepercayaan bahawa badik ini mampu mewujudkan

ketenangan, kedamaian, kesejahteraan dan kemakmuran ataupun kemelaratan,

kemiskinan dan penderitaan bagi penyimpannya. Sejak ratusan tahun dahulu, badik

bukan sahaja sebagai senjata dalam mempertahankan diri atau berburu tetapi digunakan

juga sebagai lambang identiti etnik Bugis. Badik mempunyai banyak jenis antaranya

adalah badik Bugis Makassar, badik Bugis luwu, badik caringin tilu dan kawali lade’.

Page 4: Ringkasan untuk Esei ilmiah (pembentangan).doc

Setiap jenis badik ini mempunyai simbol dan maksud yang tersendiri misalnya badik

kawali lade’ dipercayai dapat mendatangkan rezeki melimpah bagi sesiapa yang

menyimpannya.

Selain itu, badik juga merupakan satu penghormatan dan dipandang tinggi bagi

pemiliknya terutamanya lelaki. Seperti yang diperkatakan oleh masyarakat Bugis

Makassar “ bukan seorang Bugis jika tidak memiliki badik”. Maka dapat disimpulkan

disini bahawa badik merupakan satu senjata yang menjadi kebanggaan dan penghormatan

masyarakat Bugis.

c) Permainan Rakyat

Selain daripada Seni senjata, masyarakat Bugis juga mengamalkan kesenian

Permainan rakyat masyarakat Bugis. Permainan rakyat masyarakat Bugis ini sering

dimainkan selesai musim menuai. Hal ini kerana musim menuai hanya dilakukan sekali

dalam setahun. Bagi mengisi masa lapang yang panjang, maka wujudlah pelbagai

permainan rakyat. Antaranya adalah Mallogo. Mallogo adalah permainan yang

menggunakan Logo (berbentuk cangkul) sebagai alat utama dalam permainan ini. Bentuk

Logo ini seperti cangkul melambangkan nilai budaya Bugis yang bersandarkan kepada

kehidupan Agraria. Logo diperbuat daripada tempurung kelapa yang berkualiti baik dan

berbentuk segitiga serta hujungnya ditumpulkan. Seterusnya adalah Mappadendang yang

berasal daripada perkataan dendang yang merujuk kepada irama atau alunan bunyi.

Dahulu, permainan ini dimainkan pada waktu malam sewaktu bulan purnama.

Kebiasaannya Mappadendang dimainkan ketika upacara tertentu seperti perkahwinan dan

musim menuai. Permainan ini dipersembahkan oleh gadis-gadis dan pemuda-pemuda

dalam kalangan masyarakat biasa. Asalnya permainan ini daripada bunyi tumbukan alu

ke lesung yang silih berganti sewaktu menumbuk padi. Kemudian permainan ini

dikembangkan lagi dengan alunan irama yang lebih teratur dan variasi bunyi dan gerakan

serta diiringi dengan tarian.

Page 5: Ringkasan untuk Esei ilmiah (pembentangan).doc

Mattoajang pula adalah permainan yang berasal daripada perkataan tojang yang

membawa maksud ayunan. Permainan ini kebiasaanya dimainkan bagi memeriahkan

majlis tertentu seperti pesta menuai, majlis perkahwinan dan kelahiran bayi.

Dalam masyarakat Bugis tradisional, permainan ini dimainkan oleh golongan

bangsawan, raja-raja atau ketua adat. Dalam permainan ini tiang Mattoajang diperbuat

daripada dua batang pokok kelapa dan tingginya lebih kurang 10 meter. Tali ayunan

diperbuat daripada kulit kerbau yang dililit dan panjangnya hendaklah kurang daripada

tiang ayunan. Tempat duduk Mattoajang atau disebut sebagai Tudangeng diperbuat

daripada kayu. Mattoajang dimainkan sekurang-kurangnya seramai tiga orang. Seorang

akan berayun dan dua orang akan menarik dan mengayunkan ke depan dan ke belakang

silih berganti. Pengayunan ini disebut Padere. Permainan-permainan ini menjadi salah

satu hiburan masyarakat Bugis bagi mengeratkan hubungan sesama mereka.

d) Seni Tari

Dari aspek kebudayaan, Seni tari merupakan tarian yang termuka dalam

kalangan masyarakat Bugis . Tarian Poja merupakan salah satu tarian Bugis yang sangat

popular terutamanya di negeri Selangor. Namun begitu, sejarah bermulanya tarian ini

tidak diketahui dengan tepat kerana ketiadaan sumber bertulis mengenai tarian ini, hanya

sekadar penyampaian lisan semata-mata. Menurut sumber lisan, tarian Poja ini bermula

pada zaman Sunan Gunung Djati, untuk menyelidiki kekuatan musuh yang melawan

dengan mengirimkan kumpulan kesenian poja atau mata-mata gelap untuk menyelidiki

Kerajaan Pakuan Padjajaran. Ternyata tarian kesenian tersebut berjaya memberikan

maklumat kepada Sunan Gunung Djati. Selain itu, menurut versi sumber lisan yang lain,

Poja berasal dari perkataan Bugis yang bermaksud puji-pujian. Pada masa dahulu, tarian

Poja merupakan sebuah tarian di istana yang dipersembahkan semasa sultan sedang

bersantai atau berehat dengan tujuan bagi memuji-muji baginda. Tarian ini juga

dipersembahkan di dalam istana untuk meraikan sesebuah keramaian atau tetamu yang

hadir untuk bertemu sultan. Oleh itu, mutu dan nilai kesenian tarian ini sentiasa dijaga

oleh kerabat diraja. Kini, tarian ini bukan lagi sebuah tarian istana namun sudah boleh

Page 6: Ringkasan untuk Esei ilmiah (pembentangan).doc

dipersembahkan di mana sahaja dan dipertontonkan oleh sesiapa juga. Tarian ini menjadi

tarian mengalu-alukan kedatangan para tetamu yang hadir ke majlis tersebut. Dahulunya,

penari-penari tarian ini terdiri dalam kalangan perempuan sahaja.

Manakala lelaki bermain alat muzik. Apabila tarian ini mula dipersembahkan kepada

masyarakat umum, maka penari-penari tarian juga terdiri daripada kaum lelaki. Jangka

masa tarian ini pada asalnya adalah empat hingga lima minit. Setelah mengalami

perubahan, jangka masa bertukar menjadi tiga minit sahaja.

d) Makanan Tradisional

Disamping itu, tradisi suku kaum Bugis dapat dijelaskan melalui aspek Makanan

Tradisional. Masyarakat Bugis yang terkenal dengan pahlawan yang gagah perkasa bukan

saja memiliki darah keberanian tetapi juga memiliki kepandaian dalam dunia masakan.

Masyarakat Bugis mempunyai banyak resepi turun temurun yang semestinya unik, sedap

dan pelbagai variasi dari segi rasa, tekstur, warna dan persembahan hidangan. Dari zaman

berzaman, nenek moyang menurunkan resipi mereka dalam memastikan resipi kaum

kerabat terpelihara dan tidak pupus oleh peredaran masa. Coto makassar adalah makanan

tradisional masyarakat Bugis Makassar, Sulawesi Selatan. Makanan ini diperbuat

daripada usus sapi yang direbus dalam satu tempoh yang lama. Kemudian air rebusan

usus ini dicampurkan dengan daging sapi dan dihiris halus serta dimasak bersama

rempah. Coto makassar biasanya dimakan bersama ketupat. Selain itu, salah satu daripada

makanan Bugis adalah burasak yang juga merupakan salah satu hidangan wajib bagi

masyarakat Bugis ketika hari raya. Burasak ini menggunakan beras wangi yang dimasak

dengan santan seperti nasi lemak kosong.

Kemudian apabila nasi masak, balutkan nasi dengan daun pisang dan rebus selama

tiga hingga empat jam. Setelah itu, hidangan ini selalunya dimakan bersama dengan

hidangan ayam masak lengkuas. Terdapat banyak lagi makanan tradisional Bugis. Setiap

Page 7: Ringkasan untuk Esei ilmiah (pembentangan).doc

jenis hidangan merupakan simbol dalam kehidupan masyarakat Bugis terutamanya dalam

kehidupan berumah tangga.

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Orang Bugis disifatkan sebagai satu kelompok etnik yang mudah

beradaptasi dan terbuka dengan persekitaran tempatan yang dikunjungi. Situasi ini telah

menjadikan orang Bugis memilih kawasan rantau Alam Melayu sebagai lokasi

penghijrahan demi meneruskan kelangsungan hidup yang lebih baik. Penghijrahan orang

Bugis ke beberapa kawasan wilayah Nusantara memperlihatkan punca yang hampir

serupa dengan penghijrahan orang Bugis di daerah Tawau Sabah. Punca utama

penghijrahan orang Bugis di rantau Alam Melayu termasuk daerah Tawau adalah

disebabkan kerana berlakunya pergolakan politik di tanah air mereka rentetan daripada

peristiwa perang Makasar dan pemberontakan Kahar Musakkar. Selain itu, penghijrahan

Orang Bugis di daerah Tawau adalah disebabkan oleh faktor ekonomi iaitu Tawau pernah

menjadi pusat kegiatan ekonomi orang Jepun. Sememangnya boleh dikatakan

penghijrahan adalah satu identiti budaya orang Bugis yang telah dipraktiskan sejak

berzaman lamanya dan orang Bugis boleh disifatkan sebagai masyarakat yang gemar

berhijrah.