RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji,...

17
BMP3073 - A192 TUGASAN INDIVIDU (ARTIKEL SENI BAHASA DALAM KARYA SASTERA) DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK PROGRAM OZIE FITRI AINA BINTI MASIDI D20181082506 AT05 PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ADENAN AYOB Tarikh: 1 MEI 2020 PEMARKAHAN TAJUK: SENI BAHASA DALAM NOVEL KHILAF KARYA NADA HAIFAA REMLLE

Transcript of RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji,...

Page 1: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

BMP3073 - A192

TUGASAN INDIVIDU (ARTIKEL SENI BAHASA DALAM KARYA SASTERA)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

OZIE FITRI AINA BINTI MASIDI D20181082506 AT05

PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ADENAN AYOB

Tarikh: 1 MEI 2020

PEMARKAHAN

TAJUK: SENI BAHASA DALAM NOVEL KHILAF KARYA NADA HAIFAA

REMLLE

Page 2: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,

i

SENARAI KANDUNGAN

BILANGAN PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Sinopsis 2

3.0 Analisis Bahasa Figuratif 4

4.0 Analisis Bahasa Emotif 6

5.0 Analisis Bahasa Sensori 7

6.0 Analisis Peribahasa 8

7.0 Analisis Gaya Bahasa 9

8.0 Kesesuaian Karya dalam Pengajaran Bahasa Melayu di

Sekolah

11

9.0 Penutup 12

Rujukan

Lampiran

Page 3: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,

1

1.0 Pendahuluan

Kesusasteraan sebagai satu bidang ilmu yang luas. Setiap tamadun bangsa yang

terdapat di seluruh dunia bergerak seiring dengan hasil pemikiran masyarakat yang

dibawakan dalam sastera. Kesusasteraan dianggap bidang yang tidak pernah pudar dan

hilang setiap kali zaman berganti malah, sastera tetap mekar dalam kehidupan

masyarakat. Hal ini berlaku demikian kerana, sastera mempunyai keunikan dan

keindahan yang tersendiri. Merujuk artikel yang bertajuk ‘Mencari Definisi

Kesusateraan’ oleh Ali Ahmad dan pandangan M.K Dangizer yang menyatakan

“segala-segalanya adalah kesusasteraan”, sekali gus mengangkat martabat

kesusasteraan berbanding bidang lain (Md Basri, 2012). Secara umum, sastera adalah

pengucapan masyarakat melalui pengarang dalam bentuk lisan dan tulisan serta

penerbitan. Sehubungan itu, komponen sastera dalam konteks pengajaran Bahasa

Melayu mengadaptasikan penggunaan unsur sastera iaitu keindahan dan kehalusan

sastera. Unsur sastera terdapat dalam novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional dan

puisi moden. Penggunaan unsur sastera adalah bertujuan untuk mengimbangi

perkembagan jasmani, emosi, rohani dan intelek di samping melahirkan nilai-nilai

kemanusiaan masyarakat yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Karya yang telah dipilih ialah novel yang bertajuk Khilaf hasil penulisan Nada

Haifaa Remlle yang diterbitkan pada tahun 2007. Nada Haifaa Remlle merupakan

pemenang Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Menurut

penulis, Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP bertujuan

menggalakkan golongan sasterawan dan penulis tanah air menghasilkan karya yang

menggarap persoalan masyarakat Malaysia yang membangun dan berdaya saing,

liberal, progresif, aman damai dan dipandang tinggi oleh negara luar dari dahulu,

sekarang dan pada masa hadapan (Nada Haifaa Remlle, 2007). Seperti yang diketahui,

novel ialah cerita kesusasteraan hasil karya seseorang penulis. Novel diterjemahkan

sebagai cerita panjang atau 'cerpan'. Sebuah penceritaan novel kebiasaanya mempunyai

hero dan heroin. Plot penceritaannya berdasarkan permulaan, konflik dan peleraian.

Novel biasanya mengisahkan seseorang watak dan watak sampingan dalam bentuk

yang panjang.

Page 4: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,

2

2.0 Sinopsis

Novel yang dikaji bertajuk Khilaf menceritakan tentang seorang anak lelaki dan pelajar

yang bernama Zarel. Zarel merupakan seorang pelajar yang bakal menduduki Sijil

Peperiksaan Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa.

Arif merupakan cina muslim merangkap sahabat Zarel sejak kecil lagi. Keakraban

hubungan mereka seperti adik-beradik. Zarel bukan sahaja aktif dalam sukan iaitu

sebagai kapten bola tampar di sekolahnya, malah Zarel juga berjaya dalam bidang

akademik dan kurikulum. Zarel merupakan pelajar harapan di sekolah tersebut.

Kejayaan Zarel dalam menyeimbangi akademik serta kokurikulum telah disenangi oleh

guru dan rakan sekolahnya yang lain. Namun, dalam kesenangan seseorang manusia,

terdapat segelintir pelajar dan guru yang tidak menyukai Zarel. Walau bagaimanapun,

Zarel mempunyai Arif dan Cikgu Fitri sebagai penguat semangat di samping uminya

iaitu ibu Zarel. Kepenatan Zarel dalam bidang kokurikulum serta kurikulum

menyebabkan Zarel sukar untuk beristirehat. Zarel sering diserang penyakit sakit

kepala secara tiba-tiba. Arif terlalu bimbang akan keadaan Zarel yang terlalu aktif

dengan aktiviti di sekolah. Tanpa pengetahuan orang lain, Zarel telah merahsiakan

penyakit yang dihidapinya iaitu barah otak yang semakin serius. Menurut Dr. Mohzi,

penyakit Zarel terlalu lewat untuk dirawat kerana sudah mencapai tahap yang kritikal

dan tidak pernah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Hal

ini berlaku demikian kerana, ayah Zarel iaitu encik Nazrin tidak melaksanakan

tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Malangnya, pada ulang tahun Arif yang ke-

17, Zarel telah pergi buat selama-lamanya. Encik Nazrin amat kesal dengan

kekhilafannya selama ini terhadap Zarel.

Page 5: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,

3

3.0 Analisis Bahasa Figuratif

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, figuratif merujuk kepada makna

sesuatu perkataan, rangkai kata dan sebagainya yang lebih abstrak atau imaginatif

daripada makna biasanya, bersifat kiasan atau lambang. Bahasa figuratif merupakan

penggunaan bahasa untuk menyampaikan sesuatu imaginatif seorang pengarang

melalui penulisannya. Berikut merupakan contoh penggunaan bahasa figuratif dalam

novel Khilaf:

i. Metafora

Menurut Kamus Edisi Keempat, metafora ialah pemakaian kata­kata yg

menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau

makna sebenar perkataan yang berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan.

Menurut Asmah Haji Omar (1996), definisi metafora tidak hanya terbatas sekadar

bunga-bunga bahasa atau bahasa yang indah tetapi lebih dalam daripada pengertian

itu di mana metafora juga menggambarkan sistem konseptual sesuatu bahasa dan

kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut. Pengarang

memasukkan unsur metafora untuk memberikan karya penulisannya itu lebih

menarik untuk dibaca oleh pembaca. Contoh petikan daripada novel Khilaf:

Geli hati (hlm 35)

Metafora bersifat konkrit dan abstrak. Dalam frasa diatas, geli adalah

abstrak kerana tidak dapat dilihat oleh mata kasar manakala, hati adalah

bersifat konkrit.

Piala kemenangan (hlm 41)

Dikatakan metafora kerana peluh dapat dilihat dengan mata kasar manusia

tetapi kemenangan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Garisan penamat (hlm 133)

Merujuk kepada frasa diatas, garisan bersifat konkrit manakala penamat

bersifat abstrak.

Page 6: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,

4

ii. Personafikasi

Menurut Kamus Edisi Keempat, personafikasi ialah pemberian sifat-sifat manusia

kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan sebagainya untuk

mendapatkan kesan sastera atau seni. Contoh petikan dari novel:

Namun masih kedengaran rona gembira dan bangga di dalam

suaranya (hlm 96)

Seperti yang diketahui suara merupakan salah satu sifat yang terdapat dalam

manusia dan bangga merupakan benda yang tidak bernyawa.

Marah dan iri hati membuak-buak dihatinya (hlm 16)

Pengarang telah memasukkan satu sifat benda yang tidak bernyawa iaitu

marah dan iri hati bagi salah satu sifat manusia iaitu hati.

iii. Hiperbola

Hiperbola merupakan bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-

lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Jenis gaya bahasa ini sering digunakan

untuk meluahkan perasaan mahupun tanggapan secara melampau. Hiperbola

mampu menekankan sesebuah penerangan dengan lebih mendalam. Pengarang

menggunakan unsur hiperbola disini untuk menjadikan teks itu lebih menarik dan

berlebih-lebihan. Contoh petikan daripada novel Khilaf:

Seolah-olah hanya Zarel seorang saja yang melawan lima orang orang

pemain lawan (hlm 11)

Merujuk kepada petikan diatas, pengarang ingin menyatakan bahawa,

dengan adanya Zarel, pasukan bola tampar sekolah dapat memenangi

pertandingan bola tampar. Jelaslah bahawa Zarel merupakan kekuatan

dalam pasukan bola tampar tersebut.

Dendam Rafizan terhadap Zarel kian bertambah, kian memuncak

kebenciannya (hlm 60)

Berdasarkan petikan diatas, pengarang menyatakan bahawa Rafizan

menyimpan rasa dendam terhadap Zarel malah perasaan dendamnnya

semakin bertambah disertakan dengan rasa benci.

Page 7: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,

5

4.0 Analisis Bahasa Emotif

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, emotif berhubungan dengan emosi.

Bahasa emotif merupakan perkataan yang dipilih untuk membangkitkan emosi dalam

sesebuah karya penulisan. Kosa kata emotif ialah perbendaharaan kata yang berkait

rapat dengan emosi dan perasaan yang mampu mewujudkan emosi dalam diri seseorang

apabila mendengar atau membaca. Emosi yang terhasil daripada perbendaharaan kata

emotif biasanya emosi positif dan negatif seperti kegembiraan serta kesedihan.

Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa

emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira, sedih, terkejut, kemarahan dan

sebagainya akan dibincangkan. Berikut merupakan contoh petikan unsur bahasa emotif

dalam novel Khilaf:

Aku rindukan kau , Afif, cikgu, Rafizan, rindu sangat (hlm 21)

Bahasa emotif yang ditekankan dalam petikan diatas ialah berkaitan dengan

perasaan rindu seorang individu terhadap individu lain. Nazsyafiq amat

merindui rakan-rakannya serta cikgu kesayangannya. Pengarang

memasukkan unsur rindu dalam karya ini untuk memberikan pembaca lebih

menghayati watak dalam novel tersebut.

Mungkin tidak keterlaluan jika ditafsirkan yang kepalanya sudah

retak yang menanti masa untuk pecah (hlm 23)

Bahasa emotif yang digunakan dalam petikan tersebut ialah berkaitan

dengan kesakitan yang dialami oleh Zarel ketika sakit kepalanya menyerang

dirinya lagi. Unsur kesakitan yang diaplikasikan oleh pengarang adalah

untuk menyatakan keperitan yang dialami oleh Zarel dalam menghidapi

penyakit barah.

Serta-merta wajah Zarel berubah, seperti tak senang, gelisah, serba

salah, takut dan pelbagai lagi (hlm 36)

Berdasarkan petikan diatas, pengarang menekankan unsur kegelisahan iaitu

Zarel berasa gelisah setelah mengetahui kawan Cikgu Fitri itu merupakan

seorang doktor. Unsur kegelisahan yang digunakan adalah untuk

menunjukkan perasaan campur-baur yang dialami oleh Zarel ketika itu.

Page 8: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,

6

Sekali lagi lautan pelajar itu bertepuk tangan penuh kegembiraan (hlm

41)

Dalam petikan diatas, terdapat unsur kegembiraan yang ditunjukkan oleh

pengarang iaitu perasaan gembira setelah pasukan bola tampar sekolah

mereka memenangi pertandingan bola tampar. Unsur kegembiraan yang

digunakan adalah untuk menambahkan perasaan gembira pembaca ketika

membaca.

Rafizan menggenggam penumbuk (hlm 42)

Dalam petikan diatas, terdapat unsur kemarahan. Unsur kemarahan yang

ditunjukkan oleh pengarang iaitu Rafizan yang berasa marah terhadap Zarel.

Sabarlah Afif, tak guna awak menangis, Zarel sudah pun

meninggalkan kita (hlm 280)

Berdasarkan petikan diatas, terdapat unsur menangis serta kematian. Unsur

menangis yang ditunjukkan ialah Afif yang menangis meratapi pemergian

Zarel iaitu sahabat baiknya serta unsur kematian iaitu kematian Zarel akibat

ajal serta penyakit barah otak yang dihidapinya kian lama.

5.0 Analisis Bahasa Sensori

Sensori dalam bahasa melayu bermaksud deria. Deria manusia terdiri daripada empat

bahagian iaitu sentuhan (taktil), penglihatan (visual), pendengaran (auditori) dan bau.

Berdasarkan novel Khilaf.

I. Pendengaran (Auditori)

Cikgu Fitri membunyikan wisel (hlm 11)

Wisel yang ditiup oleh Cikgu Fitri menandakan Zarel perlu keluar dari

gelanggang dan digantikan oleh Talhah.

Seketika telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan yang

diminta diangkat (hlm 19)

Pendengaran disini apabila kedengaran bunyi deringan telefon bimbit yang

perlu dijawab oleh Zarel.

Bunyi pemasangan khemah membingitkan suasana hutan yang sudah

serasi tenang (hlm 145)

Page 9: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,

7

Pemasangan khemah telah menghasilkan bunyi yang riuh-rendah

disebabkan oleh kerjasama antara pelajar bagi mendirikan khemah di dalam

hutan yang sunyi itu.

II. Sentuhan (Taktil)

Afif menepuk bahu Zarel (hlm 140)

Di dalam novel ini, Afif telah menepuk bahu Zarel setelah berasa bangga

melihat piala kemenangan milik Zarel yang begitu banyak.

Zarel dipeluknya sekali lagi, penuh erat tidak mahu lepas (hlm 164)

Sentuhan yang berlaku di dalam novel ini ialah Afif memeluk Zarel setelah

Afif tersedar daripada mimpi buruk yang dialaminya.

Tangannya mengusap ubun-ubun Zarel (hlm 165)

Sentuhan yang berlaku dalam petikan diatas ialah Afif mengusap ubun-ubun

Zarel supaya Zarel terlena dipangkuannya.

III. Penglihatan (Visual)

Dia menatap wajah di skrin (hlm 142)

Menatap wajah di skrin merupakan unsur sensori penglihatan. Hal ini

berlaku demikian kerana, Zarel melihat pada skrin pada kamera milik Afif

dimana terdapat gambar Zarel bersama Nasya kekasih hatinya.

Secara berhati-hati Afif memerhatikan Zarel (hlm 145)

Memerhati Zarel merupakan unsur sensori penglihatan kerana, Afif

memerhati Zarel untuk merakam Zarel secara sembunyi tanpa disedari oleh

Zarel.

Suraya yang sedari dari tadi asyik memerhatikan mereka agak geram

dengan apa yang dilihatnya (hlm 150)

Suraya amat geram memerhati gelagat mesra antara Zarel dan Nasya semasa

mereka berdua berbual.

Page 10: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,

8

6.0 Analisis Peribahasa

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, peribahasa merujuk kepada bidalan,

pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud

tertentu. Peribahasa mempunyai nasihat yang ingin disampaikan kepada pembaca

mahupun masyarakat. Peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, perumpamaan,

bidalan dan pepatah. Berdasarkan novel yang telah saya kaji, terdapat simpulan bahasa

yang digunakan oleh penulis dalam menghasilkan novelnya yang bertajuk Khilaf.

Berikut merupakan contoh peribahasa yang terdapat dalam novel Khilaf:

i. Kaki perempuan (hlm 5)

Menurut A. Khaled Mat Nor, 2005 dalam bukunya Peribahasa SPM,

kaki perempuan membawa maksud lelaki yang suka main perempuan.

Zarel menegaskan bahawa dia bukan seorang yang kaki perempuan.

ii. Buah hati (hlm 5)

Buah hati merujuk kepada orang yang disayangi. Arif mengusik Zarel

dengan mengatakan bahawa Nasya merupakan buah hati Zarel.

iii. Ayam tambatan (135)

Ayam tambatan membawa maksud orang harapan dalam sesuatu

pasukan. Zarel merupakan ayam tambatan dalam pasukan bola tampar

sekolah.

iv. Busuk hati (hlm 187)

Busuk hati merujuk kepada hasad dengki. Merujuk kepada novel Khilaf,

Rafizan amat berdendam serta dengki dengan pencapaian yang

diperolehi Zarel.

Page 11: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,

9

7.0 Analisis Unsur Gaya Bahasa

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005), secara umumnya gaya bahasa yang

bervariasi yang terdapat dalam karya penulisan kreatif dan bukan kreatif itu dapat

dikelompokkan kepada lima jenis, iaitu gaya bahasa perbandingan, pertentangan,

pengulangan, pertautan dan pernyirnaan. Gaya bahasa adalah cara pengarang

menyampaikan cerita yang dikarang. Gaya bahasa digunakan dalam karya sastera untuk

menghasilkan sebuah penulisan yang menarik. Maka, pembaca tidak akan bosan malah,

pembaca berminat untuk membaca penulisan yang dihasilkan.

i. Anafora

Anafora adalah pengulangan kata atau ungkapan pada awal baris (Abu Hassan

Abdul, 2019).

Aku faham sangat kau, Zarel. Aku seorang sahaja yang faham kau

(hlm 38)

Terdapat pengulangan kata aku pada awal kata dalam petikan diatas untuk

menekankan perkataan tersebut pada awal baris.

ii. Anadiplosis

Anadiplosis adalah pengulangan kata akhir dalam sesuatu klausa pada

permulaan klausa yang berikutnya (Abu Hassan Abdul,2019).

Aku seorang yang faham kau. Kau kena ingat tu (hlm 38)

Merujuk kepada petikan diatas, berlakunya pengulangan akhir dalam

sesuatu klausa dan permulaan klausa yang seterusnya.

Page 12: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,

10

8.0 Kesesuaian Karya dalam Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah

Kesesusaian karya Khilaf dalam karya bahasa Melayu disekolah ialah terdapatnya nilai-nilai

murni dalam karya tersebut. Hal ini berlaku demikian kerana dalam sesebuah karya yang

hendak dijadikan sebagai pengajaran bagi sekolah haruslah mempunyai nilai pengajaran agar

murid-murid sekolah dapat belajar sesuatu yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan mereka

melalui pembelajaran yang dibelajar disekolah. Jelaslah terbukti bahawa karya ini amat sesuai

untuk dijadikan pengajaran disekolah terutama sekali bagi bahasa Melayu yang seharusnya

diterapkan dengan nilai-nilai tersebut agar bahasa Melayu kekal dimartabatkan sebagai bahasa

kebangsaan. Bahasa figuratif merupakan unsur nilai-nilai murni yang terdapat dalam karya

tersebut dimana banyak memberikan satu unsur atau kata-kata yang boleh merangsang otak

murid-murid ketika belajar.

Bahasa melayu merupakan salah satu bahasa komunikasi yang penting di negara ini.

Bahasa melayu pernah dijadikan sebagai lingua franca. Begitu juga disekolah serta peringkat

pengajian tinggi, bahasa melayu juga merupakan salah satu subjek wajib. Bahasa melayu dan

sastera mempunyai perkaitan yang kuat antara satu sama lain kerana di dalam bahasa melayu

kini telah dimasukkan unsur-unsur sastera yang telah dikatakan sebagai komsas yang harus

dipelajari oleh murid-murid sekolah yang telah dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum (PPK) pada tahun 1988. Karya Khilaf mempunyai unsur bahasa emotif yang boleh

menjadikan murid-murid untuk lebih cenderung untuk menghayati sebuah karya yang

dipelajari yang turut ditekankan dalam pengajaran bahasa melayu.

Selain itu, karya sastera juga dapat menanam, memupuk dan menyuburkan minat

membaca dalam kalangan murid. Setelah murid memperoleh minat membaca melalui

penelitian terhadap karya sastera, diharap akan timbul keinginan mereka untuk membaca karya

sastera dalam bahasa yang lain. Bermula dengan membaca karya kreatif, murid akan meminati

bahan bacaan ilimiah untuk melengkapkan diri masing-masing dengan pelbagai ilmu

pengetahuan. Dengan adanya unsur gaya bahasa dalam karya sastera, murid-murid akan

tertarik untuk membaca dengan adanya penggunaan gaya bahasa yang kreatif. Unsur gaya

bahasa juga menunjukkan bahawa pengarang karya melakukan pemilihan teks yang sesuai. Hal

ini berlaku demikian kerana, teks yang dipilih sesuai dan memberikan kesan kepada pengajaran

Bahasa Melayu. Penggunaan teks yang sesuai juga diselangkan dengan unsur gaya bahasa yang

menarik seperti pengulangan anafora yang sesuai untuk diajar di sekolah kerana murid tidak

Page 13: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,

11

hanya dapat belajar tentang tatabahasa tetapi murid juga boleh belajar berkenaan unsur gaya

bahasa.

Akhir sekali, karya sastera turut meningkatkan daya intelek mereka dengan lebih kreatif

dan kritis. Unsur sensori merupakan unsur yang hampir dengan murid kerana unusr ini terdapat

di persekitaran mereka. Pengarang telah menggunakan pelbagai pemikiran dan karya sastera

yang terkandung dalam teks juga banyak mengemukakan persoalan tentang kehidupan manusia

dan pergolakan masyarakat yang dipenuhi unsur-unsur estetik yang sesuai untuk digunakan

dalam pengajaran Bahasa melayu. Penggunaan unsur peribahasa juga merupakan unsur yang

kreatif dan kritis kerana murid dapat mengetahui makna peribahasa yang digunakan serta cara

penggunaan peribahasa yang sesuai dalam teks.

Page 14: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,

12

9.0 Penutup

Kesimpulannya, terdapat pelbagai seni bahasa dalam novel yang dikaji iaitu Novel Khilaf karya

Nada Haifaa Remlle iaitu bahasa figuratif yang terdiri daripada hiperbola, personafikasi dan

metafora. Selain itu, terdapat bahasa emotif yang membangkitkan emosi pembaca terhadap

teks dalam novel yang terdiri daripada perasaan rindu, sakit, kegelisahan, kegembiraan,

kemarahan, menangis dan kematian. Bahasa yang seterusnya ialah bahasa sensori yang

merujuk kepada deria manusia yang terdiri daripada auditori, taktil dan visual. Di samping itu,

unsur peribahasa yang terdapat dalam novel Khilaf antaranya penggunaan simpulan bahasa.

Akhir sekali, seni bahasa yang terdapat dalam novel yang dikaji ialah unsur gaya bahasa

pengulangan iaitu anafora dan anadiplosis. Fungsi seni bahasa ini dalam karya Khilaf adalah

untuk menunjukkan bukti bahawa unsur-unsur tersebut merupakan kaedah, gaya dan

kebijaksanaan pengarang untuk mengutarakan ideanya dalam karya. Oleh itu, sesuatu perkara

yang hendak disampaikan, difikirkan atau dirasakan oleh pengarang dapat memberikan kesan

yang efektif tinggi kepada para pembaca. Penggunaan bahasa figuratif, emosi, sensori,

peribahasa dan gaya bahasa juga untuk menjadikan bahasa dalam sesebuah karya lebih puitis

dan keratif.

Page 15: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,

RUJUKAN

(2015). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A.Khaled Mat Noor. (2005). Peribahasa SPM. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Asmah Hj. Omar. (1996). Wacana perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Md Hasri Rajali. (2012). Keunikan dan keistimewaan kesusasteraan.

Nada Haifaa Remlle. (2007). Khilaf. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir. (2005). Pengajaran gaya bahasa dalam Bahasa

Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 16, 58.

Page 16: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,

LAMPIRAN

Page 17: RIS PEMARKAHAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 · 2020. 5. 4. · Berdasarkan novel yang telah dikaji, terdapat beberapa unsur penggunaan bahasa emotif dalam karya ini. Unsur seperti gembira,