RPH 1

3
Bilangan Murid : 38 orang Masa : 60 minit Tema : Menyiasat Alam Bahan Objektif Pembelajaran : 1.2 Memahami bahawa bahan boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain. Hasil Pembelajaran : 1.2.1 Menyatakan bahawa air boleh berubah bentuk. 1.2.2 Membuat kesimpulan bahawa air wujud dalam tiga keadaan. Pengetahuan Sedia Ada Murid : 1. Murid pernah melihat perubahan ketulan ais yang mencair apabila dibiarkan terdedah kepada persekitaran. Kemahiran Proses Sains : Memerhati Meramal Membuat Inferens Mengeksperimen Mengelas Membuat Hipotesis Kemahiran Manipulatif Sains : Menggunakan alat dengan cara yang betul Membasuh alat Menyimpan alat Menyusun alat Nilai Murni : Bertanggungjawab Bekerjasama Berminat Mensyukuri nikmat Tuhan Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Bikar 500 ml Kiub ais Penunu Bunsen Kaki retort Kasa dawai Jubin Set Induksi (5 minit)

description

RPH Perubahan Keadaan Jirim

Transcript of RPH 1

Bilangan Murid : 38 orangMasa : 60 minitTema : Menyiasat Alam Bahan

Objektif Pembelajaran :1.2 Memahami bahawa bahan boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain.

Hasil Pembelajaran :1.2.1 Menyatakan bahawa air boleh berubah bentuk.1.2.2 Membuat kesimpulan bahawa air wujud dalam tiga keadaan.

Pengetahuan Sedia Ada Murid :1. Murid pernah melihat perubahan ketulan ais yang mencair apabila dibiarkan terdedah kepada persekitaran.

Kemahiran Proses Sains :MemerhatiMeramalMembuat InferensMengeksperimenMengelasMembuat Hipotesis

Kemahiran Manipulatif Sains :Menggunakan alat dengan cara yang betulMembasuh alat Menyimpan alatMenyusun alat

Nilai Murni :BertanggungjawabBekerjasamaBerminatMensyukuri nikmat Tuhan

Bahan Bantu Mengajar (BBM) :Bikar 500 mlKiub aisPenunu BunsenKaki retortKasa dawaiJubin

Set Induksi (5 minit)

1. Guru menunjukkan beberapa ketulan ais yang diisi di dalam sebuah bikar.

2. Guru meletakkan bikar tersebut di luar Bilik Sains selama 2 minit.

3. Guru meminta murid memerhati apa yang terjadi ke atas ketulan ais tadi.

Pencetusan Idea (10 minit)

1. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan topik yang akan dipelajari pada hari ini selepas murid memberi respon kepada soalan yang diberikan oleh guru.

2. Guru mengaitkan aktiviti yang telah dijalankan dengan topik yang akan dipelajari oleh murid.

3. Guru menerangkan bahawa air mengalami beberapa proses semasa perubahan bentuk berlaku.

Aplikasi Idea (25 minit)

1. Guru menyediakan radas untuk menjalankan eksperimen.

2. Guru meminta murid memerhati setiap perubahan yang berlaku ke atas bahan, daripada pepejal berubah kepada cecair dan seterusnya kepada gas.

3. Guru menekankan tentang perlunya mematuhi arahan semasa menjalankan eksperimen bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingin.

4. Murid menjalankan eksperimen setelah menerima arahan daripada guru.

5. Murid memerhati setiap perubahan bentuk yang berlaku sepanjang eksperimen dijalankan.

6. Murid membuat inferens berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan.

Pengukuhan Idea (15 minit)

1. Guru meminta murid membuat satu gambar rajah bagi menunjukkan perubahan yang terlibat semasa eksperimen dijalankan.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja bagi menguji tahap kefahaman murid terhadap eksperimen yang dijalankan oleh mereka.

3. Murid membina gambar rajah perubahan bentuk bahan yang terlibat di atas kertas A4.

4. Murid membentangkan di hadapan kelas.

5. Murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

Kesimpulan (5 minit)

1. Guru membuat kesimpulan ke atas pelajaran pada hari ini.

2. Murid memberikan inferens mereka berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat oleh mereka.