RPH-BM

download RPH-BM

of 5

Transcript of RPH-BM

Tarikh / Hari : 16 April 2013Masa : 9.30 10.30 pgKelas : 6 GemilangBil. Murid : 17 OrangMata Pelajaran : Bahasa MelayuTajuk : Kata GandaSubtopik : Kata Ganda BerimaFakta : Kata Ganda Berima :Kata ganda berimaialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima)pada pangkal, pada hujung, atau seluruhnyaapabila digandakan.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :a) Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata ganda berima dengan tepat.b) Membina tiga ayat menggunakan kata ganda berima dengan betul.Pengetahuan Sedia Ada :Murid pernah menggunakan perkataan kata ganda dalam pertuturan seharian mereka.

Bahan Bantu Mengajar : Kertas sebak, lembaran petikan, lembaran permainan bahasa, nota , pelekat, kad perkataan dan alat tulis.

Pendekatan / Strategi :Berpusatkan guru dan murid

Kaedah :Sumbang saran , perbincangan, pembentangan, main peranan

Nilai : Bekerjasama, kejujuran, hormat-menghormati , keberanian dan berdikariKBKK : Menjana idea, kemahiran menghubung kait, menyenarai, menilai, mendefinisiKemahiran : 4.2Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.Aras 3 (i)Memberikan komen dan cadangan balas yang membina tentang sesuatu perkara berdasarkan pengalaman secara bersopan8.1Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.Aras 1 (i)Menulis pelbagai jenis ayat.

Langkah/MasaIsiPelajaranAktiviti Pengajaran Pembelajaran

Strategi/Kaedah/BBM/Nilai/KBKK

Aktiviti GuruAktiviti Murid

SetInduksi(5 minit)Berita mengenai Pembukaan Sebuah Pasar Malam

Kata ganda berima

Sampah-sarap

Kuih-muih

Lauk-paukSayur-mayur

1).Guru meminta seorang murid melakonkan watak seorang penyampai berita di hadapan kelas.

2).Guru meminta murid-murid mendengar dengan teliti.

3)..Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi berita yang disampaikan dan pengalaman murid mengunjungi pasar malam.

Soalan:a).Berita tentang apa yang kamu dengar tadi?

b).Kamu pernah ke pasar malam?

c). Apakah jenis jualan yang ada di pasar malam?

4).Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran hari ini, iaitu kata ganda berima.

1).Seorang murid tampil ke hadapan kelas untuk melakonkan watak sebagai pembaca berita dan menyampaikan berita berdasarkan teks yang disediakan.

2).Murid-murid mendengar isi berita yang disampaikan.

3).Murid bersoal jawab mengenai isi berita yang didengar dan menceritakan pengalaman mereka yang pernah mengunjungi pasar malam.Strategi:Berpusatkan guru dan murid

Kaedah:Main PerananSumbang saran

BBM:Petikan beritaKad perkataan

KBKK:Menjana idea dan hubung kait

Nilai:Kejujuran

Langkah 1(10 minit)

JawapanMenyenaraikan perkataan Kata Ganda Berima.

Tajuk1).Guru menyediakan peta bulatan berdasarkan program i-Think untuk meransang minda murid .

2).Guru meminta murid menulis jawapan pada peta bulatan yang ditampal pada papan putih.

3).Guru meminta murid menyenaraikan kata ganda berima yang ditulis pada peta bulatan.

4).Guru bersoal jawab tentang hasil kerja murid.

1).Murid tampil ke hadapan kelas untuk menulis jawapan pada peta bulatan yang disediakan.

2).Murid bersoal jawab tentang perkataan kata ganda yang ditulis oleh rakan-rakan mereka pada peta bulatan.Strategi:Berpusatkan murid

Kaedah:Perbincangan

BBM:Kertas sebakAlat tulisPelekat

KBKK:Menjana idea dan menghubung kait

Nilai:Menghormati

Langkah 2

(25 minit)

1.Maksud dan contoh-contoh Kata Ganda Berima

2.Perbincangan dalam kumpulan1).Guru mengedarkan nota tentang maksud serta contoh-contoh kata ganda berima kepada murid .

2).Guru menerangkan maksud kata ganda berima berdasarkan nota.

3).Guru meminta semua murid mendengar arahan guru sebelum membentuk empat kumpuan kecil.

a). murid dikehendaki membentuk empat kumpulan kecil dan melantik seorang pencatat dan pembentang.

b). setiap kumpulan diminta membina lima ayat menggunakan kata ganda berima.

3).Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk berbincang dalam kumpulan.

1).Murid membaca nota secara senyap dan mendengar penerangan guru dengan teliti.

2).Murid bergerak mencari kumpulan masing-masing.

3).Murid berbincang dalam kumpulan kecil untuk membina tiga ayat menggunakan kata ganda berima.Strategi:Berpusatkan guru dan murid

Kaedah:Perbincangan

BBM:Kertas sebakAlat tulisPelekatNota

KBKK:Menjana idea dan menghubungkait

Nilai:Kerjasama

Langkah 3(15 minit)Pembentangan hasil kerja kumpulan 1).Guru menilai hasil kerja setiap kumpulan melalui pembentangan dan berlaku sesi bersoal jawab.

1).Murid membuat pembentangan dan bersoal jawab.Strategi:Berpusatkan murid

Kaedah:Pembentangan

BBM:Kertas sebakAlat tulis pelekat

KBKK:Menjana idea dan menghubungkait

Nilai:Keberanian

Penutup(5 minit)Permainan Carian Kata1). Guru mengedarkan lembaran permainan carian kata kepada murid.

2).Guru memberi ganjaran kepada murid pertama yang berjaya

mencari jawapan dengan tepat.

3).Guru merumuskan isi pelajaran.

1).Murid mencari jawapan berdasarkan lembaran permainan carian kata dengan membulatkan jawapan yang betul.

2).Murid mencari

kata ganda berima yang terdapat dalam lembaran yang disediakan.

Strategi:Berpusatkan murid

Kaedah:perrtandingan

BBM:Lembaran permainan carian kataSagu hati

KBKK:Mengingat kembali

Nilai:Berdikari