Bm Tugasan Rph

download Bm Tugasan Rph

of 15

description

tugasan bm

Transcript of Bm Tugasan Rph

PPG PJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014KRB 3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUKMAKROPENGAJARAN(PEMBINAAN RPH)KUMPULANGROUP UPSI 19 (A122PJJ)DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

KAVITHA A/P KANAPATHYD20102046308016-6235792

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR.NORAZIMAH BT ZAKARIATARIKH SERAH: 8 JUN 2014ISI KANDUNGAN

1.0BAHAN PENGAJARAN PEMBELAJARANHALAMAN

1.1 Jadual Penentu Kandungan3

1.2 Rancangan Pengajaran Harian4 29

1.3Set Soalan Objektif30 31

2.0 ESEI ILMIAH

2.1 Jelaskan berserta contoh bagaimanakah seseorang ingin guru melaksanakan model ASSURE32 40

3.0 FORUM E-LEARNING3.1 Bincangkan perbezaan antara pengajaran berpusatkan gurudengan pengajaran berpusatkan murid.42 43

3.2 Bincangkan peranan guru sebagai pengurus pengajaran dan pembelajaran43 45

3.3Buku teks hanyalah sebagai panduan bagi guru46 47

3.4Penilaian alternatif adalah lebih sempurna dalammenilai kemajuan pelajar47- 49

3.5 Guru hanyalah sebagai pelengkap kepada kejayaanakademik pelajar. Bincangkan.50 - 51

Pengenalan

Guru perlu membuat perancangan bagi sesi pengajarannya. Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang,memilih dan menilai media pengajaran. Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai Petikan ini daripada, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.Menurut Burden & Byrd (1999), perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank, 1995). Menurut Esah Sulaiman (2004), perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat difahami pelajar.Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan. Rancangan pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah atau makmal dalam satu jangka masa tertentu.

Kepentingan Perancangan Pengajaran

Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar. Melalui perancangan pengajaran yang teliti, guru dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan kepada isi setiap pelajaran. Topik topik yang penting dalam peperiksaan akan diberikan keutamaan oleh guru dan diberi penerangan dengan lebih teliti. Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang setahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Ini dapat memberi panduan kepada guru agar dapat menggunakan masa yang diperuntukkan dengan lebih teratur. Menyusun atur masa dengan tepat juga dapat memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada masa yang telah ditetapkan mengikut perancangan.Melalui perancangan pengajaran, guru juga dapat menyediakan bahan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran mengikut minat dan kebolehan pelajar. Isi kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan menepati kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, guru juga dapat menentukan strategi pendidikan, pemulihan dan pengajaran secara tersusun dan bersistem. Melalui perancangan pengajaran, objektif pengajaran dapat dicapai. Guru mengetahui sasaran yang ingin dituju dalam setiap subjek yang ingin diajar.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh / Hari:17 April 2014 ( Selasa )Kelas:4 Samanthi Masa: 7.30 8.30 pagiBil. Murid: 28 orangMata pelajaran :Bahasa Malaysia Tajuk:Kolam Memancing Satu MalaysiaObjektif:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Membaca ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.2. Membaca dan menjawab soalan berkaitan petikan yang dibaca.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah memancing ikan dan mengetahui nama beberapa ekor ikan

Konsep: Bersoal jawab, perbincangan, Bacaan

Bahan: Petikan, kad gambar dan lampiran aktiviti

Nilai: Menghargai masa, berani

Ilmu: Matematik, Pendidikan Moral

Sistem Bahasa: i )Tatabahasa ayat tunggal dan ayat majmuk ii) Sebutan dan intonasi

Kemahiran: 2.2. Membaca dan memahami perkataan,frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

2.2.3. Membaca dan memahami ayat dalam petikan mudah daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

17

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran PembelajaranCatatan

Set Induksi5 minitBersoal jawab dan mempamerkan gambar

Lampiran 1aGambar ikan

i)Adakah kamu pernah memancing?

ii) Di manakah kamu boleh memancing ikan?

Lampiran 1bGambar memancing1.Guru menunjukkan beberapa keping gambar ikan.

2. Guru bertanyakan beberapa soalan.

3. Murid menyebut jenis ikan tersebut.4. Murid menjawab soalan guru

IlmuSains dan Teknologi

Nilaimenghargai sumber semulajadi

EMKKreativiti dan inovasi

TeoriPembelajaran Kognitif Piaget

Langkah 115 minit

Membaca dan menulis

Lampiran 2-Petikan1.Guru mengedarkan petikan iklan

2. Guru meminta murid membaca petikan secara kuat mengikut kumpulan dan murid lain diminta mendengar dengan teliti.

3. Murid membaca secara individu.

4. Guru membimbing murid untuk membaca ayat dengan sebutan yang betul.

5. Guru membimbing murid membaca perkataan yang sukar kemudian meminta murid membaca petikan secara individu.

Nilaimenghargai sumber semulajadi

Langkah 210 minit

1.Guru meminta murid merujuk kamus untuk mencari perkataan yang sukar.3. Guru membincangkan jawapan yang tepat dengan murid.1. Guru mengedarkan lembaran kerja 1.2. Guru meminta murid membaca ayat mengikut urutan.3. Guru meminta murid menyusun cerita mengikut kronologi dan menyalin semula ayat tersebut..

Langkah 315 minit

PenilaianLembaran kerja 1

Sistem BahasaSebutan dan intonasi

Langkah 410 minit

Aktiviti Pemulihan dan Pengkayaan1.Guru mengedarkan lembaran kerja 2 dan lembaran kerja 32. Guru meminta murid menyusun perkataan menjadi ayat yang betul kepada murid kumpulan pemulihan.3. Guru meminta murid membaca ayat berulang-ulang dengan sebutan yang betul.4. Guru mengedarkan lembaran kerja pengkayaan kepada murid. 5. Guru meminta murid menyusun cerita mengikut urutan yang betul.1. Murid menerima lembaran kerja yang diedarkan guru.2. Murid menjalankan aktiviti mengikut arahan guru.3. Murid membacakan jawapan mereka.Lembaran kerja 3 (pengkayaan)dan lembaran kerja 2( pemulihan)

Penutup5 minit

Rumusan

1.Guru membuat rumusan tentang pembelajaran pada hari ini.

2. Guru meminta pendapat murid tentang apa yang murid pelajari pada hari ini.3. Guru menyatakan nilai murni yang cuba diserapkan dalam pembelajaran pada hari ini.

Nilaikerjasama

Refleksi : 24 / 28 orang murid 4 Samanthi dapat membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 4 orang murid lagi perlukan pemulihan.

Lampiran 1a ( RPH 17 April 2012 )

Gambar ikan

Lampiran 1b ( RPH 17 April 2012 )

Lampiran 2 ( RPH 17 April 2012 )

Petika

Kolam Memancing 1 Malaysia

Kampung Portugis, Ujong Pasir, Melaka

Kolam Memancing 1 Malaysia mempunyai empat buah kolam memencing seluas lapan ekar. Kolam memencing ini dibuka 24 jam sehari. Jangka masa minimum untuk setiap kemasukan ialah tiga jam. Bayaran yang dikenakan ialah RM 12.00 sejam. Diskaun 5% akan diberi kepada setiap pengunjung yang memancing selama 4 jam.Terdapat lebih daripada 10 jenis ikan di kolam tersebut. Antaranya ialah siakap, ikan keli, patin dan sebagainya.

1 Malaysia Pancing Sdn Bhd.Lot 161, Jalan Bukit BelidaPerkampungan Portugis78901 Ujong PasirMelaka

Lembaran kerja 1 ( RPH 17 April 2012 )

Penilaian

Baca dan fahami cerita mengikut urutan yang betul.

Pada pukul 4.00 petang, Vasanthi pergi ke sungai untuk memancing ikan. Dia pergi dengan menunggang basikal.

Vasanthi menyediakan alatan untuk memancing ikan di rumahnya. Dia memasukkan umpan, mata kail dan makanan ke dalam begnya. Dia juga membawa joran.

Pada pukul 4.30 petang, dia mula memancing ikan . Dia memasang umpan pada mata kailnya.

Vasanthi berasa gembira kerana memperoleh ikan. Ikan yang diperolehnya boleh dijadikan hidangan untuk keluarga.

Selepas beberapa minit, tali jorannya tegang. Vasanthi menyentap jorannya. Dia mendapat seekor ikan keli.

Lembaran kerja 2 ( RPH 17 April 2012 )Pemulihan

Susun dan baca perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul.

1. Selvammemancingsukaikan

_____________________________________________________________________

2. memancingdiikanMamatsungai

______________________________________________________________________

3. menggorengIbuikandi dapur

_______________________________________________________________________

4. sebatangmembawajoransungai Ah Chongke

________________________________________________________________________

Lembaran kerja 3 ( RPH 17 April 2012 )

Pengkayaan

Baca dan susun cerita di bawah mengikut urutan yang betul.

Kemudian dia akan pergi ke gerai ikannya di pasar. Ah Seng seorang peniaga yang tekun.

Kemudian dia akan pergi ke gerai ikannya di pasar. Ah Seng seorang peniaga yang tekun.

Ramai pelanggan suka membeli ikan di gerai Ah Seng. Dia mendapat banyak keuntungan.

Pada pukul 5.00 pagi, Ah Seng bangun daripada tidur.

Pada pukul 6.00 petang, dia balik ke rumah untuk makan malam bersama keluarganya.

Dia menjual ikan kembung ,ikan tenggiri, dan ikan kerapu. Ah Seng menjual ikan-ikan yang segar dengan harga yang berpatutan.

Salin semula ayat di atas supaya menjadi urutan cerita yang betul. Kemudian baca cerita tersebut.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________