RPH gerakbalas manusia terhadap rangsangan

6
Mata Pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi Kelas : 4 Amanah Tarikh /Hari : 12 Mac 2015 (Khamis) Masa : 12.15 petang – 1.15 petang (60 minit) Bilangan Murid : 30 orang Kehadiran Murid : Tema : Sains Hayat Tajuk : Proses Hidup Tumbuhan Standard Kandungan : Pada akhir pengajaran, murid dapat 3.3 Memahami manusia bergerak balas terhadap rangsangan. Standard Pembelajaran : 3.3.1 Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria menerima rangsangan dengan menjalankan aktiviti. 3.3.2 Memberi contoh gerak balas manusia terhadap rangsangan dalam kehidupan harian. 3.3.3 Membuat inferens tentang kepentingan gerak balas manusia terhadap rangsangan. 3.3.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria menerima rangsangan dan memberi contoh dalam kehidupan harian. 2. Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria rangsangan dan memberi contoh dalam kehidupan seharian. 3. Membuat inferens tentang kepentingan gerak balas manusia terhadap rangsangan. Aktiviti P&P : 1) Mendengar cerita guru tersentuh air panas.

description

TAHUN 4

Transcript of RPH gerakbalas manusia terhadap rangsangan

Mata Pelajaran: Dunia Sains dan TeknologiKelas: 4 AmanahTarikh /Hari: 12 Mac 2015 (Khamis)Masa: 12.15 petang 1.15 petang (60 minit)Bilangan Murid: 30 orangKehadiran Murid :Tema: Sains HayatTajuk: Proses Hidup Tumbuhan

Standard Kandungan : Pada akhir pengajaran, murid dapat3.3 Memahami manusia bergerak balas terhadap rangsangan.Standard Pembelajaran :3.3.1 Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria menerima rangsangan dengan menjalankan aktiviti. 3.3.2 Memberi contoh gerak balas manusia terhadap rangsangan dalam kehidupan harian. 3.3.3 Membuat inferens tentang kepentingan gerak balas manusia terhadap rangsangan. 3.3.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria menerima rangsangan dan memberi contoh dalam kehidupan harian. 2. Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria rangsangan dan memberi contoh dalam kehidupan seharian. 3. Membuat inferens tentang kepentingan gerak balas manusia terhadap rangsangan. Aktiviti P&P :1) Mendengar cerita guru tersentuh air panas. 2) Murid menjalankan proses ujikaji untuk menentukan jenis gerak balas terhadap rangsangan. 3) Murid memerihalkan organ yang terlibat semasa rangsangan diberikan.

Pengetahuan sedia ada : Murid tahu beberapa jenis tumbuhan di sekeliling mereka.

Kemahiran Saintifik : KPS Memerhati, mengelas, membuat inferens, berkomunikasiKemahiran Berfikir : Mencirikan, menganalisis, menjana dan menghasilkan idea baharu danmenghubungkait

Sikap Saintifik dan Nilai Murni : Yakin, berani, sifat ingin tahu, bekerjasama, bertolak ansur, rasional dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan

Sumber P&P : Gambar rajah, video, LCD dan lembaran kerja.

Refleksi :1. Nyatakan bilangan murid yang capai dan tidak capai objektif P&P

______________________________________________________

2. Tindakan susulan (pemulihan/ pengukuhan/ pengayaan)

______________________________________________________

Fasa/ Masa

KandunganAktiviti P&PCatatan

Orientasi

(5 minit)Cerita Guru terkena air panas. Sebelum:1. Apa khabar murid semua?CJ: Khabar baik cikgu! 2. Ada yang tidak sihat hari ini? Sekiranya ada yang tidak sihat, murid boleh berurusan dengan cikgu untuk rawatan. 3. Baiklah, cikgu akan bercerita kisah cikgu kelmarin.

Semasa: * Guru berceritaSelepas: 1. Berdasarkan kisah cikgu tadi, apakah yang menyebabkan cikgu membuat riaksi sebegitu?CJ: Pemanas air.

2. Apakah reaksi cikgu? CJ: Menarik tangan daripada menyentuh pemanas air.

3. Kenapakah cikgu berbuat begitu?CJ: rangsangan badan.

4. Apakah organ deria yang terlibat semasa Cikgu terkena pemanas air? CJ: Tangan; kulit

5. Berdasarkan cerita cikgu tadi, apakah tajuk yang akan kita belajar? CJ: Bergerakbalas terhadap rangsangan.

Aktiviti : Bercerita dan Penyoalan

1. Guru bertanya khabar kepada murid di pada hari ini. 2. Sebarang pengurusan yang diperlukan boleh berurusan dengan Guru. 3. Guru menceritakan kisah kelmarin apabila tersentuh pemanas air di bilik kawan. 4. Guru menyoal murid dan murid memberikan respon kepada penyoalan guru. 5. Guru membimbing murid untuk mengenal tajuk yang akan dipelajari hari ini.

KB: Mencirikan dan menganalisis

Nilai Murni:yakin dan berani

KPS: Memerhati dan membuat inferens

Pencetusan Idea

(10 minit)5 Organ deria yang terlibat semasa rangsangan.

Guru menunjukkan beberapa video menggunakan pemancar LCD.

Penyoalan:

1. Berdasarkan gambar tersebut, apakah organ deria yang terlibat?CJ: i. mata, kulit, hidung, telinga dan lidah. 2. Apakah gerak balas yang ditunjukkan melalui deria berkenaan? CJ:i. Jawapan yang berkait rapat dengan video.

Aktiviti : Sumbangsaran

1. Guru menunjukkan video dan selepas menonton video, murid akan memberitahu gerak balas yang ditunjukkan. 2. Guru bertanya apakah yang menyebabkan terjadi seperti berikut. 3. Murid memberitahu organ yang terlibat. KB: menjana dan menghasilkan idea baharu.

KPS: Berkomunikasi

Nilai murni: Sifat ingin tahu

Penstrukturan Idea

(25 minit)Menjalankan ujikaji.

Arahan Cikgu:

1. Murid diminta untuk bergerak dalam kumpulan masing-masing. 2. Dalam ujikaji ini, beberapa rangsangan akan dijalankan oleh guru untuk tujuan keselamatan.3. Murid akan menjalankan beberapa rangsangan sahaja dalam kumpulan.4. Murid dikehendaki mencatat pemerhatian dan gerak balas daripada proses ujikaji. 5. Semua murid diminta untuk menjalankan aktiviti secara berkumpulan dan memberikan kerjasama sepenuhnya. 6. Selepas selesai menjalankan aktiviti, murid diminta untuk duduk ke tempat masing-masing. 7. Kita akan membincang soalan mengikut kumpulan.

Aktiviti: Kajian Lapangan

1. Guru meminta murid untuk bergerak dalam kumpulan masing-masing. 2. Guru akan memulakan ujikaji dengan beberapa rangsangan yang perlu dikendalikan oleh guru sahaja contohnya rangsangan bunyi, sentuh dan cahaya. 3. Murid dikehendaki mencatat semua gerak balas yang dilakukan di lembaran kerja. 4. Sebarang kesulitan akan dibantu oleh guru bagi tujuan memudahkan proses PdP. 5. Murid memberitahu guru hasil ujikaji mereka. KB: Menjana idea, mencirikan

KPS: Memerhati dan mengelas

Nilai murni: Bekerjasama dan bertolak ansur.

Aplikasi

(15 minit)Soalan kuiz berkumpulan

Arahan: 1. Murid dalam kumpulan akan diberikan masa untuk berbincang jawapan untuk soalan yang tertera di hadapan. 2. Kumpulan diminta untuk menjawab dengan menggunakan kad yang telah disediakan. 3. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul akan diberi 5 markah manakala yang salah akan diberikan 0 markah. 4. Markah terkumpul akan ditambah untuk markah kuiz yang lepas. 5. Amalan meniru kumpulan lain akan dikenakan panalti.

Jenis Aktiviti : Lembaran Kerja

1. Guru menerangkan cara menjawab soalan kuiz.2. Murid dalam kumpulan akan diberi kad bewarna bertujuan untuk menunjukkan jawapan. 3. Guru akan menunjukkan soalan dan murid akan bincang dalam kumpulan jawapan bagi soalan tersebut. 4. Guru berperanan mencatat markah kumpulan. KB: Menjana idea, menghubungkait, menganalisis

KPS: Komunikasi dan mentafsir maklumat.

Nilai Murni: minat dan bersifat ingin tahu

Sumber P&P: Soalan kuiz berkumpulan.

Refleksi

(5 minit)Rumusan isi pelajaran

Memahami manusia bergerak balas terhadap rangsangan.

Penyoalan:1. Apakah yang akan terjadi sekiranya manusia tiada gerak balas terhadap rangsangan?* Guru memberikan situasi semasa melintas jalan, kereta memberikan hon kepada pejalan kaki. CJ: i. Kemalangan mungkin akan berlaku. ii. Berlaku perkara yang tidak diingini.

2. Pada pendapat anda, apakah kepentingan gerak balas dan deria?CJ: Membantu manusia dalam hidupan seharian.

Jenis Aktiviti : Penyoalan & kesan jika haiwan tiada ciri dan tingkahlaku melindungi diri.

1. Guru menyoal murid mengenai kesan-kesan jika tiada gerak balas pada manusia. 2. Murid memberikan ramalan mereka berdasarkan situasi yang diberikan oleh guru. 3. Guru membantu murid sekiranya murid salah memberikan jawapan. 3. Murid membuat kesimpulan kepada tajuk PdP hari ini. KB: menjana idea

Nilai: rasional, mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan

KPS: perhubungan ruang dan masa, komunikasi dan meramal