Rph Kssr Bm Contoh
-
Upload
nurfatinnabilah -
Category
Documents
-
view
261 -
download
1
description
Transcript of Rph Kssr Bm Contoh
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
KEMAHIRAN MEMBACA
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 2 Anggerik
Masa : 8.15 hingga 9.15 pagi
Bilangan murid : 28 orang
Unit : 10. Yang Baik Jadikan Teladan
Tajuk : Pak Senik Insaf
Standard Kandungan : 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera
yang sesuai bagi memupuk minat membaca.
Standard Pembelajaran : 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk
menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i) Membaca dengan lancar petikan yang diberi dengan menggunakan
sebutan dan intonasi yang betul.
ii) Menyatakan antonim kepada kata adjektif yang disediakan berdasarkan
teks cerita Pak Senik Insaf.
Sistem bahasa :
Kosa kata : luas, kering, miskin, bakhil, gelagat.
Tatabahasa : Kata adjektif
Kemahiran bahasa : Kemahiran membaca dan menulis.
Pengisian kurikulum:
Ilmu : Budaya dan Amalan Hidup
Nilai : Murah hati, tolong menolong.
Kemahiran bernilai tambah (KBT): :
i) Belajar cara belajar
ii) Kecerdasan pelbagai
a. Interpersonal
b. kemahiran berfikir
c. verbal linguistik
Elemen Merentasi Kurikulum ; Kreatif dan Inovatif
Bahan bantu mengajar (BBM) : Teks cerita, kad ayat dan lembaran kerja.
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah mendengar cerita-cerita teladan yang
lain dan kata adjektif.
Langkah pengajaran dan pembelajaran :
Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan
Tajuk cerita haiwan
dan cerita rakyat.
1. “Sang Kancil
Dengan Harimau.”
2. “Pak Pandir”
3. “Lebai Malang”
Set induksi (5 minit)
- Murid diminta menyatakan tajuk-
tajuk cerita haiwan dan cerita rakyat
yang diketahui.
- Guru menyatakan bahawa setiap
cerita mempunyai pengajaran
tertentu.
BBB : Buku Cerita
Nilai : Keyakinan
KBT : Kemahiran
Berfikir
Teks cerita “Pak
Senik Insaf”
Penilaian Kemahiran
Membaca Mekanis
Langkah 1 (20 minit)
- Murid diedar teks cerita “Pak Senik
Insaf”
- Murid ditunjukkan cara membaca
cerita dengan kelancaran, sebutan
dan intonasi yang betul.
- Murid membaca teks cerita secara
BBB : Teks cerita
Nilai : Berani, tekun.
KBT : KBCB
bergilir-gilir.
- Guru mengambil markah untuk
tujuan penilaian membaca secara
mekanis.
1. Kata adjektif
2. Perkataan
berlawanan.
Langkah 2 (10 minit)
- Murid diterangkan tentang maksud
kata adjektif.
- Dalam kumpulan, murid diminta
mencari perkataan adjektif yang
terdapat dalam teks.
- Murid mencari perkataan antonim
dengan kata adjektif yang telah
dicari dalam teks dan diisi dalam
lembaran kerja.
- Wakil setiap kumpulan
membentangkan hasil perbincangan
di hadapan kelas.
BBB : teks cerita,
lembaran kerja.
Nilai : kerjasama,
berani.
KBT : KBCB, KB,
TKP
Keusahawanan:
Etika Kerja
Berkumpulan
1. Menyusun urutan
cerita.
2. Nilai yang
terdapat dalam
cerita.
Langkah 3 (10 minit)
- Murid diedar ayat yang tidak
tersusun tentang cerita “Pak Senik
Insaf”.
- Murid menyusun ayat tersebut
secara berpasangan dan membuat
kesimpulan tentang cerita tersebut.
- Beberapa orang murid tampil ke
hadapan kelas untuk menyusun
ayat-ayat yang betul mengikut
urutan cerita di papan tulis.
- Murid membuat kesimpulan cerita
dengan membacakan nilai yang
terdapat dalam cerita tersebut
BBB : lembaran
kerja, kad ayat.
Nilai : berani, tekun.
KBT : KBCB, TKP
dengan bantuan guru.
Pemulihan dan
Pengayaan
Langkah 4 (10 minit)
Pemulihan: Mengeja dan membaca
kata adjektif dan antonimnya.
Pengayaan: Mencipta serangkap
pantun berkaitan teks dan
membacakannya di hadapan kelas
BBB : Kertas Manila
Penutup Kognitif:
Soal jawab
1. Apakah perkara
penting yang
perlu dikuasai
dalam
pembacaan
mekanis?
1. Apakah kata
adjektif yang
terdapat dalam
cerita?
2. Apakah nilai yang
kamu peroleh
dalam cerita?
Penutup (5 minit)
- Murid menjawab setiap soalan yang
disampaikan oleh guru.
- Guru merumuskan pengajaran dan
pembelajaran.
BBB : Kertas sebak
Nilai : tekun.
KBT : TKP, KBCB.
Penilaian: Kemahiran Membaca Teks Prosa Moden Secara Mekanis
Aspek yang dinilai Skor Markah
1. Kelancaran /20
2. Sebutan /15
3. Intonasi /15
JUMLAH /50